Monday, December 31, 2012

23 BINTANG JATUH

"..duhai dua puluh tiga
bintang jatuh,

berahiku merindumu,
meladeni hari mimpiku
melancap indah nafas itu.."



Nota kaki: 2013 dan dunia masih belum kiamat. Alhamdulillah sudah cecah 23 tahun usia gua. Live fast die young. Rock on. haha.

Ya Rabb, terimakasih untuk nafas ini. Juga selamat ulang tahun kelahiran buat ibunda puteri majesti hati gua, Puan Naterah Binti Marzuki. Terimakasihg kerana menjadi ibu kepada rockstar wannabe ini. Hehe.

Oh ya, jika blog ini masih punya pembacanya, terimakasih amat ya. Sudah genap lima tahun usianya. Dan selama lima tahun yg diliwat itulah hampir sepenuh hati gua dipalitkan di sini. 

Rock hard, maderkakers \m/

Friday, December 21, 2012

NAGA DISEBELAH PENGHUJUNG BULAN

"..Kenapa kekadang masa
terlalu cepat bercumbu mesra.."



Nota kaki: Last, Terengganu, Utara, Tengah Malaysia, lalu insyaALLAH sampai gua ke Timur. Maaf ya Selatan. Semoga Tuhan merahmati. 

Jika ada yg belum ketemu, semoga Yang Maha Segala anugerahkan kita hari lagi. Gua paling benci Disember sebenarnya. Tapi Disember 2012 adalah Disember terbaik. 

Saturday, December 8, 2012

SEBERAPA PANTAS LAGI HAYAT INI?

"..Ya Rabb, aku semakin merindukan kematian.."


Nota kaki: Dunia ini semakin bersifat sifar bagi gua. Oh ya, maaf jika gua tak uar-uarkan hari konvo gua. Gua pun sebenarnya berkonvo dengan seribu satu keretakan.

Untuk sahabat-sahabat, terimakasih amat. Gua harap momen-momen di mana kita pernah berkongsi satu ruang masa akan kekal dalam kitaran kehidupan ini.


Ada masanya, kita suka berteman.
Ada masanya, kita suka bersendiri...
(Petikan dari lagu Apokalips oleh M.Nasir)

Saturday, December 1, 2012

MENJADI TUA LALU MATI

"..Kulitnya kendur,
teteknya kendur,

hatinya kendur.."



Nota kaki: Semua dari kita akan menjadi tua lalu mati. Pernah tak lu terfikir bagaimana nasib lu, kehidupan lu peneriamaan orang ramai kelak lu tua?

Gua ambil cuti yg panjang setelah kerja seperti orang gila. Haha. Mudah-mudahan Yang Maha Segala penuhkan cuti gua dengan penuh makna. Rock out, rock hard \m/

Friday, November 30, 2012

SIAPA APA YANG DIKATA

"..Dia memandang cermin
lalu terkejut seraya bertanya:

Siapa kau?.."


Nota kaki: Tuhan dah tentukan setiap langkah lu. Langkah gua. Langkah kita. Bersyukurlah. Gua bersyukur, rasanya gua bukan lg gua yg dulu. Ini benar.


Saturday, November 24, 2012

SIAL WALHASIL

"..dihalau dari pulau,
dipulau dari relau.."


Nota kaki: InsyaALLAH cukup masa gua keluar. Gua tak semanja lu yg selalu mengecewakan syurga. Moga Yang Maha Segala memberkati.

Darah pun lu langkah, jadi jangan bercakap fasal panji.

Monday, November 19, 2012

IANYA BUKAN SATU JAM TAPI RINTIHAN BELASAN TAHUN BELASAN TAHUN

"..Lihat mataku,
ianya sentiasa kontang .."


Nota kaki:  Duduk di sudut itu sendirian sambil menghabiskan novel di setiap malam adalah sesuatu yg mendamaikan. Gua bosan dengar orang bercakap.

Bersyukurlah. Sekurang-kurangnya kepala lu kenal bantalnya.


Monday, November 12, 2012

KEMARILAH PUSPA

"..Cukup hanya satu lagi tanda,
akan aku butakan mataku dari terus menatap dunia.."


Nota kaki: Kenapa dengan gua ni??

Wednesday, November 7, 2012

'MUNGKIN' ITU ADALAH CERMIN

"..Aku tak takut,
jika bayangnya mengejekku.

Yg ku takut,
aku tak cuba memahami ejek itu.."



Nota Kaki: Siapa sangka, pintu karat itu masih punya kunci. Dah nama pun karat, susah sikitlah kan. Tp dari sudut positif, maksudnya gua ini masih layak digelar manusia.

Hari ini hari jadi adik gua. Selamat hari lahir Laila Najihah. Rock on sweetheart, cepat besar ya, moga cepat menjajah dunia. 

Monday, November 5, 2012

WAHI #3

"..Tiada tajuk yg dapat
mengambarkan indahnya ia.

..Kun Fayakun..

Akan adalah untuk kita.."


Nota Kaki: Malam itu, hujan pun bukan penghalangnya.

Tuesday, October 23, 2012

RAJA DAN HAMBA MIMPI

Di setiap kali gua melabuhkan kepala ini dengan intensi untuk lelap sebelum esok menjengah, di setiap kali itulah gua mula bermain mimpi. Gua memang si pandai mimpi- yg membobrokkan diri dengan imaginasi indah tentang esok, tentang hari-hari depan yg akan datang untuk dibutuhburitkan. Semuanya indah. Semuanya cantik.

Mimpi itu memang indah, bukan?

Gua kira sama saja kita, yakni lu yg sedang membaca ini. Kita ini manusia. Kita ini hamba. Kita ini perasan raja buat diri sendiri. Bukan?

Namun pernahkah di setiap kali itu, sebelum bermain mimpi yg mewayangkan kehendak, kepuasan, impian ia disangkal logik akal. Tidak. Selagi boleh bermimpi, manusia akan terus bermimpi. Hamba tetap hamba, menjadi raja dlm mimpi.

"..Tidur tak melanjutkan usia dan jaga tidak menutup cerita.."

Jika diliwat kembali zaman sebelum tangga hari ini tiba, banyak benar mimpi yg gua wayangkan. Gua masih ingat, masih kuat di benak. Sewaktu gua masih kecil, gua selalu saja mewarnakan mimpi gua sebagai seorang pahlawan berkuasa super seperti Son Goku, Pendekar Laut, Xinan, Zonan, dan segala macam lagi hero-hero yg berketul-ketul badan berselirat urat punya kuasa menghancurkan musuh dengan mudah. Imainasi kanak-kanak, biasalah.

Tapi, di manakah semua itu sekarang?

Melancap zaman remaja, gua banyak beronani dengan mimpi sebagai seorang rocker yg punya satu band yg gah, bergaya ranggi dan penuh brutal sifatnya, berdiri di atas pentas dengan gitar letrik yg sekali disolo, ribuan not sekali harung. Dipuja, dilaung, ditangis audien (Sebenarnya ini mimpi yg paling gua banggakan, kerana ia sangat memotivasi kehidupan gua).

Tapi, di manakah mimpi itu sekarang?

Dan sekarang, hari ini, di saat ini, mimpi mimpi itu semua samar. Gua sekarang bukan lagi pure idealist seperti dulu. Gua realist hipokrit babi haram. Gua tak mahu menjadi realist, tp mungkin sekarang zaman sudah berbeza. Gua bukan lagi pahlawan berkuasa super yg mampu melancarkan jurus tumbukan maut pemusnah langit. Gua bukan lagi rocker yg egonya setinggi mahameru. GUa tak sedar kenapa ini berlaku.

Mimpi-mimpi gua sekarang dipenuhi oleh anak-anak kecil yg persis wajah ua sedang berlari-lari mendapatkan gua yg sedang pulang dari kerja, dan dari kejauhan satu senyum indah dari seorang isteri yg berjalan penug dengan kewanitaan untuk mencium tangan gua. Tinggal di rumah sebagai satu keluarga. Ini mimpi apa?

Ada yg bilang ini mungkin mimpi di usia matang. Di usia dewasa. Tapi, gua sebenarnya malu untuk mengaku yg gua ini sudah matang. Sudah dewasa. Haih. Mungkin ini juga kesan dari anjakan yakni peralihan zaman dari remaja ke dewasa. Tp, gua ini sudah dewasakah?

Gua hari ini membiarkan jari-jemari gua bersetubuh dengan minda gua dengan menulis di sini dengan satu buah fikiran- jangan pernah menyekat mimpi diri sendiri. Kenapa? Ini kerana gua masih ingat, mimpi sewaktu gua di usia remaja gua banyak memotivasikan diri gua. Jadi gua harus mengambil mimpi yg baru ini sebagai motivasi juga, bukan?

Maafkan gua jika penulisan ini samar isinya. Maaf. Sudah lama gua tak menulis. Ini pun mula kembali menulis. Jadi susunan perkataan dan isi mungkin sedikit bercelaru.

Mimpi itu ada dua- satu mimpi dalam tidur. Tapi di sini gua cuba mengutarakan tentang mimpi yg berdiri atas kata dasar 'impi' yakni impian.

