Sunday, March 29, 2009

DILEMA ATAU DELIMA?

Setelah seharian suntuk aku memikirkannya,
Setelah lewat tiga malam Jumaat keliwon aku merenung,
Setelah dua jam aku nekad dengan keputusan ini,
Yearght! Aku sudah tidak menaruh hati terhadap Nora Danish setelah sedar akan diri aku ini sekadar orang kebanyakan...
Aku dah penat, dah tenat, dah tak berkeringat...

SINI PENJARA, SANA SYURGA

"Kacot adjek ada ataih bubong...tataw...Ermmmm...Abangah amek shat..."
**mula nak nangis**
-Laila Najihah-
27/03/2009
Dari Celcom ke Celcom
"Lorght...Macam mana adek buat...?"
-farysaSINSabell-
27/03/2009
Dari Celcom ke Celcom
Rasa rindu aku sedikit terubat terhadap semua jasad yang berada di rumah, walaupun sudah bernanah menahannya...Tunggu, 10hb, insyaALLAH aku balik...
p/s : Adik aku yang paling 800x comel, manja dan 'arght' cakap,
"Kasut adik ada atas bumbung...Erm, abangah ambil sekejap..."....Aku pun tak tahu macamna dia buat...
Sila ke link di bahagian kanan yang tertulis 'DIARI LEPAS',
pergi ke Februari 2009, dan cari entry bertajuk 'DIA CAHAYA, DIA SEGALA'...
Betul, aku rindu dia...

Saturday, March 28, 2009

PENTAS RATAPAN HIDUP (2)

Dua minggu lepas gamaknya, aku ada dipelawa oleh En. Hazer@ Todie (mamat ni power gila main gitar...Salah seorang dari tiga orang mat Metal yang gua kenal kat kampus ni...Tapi metal dia lebih ke arah yang Virtuoso lar...Guitar heroes...).Awalannya aku tolak dengan baik sebab aku memang dah lama nak berhenti main gitar (main untuk sesetengah orang jar...Romantikkan aku ni...?), tapi katanya, "mana nak cari drummer macam kau kat sini...Jom lar...", lalu aku pun bersetuju setelah disogok oleh puji-pujian yang melampau tersebut...Heheee...
Sudah lamanya aku tak gig, burfday party mahupun open jamm, sudah tawar hati barangkali dengan sepak dan terajang dunia bawah tanah...Tapi tergerak aku kali ini, itu pun demi teman-teman...Koyum (suara utama), Jablon (gitar latar, suara latar), Woller (Gitar bes), Todie (teraju gitar), dan aku (pemusnah suasana) membawakan lagu Still Got The Blues (Gary More), instrumental (lagu spontan) dan Pieces (Sum 41) demi menghormati majlis yang formal...Semasa sesi memilih lagu, banyak pendapat yang disuarakan...Ada yang mahu lagu Higway Star(Deep Purple), Dara Pujaan (L.Ramlee) dan lain-lain...Aku pula setelah diminta memberi pendapat, dengan sopan aku minta, "Impossible Brutality bleh...?Baru terbeliak mata band-band indie nanti...Tak pun Burn In Hell (Dimmu Borgir)"...Lalu jawapan yang aku terima, "kepalaotak kau!!!Nak main lagu Kreator depan naib Canselor!!!"...Terima kasih...
Kami satu-satunya yang tidak klise...Ada tiga band, yang lain semuanya indie pop/rawk, cuma kami yang bawakan blues rawk...Sepatutnya band yang kedua terakhir, tapi ada masalah, kami sebagai pembuka tirai...Minta maaf kalau beat lari (aku hentam double paddle walaupun masa latihan cuma single paddle...)Hahak!!! Just FKNG metal!!!
Kalau tak silap, gambar di atas adalah sewaktu aku solo drums waktu intumental punya slot...Hancoq!!!Tp gua relax jar...Hak!
Terima kasih kepada mereka yang bersorak, memberi sokongan...
Gadis yang tidak dikenali : "Awak!!! Rawk lar tadi...!" sambil mengeyitkan mata kiri...Aduhai...
Kubra (senior aku) : "Kau ni ketuk lagu slow pun nak metal gak...haish..."...
Junior aku : "ingatkan jadi guitarist, tak sangka plak drummer..."...
Apa-apa pun, teringat pula aku semasa battle of the band selang dua semester lepas juga di atas pentas yang sama, aku terguling-guling atas pentas waktu solo gitar...Tak dapat jadi ANgus Young (AC/DC), berangan pun cukup lar...
p/s : Rasanya aku sekarang lebih bijak mengawal
doble paddle dan tombs jika dibandingkan
semasa aku main band dulu...

