Friday, December 31, 2010

SELAMATKAN TAHUN BARU


"...Kekadang, tiada terima kasih untuk BAIK kau. Dan kekadang, sanjungan pula yang dapat untuk BURUK kau...
Setiap kali datangnya tahun baru, selangkah lagi untuk menuju kubur..."


p/s: Mari ting-tong di malam
tahun baru...

Badan sakit dan letih...
aih...

Thursday, December 30, 2010

PATRIKAN CARUTANMU

"...Janji-janjimu akan basi jika tak ditelan awal-awal..."


p/s: gua nampak lu,
dan seseorang lagi...

Gua suka Jack Black,
The real rawkstar hoho...

Wednesday, December 29, 2010

SUJUDKU KE ATAS KAKIMU


Gua lagi kacak dari lu, Abah...Hahaha!




"...Hari ini, aku merindui kau yang semalam. Kerana kau yang esok terlalu sukar untuk diduga..."




Sekadar gambar hiasan.
Wanita tercantik di dunia, hohoyearght!

p/s: Abangah minta maaf...

Tuesday, December 28, 2010

SI BODOH YANG TERLUPA

Sekadar Gambar Hiasan

"...Kau mungkin telah terlupa bahawa semalam itu adalah dirimu. Heh, menangislah kerana itu saja yang kau ada, si bodoh..."

p/s: Gua yakin gua boleh berhenti
merokok! Hohoyearght!

Sunday, December 26, 2010

GINCUMU BERSULAM HIPOKRASI

"...Manusia terlampau comel untuk tidak menangis...

Dan aku selalu ke hadapanmu, walaupun kau membelakangkanku..."

p/s: Gua baru balik dari bercuti..
Memandu dari Rantau Panjang ke
Butterworth bukanlah sesuatu yang relaks...

Tak berus gigi selama dua hari juga
bukan sesuatu yang menyeronokkan...

Thursday, December 23, 2010

DENDAM 14 KURUN

"Ketahuilah ketika aku dilantik menjadi khalifah, aku adalah orang Arab yang paling banyak mempunyai unta dan kambing...

Namun sekarang tidak ada bagiku melainkan dua ekor unta yang aku gunakan untuk menunaikan haji..."

-Khalifah Uthman-
(Al-Tabari, Tarikh al-Tabari, 4/348)

Namun, semuanya berputararn begitu sahaja, dipandang sebelah mata ataupun langsung dibutakan. Ianya tidak sampai...

Ada yang mengandaikan IA adalah kepercayaan agung, sebahagian dari nas-nas yang bersifat politik, nepotisme, atau pun sebagainya..

Ianya bermula dengan seorang Yahudi, Abdullah Bin Saba yang memincangkan umat Islam. Dan lahirlah satu tiang yang terus mendukung satu mazhab...


"Wahai orang-orang yang beriman! Sekiranya datang kepada kamu orang yang fasik membawa sesuatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu itu."

(Surah al-Hujarat: 6)


Namun, tetap juga harus diingat, kita bukanlah TUHAN untuk menjatuhkan hukum KAFIR ke atas seseorang...



p/s: Gua ni orang yang jahil...
Sebagai orang yang jahil,
gua tak boleh membabi buta..
Jadi, gua ikut FATWA...

Wednesday, December 22, 2010

BERAPA LAMA LAGI

Entah berapa lama lagi terpaksa gua rahsiakan benda itu...

Kau, kau , kau...
Tiga semuanya...

p/s: Gua tak follow blog orang
senang-senang. Bukan sebab gua ortodoks,
ataupun BERLAGAK, tapi motif lu
cuma nak naikkan traffic...Tak ilmiah
langsung...

Monday, December 20, 2010

DUNIA MEMANG KASIHAN

Dia bermimpi. Anak gadisnya, jejak umur 17 tahun. Sedang berdiri di atas pentas yang di bawahnya ribuan ibu-bapa lain menyaksikan detik itu. Kamu berjaya merangkul gelaran pelajar paling cemerlang. Kamu membuat dia bangga...

Anak gadis diberi peluang untuk memberi sepatah dua kata, tapi dibalas dengan senyum. Perlahan-lahan berjalan santun ke satu sudut di dalam dewan di mana ditempatkan satu piano. Anak gadis duduk. Hadirin hairan...