Tapi, mimpi itu indah. Jika direaliti takkan dapat kita merasa indah, apa salahnya jika kita merasanya dengan menciptanya di mimpi.

Sampai si ni saja rasasnya. Ketemu lagi ya kelak, maderfakers.


Nota kaki: Wah, sudah lama tidak menulis secara spontan dengan panjang berjela-jela sebegini. Gua sekarang berasa bangga, life gua seudah stabil banyak berbanding dulu. Bukan senang untuk bangun semula selepas jatuh ya. Tahniah fucker kerana kembali yakin untuk menyepakterajang mahkota dunia. haha.

Komitmen gua sekarang banyak gua dedikasikan untuk famili gua. Lama sudah gua tak pulang dan tinggal bersama, jadi ini masanya untuk gua bersama mereka. Nanti gua mungkin akan membina famili gua sendiri, saat itu mungkin komitmen gua untuk mereka pula, kan?

Baru lepas mendapat panggilan dari sahabat gua dari Cairo, Mesir. Gua rindukan lu, Muhammad Fadhli Zakaria a.k.a. Darcj Phallie. Semoga berjaya.


Sunday, October 21, 2012

KUBURKU BUKAN SETENGAH KAKI

"..Kalau aku bisa mengorek
lahadku sendiri,

nescaya aku bisa mengambusnya
kembali.."


Nota kaki: Penulisan di Diaridosa akan kembali, kerana penulisnya masih belum belum lagi mati ;) . Tapi, masih adakah yg sudi membaca di sini?

Gua masih belum menaikkan lagi wasiat terakhir, harap-harap lambat lagi. Juga harap-harap gua dapat menulis seperti dulu. Rock hard maderfaker \m/

Saturday, August 4, 2012

TITIK-TITIK SEBELUM BERAKHIR

Sebelum gua menamatkan penulisan di sini, sebelum wasiat terakhir dinaikkan sebagai post nanti, gua cuma ingin mengambil angin. Oh ya, gua sudah tamat menghabiskan pengajian. Alhamdulillah. 11 tahun dengan uniform dan 5 tahun bergelar pelajar kelas tinggi dan sekarang gua bebas.

Sebelum itu, gua ini konservertif. Jadi, bagi gua jika setakat kawan untuk bertegur sapa, itu tidak memberi apa-apa pengertian dalam hidup gua.

Di sini, gua ingin berterimakasih amat kepada mereka yg gua gelar dari dulu sampai sekarang sebagai sahabat dan brothers, untuk satu-satunya hawa yg pernah membuatkan hati hitam gua berbunga cinta, untuk mereka yg ada bersama, yg pernah ada, masih ada dan mungkin akan tetap ada menerima gua seadanya, terimakasih amat. Benar, gua hidup sampai sekarang atas ihsan lu semua.

Yg dari kerusi kecil sekolah sampai sekarang, terimakasih. Sahabat yg gua ketemu sewaktu diploma, terimakasih. Sahabat yg gua ketemu sewaktu ijazah, terimakasih.

Gua rasa gua bukan gua yg dulu lagi. Maaf. Banyak benda yg paksa gua jadi keras. Tapi, yg tak pernah berubah, sekali lu gua gelar sahabat, selamanya. Dan harap percayalah, semua yg gua buat hanya untuk kalian.

Sudah dekat setahun gua tak punya mood untuk menulis, jadi setakat ini sajalah.

Diaridosa memang asalnya didedikasikan atas nilai hablumminnannas.

MEMENCILKAN DIRI DI SATU WILAYAH ASING

Berdarah belakang si polan ini. Terkeluar belikat si polan ini. Habis merah tanah ini dengan darah. Habis reput semua daya.

Yang ada sekarang hanya dendam. Yang tinggal sekarang hanya dendam. Yang bernyawa sekarang hanya dendam.

Bila dulu si polan itu hidup demi orang lain, mana orang lain itu bila si polan tak mampu untuk hidup? Semuanya kesombongan. Tembolok sendiri, maka biarkan sendiri. Mereka hanya tahu bercakap tentang sakit mereka. Tentang rasa mereka. Lalu si polan dibuang ke satu wilayah asing.

Dulu, si polan akan rasa bersalah bila terjadi apa-apa terhadap kalian walaupun tiada kena dan mengena dengannya. Dulu, si polan cuba sehabis daya untuk berada walaupun nahunya si polan tak pernah diiktiraf hak untuk berada.

Dan sekarang, biar si polan itu tinggal di wilayah itu. Dia sudah bosan dengan dunia kalian.

Maka lahirlah seorang lagi yg hidup untuk diri sendiri.

Tuesday, July 31, 2012

KHIANAT

"..Untuk setiap
pengkhianatan,

akan aku lancapkan
terkilan sebagai teman.."


Nota kaki: Gua tak percaya apa itu karma. Tapi gua berpegang dengan konsepnya.

Saturday, July 28, 2012

MAMPUS DIBAHAM BALAM-BALAM MALAM


"..Musik pun tak dapat menghilangkan rasa ini.."


Nota kaki: Gua nak menulis panjang, seperti dulu. Tp gua rasa gua semakin tak berminat dgn apa-apa pun. Semakin tak puitis.

Oh ya, gua semakin kuat atau lemah? Tp yg pasti, gua langsung tak bercerita pasal apa yg jadi sekarang. Gua tak mahu simpati orang :) .Orang lain pun sibuk nak bercakap, biarlah mereka bercakap.

Monday, July 23, 2012

FRASA KE LIMA MUNGKIN # 2

"..Jika angin
saja yg mampu
menggerakkan pokok,

mengapa tidak
dibiarkan saja si angin
itu yg menghentikannya.."

Saturday, July 21, 2012

HIDUP SEGAN STONED MATI TAK MAU












Nota kaki: Gua sekarang dah tak berminat dengan apa-apa pun, sumpah. Jadi gua pergi dulu lah. Banyak prinsip yg gua pegang lebih 10 tahun, semua makan gua balik. So, terimakasih. Terimakasih sangat-sangat.

Gua dah tak guna telefon bimbit kecuali utk hubungan profesional dari kerjaan atau admin dan semesej dua dgn beberapa orang. Total tak guna fb dan plus. Blog pun dah macam hilang akidah saja. hahaha. Jadi, kalau ada apa-apa, boleh email gua: farysasinsabell@yahoo.com.

Ok, selamat maderfakers.

Wednesday, July 18, 2012

TUHAN, PELIHARALAH KEMULIAAN DIA

"..Sudah aku bilang,

yg kelak dia akan berhijab
dengan sendirinya.."


Nota kaki: Ini post selingan. Gua tak boleh tunggu lama, maaf. Semua benda berhijab asbab, bersujud sebab. Orang cakap gua bodoh, bangang, apa benda lagi lah, tp sikit pun gua tak pernah ambil pusing. Dah banyak tahun paranoid, sikit pun gua tak menyesal. Itulah satu-satunya yg mampu gua buat utk buktikan yg gua adalah pencinta paling setia agung abad ini.

"Jangan jadi gadis baik lg, tp jadilah wanita yg baik"

Gua pun tak tahu blog ni dah jadi blog apa. Civai. Tp nanti kalu gua mati, bolehlah guna blog ni utk filemkan kehidupan gua. Hahaha.

Sekarang, gua lebih senang bercuti ke tempat yg tadak orang. Lagi kurang atau langsung sifar orang, lagi gua tenang. Gua dah bosan jumpak orang dan orang-orang.

Saturday, July 14, 2012

FRASA KE LIMA MUNGKIN # 1

"..
Aku sedang
menulis dengan
jasad seorang realist.

Tp hatiku sendiri
menangis tidak mahu
lagi menjadi idealist.."


Nota kaki: Maaf gua sedang menulis dalam keadaan tak stabil sekarang. Tapi tapi, haha gua nak ucapkan terimakasih kepada semua yg bermakna tak terharga bertakhta emas terukir berlian yg ada dalam frasa gerbang kedewasaan gua. Gua sentiasa ada kat hati lu yg tengah baca sekarang ni. Yearght lu. Itu tanda lu pernah ada dalam frasa hidup gua. Terimakasih amat.

Oh, kepada member penulis di Paksi Fakta, tolong email gua username dan password, boleh? hehe. Gua lupa la. Sori sori.


Sekadar gambar hiasan. Baring guling-guling di lantai
orang lebih baik dari di lantai rumah sendiri?


Gua pergi dulu. Maaf, tergesa-gesa sikit. Banyak kiranya tp biarlah jd perpustakaan hati gua saja. kan? Hahaha. Civai. Ok maderfakers. Rock on \m/

Hari depan itu sakit.
xOxO.

Monday, July 9, 2012

MARI DENGAR AKU MENYANYI

"..Suara aku kayak sampah,
tapi masih punya rimanya.."


Nota kaki: Gua tahu, gua takkan buat semua ini lagi bila gua tua. Sebab tu gua redah saja apa yg ada depan gua. Hahaha.

Kita pernah berkongsi momen indah itu kan? :)

Wednesday, July 4, 2012

BILANG SATU DUA TIGA. BILANG SAJA

"..Tahukah engkau
kenapa setiap manusia
hanya ada satu hati?

