Wednesday, December 31, 2014

TIADA KATA SECANTIK BAHASA

"..terimakasih, Cinta.."



Nota kaki: Selamat tinggal tahun penuh kecewa.

Selamat datang 2015. Gua takkan berhenti melawan dunia. Bkn lg gua, tp berdua..

Tuesday, December 30, 2014

KIFFARAH

"..ia antara hadiah dan rebah.."



Nota kaki: Sudah gua sedar dari dulu, gualah yg membunuh diri gua sendiri.

Benar, kekuatan lelaki adalah wanitanya. Mak dan dia, Maizatul Nashiha Sakina.

Wednesday, December 17, 2014

TETUAN GEMILIR DHUHA

"..pada prasasti mana menjadi keliwon,
Bulan tewas pada minggu minggu tewas pada hari..

Hari tewas pada minit dan minit kian menjadi mahal..

Pada prasasti mana menjadi keliwon,
Rebah manusia menjadi pungguk.."



Nota kaki: Dari jendela ini gua melihat nasib manusia. Optimistik boleh menjadi racun..

Pernah gua tergerak utk tidak berjima' dgn kalimah sastera sbb ramai yg salah faham.

Gua kira kira balik, pergi mamposlah. Ini hak gua.

Tuesday, December 16, 2014

KENAPA?

"..usah ditanya kenapa,
Kelak bertambah lg persoalan.."


Nota kaki: Tahniah kpd yg lancar jalannya. Gua bkn lg seorang gangster...gua cuma ikan..

ANGKUH

"..dunia ini milik org gila.."


Nota kaki: Yang Maha Segala anugerahkan kemewahan kemegahan kekayaan dunia kpd si gila si gila kerana mahu melihat betapa angkuh lg mereka kan jadi.

Tuhan, hamba bersyukur dpt kembali kpd-Mu..terimalah perhambaan hamba Ya Rabb..

Wednesday, December 10, 2014

UCAPAN HARI LAHIR

"...hasbunallah huwalni'mal wakil.."


Nota kaki: 25tahun dan mari kembali. Diaridosa, tuanmu sudah kembali..

Tuhan, terimakasih.

Tuesday, October 28, 2014

PINJAM DAN PULANG

"..aku pinjamkan hidup aku,
Kurang seminit kau akan pulangkan.."



Nota kaki: 10 bulan gua bangun tidoq, duduk dipinggir tilam, menangis....

Orang yg bebas tiba tiba dipasung. Orang yg kehilangan idolanya..3 jumlahnya. Orang yg dibuang dan membuang. Hilang karier. Menjadi ayah sebelom waktu tanpa tahu menahu. Bisnis selalu tercantas..Segala gala tentang kekecewaan ada dlm dia.

Harus bagaimana aku ceritakan pafamu Chinta...aku risau kau takut..

Monday, October 27, 2014

KITA (SEPARUH YANG TERTINGGAL DI BAWAH BULAN)


"..bila rindu kau tukar jadi kenangan,
kau sudah menang..

aku rindukan aku,
aku rindukan kau,
aku rindukan dia..

aku rindukan kita..

bila kenangan hampir membuang rindu,
aku pula tak mahu.."


Nota Kaki: Banyak yang telah gua rahsiakan dari Diaridosa. Entahkan kenal lagi Diaridosa ini dengan tuannya...

Menjadi bapa pada usia muda amat berat. Mudahan ini hikmah untuk gua menjadi ayah nanti. Gua hilang dalam ketanggungjawaban.

Sayang, b mintak maaf untuk tempoh yg berat.. 





 

Satu-satunya ketakutan yg gua ada telah hilang. Apa lagi
yang gua takutkan?

Friday, October 10, 2014

TELEFON KARAT DARI PLUTO

"...bicara pada bulan,
Pluto pula yg jawab.."


Nota kaki: Pemahaman org berbeza. Bg gua, pemahaman seseorang trhadap sesuatu brdasarkan input yg diterima.

Input yg sikit, level pemahaman rendah. Vice versa.

Sjk Abah, Abang, Tok dah pergi, gua menjadi seorang yg sgt tak enteng sesiapa.
Gua tak suka gua shoot blk.

Gua sgt membenci Anwar Ibrahim. Tp gua mengagumi bakat beliau. Dan gua belajar menjadi yakin seperti beliau..

Gua sedang mrmbesarkan ego gua. Gua mahu menempatkan diri gua dlm level gua sendiri.