Selepas mengucapkan terima kasih ayah, satu dan satu not dan not dimainkan. Melodinya indah. Dia, ayah anak gadis, tersenyum sambil pipinya dibiarkan basah dengan titisan air mata.

Dia bermonolg, "itu lagu yang aku buatkan untuk melamar mamamu...".

Dia menyambung lagi:

"Tapi, yang tinggal kini cuma sekadar potretnya..."

*************************

Setelah tamat acara, anak gadis itu lari mendapatkan ayahnya lantus dirangkul erat ayahnya. Ayahnya sekadar tergelak-gelak kecil. Dan ayahnya tak lupakan sesuatu untuk diberikan kepada anaknya yang membuatkan dia bangga.

Kotak kecil yang dibalut dengan kemas sekali. Tertulis pada kad ucapan kecil: Today is your day, dear!. Anak gadisnya kelihatan girang sekali. Dibuka bungkusan kotak dengan rakus, dan menejerit,

"Thanks, ayah! Iron Maiden 'Flight 666' album! Love you!".

Dan anak gadisnya menyambung dengan nada sedikit duka:

"Kalau tak, malam ni boleh kita layan Iron Maiden sekali ngan mama..."

"Tapi, mudah-mudahan mama tetap tersenyum di sana..."

p/s: Gua tak mau mimpi
macam tu lagi...
Tak basah pun hahaha...

Sunday, December 19, 2010

ITU ADALAH KIMIA

Tatkala gua tatap wajah mereka, melihat susuk tubuh mereka, mendengar bicara mereka, menakul perancangan masa depan mereka, menafsir hari tua mereka, gua menjadi kaget dan kelu...

Walaupun gua sudah hampir jauh lari dari industri ini, gua bukanlah berada di zon selamat. Gua masih bersisa-sisa juga. Namun tetap gua bersyukur untuk hari ini...

Gua menulis bukan kerana publisiti. Juga bukan kerana populariti. Gua menulis untuk diri gua sendiri...

Industri ini membunuh....



p/s: "Nah drumstick first aku...
hadiah persahabatan kita..."
untuk lu, KAWAN...

Friday, December 17, 2010

PRIMADONA YANG TERHEMPAS

Bukan senang untuk berdiri di atas pentas, memegang pembesar suara, mengikut iringan irama, dan nyanyi di depan khalayak...

Dan bukan senang untuk menghayati lagu yang dibikin oleh orang lain, walaupun kita yang diamanahkan untuk nyanyikannya...



p/s: Gua baru habis membaca
"Karpal Singh : True Malaysians"...
Bukan sebab gua minat orang tua ni,
tapi sekadar mahu tahu...

Thursday, December 16, 2010

MINUM KOPI SEBELUM MIMPI

Entry kali ini adalah berkenanaan 'Hablumminnannas' yakni berkenaaan hubungan antara manusia ataupun sesama makhluk. Jadi, ia mungkin berkenaan huubungan antara anak dan ibu-bapa, adik dan abang, murid dan guru, lelaki dan perempuan, Talib dan Ah Chong, Pak Mit Basron dan Qiara Saedah, Munir dan Jessebell Kucing Kesayangan Beliau, dan etc... Ia berkenaan 'hati dan hati'...

Seseorang yang rapat dengan gua ada mengajak gua 'pekena kopi' baru-baru ini. Dan yang menokokkan keinginan untuk gua menyahut ajakan beliau adalah kerana akan matanya yang ghairah menilik persekitaran. Sudah putus warasnya? Entahlah...

Matanya layu tapi bervoltan. Matanya juga lesu tapi berenjatan. Matanya, kelu tapi berpersoalan. Seumpama televisyen tanpa antena, wujud tapi berpasir selaput. Beliau masih sama perwatakan yang didokongnya hingga sampai ke tempat untuk minum kopi. Kopi 'o', biarkanlah ia suam...

Sedutan dari asap rokok daun dan haruman dari kopi 'o' suam adalah slot yang indah.

Perbualan antara gua dan beliau tiba di klimaks setelah kira-kira setengah jam masa dimasturbasi bersama. Beliau kuat berlistrik memandang gua. Lalu dia memulakan sesi berlidahmadah antara kami:

* Perbualan dalam loqhat "Penang Hang Mau Kena Tampaq??!!"*

"Hidup ni macam sarkas, kan?"

"Sarkas? Takkan kena kopi pun mabuk? Ang gila ka..."