TERSIKSANYA TANPA KUBUR

Gambar tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah mati.
Dua minggu berteman kegersangan, seminggu bernafas dengan kerakusan, tiga hari melepas rindu dendam...Tiada apa yang mahu di calitkan , cuma mahu memperingati saat aku ke KL baru-baru ini semata-mata mahu bersama SAHABAT dan menyaksikan keganasan band yang aku minati dari Indon, SIKSA KUBUR beraksi.Worght, hebat amat cowok tersebut!!!Saat bersama teman adalah yang terindah. Jangan sia-siakan rakan kalian malaupun mulut mereka berbau tungkek sekalipun. Err, aku pergi lepak, dari Segamat ke Seksyen 7 Shah Alam lalu ke KL tanpa kad ATM.Erht...Tapi, AKU BERJAYA JUGA TENGOK ANDRE (TERAJU GITAR SIKSA KUBUR)MENGHENTAM DOSA 10 INCI DI DEPAN AKU!!!
p/s: Amat larght rugi metalheads sekalian yang terlepas menyaksikan SIKSA KUBUR...
Tapi, kat Penang, hari yang sama, Vociferation Eternity main...Aduh...

Monday, March 23, 2009

TOLONG AKU!!!

Siapa yang curi novel 'SHIT @ Pukimak' karya Shahnon Ahmad milik aku?!
Siapa yang curi zines aku?!
Siapa yang curi koleksi karya underground aku?!
Tolonglah pulangkan, aku rayu...
Curi larght duit, atau barang-barang lain...
p/s : Aku dah nak nangis ni...Perasaan ni lagi teruk dari cinta ditolak...
Tolonglah pulangkan balik...

Friday, March 20, 2009

MENCANTING FORMASI

Jangan disalah ertikan semua segala...
Luaskan perspektif, jangan terlalu sensitif...
'Dia' dalam entry 'Mati Percuma Di Minda' itu lelaki!!!
Tapi terima kasih jika tersalah faham...
Aku memang selalu disalahkan...
p/s : Sudah tiba hari bencana, Siksa Kubur sedang menunggu!!!
Arght, aku sebahagian dari Pasukan Jiwa Terkebelakang...

Thursday, March 19, 2009

ULANGKAJI UNTUK DIUJI

Layan Kreator, album Enemy Of God,
sambil hisap rokok waktu ulangkaji Law,
rasa brutal gila ngok!!!

PEKUNG ITU INDAH

Nama saya, FarysaSINSabell...
Umur, masih belum matang gamaknya...
Seorang yang tak berkeyakinan tinggi, betul...
Minat amat sama itu musik jahat juga seni sesat...
Amat mementingkan konsep memberi dan menerima dalam persahabatan...
Tak kisah sangat dengan pandangan negatif masyarakat...
Bermasalah dengan kaum yang sempurna, kaum Hawa...
Gemuk, hitam, busuk, tak kacak, penghidap insomnia...
Mulut jahat, bising, 'huhahuha' macam hari raya...
Selalu jackass di khalayak ramai tanda protes terhadap golongan hipokrit...
Egoistik, pendendam, perahsia, otak kurang bijak...
Hidup havoc amat, sangat rawk n roll, suka berterima kasih juga minta maaf...
Banyak bobrok dan negatif dari positif dalam benak saya...
Anak kecil yang tak pernah cuba untuk sempurna...
Sekurang-kurangnya, saya tak hipokrit...