Aku tahu kenapa.."


Nota kaki: Gua baru sedar, gua semakin berahsia sekarang. Makin kuat. Hinggakan dengan Diaridosa pun gua tak bersetubuh seberahinya lagi. Dan gua sedar, gua semakin tak puitis dalam menitip bahasa. Haih.

Gua penat. Tapi tetap gua cuba. Sudah lama gua tak cakap, "ROCK ON MADERFAKER". Hahaha. Gua bukan lagi full-time rocker. Civai.

Sunday, July 1, 2012

WAHI #2

"..Aku tak dapat
mengalihkan mataku
dari terus menatapnya.

Ya,
kerana aku takut.
Masa depan itu sesamar
renunganku terhadapmu.."


Nota kaki: Hayat jodoh ajal di tangan Tuhan. Gua cuma mahu ke medan perang dengan pedang ditangan, bukan untuk mati bertelanjangan.

Bila gua tukar gaya rambut gua dua-tiga kali sebulan, itu tandanya gua stress. Bila gua beli tiket duduk sorang-sorang tonton wayang, itu tandanya gua stress. Bila gua hisap rokok tak putus puntung, itu tandanya gua stress.

Dan bila gua cuba untuk pergi ke satu titik dimana hanya ada gua, itu tandanya gua stress :)

Friday, June 29, 2012

SECEBIS CUMA

"..Aku hanya secebis najis.

Yang masih berbau,
walaupun jambanku
telah ditonyoh-tonyoh.."


Nota kaki: Lu tipu gua, dalam hidup ini takkan pernah ada orang yang muliadewa. Dan gua terus-terusan tertipu. bavi. Mamah kalimah tu, mamah!

Jual ikan, jual pukat-pukat sekali. Tamakkan ikan, satu sungai tuba habisan.

Tuesday, June 26, 2012

27th YANG BAKAL BANGUN

"..Jasad ini hampir sudah sama
seperti mayat, berkurap.

Esok datang lagi,
mengajak aku agar
kembali bangkit dari mati.."


Nota kaki: Esok, gua akan kembali ke gerbang keyakinan. Sudah lama jalan bertunduk, kan? Cewah bahasa gua, macam lirik lagu rock kapak. Hahaha

InsyaALLAH.

Monday, June 18, 2012

JIKA ITU HARGA UNTUK KEMBALI NORMAL

"..Dan bila 'si ubat'
menjadi tali gantung,

semua cita-cita jadi
buta dan bisu dipasung.."


Nota kaki: Lagi dua hari insyaALLAH gua akan berjumpak dengan Dr. Nurfazlinda yg cantik dan baik hati. Doc terbaik yg sepatutnya gua panggil kakak :)

Thursday, June 14, 2012

MAHUKAH KAU MENDENGAR?

"..Kekadang,
kita mahu bercakap.

tak lebih,
cuma berharap
untuk bercakap.."


Nota kaki: Entah, gua sangat sensitif dengan non-verbal reaction. Oh ya, esok hari terakhir gua bergelar warga korporat :) Tahniah kepada diri gua sendiri. Tahniah kerana berjaya bertahan sebagai seekor kambing hitam dalam kalangan anjing-anjing jadian.



Tuesday, June 12, 2012

EKTASI SATU ROTASI

"..Maka ramailah
dari kalangan mereka
yang senantiasa bermimpikan
esok datang bersama
petang,

dan malam
perlahan-lahan
pergi dibawa
kelam.."


Nota kaki: Ada seekor anjing tua ganyut nyanyuk sedang bermain dengan racun. Lu akan mati tertelan racun lu sendiri. Sebab lu yang berhasad. Mati dikafan hasad lu. Jangan pedulikan anjing itu, biarkan dia mati.

Ada pula satu permainan misteri, yang bermain dengan masa. Lambat mungkin terlepas, cepat mungkin jadi hampas.

Rock on maderfakers.




Lihat, semuanya keserabutan.




Sunday, June 10, 2012

SUDAH LEBIH SELANGKAH

"..Selangkah sudah
pecah darah,

biarkan saja
ia mati bernanah.."


Nota Kaki: Benar, ia seperti dirasuk jin dan entah apa lagi anak cucu cicit iblis lagi. Bangkit kembali, biar hipokrit yg penting kekal hidup.

Gua sama saja dengan boneka-boneka hidup lain, menjadi malaikat di fb, nampak mulia tak bermasalah saja. Satu alternatif yg cool untuk menyembunyikan perasaan, kan? hahaha. Civai.

Thursday, June 7, 2012

KAU DULU RAJA

"..Kau kata,
dulu itu cantik.
Menggoda kau berahi.
Kan kau yg kata dulu itu beerti?

Dulu kan
kau yg bersuara,
dulu itu segala.
Enak oh sial syurga.
Kau kan yg bilang dulu tu selamanya?

Hey kau.
Ya, kau.
Bukan dulu kau yg
sibuk-sibuk julang apa yg pernah
kau butuhburitkan dulu di sana?
Bukan kau yg asyik meliwat
apa itu kalimah dulu sampai mamai-mamai meraba?
Bukankah kau yg khayal sangat dengan
apa itu dulu entah sampai kau meraban-raban kayak gila?
Bukankah semua itu kau, semua??

Jadi,
pergilah dulu.
Jadilah dulu seperti dulu.
Kembalikan dalam dimensi baru.."


Nota Kaki: Lu kan macam tu? Lu macam orang gila, tapi lepas tu lu survive. Kan? Lepas tu pusing lagi dan lagi dan lagi. Lu hidup lagi, kan? Kan, semua soalan tadi adalah prinsip lu dulu? Jatuh, bangun, lari. Mai. Haha.

Hey, bangunkan diri lu. Lu akan berjaya. Lu tau kan? :)





Dulu lu rockstar, kan? Haha. Civai.





Wednesday, June 6, 2012

MIMPI INI HARUS DITAMATKAN

"..Sudah tiba masanya
aku meneroka dunia sebenar.."


Nota kaki: Lu banyak impian, kan? Lu realis, kan? Ayuh, kembali muda. Dan ya, gua mahu kembali muda.

Gua mahu terbang. Gua orang yg bebas. Gua nak pusing dunia ;)



Danau Toba, Indonesia.


Medan, Indonesia.


Colloseo, Italy.


Cardiff, Switzerland.

Tuesday, June 5, 2012

MAAFKAN AKU YA

"..Aku minta maaf.

Aku mungkir lagi.."


Nota kaki: Aku minta maaf ya.

Thursday, May 31, 2012

WAJAH, BICARA, DAN SINIS DUNIA KORPORAT

"..Anjing-anjing yang
merabat belakang orang
untuk kekal kenyang.

Aku cuma minoriti.."


Nota kaki: Gua takkan kalah :) . Kalau itu cara lu semua berpolitik, jangan salahkan gua jika gua turut berpolitik. Gua datang seorang, jadi gua tak takut untuk kekal keseorangan.

Gua cuma balas balik apa yg gua kena wahai corporate shitheads. Gua kurus, busuk, miskin, tapi gua ada suara. Gua tak bisu dalam bab-bab HAK. Simple as that. Ewah.

Monday, May 28, 2012

AKU TAKKAN TERIKAT LAGI

"..Engkau tanya aku
kenapa aku bereaksi sebegini.

Sekarang aku tanya
kau balik:

Apa yg telah kau buat
sampai aku jadi macam ni?

.."


Nota kaki: Lu takkan sedar, sebab lu sentiasa berlagak suci. Seperti dewi dalam tv. Jangan takut, gua ni bisu.

Semua benda jadi bersebab. Selalu gua cakap semua sebab gua, tapi untuk yg ini, gua tak mengaku salah gua. Salah lu.

Tuesday, May 22, 2012

MEMUJA SATU TAHAJUD


"..Dan datanglah
angin senja tatkala
puing-puing subuh
memulakan harinya.

Aku sebenarnya
selalu terpukau
dgn kaummu,

aku tak mencinta
aku cuma memuja.."

Nota kaki: Sukar membezakan antara sweet talker yg matanya selalu menatap tetek dengan sweet talker yg benar-benar memuja :)

Gua cuma mengangkat tinggi emansipasi dan keagungan kaum Ibu gua.



Bro gua Bal minggu depan kawen. Yang pertama
dalam sahabat-sahabat gua yg kawen.
Gua pengapit ni, serius. Haha.



Monday, May 21, 2012

NISAN YANG BELUM SIAP

"..Kalau aku tahu
hari matiku bila,

Nescaya
rasanya bukan
hari ini.."


Nota kaki: Kembali kuat, semestinya \m/

Tuesday, May 8, 2012

ANTARA SEPARA TIDUR DAN JAGA

"..Tidur tak
melanjutkan usia,

berjaga tidak
menutup cerita.."


Nota kaki: Sakitnya merangkak dalam kasut bersaiz kecil. Digesot mana pun, ketat saja.

Rockstar itu sudah hampir mati. Mati bersama pegangannya yg semakin realis. Lu sudah lupa apa itu impian dan harapan.




