Sunday, August 22, 2010

TAKLIMAT IMAM MUDA SYAITAN

Budak perempuan kecil, berkasut tumit rendah merah itu tiba-tiba menjerit- wahai bulan wahai bintang dan wahai kerahmatan! Datanglah dan kita berdansa bersama!

Dalam keributan malam yang menghantui semua figura separa normal yang seakan dibobrokkan oleh tashkilan seorang imam muda syaitan yang berserban seakan topi koboi, ritual kejahilan manusia pun dimulakan dengan taklimat ringkas- Korban kita malam ini adalah ramadhan! Setelah kita matikan Syaban! Horey! Horey!

Friday, August 20, 2010

DARI CELAHAN KANGKANG SENDIRI

"Manusia adalah pembunuh, yang membunuh mimpi sendiri..."

Tuesday, August 17, 2010

SURAT BUAT SESEORANG YANG SAMAR

Seseorang Yang Samar,
P/B 13 Celahan Curam Kelam,
Jalan Kedua Selepas Semalam,
666 Persisiran Gerbang Esok,
An-Nar,
Malaysia.

Ke hadapan tanpa kanan dan kiri diri kita.

Dimanakah kau? Itu persoalan yang membuatkan perkataan-perkataan ini releven untuk disuratkan.

Usah pedulikan diri aku, persetankan saja. Aku masih sama, bermain dengan siang untuk melestarikan malam, bermain dengan malam untuk memjadikan siang kelam. Tapi, kau dimana?

Aku cuma mahu kau datang, tak mengapa jika aku jijik untuk dipandang, datanglah dan bawa pulang bayang milikm kau pergi.
Kau tetap berpeleseran di atas paksi mata aku, walaupun nahunya kau tak akan kembali. Sekadar bermonolog yang sungguh-sungguh sendirian walaupun entah mengapa ia terlintas umpama bermain gitar tanpa fret, janggal tapi munasabah. Kan?

Kau pernah katakan dulu, LELAKI ADALAH BINATANG DAN PEREMPUAN ADALAH SIALAN. Aku percaya itu, yang sekarang dengan kata-katamu itulah yang mengheret aku ke medan tanpa senyuman ini...

Aku percaya, dan masih percaya...
Kerana kau...

Aku Yang Hampir Dijerat Mati

farysaSINSabell

p/s: kepada para pembaca, tolonglah jangan
membuat spekulasi sembarangan berkenaan tulisan di atas, ok...




Monday, August 16, 2010

MAKAN HATI

Macam mana nak hidup kalau tak MAKAN....

Wednesday, August 11, 2010

**SHIT**

Gua tak jadi balik Penang hari ini untuk berbuka puasa bersama keluarga yang sangat gua sayang...

**shit**

Rock n Roll atau jadi lelaki murah tanpa prinsip yang kuat?

Wednesday, August 4, 2010

LAKARAN DI KERTAS PUTIH

Aku tak tahu kenapa aku siapkan lakaran wajahmu. Kau di depanku dan aku dibelakangmu. Dari pandangan sisi, hanya dari sisi aku perhaluskan lakaran itu. Aku cuma sedikit bosan dengan persekitaran yang bobrok ini. Bukan niatku untuk menawan hati ataupun apa. Aku melakar kerana saja-saja. Dan kau tersenyum...

Dari bahagian mata kecilmu, mulut mulusmu, hidung, telinga dan keindahan tuhan yang ada padamu aku butir-butirkan. Kau memandangku, dan kau tersenyum...

Kau tak marah. Kau tak bergerak. Kau membiarkan aku memandangmu. Kau membiarkan aku melakukan kerjaku. Membiarkan setiap detik yang tak bermakna bagi orang lain jadi satu momen yang indah jika dibekukan. Dan kau masih tetap memandang tepat ke mukaku seakan-akan berkata:

"inggek chong pret chinggey...?"

Nota Kaki Tomoi Sepak Pungkoq: Baru-baru ni dalam kelas yang amat membosankan, aku saja-saja melakar wajah rakan sekelas aku (aku tak tau apa nama ntah...) walaupun tanpa izin, untuk menghabiskan masa...Lepas dia sedar aku sedang melakar wajahnya, dia lantas memusingkan badan ke arah aku dan merenung aku dengan aura yang pelik (hahahak!)...Tp terimakasih sebab beriya-iya nak sangat lakaran tu...Aku lukis merapu ja pun...

Aku dah kembali dipengaruhi gelombang-gelombang negatif...Kembali merasakan seakan-akan diserongkan oleh sesuatu yang tak bisa didefinasikan...Biasalah, self-esteem aku bukan tinggi sangat...