OKOKNYA BEKOK

Dari kiri: Amuk, Nuang, Aku, Pisang, Koyum, Siput, Pulai (duduk).
Awalannya, mahu tonton Dragonball Evolution kiranya di Melaka. Meluangkan masa bersama teman itu pastinya, bukan sangap sangat nak tonton. Namun, atas sebab-sebab tertentu, niat itu dibatalkan. Jadi, sebagai alternatif lain, kami bebudak bilik bersetuju untuk bersama-sama ahli kelab Kruise untuk berkhemah di Bekok. Suka betul Aida lepas aku setuju nak pergi (terima kasih sebab bagi aku sleeping bag, hee...). Mintak maaf ya sama ahli Kruise sebab kami buat bising. Hahahak!!!

Tuesday, March 17, 2009

MATI PERCUMA DI MINDA

Sejak kebelakangan ini aku runsing sejenak tatkala terfikirkan kata-kata Jablon lalu...
Jujur, aku tak pernah beritahu sesiapa pun sesiapa yang aku suka, aku benci...
Jujur, aku tak berkongsi rahsia dengan teman-teman di sini...
Jujur, aku memang perahsia, juga egoistik...
Tapi.....
"Apahal ko ni, huh?!Kau jer yang lebih-lebih...Tapi, pernah die anggap kau macam apa yang kau anggap 'dia'...?" Jablon.
"Takpa lar...Aku dah besa dah benda macam ni...MayB, 'dia' meluat ngan aku..."aku.
"Haa, Tau pun...Tak payah ko nak harap-harap lagi..."Jablon.
"Erm...Hang nak makan dulu or nak balek?"aku
Natijahnya, Jablon tak tahu pun siapa 'dia' itu...
Tapi, ada pro dan kontra juga...
Aku mula sedar sekarang...
Aku adalah orang yang tewas...
p/s: Aku baru buat persembahan pentas (gua drummer...)
untuk jamuan Business Society tadi...
Dah lama aku tak bermusik...
Aku baru dua hari pulang dari berkhemah...
Dah lama aku tak berkhemah...

Saturday, March 14, 2009

TUNGGU

KOMA
Tit...Tit...Tit...
Sedikit impikan mati
Warfaat (Mistik)
Destitusi Menuju Mati (Siksa Kubur)
Hawa Adalah Simbol (Jihad)
The Land Called Mahsyar (Sakaratulmaut)
p/s : Lagu-lagu untuk minggu ini...

Thursday, March 12, 2009

HADIAH UNTUK HARI INI!

Dari kiri : Aku (berdada pentagram...Pungkoq hang betoi!!!), Koyum (Rambut separa emo), Pulai (afro), Nuang (buncit), Jablon (botak, 'x' di kepala)
Lazimnya, setelah pos yang berformatkan berita dipalitkan, maksudnya aku dah malas untuk menulis mahupun memalitkan apa saja untuk beberapa hari, minggu,juga bulan mungkin...Tapi, mana mungkin aku tak larutkan sesuatu yang mengharukan aku dalam diari serba berdosa ini...Hadiah terbaik hari ini, lukisan yang disiapkan dengan menggunakan perisian Paint, oleh jengjengjeng.........Koyum a.k.a. pungkoq besaq!!! Lukisan di atas walaupun seakan keanak-anakan, tapi bagi aku yang kecil ini, ia tetap satu karya berintikan nilai-nilai estetika yang tersendiri...Lukisan tersebut baru saja dia siapkan di hadapan kami, budak bilik a.k.a. port...Banyak lagi ingin aku calitkan, tapi marghrib lar sekarang...Nanti aku kiaskan lagi...United We Stand, Divided We Fall!!!
p/s: Perght, dibandingkan dengan entry-entry lama,aku rasa
teknik menulis aku dah banyak berubah, semakin merosot dan teruk...Erght...