Sekadar gambar hiasan. Gua rindukan waktu dulu,
waktu di mana tiada lagi manusi yg diprogram dan
robot-robot hidup bertopeng. Kepada mereka yg masih
percaya akan gua, terimakasih :')


Monday, May 7, 2012

BUKAN LAGI

"..Dia bukan kawanmu.

Dia bukan lagi kawanmu,
bukan lagi kawanmu.

Dia adalah punca,
punca untuk semua.."


Nota kaki: Bangun. Ini perjuangan dalaman. Idealis di usia muda? apa itu, bangsat? Gua cuba untuk tidak menulis dalam jangka masa terdekat ini. Tulis apa klu penulisnya pun kabur.


666 MINIT DALAM 25 JAM SEHARI

"..Aku takut:

Sedar saja besok,
normal datang lagi..."


Nota kaki: Gua mintak maaf kepada semua. Rehabilasi. Gua sebenranya lari, bukan bersembunyi.

Saturday, May 5, 2012

MATAMU SECANTIK HIKAYAT PUTERI BALQIS

"..Jangan tenung!

Aku ini siapa,
tak layak kayaknya.."


Nota kaki: Kuat. Mesti. Aum.

Wednesday, May 2, 2012

WAHI

"..Aku tak menulis
bukan kerana aku
lupa.

Aku tak menulis
kerana aku selesa
berahsia..."


Nota kaki: Sudah lama tak menulis, tiada lagi puitis yg indah. Tapi hari-hari gua masih ada yg indah :)


Wednesday, April 25, 2012

MARA

"..Pagi ini,
tiada patah lagi.."

Nota kaki: Ayuh dong brengsek.

INISIATIF

"..Back to the last 10 years,
if it wasnt me,

mungkin budak itu masih
hidup lagi.."

Nota kaki: Terimakasih sangat Dr.Nurfazlinda, "This stage will show you the true color of faces" ;)

Sunday, April 22, 2012

SABTU YANG DUNGU

"..Jendela itu penandanya:

Pemisah antara pandangan
dari dalam bilik kecil
ke arah luar yang gementang.

Aku sunyi.."







Nota kaki: Gua cuma mahu menyudahkan masa dan pergi. Thats all corporate shitheads. Hahaha. Gambar sekadar hiasan. Ajen pencari kerja, gua berpotensi utk jadikan company yg menggajikan gua menjadi one of the best cewah, cuma jangan sampahkan suara gua. Hahaha. Bavi.

Sembunyikan, kalau diminta pun dipandang enteng saja,kan?

Tuesday, April 17, 2012

GUDANG SAMPAH

"..Mulut bukan main warak.
Tapi hati bangsat haprak.."


Nota kaki: Gua cuba melanggar limit kehidupan. Sekali lagi di usia dewasa ;) . Tuhan, berkatilah hamba-Mu ini.

Thursday, April 12, 2012

ANAK MAK KUAT

"..DIA ORANG SEMUA TU
YG BODO! BODO! BODO!

DIA ORANG SEMUA TU
MEMANG BODO! BODO! BODO!

Macam tu kau orang
semua buat kat anak aku??

KAU ORANG SEMUA BODO!

.."









Nota kaki: "mak ada kat belakang abngah? Mak sokong abangah". Jawabnya, "YA!". Terimakasih, Pn Naterah Binti Marzuki, kekuatanku :)

Gua mesti kuat, ibu gua sendiri adalah garuda, takkan gua nak malukan darjat itu.

Wednesday, April 11, 2012

DOUBT

"..Kalau ada
dup-dap di hati,

harus berhenti
atau diterus
juga?

.."

Nota kaki: Redah. Mesti. Hahaha.

JATUH BANGUN LARI #2

"..Orang boleh
suka kau dalam
sekelip mata..

Dan dalam
sekelip mata
itulah juga kau
boleh dibenci.."


Nota kaki: Antara dua piha k yg bertelagah, akan ada yg ketiga gelak megah :) . Gua mesti kuat. cakap nak berumahtanga. hahaha.

Sunday, April 8, 2012

JATUH BANGUN LARI #1

"..Bila tanganmu mengusapku,

aku sudah tahu akulah raja
dalam hidupku.."


Nota kaki: Mak, terimakasih teramat sangat. Terimakasih kerana menjadi penyokong paling tegar sekali.

Abangah sayang mak :)





Sekadar gambar hiasan. Dengan bro Akim sewaktu di Hong-kong.

Friday, April 6, 2012

JATUH BANGUN LARI

"..KAU MESTI MENANG..."

Nota kaki: MESTI.

SEORANG AHLI POLITIK DI JALANAN

"..Jika berani
memangkah undi,

jangan sesekali
menyalahkan demokrasi

.."



Nota kaki: Tak payahlah lu anggap susuanan perkataan di atas terlalu bersifat politik parti, cuba amek dari sudut lain: Kalau jalan itu yg dipilih, jgn sesekali belajar merungut. Redah. Sakit lancau bavi manapun, mesti redah.

Kuat. Hey, jangan menangis.

Sunday, April 1, 2012

MERINDUI SESUATU YANG DULU #1

"..Aku mengharapkan esok
itu tetap satu.

Bukan dua

.."

Nota kaki: Penat bavi jadi dewasa ni, tp setiap benda tetap ada pronya, kan? :) .Gua minta maaf. Gua banyak salah remaja dulu. Dan mungkin di dewasa ini. Maaf ya.

Utk bro gua, Akim my magicboy. Muka ke-70 itu untuk kita, gua dan lu. Terimakasih sbb baca Diari ini, walaupun gua rahsiakan dari semua org. Hehe. Gua tau lu baca, kan? kan? hehe. Kita adalah kita, bukan seperti mereka. Utk my partner-in-crime gua, bro Ngut, gua rasa nak cium lu lah. hahaha. Bro Sapit, i love u. For sure.

Adira, u tetap akan benci i, kan? Percayalah, walaupun macam poyo, tp gua pergi sebab gua tahu gua ni cuma pembawa masalah. Rock on, dear.

Saturday, March 31, 2012

TUHAN, KENAPA AKU TAK BISA MENGALAH? #2

"..Inikah harganya
kerana meletakkan

satu kebaikan?

.."


Nota kaki: Gua tahu mesti kerana gua. Gua memang selalu bawa masalah. Tapi, mana maruah gua lu ckp??? Gua jilat semua buruk itu, tp lu ludah muka gua. Gua tak berhenti tadah muka gua. Mcm ni sekali kan lu bayar.

Sakit oh. Hahaha. sampai musik pun tak mampu buat gua hilang dari dunia ni.

Tuesday, March 27, 2012

TINGGAL SATU NOTA RINGKAS SELAMAT TINGGAL

"..Aku sekarang
berada di lapangan terbang.

Mahu pergi dari hatimu
.."


Nota kaki: Jatuh bangun lari. Imaginasi melancap badi. Gua pergi sebentar ya. Jaga diri.

Saturday, March 24, 2012

TUHAN, KENAPA AKU TAK BISA MENGALAH? #1

"..Maaf ya.




aku ini kasar.."


Nota kaki: Hari-hari gua buat dosa dgn mereka semua. maaf ya.gua tak bermaksud mcm tu.

Adira, u berhak memilih. Maaf ya.

Thursday, March 15, 2012

AKU CUMA SEEKOR TIKUS KANTOR WANNABE #2

"..Aku cuma seekor tikus kantor wannabe:

Sarapanku fail-fail, tengahariku pun fail-fail
Yang sebelah aku fail, yang dibelakang pun turut fail
Tersenyum aku fail, bersedih aku fail.

Diperhambakan diri kepada si kucing yg hidupnya
hanya tahu menyisir bulu di bawah dingin penghawa,
sambil menandatangan di muka setiap wang
di sebelah tandatangan gabenor Malaysia.

Aku cuma seekor tikus kantor,

wannabe.."


Nota kaki: Hari ni gua setengahari saja, amek, gua bangun pun cun-cun tengahari. Balas dendam. Hahaha.

Gua tak suka bahasa lu :)

Wednesday, March 14, 2012

AKU CUMA SEEKOR TIKUS KANTOR WANNABE

"..Aku ini apa?

Diubah.
Mengubah.
Terubah.

Atau,

BERUBAH?

.."


Nota kaki: Untuk saat itu, untuk detik itu :) . Gua bukan apa nak tazkirah bagai, tapi betul kan selagi dapat merasa, rasalah. Kan?

Tuesday, March 13, 2012

INSULTING THE PRAYER #2

"..Aku fikir:

dengan tidak memakai
baju, seluar, jaket,
sambil meneguk nafas
di situ,

pasti derita seperti
selalu.

Tapi,
dengan tiada sesiapa yg
tahu tentang belakangku
dulu,

aku sedang mensimen rumah
baru :)

.."


Nota kaki: Gua sedang membuang semua pasal kita :) Tembak. Terbang. Rock on maderfakers!

Maaf ya, gua nak buat kerjaya gua dulu . Bunyinya sedikit sombong tapi gua memang tak boleh terima. Maaf.

Sunday, March 11, 2012

INSULTING THE PRAYER #1

"..Dulu muda lupa
muda tak lama.

sekarang dewasa cuba
mekapkan remaja.."


