Monday, December 31, 2012

23 BINTANG JATUH

"..duhai dua puluh tiga
bintang jatuh,

berahiku merindumu,
meladeni hari mimpiku
melancap indah nafas itu.."



Nota kaki: 2013 dan dunia masih belum kiamat. Alhamdulillah sudah cecah 23 tahun usia gua. Live fast die young. Rock on. haha.

Ya Rabb, terimakasih untuk nafas ini. Juga selamat ulang tahun kelahiran buat ibunda puteri majesti hati gua, Puan Naterah Binti Marzuki. Terimakasihg kerana menjadi ibu kepada rockstar wannabe ini. Hehe.

Oh ya, jika blog ini masih punya pembacanya, terimakasih amat ya. Sudah genap lima tahun usianya. Dan selama lima tahun yg diliwat itulah hampir sepenuh hati gua dipalitkan di sini. 

Rock hard, maderkakers \m/

Friday, December 21, 2012

NAGA DISEBELAH PENGHUJUNG BULAN

"..Kenapa kekadang masa
terlalu cepat bercumbu mesra.."



Nota kaki: Last, Terengganu, Utara, Tengah Malaysia, lalu insyaALLAH sampai gua ke Timur. Maaf ya Selatan. Semoga Tuhan merahmati. 

Jika ada yg belum ketemu, semoga Yang Maha Segala anugerahkan kita hari lagi. Gua paling benci Disember sebenarnya. Tapi Disember 2012 adalah Disember terbaik. 

Saturday, December 8, 2012

SEBERAPA PANTAS LAGI HAYAT INI?

"..Ya Rabb, aku semakin merindukan kematian.."


Nota kaki: Dunia ini semakin bersifat sifar bagi gua. Oh ya, maaf jika gua tak uar-uarkan hari konvo gua. Gua pun sebenarnya berkonvo dengan seribu satu keretakan.

Untuk sahabat-sahabat, terimakasih amat. Gua harap momen-momen di mana kita pernah berkongsi satu ruang masa akan kekal dalam kitaran kehidupan ini.


Ada masanya, kita suka berteman.
Ada masanya, kita suka bersendiri...
(Petikan dari lagu Apokalips oleh M.Nasir)

Saturday, December 1, 2012

MENJADI TUA LALU MATI

"..Kulitnya kendur,
teteknya kendur,

hatinya kendur.."



Nota kaki: Semua dari kita akan menjadi tua lalu mati. Pernah tak lu terfikir bagaimana nasib lu, kehidupan lu peneriamaan orang ramai kelak lu tua?

Gua ambil cuti yg panjang setelah kerja seperti orang gila. Haha. Mudah-mudahan Yang Maha Segala penuhkan cuti gua dengan penuh makna. Rock out, rock hard \m/