"Betoila... Tapi yang uniknya, ang bukan owner sarkas tu..."

"Ok, ok... Aku tak paham..."

"Erm, macam ni... Ang pernah tergelak bila ingat cerita sendiqi?"

"Pernah...Awat..."

"Hahahaha..."

Cubitan tembakau jawa halus diletakkan di permukaan daun kampung yang diratakan, dibalut, ke mulut, nyalakan, sedut, dan hembus...

Perbualan kami pun seperti itu, kiam dan diam sebentar, sambung dan kembali terjalin. Beliau berkata:

" Ang senang tau nak cakap berapa banyak ang sayang, suka kat seseorang bila dia depan ang. Tapi ang tak tau berapa banyak ang meluat (benci) bila dia tadak depan ang, kan?"

Gua masih enak bersetubuh dengan rokok daun. Gua diam saja.

"Apa pendapat ang? Woi, aku cakap ngan ang ni..."

"Erm, aku tak pandaila nak cakap bab-bab ni..."

"Alaaah... Mat metal pun mesti dalam hati ada bunga, kan...?"

"Hahaha, bunga dari lucifer...Ok, aku rasa benda ni ikut pala masing-masing. Tak semestinya ang nak letak taik ataih (atas) pala orang bila dia tadak depan ang, kan..."

Gua sambung lagi...

"Katala, ang gaduh dengan someone. Lets say(gua sepiking beb...), putus hubungan...Buat apa nak bukak cerita kat orang lain sedangkan cerita tu pasai ang ngan dia, bukan ngan orang lain...Biaq ampa (anda berdua) ja yang tau dah la..."

"Tapi aku takut depa (dia @ mereka itu) yang bukak aib..."

"Memang ada orang macam tu...Tapi ang ingat benda ni, aku dapat dari lecturer aku...Dia cakap: Energy can't be destroyed..."

"Energy pa jadah pulak?"

"Maksud macam ni: Kalau ang suka someone, someone tu akan rasa benda sama...Kalau ang tak suka, dia kan rasa gak...Macam yoga la, aura-aura bra hahaha..."

"Oh...Ang percaya ka?"

"Hahaha, tak tau la aku percaya ka dak...Tapi untuk sedapkan hati sendiri, aku selalu buat-buat percaya...hahahaha..."

"Perght, ang mesti ada cerita ni...pasai cinta ka? cerita la seket mai..."

"Pungkoq ang! Aku metalhead hahaha...Ang nak tau cerita cinta, ang pi tanya mamak yang amek order tadi tu hahaha..."

"Juboq betoi..."

Dan gua pun sebenarnya sudah sangsi dengan apa yang gua dapat dari lecturer gua tu: 'Energy cant be destroyed'. Dulu gua macam percaya, tapi sekarang, entahlah...

Banyak sangat masalah berkenaan tentang perhubungan dalam kehidupan gua sekarang. Itu macam itu, ini macam ini. Walaupun mungkin ada antaranya yang gua sendiri datangkan masalah, mungkin, tapi semuanya terus-terusan menggasak...Hinggakan menghanyutkan gua untuk lari dari menghadapi esok...(Perght, ayat cun pulak gua ni hahaha...)

Mampuslah, buat masa sekarang, gua cuma mahu hidup seperti minum kopi 'o':

"Biarkanlah ia suam..."

Wednesday, December 15, 2010

LALU DIA MEMBISU

Sepucuk pistol 44 Caliber yang penuh dengan peluru. Bidikkan ke ruang rongga mulut, perlahan-lahan tersenyum dan biarkan picunya berbicara...



:)

Monday, December 13, 2010

SERANGKA MATA YANG PEJAM

Bunyian di sekeliling amat pening. Seakan diliwat bunyian perang- pistol, senapang, meriam, dinamit, bom yang galak berasimilasi, yang asyik bersenggama; begitu mampir gambarannya.

Aku pantas mendapatkan dia. Dia sedang rebah di sampingku dengan mulut yang masih mengalir cecair pekat berwarna merah, dan sedikit cairan lekit bewarna jernih dari sinus, dan matanya sudah juling dalam pejaman.

"Aku tak pasti..Benarkah ada penanda untuk kesana?", suaranya lemah menghambatku.

"Bagaimana kau? Mampu bertahan?", aku sedikit diserang piung-piung panik.

"Kan aku masih di sini? Di hadapanmu, sedang menatapmu...", ada air jernih terjurai dari kelopak matanya, seakan-akan manik.