Nota kaki: Gua dah bunuh pengemis rindu tu dengan bazooka :)

Saturday, March 3, 2012

FLUSH #LAST

"..Yang ketawa tak semestinya
gembira,

yang menangis tak semestinya
berduka..."

Nota kaki: manusia yg diprogram dan hantu jin frongoas. syuling ciangkoi

Wednesday, February 29, 2012

FLUSH #3

"..Kau ingat
aku takut?

Kau fikir aku apa?

wahai Esok
datanglah.

Aku cabar kau
..?


Nota kaki: Racikkan puaka.

Monday, February 27, 2012

FLUSH #2

"..Kau yg paksa aku berkata begitu,
aku tak mahu.

Kau paksa lagi berlagu,
aku turuti lalu kau pun berlalu..."

Nota kaki: -Tiada apa-

FLUSH

"..Melolong mcm
mana anjing
kuat pun,

bila berak tetap
berak sorang
.."


Nota kaki: -Tiada apa-

Thursday, February 23, 2012

KAU PUNCANYA

"..Untuk apa mahu dijaga
hati orang lagi.

Mereka juga perlukan privasi
utk menjaganya sendiri

.."


Nota Kaki: Dewasa itu paradigma. Gua rasalah. Hahaha. Minggu ini jumpak ramai member kelas, alhamdulillah :) . Tp mcm ada sikit rasa janggal. Adoi.

Tak mengapa Tuhan, itu pun sudah teramat bernilai bagi gua yg hina ini. Terimakasih.

Wednesday, February 22, 2012

KASIHANILAH KESUMA ITU

"..Ada seorang
gadis, bermasalah.

Dia,
menyimpan
hati pada orang yg salah

.."


Nota kaki: Merasa bahawa masa itu teramat penting :) . Gua rindu harmonica gua. Haih.

Sori. Klu itu caranya.

Sunday, February 19, 2012

CATATAN CINTA DARI GUA

"..Waktu tu. Saat tu. Detik itu.
Aku ingat semuanya lagi.

Di depan aku. Di depan pandangan mata aku.
Yang ada adalah sesusuk tubuh, anggun. Aku terpegun.
Ciptaan tuhan itu.

Aku ingat semuanya itu.."

Nota Kaki: Ramai yg salah faham berkenaan itu. Tak pernah gua buka semua, kan :) . Gua betulkan di sini. Gua tak tahu kenapa. Tiada siapa yg boleh mengantikan posisi itu.

Gua pernah berjanji padanya gua akan kembali, itu yg gua turuti. Gua cuma seseorang yg berlagak rockstar, berkonon-konon ganas.

Kepada seseorang, gua memang tak mampu. Mintak maaf ya. Benar, dengan rasa rendah diri sekali.

Terimakasih Benjo sebab sudi dengar kisah gua yg gua sendiri rasa malu dan rendah diri bila bercerita. Terimakasih :) . Rindu sangat dengan Syafiq my sleeping partner. Baru sehari lu kat Rome gua, Benjo, ANgah dah rindu sangat ni. Haha.

Kepada seseorang yang menjadi watak dalam petikan di atas, gua palitkan gambar terbaru gua. Hehe. Gua dah berubah kot. Haha. Dah jarang pakai seluar ketat sekarang, betul. for sure, tadak apa yg diharap asalkan terus senyum eh.

Gua nak poyo cintan sikit malam ni. Hahaha. Gasak pi la.



Ni masa kat Guangzhou :)

Thursday, February 16, 2012

MALAM SUJUD SENJA

"..Aku mahu
berjalan ke
arahmu dengan
putih warnanya.

Kiranya,
siapa aku ini untuk berjalan dengan
seluar koyak berjaket hitam ke arahmu?

.."




Nota Kaki: Yang teragung itu Tuhan. Berpaut pula Keluarga. Berpimpingan sahabat.

Gua sekarang tengah stabil. Alhamulillah. Bangun, kerja, balik mlm lwt, melukis bersama-sama sahabat-sahabat gua ini. Tidur. Lalu rotate lg :).

Saturday, February 11, 2012

BIAR PENUH KARUNG JANJI

"..Hujan turun lagi.
Turun lagi bersama sepi.

Kenapa ada malam di siang hari?
Apa fungsi bulan bila disitu mentari?
Aku tanya itu
Aku tak ahu.

Hujan turun lagi.
Kejap lagi mesti berhenti,

janji lagi.."




Nota kaki: Jatuh. Bangun. Lari. Selalukan lu dengar ayat ni, kan? Ada lagi brutal kot: Tikam. Kelar. Ketawa. Hahaha. Civai.

Mana penulis-penulis itu, masih berasa segan lagi ya. Hahaha. Sokay guys, amek masa dulu :) .

Wednesday, February 8, 2012

DIBILANGNYA SUDAH TIDAK MAHU

Aku tak mahu pergi.
Aku cakap aku tak mahu itu tetap tak mahu.

Sudah aku bilang aku tak mahu.
Biar diladeni api benci pun aku berkeras aku tak mahu.

"..Angin malam apa yg membobrokkan dikau,
kelu bermadah natijahnya nian serupa.."

Aku ini sudah lama tidak berpuisi.
Lidah pula makin tajam sinis menutur maki.
Aku tak heran dikau lari. Pergi aja.
Kerana aku ini yang sebenarnya bersembunyi.

Aku tak mahu pergi.
Tuhan, aku tak mampu...


Nota kaki: Gua sudah menjadi sebahagian dari hamba kapitalis :) . Gua bukan lagi kutu. Oh, bavi. Penat macam apa entah.

Gua cuma berharap ada hari yg dapat gua terokai diri gua sendiri dengan duduk memainkan harmonica (gua baru beli babe. Sanggup berlapar. Hahaha) sambil menyedut nafas ringan dengan menikmati alam indah anugerah Yang Maha Segala ini. Ya lah, mana gua tau gua punya tarikh mati.

Gua tengah terbang ke mana entah ini. Civai. Hahaha. Hari-hari; bangun, kerja, dam, tidoq. Bangun, kerja, dam, tidoq. Gua ni macam orang gila yg bergantung kepada ubat penenang, kan? hahaha. Syukur, kimia itu dijauhkan.

Sunday, February 5, 2012

AKU CARI JASADMU DI TOKO BUKU

Diaridosa inilah toko hati gua.


Nota kaki: Gua nak menulis tapi gua letih. Kekangan masa dan banyak lagi halangan.

Terimakasih sangat-sangat kepada Syafiq Suin dan Benjo kerana sokongan yg tak pernah putus. Kita satu, kita keluarga :) . Kepada seseorang, you, i mintak maaf. I tak boleh pergi. Hati itu bukan senang-senang boleh dipaksa, kan. Terimakasih juga kepada senior-senior department yg baik amat. Terimakasih kepada semua yg masih percaya akan gua.

Dan kepada sahabat gua Aida Nabila, kuatkan semangat ya. Rintangan awal di pintu dewasa, bersabarlah eh. Apa khabar agaknya buddies gua si Akim dan Si Fiq? Sihat-sihatlah hendaknya sentiasa ok.

Sekadar gambar hiasan. Gua palitkan sebagai bukti yg gua masih hidup. Hahaha. Hidup ini adalah seperti sebuah buku, berbeza jalan ceritanya mengikut acuan penulisnya :)

Friday, February 3, 2012

'SELAMAT PAGI CIKGU' SUDAH TIADA

Hidup ini laju.
Sama laju macam saat lu orgasm:
Badan kejang, mata terpejam.

Gua sudah stabil kembali, mungkin. Haha civai, gua survive lg. Dan gua cuma berharap yg keadaan aman-aman saja seperti ini di kemudian hari.

Mood menulis gua pun tak berahi so maafkan gua ok maderfakes. Dah banyak cerita pasal gua yg gua rahsiakan dari Diaridosa :) .



Nota kaki: Masa itu tersangat-sangat berharga. Haih. Tidur tu satu anugerah. Betul. Dan, gua mintak maaf kepada banyak pihak klu ada yg berkecil hati. Gua terpaksa. Gua tak ready nak jumpak dalam keadaan gua yg sudah jadi apa entah.

Saturday, January 28, 2012

KOMA (CONT')

Di saat itu,
yang disedari hanyalah bilik sempit yg gelap atmosferanya
dan semata pisau cukur yg dikepit ibu jari dan jari telunjuk...

Bersama intuisi untuk mengelar pergelangan tangan...




Nota kaki: A narrow space of room wif that atmosphere :)

Wednesday, January 25, 2012

KOMA (PULANG KE PANGKUAN)

"...Ibu.

Anakmu ini lelaki,
lelaki yg lahir dari rahimmu.

Anakmu ini lelaki,
yg terlalu lemah lalu peluklah aku.

Anakmu ini lelaki,
pulang semata-mata mau menciummu.

Anakmu ini lelaki,
dan kamu ibunya...

Selamanya..."




Nota kaki: Gua perlu penawar dan penawarnya hanya ada padanya. Gua perlukan sangat. Tuhan, berikan sedikit kesempatan lagi.

