Sunday, February 28, 2010

MENGUCUP PEMBUNUHAN BIDADARI

Malam itu, yang ada cuma bisikan unggas malam yang seakan merintih hiba, angin sepoi yang mengkecamukkan minda, batu-batu kerikil yang dijadikan lantai pembunuhan, berserta satu perasaan aneh yang tidak pernah berubah walaupun 25 Sept, 11 Dec, 27 Sept, 23 Dec serta dua tahun pertama, seganda bulan nan indah, seganda bulan yang terkemudian dan hingga malam itu, 24 Feb berlalu...Dan perasaan agung itu akan selamanya kekal dalam hati pembunuh jiwa terkebelakang ini.

Maaf, semua yang dibicarakan seakan sangat mementingkan diri aku sendiri, sombong, bodoh amat dan sebagainya.

Tapi, percayalah...Semuanya untuk KAMU.

Sakit itu sangat keterlaluan untuk aku. Sakit itu sangat terkesan bagi aku. Sakit sangat. Jadi, percayalah, hormatilah pinta aku itu. Pinta aku itu hanya untuk KAMU. Aku tak akan biarkan KAMU sakit dalam jangka masa yang panjang.

Walaupun yang mati dalam pembunuhan ini adalah AKU.

Tuesday, February 23, 2010

TERIMA KASIH UNTUK 'ITU'

Tau tak kenapa jadi begitu?
Aku rasa aku tau...
Bukan kerana apa-apa.
Aku dah hampir kembali ke titik hyper,
Aku sudah tergelak besar, senyum pun besar...

Ada yang bilang dulu,
"asas pertama dalam perhubungan teman adalah tangan kananmu harus di bahu kanannya, dan tangan kirimu terus membuang hina,".

Kau penting dalam pembentukan opera ini, dan kau tak pernah dihilangkan sebenarnya. Cuma, kau tak MEMPROVOK seperti dulu...

Dan selebihnya, benar, salah aku...

p/s : "Nah bunga, beli kat kedai Kome,"...
Aku asik teringatkan ayat itu, dan aku
asik tersenyum sendirian...Hahahak!
Sesuatu yang cantek amat...


Thursday, February 18, 2010

AIS KRIM BERPERISA BELACAN

Kononnya dia masih di situ. Memerhati. Mentafsir. Menganalisa. Nahunya, dia mentaksir. Mengkisi. DIA KONONNYA PASTI!.

Bila minda berkapaciti kurang dari apa yang terlestari sebelumnya menceraikinkan dua sa, maka ra tidak akan wujud. TAPI DIA YANG LAGI SATU PASTI.

Jadi, konflik tentang perkongsian peratus sangsi mula menjebak. DAN DUA-DUA DIA PASTI. Satu mahu terus bermain papan luncur yang berkuasa turbo tanpa taboo tentang norma-norma masa lepas, dan satunya lagi seronok berdansa dengan langkah mencari listrik masa depan.

Entahlah, mereka bisa menstranslasikan bias wajah. Mereka bisa menjadi hakim dan majistret. Mereka bisa menjadi pengadil dan pemain. Mereka bisa jadi maple dan anney. Mereka pasti bisa jadi imam dan ma'mum hipokrasi di saf yang paling depan.

Sebenarnya, apa yang mahunya kau jadi? Ultraman? Superman? Ataupun gabungan kedua-duanya; Ultraman tambah Superman sama dengan MAKHLUK MERAH BERKEPALA TROJAN BERSELUARDALAM DI LUAR.
Sesuatu itu berubah. Samada anjakan paradigma mahupun sepakan paksa. Ramai profesi dan individu lain berkata, "we are what we are! I am what I am!". Tapi seenarnya, ia dipimpin oleh persekitaran.

Seperti lalang. Angin ke kanan, dia pun ke kanan. Tiada angin kuat, berdiri pegun tunggu datangnya pepatung mahupun unggas menghayunnya ke arah mana.

Persetankan. Kau sebenarnya pembuat keputusan. Mereka, persekitaran, juga anasir lain cuma pemberi cadangan. Tak perlu jadi itu jika mereka mahu itu. Tak perlu jadi ini jika mereka mahu ini.

Jadi, kau perlu kejam. Orang yang kejam, hatinya teguh. Bukan kejam bermaksud makan fetus atau mamah otak hidup, tapi kejam dengan cara sanggup melepaskan sesuatu untuk jadi sesuatu.

