Friday, January 21, 2011

PRA-HADIAH SEBELUM HADIAH

Dari Celcom ke Maxis. Dalam suasana yang agak ceria. Seorang teman yang mungkin bukan yang terbaik menghubungi temannya dengan intuisi untuk kekal sebagai TEMAN. Kerana hari ini hari yang bermakna buat temannya.

Hanya ada dua watak untuk membawa perwatakan dalam kondisi ini. Walaupun hanya sekadar kata-kata yang meladeni pertemuan mereka, tanpa bersemuka bertentang mata, tapi satu siratan perhubungan terasa kuat ketara.

*****************

Lelaki: (Dengan nada keras umpama samseng). Hello, saya nak cakap dengan Wan Nur*****h?!

Perempuan: Hehehe, yer yer ni Wan Nur*****h...Ada apa Encik T**u?

Lelaki: Anda berada di mana, huh?!

Perempuan: Kat luar ni... Amboi, baru sekarang nak dengar suara...Aku selalu follow life ang, selalu baca blog ang, ang eksiden lah, apalah...

Lelaki: Eleh...

Perempuan: Betul, aku selalu baca blog ang...

Lelaki: (Nada percakapan telah bertukar dari samseng menjadi seperti biasa.). Hahahaha! Ok ok, serius! Ang berhenti bercakap, biaq aku sorang yang bercakap, ok?

Perempuan: Hehehe, ok ok...Ada apa, sahabatku Encik T**u?

Lelaki: Erm, erm (Membersihkan kerongkong agar bercakap lebih sedap.), dikesempatan ini, ingin aku mengucapkan, EPPY BURFDAY ILA!!! (siap jerit lagi ni...). Walaupun lambat, tapi harap diterima hehehe...

Perempuan: Hehehe, thanx T**u...Terharu aku...Tak sangka ang ingat...hehehe...

Lelaki: Mesti lar...Ok ok, ang nak hadiah apa? (macam hebat saja dia bertanya).

Perempuan: Ang nak bagi hadiah ke? He, terharunya...

Lelaki: Terharu terharu pulak...Cakap, aku sanggup bagi apa saja...hehehe...

Perempuan: Aku tak mau apa-apa...CUKUPLAH KALAU ANG ADA MASA UNTUK AKU, KITA LEPAK-LEPAK MACAM DULU...

Lelaki: (Terdiam...). Boleh, Ila...(Sebenarnya, hatinya berasa sangat bersalah...).

Perempuan: Macam dulu, kita selalu lepak sekali, kan?

Lelaki: Hee, boleh Ila...Boleh...

*************************

Sebenarnya, gua berasa sangat bersalah. Gua sudah lama tak meluangkan masa bersama mereka-mereka yang masih ada untuk gua. Maafkan gua, cuma gua sekarang kembali di 'institutianalized'. Gua tak mahu bila kita lepak bersama, gua tak mampu buat kalian ketawa. Ketawa seperti dulu, dulu sewaktu kita selalu bersama....

Tapi, percayalah gua. Sekali gua letak lu dalam hidup gua, sampai habis hidup ini pun tetap ada. Gua sangat menghargai orang yang menghargai gua....

Selamat hari lahir, Wan Nurasilah @ Ila. Gua tak mungkin berikan lu BMW X6, PS3, ataupun apa-apa lagi barangan mewah sebagai hadiah hari kelahiran lu... Tapi, gua yakin amat, gua mampu berikan hati gua kepada lu, kepada orang yang gua ANGGAP TEMAN-TEMAN gua...
Lu adalah salah seorang teman gua...Benar...

Dan gua menulis entry ini sambil memori gua kembali mengenangkan saat terakhir kita lepak bersama, hanya kita berdua, di bawah pokok besar apa entah, sambil diperhatikan orang ramai, kita bergelak dan tawa, di luar pintu kolej lu...Dan akhir sekali kita dihalau...Hahahaha!


p/s: "Tisu, tisu...! Jom makan donut!"
Gua teringat lagi saat itu, wahai teman...