Wednesday, March 11, 2009

SARI BERITA UTAMA

Sekadar gambar hiasan
Melaka, 12 Mac 2009 : Penulis blog ini sekali dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dihadapan komputer riba miliknya yang masih aktif memutarkan lagu I Want Out dendangan Helloween selepas lagu Death Is Just A while oleh Mandatory sebelum beliau menghilangkan diri. Hasil soal siasat keatas saksi berhampiran, Encik Kumareselvam, penjual air buah-buahan secara kecil-kecilan, penulis blog ini telah melakukan banyak perkara aneh beberapa hari sebelum. Beliau dikatakan telah membeli sekeping CD kosong serta kertas pembalut hitam dan katanya, "aku bosan... So, aku beli lar menatang ni...Nanti pa plak kata Pak Cik Unimart tu...".
Menurut Inspektor Nassert, motif kehilangan beliau masih dalam kesamaran dan pihak berkuasa masih giat menjalankan penyiasatan. Kes ini disiasat di bawah seksyen 2 (a) dibawah akta Contracts Act 1950. Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat boleh disalurkan ke balai polis berhampiran dan cabutan bertuah menanti anda.
Selain dari itu, hasil kajian yang dilakukan keatas orang ramai menunjukkan bahawa prestasi skuad bola sepak kebangsaan amat memalukan bukan disebabkan rasuah tapi kerana mereka lebih suka menuding jari ditambah dengan sifat dengki.

***21hb 3, Siksa Kubur turun sini...Bulan 5, Rotting Christ pulak...Aku kena berjimat sekarang...

Monday, March 9, 2009

BUNUH SAJA AKU JIKA ITU MAUMU

Aku mula serius melukis sedari darjah tiga, itupun abah yang hantar aku kelas lukisan...
Hasilnya, aku boleh mengaplikasikan warna dan memanipulasikan persekitaran untuk dijadikan karya...
Maaf, hasil lukisan hanya pernah dipertontonkan untuk mak, abah, Pali, Angah, Syammen dan Aimi At*t*h sahaja...
Aku mula bermusik secara serius sewaktu berumur 14 tahun, gitar dan drums, metal itu raja!!!
Hasilnya, aku cipta lagu untuk band dan meriliskan demo juga tolong siapkan lagu untuk band kawan-kawan...
Walaupun tak enak, tapi terima kasih kepada bebudak kat kolej yang cakap, "Worght! Apsal band ko dah R.I.P...? Sedap dowh!!!"
Yearght, totally D.I.Y...
Aku mula menulis secara serius tatkala berumur 15 tahun, setelah terpengaruh dengan karya 'Ranjau Sepanjang Jalan' oleh Shahnon Ahmad dan '1515' karya Faisal Tehrani juga dorongan dari abah dan mak...
Hasilnya, aku dah beberapa kali riliskann cerpen dan puisi kepada khalayak, dan aku sedang mencari ruang yang lebih besar...

Terima kasih kepada bebudak kat sini yang baca secara percuma dan ada yang berkata, "Ni bukan ko yang tuliskan?"...
Aku mula bergaya sewaktu berumur 14 tahun, abang aku sebagai model...
Dari dulu, aku memakai bell-bottom ala-ala Cliff Burton ex-Metallica, kemeja ala-ala Angus Young AC/DC, rambut entah apa-apa kononnya Hide Matsumoto X-Japan...
Setiap sudut badan ini hingga ke nafas yang terlestari...
Dan banyak lagi anugerah dari Yang Maha Segala beri...
AKU SANGGUP HILANG SEMUA TAPI JANGAN HILANG KAMU!!!
JANGAN AMBIL KELUARGA DAN TIGA SAHABAT AKU!!!
BUNUH SAJA AKU!!!
**Macam tu mungkin aku cakap kalau ada penyamun letak pisau kat perut aku sambil bertanya dengan gaya samseng, "Lu pilih nyawa atau duet? Huh?!"... Hahak, sebab tu aku sekadar tulis aku sayang kalian sebab di dunia nyata, aku tak mungkin BERANI meluahkannya...Aku anak kecil...