Teori mudahnya, opportunity cost.
Intihanya, DIA kuat bagi KAU dan KAU kuat bagi AKU.
p/s : Sambutan dengan cara 'no-panties' itu
untuk orang-orang bodoh saja...
Bodohlah, ia menggalakkan Darwism...

Wednesday, February 17, 2010

LANGIT CINTAKAN BUMI (UNDONE)

“Abang, kasi nasik putih berlauk ayam ini. Berapa ringgit?”, datang seorang pelanggan, pelanggan pertama untuk hari ini. Seorang gadis gempal berkulit gelap.
Rezeki sudah masuk. Rezeki sebenarnya ada di mana-mana. Sedangkan ulat dalam batu pun hidup, inikan pula makhluk berakal. Dan jikalau sesak sangat, makhluk berakal pun boleh mamah batu seperti ulat dalam batu untuk melangsungkan kelangsungan satu kehidupan.

Dengan senyuman lebar dan disulam kata-kata ramah, “siap! Tak mahallah, untuk adik manis, ayu, cantik, comel bak Ziana Zain ni, harganya cuma RM 3 dan dua puluh sen. Sekali saya tengok macam Ziana Zain, dua kali tengok macam penyanyi Jepun pula, jadi harganya RM 3 saja,”.

Merah muka si gadis dipuji sedemikian rupa. Malu agaknya.

Hez memang begitu, tak memandang perempuan, tapi dia memang berkepala sedikit tidak betul, kelakar. Orang tua, kanak-kanak, laki, perempuan habis disakatnya. Dia memang ramah. Tapi kekadang bualnya agak bosan, terlampau panjang dan meleret.
Dia kisah? Langsung tak. Kerana dia adalah dia. Pedulikan orang lain.

Dia tak perlukan duit yang banyak untuk hidup gembira. Kekadang, duitnya habis dibelanjakan kepada benda-benda yang langsung tak penting. Dia bukanlah orang yang bergaya seperti Asy, Fadh, dan Mel. Dan kekadang itulah juga dia langsung tidak tahu kemana perginya duit di dalam poketnya sendiri-dia juga agak boros!

Hari ini, kurang yang datang bertandang untuk membeli. Jadi Hez lebih senang duduk melayan lagu dari radio tuanya sambil menggulung daun yang intinya tembakau jawa pekat-tembakau cap Jeti Lama, kesukaan mereka berempat.

Sebenarnya, dia Cuma makan komisen hasil dari jualan. Aneka lauk-pauk dibeli dari jirannya yang sedia memasak, meja tempat meletakkan lauk dibuatnya sendiri, dan tempat dia berjualan pula atas izin dari empunya kedai yang hanya berniaga di waktu pagi. Waktu petang, giliran Hez pula.

Hasilnya tak banyak. Cukuplah untuk dia membeli rokok, berjoli, dan lain-lain lagi.

Hari demi hari, begitulah dia.
Seperti bait-bait dari lagu Ikrar Perwira oleh Rusty Blade, “…Ikrar perwira…Bersemadi di sudut nurani…Jiwa satria…Semat di hati teguh pasti…”, begitulah teguhnya hatinya bermain dengan ejakulasi hari-hari yang sundal.

Terdetik di hatinya, sudah lama tak bermuzik. Jadi :
“Malam ini, kita bertemu, SAHABAT..”

Nota Kaki Bersepatu Pinjam : Petikan di atas dipetik, bukan diplagiat, dari novel Langit Cintakan Bumi karya 'Seseorang'. Belum siap lagi sepenuhnya walaupun sudah mengambil masa selama setahun setengah. Bila nak siap ni bro. BANGUNKAN SASTERA UNDERGROUND!

Minggu ni penat amat. Memang tak lekat rumah. Ulang-alik masuk Pulau saja. Syafiq Taik (Terimakaseh sayang...), Angah (sori tak luangkan masa, sibuk amat...), Bal (berhenti merajuk la...Buruk...), Syammen & Pali & Halem (keep on rottin in the free world...Thanx for the hospitality and permanent filth..Hahahak!). Shuhada @ Soda (Awat ang gelak bila borak? Gila ka...?Hahahak).

Sunday, February 14, 2010

GAWAT BUKAN STRAIGHT EDGE


Gambar di atas bukan sekadar hiasan. Beliau yang dirakamkan fotonya ini adalah pencipta papan luncur dan papan luncur pertama yang beliau cipta pada tahun 1905 terinspirasi dari sayap burung merpati. Beliau tidak menerima anugerah nobel atas kejayaannya itu kerana tidak mempatenkan ciptaannya. Kerana itu, beliau tidak lagi menunggang motor Kriss hitam Valentino Rossi sebagai tanda protes. Info selanjutnya, layarilah http://xbudaknakalx.blogspot.com.

