Friday, June 29, 2012

SECEBIS CUMA

"..Aku hanya secebis najis.

Yang masih berbau,
walaupun jambanku
telah ditonyoh-tonyoh.."


Nota kaki: Lu tipu gua, dalam hidup ini takkan pernah ada orang yang muliadewa. Dan gua terus-terusan tertipu. bavi. Mamah kalimah tu, mamah!

Jual ikan, jual pukat-pukat sekali. Tamakkan ikan, satu sungai tuba habisan.

Tuesday, June 26, 2012

27th YANG BAKAL BANGUN

"..Jasad ini hampir sudah sama
seperti mayat, berkurap.

Esok datang lagi,
mengajak aku agar
kembali bangkit dari mati.."


Nota kaki: Esok, gua akan kembali ke gerbang keyakinan. Sudah lama jalan bertunduk, kan? Cewah bahasa gua, macam lirik lagu rock kapak. Hahaha

InsyaALLAH.

Monday, June 18, 2012

JIKA ITU HARGA UNTUK KEMBALI NORMAL

"..Dan bila 'si ubat'
menjadi tali gantung,

semua cita-cita jadi
buta dan bisu dipasung.."


Nota kaki: Lagi dua hari insyaALLAH gua akan berjumpak dengan Dr. Nurfazlinda yg cantik dan baik hati. Doc terbaik yg sepatutnya gua panggil kakak :)

Thursday, June 14, 2012

MAHUKAH KAU MENDENGAR?

"..Kekadang,
kita mahu bercakap.

tak lebih,
cuma berharap
untuk bercakap.."


Nota kaki: Entah, gua sangat sensitif dengan non-verbal reaction. Oh ya, esok hari terakhir gua bergelar warga korporat :) Tahniah kepada diri gua sendiri. Tahniah kerana berjaya bertahan sebagai seekor kambing hitam dalam kalangan anjing-anjing jadian.



Tuesday, June 12, 2012

EKTASI SATU ROTASI

"..Maka ramailah
dari kalangan mereka
yang senantiasa bermimpikan
esok datang bersama
petang,

dan malam
perlahan-lahan
pergi dibawa
kelam.."


Nota kaki: Ada seekor anjing tua ganyut nyanyuk sedang bermain dengan racun. Lu akan mati tertelan racun lu sendiri. Sebab lu yang berhasad. Mati dikafan hasad lu. Jangan pedulikan anjing itu, biarkan dia mati.

Ada pula satu permainan misteri, yang bermain dengan masa. Lambat mungkin terlepas, cepat mungkin jadi hampas.

Rock on maderfakers.




Lihat, semuanya keserabutan.




Sunday, June 10, 2012

SUDAH LEBIH SELANGKAH

"..Selangkah sudah
pecah darah,

biarkan saja
ia mati bernanah.."


Nota Kaki: Benar, ia seperti dirasuk jin dan entah apa lagi anak cucu cicit iblis lagi. Bangkit kembali, biar hipokrit yg penting kekal hidup.

Gua sama saja dengan boneka-boneka hidup lain, menjadi malaikat di fb, nampak mulia tak bermasalah saja. Satu alternatif yg cool untuk menyembunyikan perasaan, kan? hahaha. Civai.

Thursday, June 7, 2012

KAU DULU RAJA

"..Kau kata,
dulu itu cantik.
Menggoda kau berahi.
Kan kau yg kata dulu itu beerti?

Dulu kan
kau yg bersuara,
dulu itu segala.
Enak oh sial syurga.
Kau kan yg bilang dulu tu selamanya?

Hey kau.
Ya, kau.
Bukan dulu kau yg
sibuk-sibuk julang apa yg pernah
kau butuhburitkan dulu di sana?
Bukan kau yg asyik meliwat
apa itu kalimah dulu sampai mamai-mamai meraba?
Bukankah kau yg khayal sangat dengan
apa itu dulu entah sampai kau meraban-raban kayak gila?
Bukankah semua itu kau, semua??

Jadi,
pergilah dulu.
Jadilah dulu seperti dulu.
Kembalikan dalam dimensi baru.."


Nota Kaki: Lu kan macam tu? Lu macam orang gila, tapi lepas tu lu survive. Kan? Lepas tu pusing lagi dan lagi dan lagi. Lu hidup lagi, kan? Kan, semua soalan tadi adalah prinsip lu dulu? Jatuh, bangun, lari. Mai. Haha.

Hey, bangunkan diri lu. Lu akan berjaya. Lu tau kan? :)





Dulu lu rockstar, kan? Haha. Civai.





Wednesday, June 6, 2012

MIMPI INI HARUS DITAMATKAN

"..Sudah tiba masanya
aku meneroka dunia sebenar.."


Nota kaki: Lu banyak impian, kan? Lu realis, kan? Ayuh, kembali muda. Dan ya, gua mahu kembali muda.

Gua mahu terbang. Gua orang yg bebas. Gua nak pusing dunia ;)



Danau Toba, Indonesia.


Medan, Indonesia.


Colloseo, Italy.


Cardiff, Switzerland.

Tuesday, June 5, 2012

MAAFKAN AKU YA

"..Aku minta maaf.

Aku mungkir lagi.."


Nota kaki: Aku minta maaf ya.