Saturday, March 7, 2009

AKU TETAP DI LUTUTMU, ABAH

Aku bukan kesiangan... Kekadang benci aku pada malam...Kesannya, otak dah bangang...Tadi petang aku dikawal minda bawah sedar lagi...Lantaklah, ini dos yang semakin akhir...

Aku terima satu panggilan tadi, selepas azan isyak kiranya...Kebiasaannya nada telefon bimbit bunyinya To Mega Therion dari Therion jika ada panggilan hadir, itupun jika panggilan dari teman...Atau setidaknya lagu dari band aku sendiri jika my darkest brothers (Fadhli, Angah, Syammen) yang memanggil...Tapi, kali ini bunyinya Tears In Heaven, satu lagu ballad oleh Eric Clapton... Maksudnya, panggilan dari my lovely mermaid, mak aku...!

"Tadi petang tepon tak pick up pon...P mana? Blablabla..." tanya dia...Aku jawab, " Maen futsal tadi...Fon ada kat bilik..." tipu aku, nahunya aku ke alam mimpi petang tadi..."Hik, kalau cakap maen futsal, tak gelak lar..." mak aku memang selalu merapu, macam aku jugak lar...Dia akan gelak kalau aku cakap aku bersukan...Walaupun dia tahu aku sangat aktif, tapi dia tetap akan ketawa jika aku bersukan kerana dia tahu amat aku sangat malas...

Setelah lama berbual, "Nak cakap ngan abah?", dia pelawa...Diam aku sejenak..."Boleh gak...", terima aku... Mak aku tahu yang aku dan abah memang agak dingin...Perbezaan corak pemikiran mungkin...

"Assalamualaikum...", suara tua di situ..."Macam mana? Akademik ok? Blablabla...", tanya dia talu-talu... Bidas aku, "Alhamdulillah, ok...". Mudah... Jangkaku tepat, akademik, akademik, dan kademik juga topiknya...

"31hb Mei atau 1hb Jun kot, abah nak tunaikan nazar abah... Abah jadi p buat umrah...Abangah cuti tak?", bentangnya tanpa diminta... "Cuti kot...", aku bersuara... "Bagus lar kalau camtu... Err, kalau macam tu, start lar amal dari sekarang...", cakap aku sedikit sinis... Dia terdiam sejenak lalu dijawab, "Ini untuk nazar...".

Aku nak semua orang tahu yang aku sangat menyanjung tinggi kamu, Abah... Walaupun kita dingin selepas hari gelap itu, aku masih berbangga jadi anak kepada seorang lelaki yang hebat amat iaitu Mohd Pami Bin Ahmad, iaitu kamu, abah... Aku tak pernah malu untuk berkata, "Ya, saya anak Cikgu Pami!"...

Abah, orang pertama dari Permatang Sintok yang ke universiti... Dulu, kami sekeluarga akan bersama-sama menyaksikan rancangan Who Want To Be A Millionare dan aku takjub setiap kali abah menjawab semua soalan dengan mudah walaupun semasa membaca surat khabar... Kerana tabiatnya yang meletakkan 100% konsentrasi sewaktu membaca dan ditambah tabiat dari dulu membaca, pengetahuan amnya sangat kuat...

Jika bukan kerana salah darah mudamu dulu, kita mungkin akan jadi orang yang sangat berharta dulu, tapi aku lagi suka dilahirkan dalam keadaan ini kerana kamu tetap abah aku...

Maafkan anakmu ini yang selalu jauh berpaling dari perspektif kamu, perspektif seorang abah...Tapi abah jugak yang cakap, "Masa depan abangah, adalah masa depan abangah..."...

Maafkan segala dosa anakmu yang tak habis-habis dengan jiwa rebel ini...
Cuma satu, setinggi mana pun aku terbang, sejauh manapun aku berlayar, AKU TETAP DI LUTUTMU, ABAH...(Walaupun gua metalhead tegar sejak darjah enam, tapi gua banyak belajar sastera dari abah gua, graduan jurusan arkeologi dan sastera UM...Jadi, memang aku suka ayat-ayat yang orang cakap 'poyo' cam ni...Hahahak!!!)

p/s: Abah memang tak suka bergambar...Jadi tiada gambar diselit...

Tuesday, March 3, 2009

GUA BOSAN AMAT NI!!!

Arght!!! Ini sedikit lari dari kebiasaan... Aku tak pernah fikir atau nak fikir berkenaan benda ni... Tapi sejak dua minggu lepas aku asyik dengar teman-teman lain berbual secara serius tentangnya... KAWEN!!! Jadahnya aku nak fikir... Tapi...

LATAR TEMPAT : Bilik, kolej.
LATAR MASA : Petang tadi.
LATAR MASYARAKAT : Nuang, Koyum, Aku.
Potpetpotpet (berborak berkenaan kawen...)....Aku pula sedang cuba melelapkan mata... Aku tergelak tatkala Nuang dan Koyum cakap fasal kawen..."Apsal kau gelak? Ok, apa kau fikir berkenaan kawen...?"... Erght, aku pula ditanya..."Aku still nak rawk on my own f**kin life!", jawab aku...Lalu Nuang cakap, "Tisu (aku lar...) lain... Mat metal...Dia ada priority lain...Band,blablabla..."...Selamat aku...

LATAR TEMPAT : Dari dewan makan ke bilik.
LATAR MASA : Kira-kira dua minggu lalu.
LATAR MASYARAKAT : Jablon, Toby, Aku lagi.
"Kita kena tunjuk dari awal yang kita ni baik...Kalau dari awal dah gadoh, susah lar nanti..."...Itu kata Toby yang sedang berbual dengan Jablon berkenaan kekasih hati mereka dan aku pura-pura tak mendengar...Aku ditanya Toby, "Kau dulu selalu gadoh arght dengan awek kau?Pernah rancang masa depan dengan dia?"...Jawab aku, "Pernah! Aku nak keluarkan benih yang bakal jadi metalhead..."... "Kau ni tak habis-habis..."Kata Jablon... Selamat lagi aku...

LATAR TEMPAT : Pusat membeli-belah.
LATAR MASA : Dua tahun lepas.
LATAR MASYARAKAT : Aku dan 'dia'.
"Nantikan, kalau Orang dah jadi mama kan, Orang nak sumthin that buat Orang comfort...Blablabla..." kata 'dia'...Jawab aku, "Erm, baeklah wahai tuan puteri pasir rebus delima merkah..."..."Hee...Orang nak rumah besar sangat-sangat,ada lil' garden, swimmin pool, blablabla...Dia (aku) kena prepare macam-macam tau...blablabla...Nak anak banyak...blabla.."..."Baek...hamba menurut perintah...Eh, movie dah nak start! Cepat lar..."... Selamat lagi aku...

Natijahnya, aku selalu menipu, merapu...Jujurnya dalam hati, aku takut benar dengan tanggungjawab...Aku takut nanti aku terpaksa bahagikan sayang aku antara mak dan bini...Bayangkan, boxer yang patut dibasuh sekurang-kurangnya 3 kali seminggu pun boleh dilanyak sampai dua minggu...Nikan pulak nak sara anak bini...Lagipun aku masih bergantung kepada painkiller, hidup dengan rawk n roll yang bobrok, belajar pun tunggang-langgang, SEMBAH TUHAN PUN KURANG...Tambah lagi dengan tak hensem, tak berharta, boncit, ketiak busuk, jerawat banyak, tak stylo, gemuk, hitam, blablabla...Dan memang aku tak pernah fikir atau nak fikir berkenaan kawen lagi...