Meluangkan masa berborak dengan tokoh hebat ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk mendengar lagu Bunkface. Bunkface?huhuuu...

Sunday, February 7, 2010

MAAFKAN HARI SEMALAM

Semalam gua demam teruk. Sudah agak lama kiranya imunisasi badan kurus ini tak merosot hanya kerana keletihan. Dan yang lebih menyakitkan, tonsil membuatkan setiap sedutan nikotin terasa seakan satu pembaziran. Tiada rasa. Tiada selera.

Entah mengapa, naluri sebagai seorang teman membuatkan aku mahu menghubungi dia, Igbal. Dan naluri seorang teman itu tidak akan menipu walaupun cuba dijauhkan. Belum sempat aku mahu menekan punat yang memaparkan nombornya, dia terlebih dulu menghubungi aku. Heh, Iqbal selalu begitu. Kekadang, sebelum dia menelefon kekasihnya, aku dulu yang dihubunginya.

Bal, teman yang berbeza amat dengan aku tapi sangat memahami. Dia tahu aku sukar percayakan orang, dan atas sebab itu dia masih bertahan dengan aku. Dan sekarang tarafnya dalam hati aku setaraf dengan tiga orang gila sahabat aku, cuma dia belum dilabel sebagai sahabat.

.............................................
-Dari Celcom ke Celcom-
Bal : Hallo bro! How do u do? Hahak!

Aku : Hahak! b**i baru nak call, tapi hang lagi cepat...

Bal : Ceh, aku pulak yang kena sound b**i, hahahak!! Eceh, kita ni selalu ada jodoh, tapi aku lagi cepat call hang, aku lagi hebat la hahahak...! Aku demam ni, batuk-batuk sket...

Aku : Orght, hang main hujan kot? Batuk teruk ak? Aku pun demam ni, baru balik Melaka buat research sket...

Bal : Hang tiru aku ka? Aku demam, hang pun nak demam?Eleh, cakap roken', roken mana boleh demam (roken bermaksud' rawk on'. Sebutan antara kami sahaja.).

Aku : Oih, demam-demam pun aku roken' jugak! Bro, macam mana study? Ok?

Bal : Erm, so far ok kot. Aku tunggu short course ni, kalau jadi, kita jumpak masa degree nanti. Orait?


Maka perbualan lebih menjerumus ke arah pelajaran.


****************************

Bal : Acap, Soda ada call aku baru-baru ni. Cakap nak jumpak.

Aku : Huh, dia nak turun Penang ka? Dia stay mana?

Bal : Dia stay rumah Che Nab. Aku rasa, dia call aku sebab nak ngorat aku la tu. Tapi, sebab aku setia pada satu, dia terpaksa gigit jari la hahahak!

Aku : Kan dia paling rapat ngan hang. Dari sekolah lagi. Kalau tak dengan hang, mesti dengan Mat Secret, scandal dia.

Bal : Dengan hang pun dia rapat. Cuma dia takut ja nak cakap banyak-banyak dengan hang. Err, dia ada call hang dak?

Aku : Dak pun.

Bal : Dia ada mengadu kat aku pasal hang.

Aku : Apa dia? Pompuan gila ni berani sound aku kat hang. Cis! Hahahak!!!

Bal : Dia cakap hang ada maki dia. Awat bro?

Aku : hurm...Last two years, aku ada marah dia, tapi aku tak maki.

Bal : Tengok, dengan aku pun tak mau cakap.

Aku : Erm, masa arwah meninggal dulu, ingat dak? Aku the 1st person Syafiq call masa arwah dah tak dak. Aku call semua budak-budak nak inform, at least tolong tenangkan Syafiq walaupun tak boleh balik.

Bal : Tau, hang roger semua, aku pun hang roger. Habis tu, apa kena mengena dengan Soda?

Aku : Lepas setahun, aku dapat tau Soda tak call or text Syafiq langsung. Setahun lepas tu, dia call aku saja nak borak. Aku dah lost, aku sound macam ni, "jangan cakap ngan aku selagi tak cakap dengan Syafiq pasal benda tu".

Bal : Dia kan dok jauh dari kita . hang ni kasaq sangat ni.

