Saturday, June 27, 2009

SEMALAM YANG DITATANG

Angin itu sedang cuba menipu...
Tatkala gerbang neraka pongah dek alunan rebana...
Kau mungkin tidak bisa berkata...
Apabila Sang Azazil merungkap tiba...

Nota Kaki Selepas Pulang Dari SPA : Tok sudah tiga hari di hospital, jangkitan kuman pada paru-paru. Aku pulak mungkin minggu depan berangkat kembali ke neraka. Arght...

Monday, June 22, 2009

KAMU SENTUHAN ISTIMEWA RABB

"Benarkah ikan kering kalau dibuang ke laut tak mampu berenang kembali?"

Pongahkan segala mimpi yang terlestari
Biarkan alpa meladeni setiap ruang jasad ini
Rabb tahu jika itu yang dicari
Rabb juga tahu jika kita kehilangan erti
Kerana kamu cuma sentuhan istimewa Rabb
Dan hanya Rabb tahu betapa istimewanya kamu...

Ratusan celaka menghantui kamar ini
Ribuan tawa cuba membobrokkan hati
Jutawan muka yang tercela memaut rusuk kiri
Kerana kamu bukti satu keajaiban mithali
Walaupun tanpa selorek senyum menebus mati
Ortodoks pemikiran melahirkan satu antologi...

Nota Kaki Bernanah : Didedikasikan buat seorang lelaki yang bernama Mohd Pami Bin Ahmad. Nanti bila aku sudah bersedia, aku akan ceritakan secara terperinci bagaimana anak kepada Mohd Pami Bin Ahmad hidup dengan nafas BANGGA menjulang nama CIKGU PAMI. Sudah masuk tahun yang ketiga hubungan aku dan abah dingin, abah konservetif dan aku rebel. Perbezaan idealogi. Kata orang, itu normal anak lelaki dan ayahnya. Tapi bagi aku, LELAKI tanpa prinsip tak layak punya alat kelamin yang 'memulakan'. Walaupun selepas aku diazankan, peluk, cium, diberikan segalanya hingga ke tarikh abangah dan abah bergaduh bertumbuk, dan hingga abangah sedang menulis di blog tercela ini, abangah tetap percaya ABAH ADALAH ABAH ABANGAH DAN TIADA ABAH KEDUA DALAM KARMA INI.

SELAMAT HARI MENJULANG SETIA
SELAMAT HARI MENGKABURI DUSTA
SELAMAT HARI MENTAFSIR SEGALA
SELAMAT HARI BAPA

Thursday, June 18, 2009

PENISILIN DAN MELOCENG DIRI

Kamus lusuh di toko minda bobrok
cuba berkata YA.

Namun, berahi liar bertenggek
di sekah TIDAK.

Cuba juga urai terjahan sial segugus
kepincangan satu waras.

Tak bisa jua pulang kerana
setan
sudah mampir tiba...


Nota Kaki Berkudis: Dalam genggaman ada 30th stuff...Dalam benak ada pakaian seragam Keluangman...Aku rasa malam ni aku nak pergi Pluto, setelah lama aku panas dengan bahang Matahari...Dah sebulan terlantar tanpa painkiller, dan malam ni pawang sakit otak peribadi aku cakap bulan dah terbelah...Jadi, pergi saja...

Sunday, June 14, 2009

DI BALIK BISIKAN SYAITAN

BAB 1: SEDARAH ARUSNYA
Ada 'ORANG' cakap yang dia SEMPURNA.
Dia juga berlagak macam dialah RAJA.
Geraknya seakan memonopoli SYURGA.
Sedangkan dia dari dulu membenih SENGKETA.
Teruskan, dengan polisi MONARKI dalam 'LU' punya DADA!
GUA mahu lihat SELAMA mana!!!

**************

BAB 2: SEMIMPI PENIPUAN
Kekurangan komunikasi dalam interaksi,
menyebabkan berlakunya komplikasi...
Dulu 'lu' CAKAP gua seakan MENIDAKKAN,
dan gua juga yang MEMULAKAN...
Jadi, gualah yang akan MENOKTAHKAN!!!
Kekadang gua RASA macam gua ni GIGOLO,
Gigolo yang beri khidmat percuma walaupun tak diminta...

SELAMAT KEMBALI SETELAH PERGI

Alhamdulillah...
Abah dan tok selamat tiba...
Yang Maha Segala, tahu segalanya...
Semoga SEMUA kembali ke titik MULA...

Thursday, June 11, 2009

AKHIRAN SATU PENANTIAN


Gambar di atas adalah antara dekorasi tempat aku mengulangkaji di bilik, SR 325. Semasa semester lepas, aku ambil apa saja poster mahupun flyer untuk ditampal. Bosan ngok kalau dinding tu kosong ja...Tapi pada semester ni aku bawak hampir setengah segala mak nenek poster dari bilik di rumah untuk aku lekatkan di ruang sepi tempat ulangkaji di bilik (tapi tak lama kerana ada krisis dalaman...). Poster kesayangan aku, As-Sahar (Casus Lucifery) dan yang lain-lain lagi habis aku tampal, dah jadi macam studio dah....Semua poster habis syaitan (tanda protes terhadap indie da great...Aku geli ngan terma 'Indie'...Maaf, sedikit prejudis...). Mampos lar, Metal itu Raja!!!! Poster gergasi Metallica, Master Of Puppet tak jadi di tampal takut kena rambat...Susah ngok nak dapat...

Sedari zaman di bangku kecil persekolahan lagi memang aku tak boleh menumpukan konsentrasi pembelajaran di dalam kelas, belajar berkumpulan dan lain-lain. Sebagai alternatif atas kekurangan itu, aku berhempas-pulas mengulangkaji di bilik. Aku akan pergi kelas, menerawang ke alam fantasial lalu pulang ke bilik, tidur. Dan bermulalah sesi pembelajaran secara 'pailang' di bilik di malam hari, awal pagi lagi tepat. Dan teman sewaktu belajar adalah komputer peribadi yang tak henti-henti dikerah untuk mendendangkan kuat irama gelap, hot choc @ kopi 'o', Winston 14s @ Camel 14s (kalau kat rumah memang rokok daun ja...), biskut Lexus (biskut bertaraf dadah bagi aku...Aida tau...Hak!), dan pokok apa entah yang aku jaga (curi kat tandas uptown awal sem...).

Aku bermula dengan sangat teruk di awal semester satu, mungkin kerana 'penentangan' aku terhadap banyak benda dan jujur, memang aku tak suka langsung tinggal di sana. Aku antara budak yang hampir ditendang keluar kerana punya gred rendah awalannya walaupun aku amat berpotensi di sekolah dulu (walaupun aku jahat kat sekolah, tapi banyak cikgu sayang aku...Hee...). Tapi aku tak malu untuk mengaku aku betul teruk kerana bagi aku itu satu proses pembelajaran. Aku memang tak punya apa-apa dan 'tak punya apa-apa' itu yang aku jadikan pemangkin untuk bangkit kembali, mungkin.

Dan sekarang aku sudah boleh menghembuskan nafas lega kerana,

GUA BERJAYA NAIKKAN KESELURUHAN GRED SECARA DRASTIK!!!!!SIKIT LAGI JA GUA NAK JADI 'ANGKASAWAN'!!!!

Walaupun taklah gempak macam orang lain,aku amat puas.Didedikasikan keputusan peperiksaan ini istimewa untuk mak aku yang paling TERBAIK dalam dunia ini! Hadiah untuk abah yang akan pulang dari tanah suci..

Terima-kasih kepada individu-individu yang memandang rendah aku di kampus. Aku jadikan itu satu CABARAN. Juga terima kasih kepada Encek Pantut (idola gua...Hee, banyak bagi dorongan...), Cek Ummul (hang tak tau bertapa aku 'cemburu' dengan keputusan hang...Hahahak!!!Walaupun lain course...), Encek Tozer (walaupun lu membosankan, tapi kata-kata lu banyak menolong...), Cek Aida dan Cek Wan Ela (banyak tolong gua...Siap paksa gua belajar kat perpustakaan sekali...).

Sebagai hamba, jangan pernah sesekali memalingkan muka dari kiblat. Dan DIA tak akan mensia-siakan setiap doa, rayuan, air mata, harapan terhadap hamba-Nya yang istiqomah meminta. Dan tiada konsep 'bodoh-pandai' di IPT, itu dari mentaliti bodoh. Apa yang wujud adalah konsep 'rajin-malas'...Ilmu bukan dinilai dari keputusan semata, itu hanya bonus. Tapi bagaimana kita mengaplikasikan ilmu dalam kehidupan seharian...

Antara lagu-lagu wajib waktu ulangkaji :
1. Back From The Death (Napalm Death).
2. Angel Of Death (the mighty Slayer).
3. Deadly Player (Loudness).
4. Kurenai (X-Japan).
5. It's So Hard (Black Territory).
7. Dying Embers(To/Die/For).
8. Renounce Me (Siksa Kubur).
9. You're Not Alone (Saosin...sebut betul-betul, SAY-OO-SINS...).
10. Brainwash (The Casualties) & Poison Heart (The Ramones).
P/S: Gua slalu tipu orang cakap gua dismiss,gagal..
Wey Aida, lu jangan prcaya result yg gua cakap tadi...
Yg 1st tipu, yg 2nd pun tipu...
Lu dah kena klepet...Hahahak!!!

Monday, June 8, 2009

DEDIKASI BUAT SEORANG WIRAWATI

Bulan ini mungkin agak berat buat wirawati penentang raksasa yakni mak aku. Berat juga beban yang ditanggung beliau. Seriak wajahnya menceritakan selelah tekanan. Namun setiap saat itu jua dihadapinya dengan megah. Benar, seorang IBU akan tetap megah menjulang anak-anaknya walaupun nahunya jutaan tan beban terpaksa diterajang sialan.

Setelah pemergian abah dan tok yang telah genap sembilan hari ke tanah suci, maklah orangnya yang menjaga seluruh kebajikan di bawah payung kasihnya. Ya Maha Segala, kuatkanlah hati mak.

Salah satu tragedi yang menggoyangkan hati mak adalah di saat ikan kaloi kesayangan beliau yang telah dibelanya hampir kira-kira lebih sepuluh tahun MATI. Dari sebesar dua jari hingga sebesar dada aku ikan itu dijaganya. Menitis air matanya tatkala menceritakan kepada aku detik kematian ikan kesayangannya itu. Aku bukan saksi kematian ikan kaloi itu tapi aku yang menanam bangkai kaloi besar itu di belakang rumah. Ikan itu mati mungkin kerana sudah tua.

Selain itu, ketabahan hatinya juga dicabar apabila baru-baru ini ayahnya yakni tok wan aku dikejarkan ke wad kecemasan dan dibedah kerana ususnya pecah. Lembik tok wan aku tak bergerak dua hari setelah dibedah. Hari-hari beliau ke hospital baru Sungai Petani yang mengambil masa hampir 40 minit dari rumah. Dijaganya beliau dengan penuh rasa sayang sebagai seorang anak. Tadi petang sudah boleh berbicara tok wan aku, semakin kebah mungkin.

Dengan karenah adik-adik yang macam-macam lagi, aih... Tapi yang seronoknya, mak aku boleh lagi meluangkan masa dengan menyiapkan peraduan teka perkataan akhbar Metro. Hahahak!!! Dulu abah selalu beli The Star dan Utusan Malaysia sebagai wadah informasi, tapi sekarang Metro dah macam wadah untuk bergelak tawa. Ditambah dengan peraduan dan bahasa yang digunakan ditokok tambah dengan penuh sensasi, rasanya tak perlu lagi berhibur dengan menonton televisyen atau wayang. Metro tu dah cukup kalau nak gelak walaupun artikelnya berkenaan mati, mati, mati, rompak, mati, samun, mati, mati......

Mak, kita tak perlu apa-apa lagi kerana kita pumya KITA. Jadi, JANGAN PERNAH BERSERAH PADA NASIB! Terus tabah dan jadi idola juga orang kesayangan abangah!!! Rawk on my darkest metal princessssssssssssssssssssssss!!!!

MANUSIA ATAU BONEKA

Jasad-jasad yang tak pernah lelah,
berbicara mereka tentang bulan, bintang, malam,
bercerita mereka tentang matahari, langit, awan,
sedangkan kaki masih menjadi pasak bumi....
Itukan MANUSIA...

Nota Kaki : Aku dah kerja sikit sekarang. Lima hari seminggu berulang-alik dari rumah ke Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani. Hujung minggu kontrak lagi, tolong abang aku lagi, 'agenda' sendiri lagi. Mak aih, penat... Rambut pun dah tak afro, asyik pakai helmet ja...Halwa telinga, 'ubat penahan sakit' minggu ini : Gates Of Eternity (Hayagriva; Red Heaven memang TERBAIK!), Horrendous Lust For Psychopath (Insidious Derepency), Metaphor (Inflames), dan, Rozanna & Nandey Kathey (Kashmir Stone; TERBAIK!!!)... Jangan cakap kalian rocker kalau tak kenal KASHMIR STONE!!!!

Sunday, June 7, 2009

BIAR BUTOH BICARA

06/06/2009
SIX6SICK!!!


"Bangun larrrrrr...Kejap jer..."
Sat...Sat...Mamai lagi ni...
"Cepat lar, nak citer ni..."
Baiklah wahai Penyimpan Seruan Sangsenggama Liar...
"Nak tau tak, tadi kan...Dengar lar!!!"
Ya Rabbi, tengah dengar ni, kan...
"Kalau tanak dengar tape...Ada ubi ada batas..."

LOL! CERITAKAN SAJA WALAUPUN BERKENAAN 'UBI DAN BATAS'!
CERITAKAN SAJA APA YANG MAHU DIBICARA!
CERITAKAN SAJA APA YANG BERDOSA!
CERITAKAN SEGALA!
kERANA AKU SUDAH HAMPIR TERJAGA!!!!


"Hurm...Tanak lar marah-marah..."
Bukan marah, cuma refleksi kiam...
"Hee, sini...Nak bisik..."
Cepat, sebelum mati berdetik...
"Tengok tu...Sini lar!!!"
Aduh, siapa yang punya amarah sekarang ni?
"Hik! Tadi, kan, blablabla...blabla..."
Hee, kan dah 'terbangun' aku...

*************************
Selamat kembali hati sundal liar. Selamat kembali ke sini,diari tercela. Terima kasih kerana mengejutkan aku dari lapangan medan koma.

HEh, GUA DAH KEMBALI...

Monday, June 1, 2009

MEMAGUT NAFAS SESAK

K
O
M
A
tit...tit...tittt...