Menjadi educated tak senestinya menjadi yg diterima. Iti yg gua pegang sekarang.

Gua yakin, Yang Maha Segala tetap brsama gua..

Monday, October 6, 2014

BUKAN LAGI AKHIR

"...pergi:

Adakah itu maksudnya aku sudah tdk diperlukan lg.."


Nota kaki: Diaridosa seakan hidup segan mati tak mau bukan sebab apa, cuma gua tahu yg Dia tak membaca lagi..

Jadi, untuk apa gua menulis lagi.

Gua tak ceritakan apa apa walau sedikit kpd sesiapa pun..samada gua kecil hati, ralat, marah, sedih dan sebagainya..

Yg gua ceritakan betapa hebatnya dia.

Pernahkah lu bertemu dengan seseorang yg sempurna?

Ya..gua pernah.

Saturday, September 27, 2014

SEPINGGIR RINDU..IANYA SENDIRI

"..bila rindu kau tukar jadi kenangan,
Kau sudah menang dalam medan ini.."


Nota kaki: Hari ke-44 tok pergi. Abang, Abah..tok juga bersama.

Kepada anak-anak yg telah kehilangan lagenda mereka, gua doakan syurga buat semua.

Friday, September 19, 2014

LARI MENGEJAR BERHALA SYURGA

"..di pangkuan kekasih upahan,

Kejang badannya di jana dukanya ganja.."


Nota kaki : Ia diam-diam. Risau gua terbawa org bersama..

Ianya kehilangan...hilang dalam terang.

Wednesday, August 27, 2014

TERSANGKUT DI SEPARA USIA

"..menjadi dewasa itu
seperti menghidap strok:

Tiba-tiba boleh rebah mati.."


Nota kaki: Gua sedar harganya.

Sunday, July 6, 2014

HUJAN AIR MATA DI TENGAH KEMARAU

"..semuanya:

Hulu,
hilir,
jeram,
denai,
alur,
muara,
kuala,

Kering..

Menangislah dia
meraikan kemarau di hati.."


Nota kaki: 2014, lu memang....



Monday, June 9, 2014

LIMA TAHUN YANG TERSIA

"..dia hadir di saat
aku hilang segalanya,
dia di depanku
kala aku sendiri kehilangan..

Tuhan
demi dia-

Kembalikan aku kepada aku
Kanku hadiahkan dia satu-
satunya punya aku ...

Dgn hati sebagai Taj Mahal- ke syurga.."





Maizatul Nashiha Sakina.
Nama pertama dan terakhir
Dlm blog ini. Juga hati ini.




Nota kaki: Dulu gua pegang teguh 'dengan sayang, semua jadi'. Dan dulu juga kemudiannya gua buang jauh-jauh untaian kata tu. Gua lali dgn cinta..

Hinggalah Tuhan tunjukkan kuasa-Nya, gua kenal cinta..

Ianya satu keajaiban dlm kegelapan. Sumpah. Lu pernah terbaca susunan emas berbunyi 'kesetiaan seorang wanita diuji bila jejakanya tiada apa-apa dan setianya seorang lelaki bila dia punya segalanya'? Sayang...tak sangka Tuhan ujimu awal.

Kamu berjaya, Sayang... :) Aku berbangga punya kamu..

Gua pernah buktikan dulu bahawa gua adlh pencinta paling setia. Sayang, lihat...

Kanku buktikan sekali lg selamanya..


Wednesday, June 4, 2014

PENGHUNI SYURGA

"...mereka itu adalah syurga,
Buat mereka dan saling mereka.."


Nota kaki: Tuhan, cantiknya aturan-Mu. Gua doakan Jannah itu tempat kalian, dua sahabat sejati gua.

Gua menangis dr jauh. Gua paksa namun tak dapat bersama dlm dekat.

Menuju kekeluargaan adalah destini cinta :)



Gua sgt sayangkan mereka berdua..sangat.

Sunday, May 18, 2014

DITUDING AMARAH

"..siapa yg bisa
Senyum bila dipersalah?

Siapa pula yg
bina senyum bila dihambat
rasa bersalah.."


Nota kaki: Marah itu iblis. Gua dah buang jauh jauh, tak malu datang blk baran..

Gua dua tiga menjak ni cpt meradang. Haih..

Friday, May 16, 2014

TERSEPIT ANTARA CERITA DIA DIA

"...Rimas:

Memilih antara dua
Aku saksi- aku tak erti
Diponggah resah rahsia
Aku satu - aku buntu..."