Aku : Dulu sebelum habeh sekolah, sapa yang buat agreement, "macam mana pun jadi, kita semua still kawan ok", Soda kan yang cakap macam tu. Friendship konon.

Bal : Aku tau, hang memang bukan jenis yang tunjuk kepercayaan kat kawan-kawan directly, tapi hang kena paham, Soda tu kan jenis yang manja. Dia bukan nampak sangat pun kadang-kadang benda-benda yang serius.

Aku : Tu la. Lepas hari tu, aku rasa bersalah gila kat dia.

Bal : Hee, call la dia.

Aku : C*b*i, aku roken' la! Mana boleh buat macam tu Hahahak! Bal, kalau hang call dia, cakap eyk aku mintak maaf sangat-sangat.

Bal : Boleh...Aku kan selalu ada untuk situasi macam ni hahahak!!!

Aku : Soda buat apa lani? Ada budak cakap dia dah kawen? Kan?

Bal : Adoi, kawen apanya...Dia kerja dengan AADK, dah dua tahun. Ha, dia kerja ngan AADK, so hang tak boleh geng ngan dia la hahahak!!!

Aku : Ce**k* betoi, mentang-mentang aku dok jauh, sapa ntah kencing aku dia dah kawen..Alamak, awat yang dia kerja ngan AADK?! Nanti kalau dia buat urinal test, kantoi la aku hahahak!

Bal : Yang tu aku tak boleh tolong hahahak! Lagipun, dia paham hang macam man, rawk n roll. Dia tak kisah sangat, walaupun dia kecik hati...Maybe at the end of this year dia buat degree...

Aku : Kalau dia urin aku, aku cakap la aku banyak makan nasik kandaq, kan nasik kandaq ada kas-kas.

Bal : Banyak la hang punya kas-kas. Oit, dah satu jam setengah ni, aku nak call Farah sat. Nanti mengamok pulak kakak hang tu.

Aku : Ok, ok. Kirim salam kat Farah, cakap adek dia yang roken' ni kirim salam...

Bal : Selamt k bro. Take care k, ada probs cari aku. Masalah dengan Soda, jangan risau, aku setel kan. Err, 'dia' macam mana? Masalah dengan 'dia', kalau hang rasa hang buat benda tu untuk kebaikan 'dia', just keep on k

Aku : Dah a tu, farewell pun nak cakap banyak lagi hahahak! Aku kena kejam sket kat 'dia'. Kekadang benda yang kita sayang, kita kena buang. Tu yang aku baru belajaq...


*********************************

Soda. Satu-satunya pelajar perempuan dalam kelas kami dulu sewaktu masih beruniform sekolah. Nama sebenarnya, Nur Shuhada, tapi di panggil Soda atau Sodom. Manja amat, dan dia sangat rapat dengan semua pelajar lelaki dalam kelas dulu. Walaupun dia kekadang jadi bahan melepaskan amarah, carut, dilayan kasar, etc, tapi sebenarnya dia seperti adik bongsu bagi kami sekelas. Dan, dia memang tak kisah dengan semua tu.

Aku bersalah amat dengan dia. Jadi aku akan mohon maaf dengan penuh rasa rendah diri kelak kita berjumpa nanti. Aku bukan lagi rawkstar yang menjulang ego. Maaf... Nanti kita akan ketemu, SODA.

Gambar sewaktu di tingkatan empat, 4 Iltizam (Kelas ni paling belakang, paling jahat, paling buas, paling semua yang buruk-buruk la...Tp, paling disayangi kebanyakan guru. Betul, tak tipu...). Masa ni, ada dua pelajar perempuan. Soda dan Gayathiri. Gayathiri tak sampai sebulan lepas hari pertama, pindah sekolah. Tak tahan kot...

Tuesday, February 2, 2010

TEORI DAN PANDEMIK

Satu kematian demi satu kelahiran.
Teori asas perlepasan.

Jadi, saya terpaksa.
Kalau satu tak lari, satu lagi tak akan pergi.

Itu yang saya buat sekarang.

Ia mungkin jadi pandemik,
lalu menghilangkan kita.
Tapi, saya dah fikir masak-masak.
Saya kejam, kan?
Dah banyak kehilangan sewaktu pembinaan tamadun,
jadi sudah lali gamaknya akan kehilangan.

Saya rasa kamu faham.
Saya rasa 'dia' faham.
Saya rasa mereka faham.
Saya rasa semua faham.

Kot...

Pis, biatch, rok N rol...
WEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEDDDDDDDDDDDDDDDDD!