Monday, September 29, 2008
MENYENTAL DOSA LARA DIPINTA
MARI MENGEMAS RUMAH
Sunday, September 28, 2008
BERMONOLOG BERSAMA KRONOLOGI
ILUSI...MIMPI...HALUSINASI...MATI
Di saloon, tersilap potong rambut...Sememeh dan berangin......Aku benci berambut pendek, tapi masih ada komitmen lain lagi, ARGHT... !!!!

Aku mula kenal erti KEKELUARGAAN, PERSAHABATAN, percintaan, tanggungjawab, pencarian ilmu dan segala-galanya sewaktu uniform putih tersarung dulu...Dan kini aku mula mengerti betapa pentingnya semua itu...Hidup baru yang penuh dengan kebobrokan ini, menyedarkan aku tentang nilai KEKELUARGAAN dan PERSAHABATAN melebihi segala-galanya...
p/s: Entry ni macam tak penting sangat pun...erm...
MEROBOHKAN DINDING USIA
DALAM KEPOMPONG KHATULISTIWA
TIADA CEMBURU ANTARA KITA
Manusia hanya mampu mengelamun bersama dosa semalam...Namun aku mengekstrak dosa semalam menjadi satu pemangkin untuk aku terbang...Phallie,individu yang paling setia mengumpan mimpi bersama aku dan hampir setiap minit, kami bersama...Kini, dia telah memilih jalan yang mulia untuk dilewati,mencari Yang Maha Segala dan sebagai SAHABAT, aku menghormati pilihannya dan menyokong tanpa was-was...Dia yang mengajar aku erti SAHABAT...Angah, individu yang paling kelakar dan ceria antara kami berempat...Mengisi setiap ruang kami dengan lawak yang entah apa-apa...Dia juga satu-satunya yang masih mempunyai komitmen terhadap si kekasih,namun dia tetap mengutamakan mimpi yang tercipta antara kami...Dia juga masih belajar di IPT (lokasi terpaksa dirahsiakan...) demi menggengam satu kebanggaan..
Semangat memberontak dalam diri anak muda sentiasa menjadi nadi penggerak...Syammel, masa kami selalu dihabiskan dengan menghuru-harakan gig...Kami kini berjauhan kerana dia kini menyambung pengajiannya di salah sebuah IPTS (lokasi masih perlu dirahsiakan...) dan dia sedikit tertekan dengan hidup baru...Seperti biasa,perbualan kami kebanyakannya berkisar tentang musik, musik, dan musik...
p/s: Aku bersyukur dianugerahkan oleh Yang Maha Segala
tiga orang SAHABAT yang kuat bersama...
Saturday, September 27, 2008
AKU MANUSIA
MEMBENCI HIDUP
DEWA YANG MENJERIT BISU

p/s: Tapi, nyatanya aku masih 'tak betul' macam dulu...
(Pernah tengok Jackass? Macam tu lar aku dulu...)
AKU RAHSIAMU
TIRAI LAYAR BIRU
Sewaktu aku sedang tertekan menyiapkan tugasan untuk satu subjek yang agak membosankan, RUMAH ITU BERHANTU
Lakaran kasar di atas disiapkan setelah aku asyik memerhatikan sebuah rumah usang yang loksinya terpaksa dirahsiakan...Bagi aku,rumah ini mempunyai nilai-nilai estetikanya tersendiri yang telah dilestarikan oleh generasi terdahulu...Berbekalkan beberapa batang pensil, pemadam, dan sedikit debu pasir, aku mula melakar secara kasar...Mungkin bersandarkan rasa malas, aku hanya melakar tanpa mewarnakannya...Sudah lama aku meninggalkan seni lukis,jadi inilah hasilnya...Jika direnung secara mendalam, terdapat seorang wanita yang sedang memerhati dari jendela tua rumah tersebut...Secara tidak sengaja,ia terjadi...PANCARAGAM TERGAM...BAR
KAU CANTINGKAN AKU DENDAM
Sebelum SPM menerjah tiba, aku dan rakan-rakan sekelas telah bersama meluangkan waktu dengan mengadakan perkelahan di sebuah tempat rekreasi...Saat itu, semangat setiakawan sangat tinggi dicurahkan oleh setiap individu...Namun, bintang tak sentiasa berkelip...Tamatnya persekolahan menyaksikan episod baru dalam hubungan kami...Ada di antara mereka yang hilang tanpa khabar berita begitu sahaja...Selain itu, ada beberapa individu di dalam gambar yang pernah menikam aku dari belakang...Aku seorang yang pendendam dan Ya, aku masih berdendam...MELOMPAT KITA KE AWAN
Friday, September 26, 2008
MERATIP MALAM MIMPI DITITIP
KERETA KODOK JIWA GERODOK
Aku adalah seorang yang sangat selektif dalam persahabatan walaupun aku mudah bergaul...Aku juga sangat susah melabelkan seseorang sebagai SAHABAT kerana bagi aku, hanya tiga individu yang pernah bersama-sama jatuh menjilat lantai dan bangun merobek langit bersama aku...Gambar di atas adalah antara gambar terakhir kami dan dengan megahnya aku berani berkata, dua dari mereka yang di dalam gambar di atas adalah SAHABAT aku (yang satu lagi aku daa...).Dan aku tak akan sesekali menyesal berkata demikian...DEMOKRASI ITU DUNIA
Tawa tenggelam di arus duka,
Tangis mewarnai semua cerita…
Lihat ke arah sana,
Benarkah itu mereka,
Anak-anak kecil yang melakar cita,
Dengan darah sebagai warna…
Bila demokrasi bertakhta,
Wanita dipaksa menjadi hamba,
Golongan tua terpaksa menjilat dosa,
Bayi kecil dipijak penuh bangga…
Dunia di telunjukmu,
Rakyat dipaksa membisu,
Empayar neraka beralaskan sejadah yang satu,
Perisai duri berdinding batu…
Bila demokrasi beraja,
Tentera berpanji hitam ketawa,
Dunia milik mereka,
Dengan visi menggantikan syurga…
Kerana demokrasi itu dunia…