Penulisan akan distatikkan, mungkin dalam tempoh yg panjang.

Saturday, January 21, 2012

DOA DAN AIR MATA

Lu orang yg sentiasa penuh dengan impian tak?
Or individu yang penuh harapan?
Tak pun koman-koman lu ni org yg berpandangan tak?

*Sigh*

Lu ada agama dak?
Lu lah, gua tanya lu. Yang sedang baca ni, kalau ada yg bacalah. Hahaha. Lu ada agama kan? Kan?

Lu BERDOA tak? :)

Doa ni macam seutas surat tau. Yg membezakan surat ini dengan surat yg selalu lu dengar tu adalah 'pengutus dan penerima'. Macam ni tau, nak buat lagi spesifik, 'penerima'nya berbeza. Penerimanya adalah Yang Maha Segala.

Ok. Gua bukan nak cerita apa itu definisi doa atau du'a. Bukan nak berbicara tentang fadhilatnya. Ataupun nak apa-apalah.

Kita ni manusia tau. Lu, gua, sama ja.

*stuck. stim pulak. alahai lembutnya*

Hahaha. ok ok. Kita ni manusia tau. Terutamanya manusia yg punya roh Islam. Lagi-lagi kalau kulitnya sawo matang, badan bersaiz sederhana, rambut hitam. Sudahlah dijadikan sebagai manusia, lahir pula terus beragama Islam dalam kepompong Melayu. Ha. Bodoh amatlah kalau lu tak berdoa. Bodo lagi dari tin Redbull sebelah gua ni sebab jadi tempat ketis abu rokok. Bodo lagi dari tu. Bodo lagi lah dari bodo tu sendiri.

Sebab apa? Lu tanya gua?? Sebab apa?? Hahaha. Tu antara anugerah berharga diberikan Yang Maha Segala. Direct terus ke Tuhan lu, Tuhan gua. Tuhan kita.

Gua cakap lu ni, lu nak jumpak YB lu sendiri pun tercirit prosedur lu kena ikut. Lu nak beli vitagen kat 7E pun kekadang lu kena beratur sampai orang lain nak pergi fridge kat belakang tu pun tak boleh sebab beratur panjang sangat. Lu nampak tak?

Ini, kita terus dengan Yang Maha Segala! Amek kau, gua dah guna tanda seru tu ha.

Bodo amatlah orang yg tak berdoa. Sombong sangatlah orang yg tak berdoa. Mungkn taraf macam bavi anjin.

Gua rasa gua stop sini sat eh. Banyak gua nak cakpa pasal isu ni, tapi terbong pulak. Adoi. Hahaha. Tu yg berat tu huhu. Nanti gua sambung.

Lu renung-renungkan eh, maderfakes semua.




Nota kaki: Tamat degree, praktikal pulak. Civai, apa gua rasa ni??? Sebenar ada masalah di situ, kita yg tutup-pekakkan mata-telinga kita :)

Tudia bak ang, kalau member-member sekolah gua dulu tau yg gua sekarang snooker tak cun siap sight mcm harem, for sure gua kena gelak sampai maut ni. Adoi. Hahaha.

'Ang' dah tau. 'You' dah tau. For sure, lu dua akan blah dari gua. Sokay, memang salah gua. Gua kotor.

Sunday, January 15, 2012

MANA KEPERCAYAAN?

Salah satu benda yang membuatkan sesuatu ikatan itu utuh, tidak kira apa jenis hubungan, Hablumminnallah ataupun Hablumminnannas; hubungan dengan Sang Pencipta, hubugan dengan keluarga, hubungan dengan kawan, dan apa-apa pun hubungan, adalah KEPERCAYAAN.
Benar, kan?

*Bakar rokok*

Kenapa sesuatu itu diangkat tarafnya dari 'biasa' menjadi 'rahsia'? Apa itu rahsia sebenarnya?

Dari perspektif gua, gua berpandangan bahawa 'rahsia' itu diangkat menjadi rahsia adalah apabila kita yakni si polan, menyimpan sesuatu itu dengan begitu cermat, begitu tertib, yg tidak diketahui oleh sesiapa, berteman harapan bahawa akan tiada sesiapa yg tahu, dan jika bernasib baik hanya dikongsi kepada sebilangan kecil saja.'

Kenapa menjadi rahsia lagi sedangkan dikongsi dengan sebilangan orang? Ok. Lu tahu apa itu maksud 'sebilangan kecil'? Maksudnya, hanya individu yg boleh dibilang, means sikit saja orangnya. Dan kenapa ia digelar 'sebilangan'? Sebab kat situlah juga wujudnya tunas 'kepercayaan'.

*Membersihkan cermin mata*

Gua, lu, kita memerlukan teman. Teman atau teman-teman. Satu ataupun ramai. Untuk membuktikan kita ini adalah manusia. Ya lah, manusia sifatnya saling berinteraksi. Lembu atau kambin pun berinteraksi, tapi dengan cara mereka. Kita manusia, bukan lembu atau kambin.

Dalam berinteraksi itu, ia boleh termasuk dalam interaksi terus dan interaksi tidak terus (non-verbal, simbol dan tulisan, etc). Namun, bukan semua kita berinteraksi secara terbuka. Di sinilah datang istilah 'rahsia'. Kita berinteraksi dengan beberapa orang yg kita percaya.

Kepercayaan adalah ibu sebab untuk kita berinteraksi. Kerana, kepercayaan ini adalah pengharapan bahawa lu adalah penyimpan yang menyokong yang saling percaya bahawa ini adalah rahsia, jangan dibuka. Jangan dimurka.

Katakan, gua jadikan diri gua sekali lagi sebagai contoh, sedang menyimpan rahsia yang sebetulnya rahsia. Namun hati gua memberontak mahu melampiaskan kerana tak tertanggung lagi bak rindu Si Rose pada si Jack yg karam bersama Titanic, gua perlukan teman. Untuk berbicara, untuk mendengar, untuk memberi buah pandangan, untuk menyokong, untuk sentiasa ada bersama. Untuk PERCAYA.

Dan tanpa rasa percaya, hubungan dalam interaksi itu sendiri sedang membunuh diri sendiri. Kita bukan hantu polong atau penanggal yang tadak hati perut, yang tergamak menipu sentiasa dalam perhubungan. Yang selalu menipu tentang kepercayaan.

Dan kepercayaan itu juga yang membuatkan wujudnya kalimah 'jauh'. :)

Renungkan ya maderfakes semua?




Nota kaki: Terimakasih sangat-sangat kepada Akim, Fiq, Syafiq Suin dan Bebudak Kutu sebab sokong gua directly and indirectly :) terharu.

Gua pernah hilang matahari untuk siang dan bulan untuk malam gua sebab lu, menatang haram bavi civai.

Bro Badek jom kita menubuhkan badan tak berdaftar yg rebel jom. Hehe.

Gua tak tahu nak taip apa lagi. Kepala gua pusing sikit. Minggu ini gua asyik terbang ja, entah ke mana entah. Jadi, kalau ada typho or ayat yang pusing terbalik, persetankan saja eh. Hahaha.

On high on the highway, on high on my way.

Friday, January 13, 2012

ANJING YANG BERBICARA

Aku bukan anjinglah.

Mana ada anjing boleh tahan sampai macam ni sekali, nak melayan semua yg dah naik ke babi levelnya.

Aku bukan anjinglah, bukan.


Nota kaki: Waktu lu jatuh tu lah baru lu tahu mana kawan kat mulut mana kawan berkongsi tempat duduk. Waktu lu jatuhlah baru lu tahu yg lu tu selalu mengalah dengan membiarkan diri dibelakangkan. Waktu lu jatuhlah semua tu lu nampak. Watu lu jatuh.

Wednesday, January 11, 2012

BILA MENYENTUH SOAL MASA DEPAN

Apa yg lu faham pasal 'masa depan'? Apa definisi yg akan lu bagi bila membincangkan tentang apa itu 'masa depan'? Kenapa harus wujud 'masa depan'? Apa sebenarnya 'masa depan'?

*Bakar rokok*

Kebelakangan ini, banyak yg mahu gua palitkan di DIaridosa. Tapi, gua malas. Bisa kiranya kalau update Diaridosa jadi dalam rutin harian, seperti dulu, sewaktu gua asyik dalam arus puitis. Tapi, untuk menujukan tepat sesuatu isi atau isu, itu yg membuatkan gua ralat.

Ada lagi tiga kertas peperiksaan akhir semester yg harus ditelan telanjang bulat. Minggu ini minggu yg free. Minggu yg harus diisi.

Masa depan. Semua orang asyik bicara saja tentangnya. Gua juga salah seorang yg sangat aktif an seronok berbual berkenaannya. Bertanya dan saling memberi pendapat, itu yg gua cari dalam setiap diskusi gua dengan teman-teman. Walaupun kekadang, lagak gua seakan tidak serius, tetapi benar, gua cuba memberikan seratus dan peratus konsentrasi gua bila berbicara tentang masa depan.

*Sigh*

Masa depan selalu dilihat setiap individu dari sudut positif yakni dengan meletakkan 'masa depan' itu sebagai target (benchmark) untuk dicapai. Semua orang mengharapkan sesuatu yg indah sebagai masa depan. Berjaya bergraduasi dengan diakhirkan oleh sesi bergambar baling-baling topi sambil pakai jubah graduasi, berumahtangga dengan mengambil potret famili dengan senyuman yg entah sampai ke anak-cucu boleh bertahan atau tidak, punya kerjaya yg memberi pendapatan yg mewah hingga tak sedar diri sudah menjadi sebahagian dari proses algamasi atau akomodasi dengan sistem (hahahaha. Gua menggambarkan diri gua kelak sebagai seorang dari hamba kapitalis. Terimakasih kepada bro gua Gawat Skater keranan memberi tips utk itu), dan lain lain lagi. Kan?

Ada juga yg mengimpikan utk punya ahli keluarga yg comel-comel, hidup tanpa masalah dan lagi lagi kencingnajis dunia.

Gua??

*Terdiam sambil menyalakan lagi rokok sebatang*

Gua ini orangnya orang cacat. Orang yg tak punya apa-apa. Gua ini orangnya orang senang. Orang yg ikut angin terbang. Gua ini orang yg bencikan prosedur dan birokrasi. Orang yg bebas. Tapi tak bermaksud gua hidp tanpa masa depan, tanpa arah tujuan.

Tak mahu menjadikan sesiapa sebagai contoh dalam entry kali ini, gua lihat diri gua lebih tepat utk dijadikan sampel. Kenapa? Alasannya mudah. Ramai yg asyik mengatakan diri mereka adalah diri mereka. Jadi iri sendiri. Mereka unik. 'I am what I am'. Butuh.

Gua orang yg kalau itu yg gua pegang, itu prinsip, gua pegang benar-benar. Gua bukan orang yg mudah utk mengubah apa tiang gua. Ada yg bilang gua sudah berubah, tidak gua nafikan. Manusia berubah mengikut usia, itu natijah. Tapi dari segi pendirian dari sgi etika sebagai manusia, gua TIDAK PERNAH BERUBAH. Bukti mudah, 5 tahun gua menulis di sini, sekali pun gua tidak pernah mengubah layout Diaridosa, itu tanda gua istiqamah. Dan sekarang, pertama kali gua formatkan Diaridosa, TAP gua tetap dengan latar blog yg sama. Terimakasih Tuhan kerana menganugerahkan gua hati yg teguh.

Gua tak mahu apa-apa sebagai habuan menunggu masa depan. Gua cuma mahukan apa yg gua ada sekarang. Gua cuma mahu menjadi sebahagian dari kehidupan yg gua lalui sekarang. Itu saja.

Gua cuma mahu melakukan yg terbaik untuk keluarga gua, sahabat-sahabat gua, buddies gua, dan semua. Gua buat semua benda bersebab, benar, hanya utk kalian.

Gua nak tulis banyak, tapi gua malas amat. Hahahaha.

Cuma gua nak bangkitkan sesuatu yg mungkin boleh lu semua fikirkan serelevannya:

Berapakah harga yg lu semua akan bayar utk 'masa depan'?

Simple as that :) maderfakes.



Nota kaki: Kekadang ada benda yg lebih sesuai dibiar diam, ada pula yg layak diberitahukan. Semuanya masih, tetap ada pro tetap ada kon.

BERKATA BENAR

"...Ada dua di atara benar:
Satunya sakit satu lagi ubat..."


Nota Kaki: Terimakasih buat Akim dan Fiq yg selalu ada :)

Tuesday, January 10, 2012

KUNCI-KUNCI KE SYURGA





Nota Kaki: Vlogging haha. Matlufi cool. Ini klip yg gua buat utk bebubudak kelas gua dan hanya dipertontonkan di ruang muka fb page kelas. Gua suka juga dengan shortfilm, music klip ni, tu yg gua buat hehe. Gua main hentam ja, bisalah orang tadak bakat buat. haha.

Gua tak tau mcm mana nak tunjuk rasa gua directly, so gua cuba dengan cara-cara macam ni :)

Sunday, January 8, 2012

REFORMASI

"...Pertama KALI gua format Diaridosa.
*protes*



SEBAB GUA MENYAMPAH..."






Nota kaki: Entahlah, gua rasa pemikiran semua harus matang seiring usia. dewasa sudah melambai-lambai. Heh, frasa baru rasanya.

Tapi kenapa lu tak berubah?
Semua orang sudah berubah....

Wednesday, January 4, 2012

KECEWA ADALAH GULA-GULA

Banyak wajah yang celaka.
Wajah celaka yakni menderita.

Banyak wajah yg berduka.
Wajah berduka yakni merasa.

*sigh*

Ok. Tarik nafas, hembus asap. Hahaha. Gua bukan nak bercerita berkenaan gua kali ini. Gua nak bercerita tentang mereka-mereka yg bila gua tatap mata mereka, seperti ada genangan bak kolam.

Gua nak utarakan tentang apa itu rasa 'kecewa'. Sekali lagi, bukan pasal gua ok?? Sebab gua pernah merasa menatang tu dulu, lama dulu. Tiga tahun gua gila. Tapi gua tak menyesal, itu nikmat bagi gua. Gua seronok amat kerana itu rasa yg petut gua rasa sebagai manusia, sangat berterimakasih.

*Fukimak. Awat gua cerita pasal gua ni civai?? Haha*

Ok ok, kembali ke titik mula.
Gua bukan nak cerita kecewa dari sudut cinta. Butuhlah. Gua bukan nak cerita berkenaan kecewa bila gagal dalam peperiksaan atau apa lagi jadah dunia. Gua bukan nak cerita tentang kecewa apa-apa.

Gua cuba nak bercerita tentang kecewa yg bersifat general, yg senang dihadam, yg mudah untuk dibincangkan. Amaran ya, kalau ada apa-apa yg lu rasa bercanggah dengan apa yg lu baca atau apa yg lu rasa dalam semua post-post gua, gua mintak maaf. Gua cuma memberikan sedikit pandangan dari hati hitam gua. Hehe.

Kecewa. Sama maksud dengan frust, frustrated. Kan? Boleh juga diertikan sebagai patah hati. Kan? Boleh jadi juga satu tanda kegagalan. Kan?

Maaf, tapi gua memang seorang yg sangat memegang etika dan pegangan berkenaan hak manusia, hak seabgai manusia. Asas gua pun, salah satu prinsip yg sangat gua pegang adalah 'Hablumminnallah- Hablummminnannas'.

Jadi, sebagai manusia, salah satu fasa kehidupan yg harus dilalui adalah kecewa. Benar? Lu tak cukup rock lah kalau tadak rasa kecewa, at least kecik butir gula kan. Lu tak cukup k-pop lah kalau tak pernah lalu walau seinci fasa tu kan. Lu tak cukup MANUSIA kalau tak pernah dipeluk kecewa.

Masing-masing ada cereka berkenaan kecewa. Bezanya, mungkin situasi, punca, tragedi, masa, atau apa lancau lagilah. Tapi, bagaimana cara untuk menangani rasa itu yg kalau silap cara menanganinya, sampai ada yg sula gitar dalam pungkoq. Sampai ada yg terjun bangunan fakulti sambil memakai boxer saja. Sampai ada yg lupa siapa yang menciptakan dirinya.

Cara menangani kecewa boleh juga diklasifikasikan sebagai punca ke arah wujudnya Stress Management; kalau ditranslasikan berbunyi pengurusan stres. Perght, dalam macam nama subjek paper gua semester ni. Haha.

Ya lah, takkan tak stress kalau tak kecewa?? kan? Apa kebodoh sangat gua ni. Haha.

Kalau dari apa yg gua belajar dalam pengurusan perniagaan pengurusan operasi (sori eh, gua bukan jenis exam-oriented. Jadi apa yg gua belajar dalam kuliah,tutorial,buku teks selalunya gua manipulasikan dan adaptasikan dalam rutin hidup gua. Tp tu bukan sebab result gua macam sampah. Hahaha), sebagai seorang manager yg bagus, stress management adalah kemestian; bukan untuk diri sendiri tapi juga untuk para pekerja yg lain. Kalau stress, produktiviti menurun, kan?

Selain dari stress management, ada satu lagi iaitu anger management (kalau ditranslasikan berbunyi pengurusan rasa marah. hahaha macam bodo ja bunyi). Selalunya kedua-dua ini bermain dengan utilization (dari sudut kepuasan).

*stop sat, azan isyak*

Kita manusia. Manusia ini subjektif. Sama seperti how to measure satisfaction, sangat subjektif. Jadi, pengurusan stress dan rasa marah berbeza bagi setiap individu.

Tak mau amek contoh jauh, gua guna diri gua sebagai contoh. Gua tak tipu, gua bila stress marah-marah bagai gua tak lepas directly, mungkin ada yg perasan kot kalau indirectly. Tapi, biasalah lelaki, memang macam tu.

Gua sangat-sangat meminati cabang seni musik dan penulisan. Jadi, gua tak pernah lekang dengan lagu-lagu. Mungkin ada yg cakap gua ni tak habis habis dengan metal, rock n roll, grind, dan unerground scene bagai tapi gua dengar semua dan benar, gua layan, gua asyik.