Nota kaki: ceritanya dari 20 tahun yg lps. Gua takut gua 'ter' disitu.

Gua risau..rimas.

Wednesday, May 14, 2014

THE QUOTE






Nota Kaki: Terima kasih atas segala-galanya Si Chantik. Kamu bawakan aku hidup kamu bawa inspirasi, aku ciptakan kau syurga..

Gua kerap terbang sekarang..Haih..Hati cakap tulis tapi kepala malas..

Wednesday, April 30, 2014

ANAK RAJA ARJUNA SAKTI


"..anak Raja Arjuna Sakti
Itu namanya,
Putera Buangan Pelangi
Itu gelarnya...

Sudah terlepas kijang buruan,
Terpanah dengan hari semalam,
jatuh pula tersembam esok kelam..

Tuhan, aku pulang..
Tuhan aku pulang..

Tuhan dgr Tuhan kasihan,
Biar kau bangun berteman,
Diterbangkan angin bidadari rupawan..

Syurga izinkan si jelita 
melengkapi Arjuna,
Bidadari Syurga Puteri Juita Sakina
Namanya.."


Nota Kaki: Gua dalam satu keadaan yg amat sulit. Dia cakap Dia mahu ada bersama.. Terimakasih sayang..

Update guna fon agak leceh.

Dengannya, semuanya sempurna.
Si Cantik merangkap Si Kentot.

Tuesday, April 8, 2014

APA KHABAR DIARIDOSA?

"..apa khabar diaridosa?

Tuanmu telah kembali.."




Nota kaki: Sebutir-sebutir kekuatan gua kutip. Masih terlalu lemah namun tetap yakin bernafas..

Diaridosa, gua akan kembali berjima' dengan lu..

Monday, February 17, 2014

SATU KALIMAH YANG PUDAR

"..percayalah,
ianya itu percaya.."




Nota kaki : Lu gua belajar dari benda yg lepas. Tp tak pernah kita belajar untuk percaya diri sendiri.

Percaya diri sendiri tak bermaksud mnjadi sombong. Ia bererti lu teguh dengan diri lu.

Gua sedang menghadapi saat dimana segala kehampaan datang bila belajar untuk percaya diri sendiri.

Gua pernah tinggalkan keluarga gua kerana perkataan 'percaya'. Izinkanlah gua jadikan mereka sebagai pautan 'percaya' gua sekarang dan selamanya..

Gua pernah tinggalkan cinta kerana perkataan 'percaya'. Izinkanlah gua jadikan si cantik cinta gua sebagai galang 'percaya' gua..

Gua mengaku gua bangga dengan kehidupan gua dulu. Gula mula sedar gua menyesal dengannya juga..

Wednesday, February 5, 2014

TERBANGNYA GARUDA MENINGGALKAN DUNIA

"..garuda itu pernah meraja
dalam dunianya..

Dan kini garuda mahu kembali
Ke titik mula sebagai burung biasa..

Yg
Ada hanya satu..
Cinta..

Hilangkanlah segalanya
Biarkan garuda memegang percaya

.."



Nota Kaki : Akan ada di satu tahap lu akan hilang kesemuanya. Di satu tahap lu terpaksa memperdulikan semuanya..

Namun Tuhan kan gantikan satu sebagai penggenap semua..

Thursday, January 23, 2014

RISAU

"..kau bilang,
kau benci rumput..
ada binatang bisa menjalar,
rumput yg membencikan..

aku risau,
rumput yg kau bencikan itu aku.."


Nota kaki: Lu tahu bagaimana mana rasa risau? Lu pernah cuba buang semua hidup lu untuk seseorang? 

Bila mata ini telah dibutakan oleh senyumnya, gua bencikan jarak.


Wednesday, January 22, 2014

RINDU

"..lemah sendi-sendiku digugat dinginmu.."


Nota kaki : Mungkin gua bakal aktif menulis. Dan telah gua katakan gua akan serahkan segalanya. Diaridosa bakal menjadi milikmu..

Tuesday, January 7, 2014

RINDUNYA SEORANG ANAK KEPADA AYAHNYA

"..rinduku padanya terlalu menggila
Hingga yg termampu tersuara hanya:

Abah.."



Nota Kaki: Mlm semalam adalah malam ke7 pemergian abah. Abah pergi tepat 1 Januari 2014.

Abah..abangah rindukan abah. Sangat. Tenang di sana ya.

Sudah tiada lagi madah yg panjang. Gua sudah tak berminat utk bercerita tentang apa-apa lg..