"Tak, tak...Aku yang sedang menatapmu. Jangan bicara apa lagi", lidahku memasturbasi sedikit kekuatan agar ereksi nyawanya kukuh kembali- walaupun mungkin sekadar fantasi nafsuku yang cuba meredakan ejakulasi situasi ini.

Kau tahu apa yang berlaku dan sedang berlaku. Tapi masih berdegil menjinjingnya lagi. Aku ada, biarkan saja aku yang membunuh mereka. Biarkan aku yang membunuh bintang-bintang itu semua. Biarkan aku yang mengebom markas yang menjana kuasa kelam ini. Biarkan aku yang berkata tidak kepada raja hari semalam. Biarkan saja aku yang melakukannya sendirian. Biarkan aku...

******************

Sesekali titik fokusku menghala ke kiri, ke kanan, ke depan dan ke belakang. Cuba mencari figura-figura yang mungkin menyusuri denai ini seperti aku dan dia. Tapi denai ini terlalu terpinggir, manakan bisa ada sesiapa! Mindaku menjadi pesimis.

Jadi, aku beransur-ansur luluh. Cair di putar jarum jam. Untuk kali yang terakhir, aku cuba juga menghala pusat fokusku ke angkasa...

*******************

Dia perlahan-lahan menggenggam tangan kiriku dengan tangan kanannya. Tapi aku dapat merasakan bahawa tangannya itu berkisi dengan tenaganya. Lemah dan hambar sekali genggamannya. Aku mahu saja mencarut panjang ke mukanya dengan rantaian bahasa kesat dan bobrok agar dia tahu, sedikit dia bergerak, sakitnya sampai ke emosiku. Sakitnya adalah ketakutanku. Sakitnya nyata untukku!

Dia masih menggenggam tanganku, masih dengan tenaga yang sama, namun entah berapa lama lagi bisanya, dan dengan perlahan dia melancap telingaku dengan kata-katanya.

" Indah bukan langit di sana? Tak seperti langit di sini, selalu saja ada gering..."

Kata-katanya seakan listrik, renjatan yang berkuasa entah berapa juta kali ganda dari tenaga kuda. Entah berapa kali ganda voltannya.

"Baik kau diam! Sebelum aku pijak mulut kau!", aku hilang konsentrasi, seluruh pancainderaku diladeni emosi. Namun ia hanya sekadar bermain di hati. Aku masih kaget. Aku masih pegun. Aku masih kelu.

" Halakan matamu ke sana...", dia menokok.

"Mana?", aku sekadar menurut.

"Di sana. Ada kelibat...", jelingnya memberi arah.

"Mana?", aku cuma menurut walaupun sudah pasrah.

Aku terdiam terus. AKu takjub.Aku benar-benar takjub! Arah yang ditunjukkan dia memang benar ada sesuatu. Bukan lagi kelibat, tapi sekujur jasad. Jasad yang sedang berdiri tersenyum. Aku bertambah takjub tatkala jasad itu bersuara.

"Ada penanda di sana", jarinya menunjuk tepat ke arahku.

Aku jadi tambah-tambah diam. Bukankah kau yang sedang rebah dengan mulut yang masih mengalir cecair pekat berwarna merah, dan sedikit cairan lekit bewarna jernih dari sinus, dan mata yang sudah juling dalam pejaman.

Kenapa kau di sana?

Nota Kaki Tanpa Hadas: Susunan-susunan perkataan di atas bukan cerita porno ataupun cerita lucah. Kalau lu nak naikkan syahwat lu, pi layan Redtube atau Japanesesex Blog. Gua tadak masa nak cerita pasal romen-romen...



P/S: Gua rasa lainlah, auw...!

p/s/ass:
Gua sedang mengumpul duit
untuk mendapatkan snare drums baru!
Hohoyearght! Gua nak tibai Lars Ulrich!




Saturday, December 11, 2010

DISEMBER

Kau datang kembali,
untuk pergi lagi...

Seperti aku,
selalu terkebelakang...

Dikandung kepulan asap nipis yang kian menghilang diterbangkan angin...

Aku benci kau,
aku benci kau...

Seperti aku,
selalu dibelakangkan...

p/s: "Thanx, for belanja me that
cheese burger malam-malam...",
lu lah, sapa lagi hahaha,
walaupun gua tak lapar,
siap paksa lagi...