Selalunya, gua akan kaitkan setiap lirik lagu yg gua dengar dengan situasi yg gua alami. Contoh:

"...And with each drop of blood we bleed because of this
something so precious dies and it feels it really is..."

-Kiling Me Killing You dendangan Sentenced-

Gua kaitkan liriknya bila ada masalah dengan teman-teman, rakan-rakan, etc. Lebih kurang macam tulah.

Ada ketika, gua stress gua main gitar, drums, soprano decent recorder, dan instrument lain yg gua tahu main. Dan, gua buat lagu. Gua juga minat dengan home-recording, so gua record sorang-sorang. Selalunya jadi koleksi peribadilah, lagu-lagu bukan sedap pun. Hahaha.

Lu tak payah lah tahu pasal cara gua tangani stres, nanti melaut ke cai dam, shingkeng bagai kang gua pi. Hahaha.

Yang penting, gua cuma nak tekankan, bila lu rasa macam tu, lu cari sesuatu yg buat lu seronok. Yg buat lu enjoy. Yang buat lu puas. Yang buat lu rasa lu hidup dalam dunia lu sendiri.

Katakan lu minat tengok wayang. Tunggu apa lagi, pi tengok dari pagi sampai ke midnight. Katakan lu minat pasal hantu or entiti or momok. Tunggu apa lagi, pi seekers lah hantu tak pun at least pi fun-fair masuk rumah hantu. Tapi lu jangan kata minat lu tengok porno. Tu bukan minat, tu nafsu serakah bavi. Hahaha.

Selagi masih muda, redah ja. Benar, kita akan rasa putus asa sampai nak mampos. Tak mau dengar apa orang cakap sebab dunia dah kiamat. Dulu pun gua rasa macam tu, tu sebab baru sekarang gua berani utarakan isu ni.

Tapi lu kena ingat, kecewa tu adalah satu fasa, banyak lagi fasa yg harus dilalui untuk menjadi MANUSIA. Lu kalau lembu ka, kambin ka, tadak hal lah. Tapi gua tau, kalau ada yg baca ni, orang itu manusia. Bagi orang Islam, bunuh diri tu neraka jahannam tempatnya. Putus asa itu pun boleh diklasifikasikan sebagai bunuh diri secara halus kalau tidak ditangani.

Gua pun cakap ja pandai, tapi ini lah yg gua nak kongsikan kali ini.
Jadi, bijak berfikir serelevannya, ok maderkafers?

*kena sebalut pun release tension kan? hahaha*




Nota kaki: Baru lepas 1st paper utk exam kali ini, tapi dah rasa gembira bagai macam jadi anak raja putera ha. Apara gua ni. Hahaha.

Gua tulis pasal isu ini sebab isu ini adalah dadah bagi setiap pelajar. Kan? Bukan, bukan. Bagi setiap manusia. Lu tak kan dpt lari.

Tapi kan, satu lagi cara gua nak release stress or rasa kecewa or apa-apa rasa negatif gua, kat Diaridosa ni lah. Hahaha. Kalau Diaridosa ni perempuan, memang lelakilah gua. Hahaha.

Monday, January 2, 2012

CATATAN AWAL TAHUN

Gua manusia.
Lu manusia.
Kita manusia.

Gua hamba.
Lu hamba.
Kita hamba.

*kena rokok sat*

Ok, fitrah kejadian manusia:
Cakap tak serupa bikin. Betoi, kan?

Ya ya gua tahu, bukan semua macam tu. Tapi itu kita. Untuk lebih senang dihadam, gua tukar perkataan 'kita' tadi kepada 'gua', yakni diri sendiri.

Bila tiba hujung tahun, gua mesti mengkonklusikan atau mengintihakan semua yg terjadi dlm tahun itu menjadi satu. Lalu bila datang permulaan tahun seterusnya, sibuk pula membuat hipotesis tentang apa yg akan dilakukan pada tahun itu.

Lu tak rasa benda tu bangang, kah?

Manusia adalah hamba. Manusia bukan hamba kepada manusia. Manusia bukan dihambakan manusia. Manusia bukan menghambakan manusia. Lu merancang, yg tentukan siapa? Dan bila semua yg dirancang dicanang jauh dari apa yg diharapkan, apa pula tindakan seterusnya:

Frustrated. Butuh.

Lu kena tahu, MESTI kena tahu. Kita hidup untuk apa? itu persoalannya. Bukan "kenapa kita hidup?". Untuk menjawab soalan 'kenapa kita hidup?', jawapannya mudah, kita hamba, yg memberikan hidup itu Dia, Yang Maha Segala. Lu tak boleh nafikan untuk hidup.

Tapi untuk menjawab soalan 'kita hidup untuk apa?', itu abstrak. Itu subjektif. Ia merangkumi setiap lapisan frasa hidup, setiap skop hidup, setiap yg bersetubuh dalam kehidupan.

Jadi, perancangan itu penting. Hipotesis awal itu mesti. Konklusi akhir itu wajib. Lalu dari sini lu boleh buat satu teori tentang kehidupan.

Contoh:

Tahun lepas lu gagal (katakan gagal secara general lah, sebab gagal itu jika dispesifikkan ia memandu utk melanjutkan perbincangan hahaha). Jadi apa tindakan lu untuk tahun kemudian??? Terus gagal???

konklusi tahun sebelum memberi permisi untuk kita buat hipotesis baru yg menguatkan perancangan. Benar, kan?

Jangan sesekali salahkan Tuhan. Jangan. Dia sudah berikan semua yg sepatutnya kita ada sebagai hamba, sebagai manusia. Klu lu salahkan Tuhan, lu lagi teruk dari lembulah. Ya lah, lembu tak salahkan Tuhan pun sebab apa asyik makan rumput, tak makan ayam penyet pecel lele, kan?

Dari situ kita boleh membuat teori awal:

Lembu pun menerima apa yg Yang Maha Segala berikan dengan senang hati.

Berbalik kepada kenyataan 'cakap tak serupa bikin' di atas. Lu jangan cakap lu bukan sebahagian dari itu.

Kenapa? sebab dalam hidup ini memang takkan ada kesempurnaan, perfection. Lu boleh cuba untuk jadi perfectionist, tapi takkan jadi. Lu masih nak cakap dunia ni wujud perfectionist?? civai.

Lu tau tak apa itu perfectionist? Lu tau tak apa itu maksud 'maksum'? Lu messiah kah nak kata diri lu maksum? Ajaran sesat lu ni hahaha.

Gua cuma nak quote satu ayat dari 'teman sesi sleepy' gua hahaha:

"Perfection is ridiculous. World does not need that"

Gua rasa gua tak perlu huraikan kenapa tapi yg pasti gua cuma nak utarakan bahawa kalau lu perfectionist (bukan dalam konteks 'maksum' ok. Ini bukan perbincangan bersifat keagamaan. Nanti ada pula yg cakap gua ni cuba menyebarkan syiar sesat pulak. Take it serious ok.), maka akan tiada achievement or improvement. Maka akan tiada lagi rasa rendah diri. Tiada lagi diplomasi.

Sebab apa, sebab lu akan rasa lu sorang ja yg bagus, lu sorang saja yg perfect.

Jadi kepada sesiapa yg selalu tengok gua diam bodoh, gua kurang bercakap, gua kurang berbincang, itu a sign of protest (bak kata Adam Adli. gua pun mahasiswa tapi gua tak bersetuju dengan tindakan beliau ya).

Ya lah, perbincangan dua hala celah buqhit mana kalau satu pihak asyik nak betul saja. Menghormati pandangan orang adalah sesuatu yg memanusiakan, walaupun ada ketika berselisih pandangan, at least HORMAT.

Kerana apa, kebanyakan orang sudah lupa apa itu konsep 'mendengar-didengar'. Selalunya orang akan sailang atau bagi banyak itu-ini bila kita bercakap.

Semua orang nak didengar, tapi siapa yg mahu mendengar?

Renung-renungkan maderfakers semua.

Namun kepada yg sudi berkongsi, sudi agar gua mendengar, dan sudi mendengar pendapat gua, dan menghormati perbualan dan perbincangan bersama, gua sangat-sangat berterimakasih dan amat amat gua hargai. Benar, gua sangat menghargai individu yg menggunakan medium komunikasi dua hala.





Nota Kaki: Kalau ada yg cakap gua civai ka, bavi ka, apa ka, teruskan. Gua bukan jenis yg peduli sangat dengan apa persepsi orang. Kat situ boleh nampak orang yg selalu melabel orang lain adalah pengamal konsep 'manusia menghambakan manusia'. Kan?

Tahun ini, awal tahun ini gua disambut mesra oleh kertas-kertas peperiksaan akhir semester, Wish me luck eh maderkafers. Hahaha.

Oh ya, gua memang dari dulu kalau menulis memang secara spontan. Gua tadak bakat menulis, jadi gua main semborono ja hahaha.

Huh?? Dah masuk lima tahun usia Diaridosa?? Tahniah kepada diri sendiri haha. \m/
Oh ya, semua post lewat sehari tarikhnya dari tarikh sebenar ia dipost.
Ada sebab :)