Gua hujan-hujan mcm ni rasa nak beromen plak,
cait...




Friday, December 10, 2010

ISTIADAT BUAT KERABAT

Walaupun gua tak rasa teruja sangat untuk menghadirkan diri pada hari konvokesyen, tapi hari tersebut bermakna bagi keluarga gua, terutamanya kepada Pn. Naterah Binti Marzuki The Lord Of Beauty kerana kedua-dua anak awalnya berkongsi istiadat (Deg dan Dip) memakai jubah.

Jadi gua palitkan beberapa gambar dalam Diaridosa, diari gua. Ini gambar dalam studio, pagi hari, sebab tu muka gua nampak baik saja. Kalau dah mula panas, berpeluh, memang metal habis muka gua. Tapi gua lagi suka kalau jerawat-jerawat ganas kat muka gua juga terakam sama, baru nampak tulin hahaha..Gambar-gambar outdoor masih ada dalam dslr abang gua. Nanti-nanti gua rajin gua palitkan...



Fatin Faqihah (adik gua satu lagi)
tiada dalam gambar.


p/s: Hisap rokok sambil tengok
satu lukisan indah...

Thursday, December 9, 2010

KAIT BINTANG BERTUAN

Bila gua menatap, atau lebih tepat lagi jika kata akarnya ditambah dengan imbuhan 'ter', kornea mata separa kelabu tanpa kanta lekap ini tepat ke sudut itu, gua terdiam seketika...

Pernahkah kita ketemu?

Dan tatkala gua merapatkan kanta berbingkai ini ke mata cacat yang sepasang, gua nampak sesuatu:

"Tuhan, ciptaan-Mu yang satu ini terlampau indah untuk ditangiskan..."


p/s: Gua rasa Lisa Surihani mesti tangkap
cintan ngan gua kalau dia tengok gua
main kiub rubik...

Monday, December 6, 2010

MENGAJAR HARI SEMALAM

I. Bukan Karya Poros.

Aku poskan doa ini kehadapan-Mu,
agar darah ini tetap sama mengalir seperti dulu...

Di mana tepatnya saat itu,
saat yang terhenti seakan membeku...





(Air dicindang takkan putus...Hehe...)


II. Majistret Dan Defendan Sialan.

Aku dikatakan kosong,
bukan plaintif bukan defendan dan juga bukan tuan majistret,
aku dihadapkan di sini tanpa apa-apa posisi,
sekadar memeluk status sebagai pesalah- kata mereka...

Aku dihadapkan ditengah-tengah medan,
medan yang dipenuhi dengan figura dan muka yang berkisi,
dan aku dituduh mentaksir- namun tak tertafsir jua...

("Cuba tuan-tuan majistret, tuan-tuan plaintif dan tuan-tuan defendan kenang sebentar,
apa yang telah kalian rogol pada hari semalam?
Saya cuma membalasnya kembali hari ini...

"Pesalah, kenyataan anda ditolak!
Anda diminta diam hingga perbicaraan tamat!"

"Tapi..........."

Tap!!!)

Aku belum tahu apa yang akan dijatuhkan,
jadi aku berserah saja kepada majistret dan defendan sialan berkata satu...




(Kalian, gua minta maaf. Gua sudah bersedia untuk dicemuh, tapi gua rasa gua betul...)


III. Kenapa Diaridosa?
Keran
a ia ada sesuatu berkenaan kita...




("kerana di sini semuanya bermula", hahaha...Terimakasih, Gorgeous...Lu selalu buat gua nak MENANGIS...)


p/s: Heh,makan hati? macam mana nak
hidup kalau tak makan...

Thursday, December 2, 2010

PUISI BUAT 'ANONYMOUS'

I. Orang Tua.

Orang tua-
Pipinya kendur,
teteknya kendur,
HATINYA kendur...

II. Hari Berjubah (Juga Piung-piung Pening).

Banyak orang,
banyak muka,
banyak warna,
dan banyak lagi...

Dalam kebanyakan,
sukar untuk dikenalpasti siapa yang datang dan siapa yang pergi...

Satu hidup dan dua mati-
Sesebuah lukisan membenarkan penatap rasa indah walaupun nahunya berbeza...

III. To Anonymous.

"....Some things are better left unsaid..."

p/s: Gua dah tak berminat dengan
apa-apa...
cukuplah jika dapat minum sirap...
haih...