Tuesday, January 26, 2010

MANA KONKLUSINYA?

Saya bukan orang Johor. Saya cuma tumpang tinggal sekejap saja?
Jadi harusnya apa saya ada rasa?


Sebab,
IA ADALAH SIMBOLIK KEWUJUDAN BANGSA KITA.
BANGSA MELAYU.

Seketat manapun seluar yang saya pakai,
Sebanyak manapun tengkorak kat baju yang saya pakai,
Selenjan manapun kasut rabak saya pakai.
Tetap juga dipakai baju Melayu Teluk Belanga bila bersujud.
Saya Melayu.


Nota Kaki Berdarah Tumit : Gua baru bersama-sama para exco menghadirkan diri ke seminar di kampus Shah Alam.

Hee, Gawat bawak gua jalan-jalan. nanti gua letakgambar bro gua ni eyk...
Encek Zamri Miskam, pensyarah gua perasan sesuatu tentang aku...Terimakasih, tapi betul saya ok Mr. Zamri...Aih, aku kena mula senyum sampai ke telinga lepas ni...

Monday, January 18, 2010

LELAKI DAN PEREMPUAN

Bukan semua LELAKI obses dengan tetek besar,
DAN,
bukan semua PEREMPUAN sundal!

P/S : Sex, Drugs, Rawk N Roll?
Tanpa seks pun boleh rawk la
BIATCH..

Sunday, January 17, 2010

APA YANG DITANYA APA?

Apa lagi?

Patung Liberty yang menggalakkan senyuman tapi berdiri diam saja,
Taman Babylon yang menghebohkan perpaduan tapi membelakangkan rasa,
Spinx yang kononnya bersama Piramid tapi pandangnya arah lain,
Burj Dubai yang kononnya memayungi lantai tapi celaka semata...

Jadinya apa?

Pis, Biatch, Rok N Rol..

P/S : Maaf, kekadang ada sebab mengapa
kita mula berjalan kaki kiri dulu ataupun
kanan dulu...

Thursday, January 14, 2010

PIS, BIATCH, ROK ON!

Matahari dah tiba walaupun cahayanya masih malu-malu...
Minggu ni gua dapat hadiah!
Satu, kemeja gelap Jonker, memang taste gua ni dari Cek 'Kurus Cakap Gua Gemok'...
Dua, sepasang kayu-kayan pengetuk deram dari Encek 'Mari Makan Laksa'...

Hee, terimakasih...

Pis, biatch, ROK N ROL!

Monday, January 11, 2010

ADA TARI SEMALAM

Semalam, aku diselubungi satu rasa yang kelat tapi indah. Indah bila ia datang bersama senyuman berbayang yang didahulukan dengan lancapan hari-hari yang terliwat sudah.

Semalam, rokok habis. Natijahnya, terpaksa aku memacu kuda berenjin meredah sekah kelam untuk mendapatkan rokok dikedai yang tidak mengira putaran jam berhenti mahupun tidak. Pagi buta, bandar ini lengang.

Duduk di depan kedai tersebut sesudah mendapatkan apa yang diniatkan bak tok sami yang tekun dan diam bermeditasi sendirian, rokok aku nyalakan. Selang beberapa sedutan awal, aku dikejutkan dengan satu sinetron.

"Apa ni? Kenapa tak cakap mana you pergi? Kalau I, memang you marah,kan?!", membentak nadanya, seorang gadis manis, tinggi menandingi aku,berdada ranum, berambut panjang.

Bentakannya terus dibalas oleh seorang jejaka kacak seperti pelakon drama Korea. Begini bidasnya,"so what?! Nak break up?".

'Break up'? Perkataan yang membuatkan aku secara tiba-tiba menghalakan mata dengan renungan yang tajam. Aku jarang memerhati atau peduli dengan figura-figura hidup di sekitar aku, sejak dulu. Tapi, kali ini ia berbeza. Dan aku masih menyedut rokok dengan lahap.

"Oh, senang kan you cakap?! Shitt!", dengan berwajah ketat umpama seluar bell-bottom aku yang ketat amat di bahagian cawat.Tiada sesal.Tiada tangis. Tiada tangis?

Jejaka berwajah pan-asia itu pun lantas masuk ke dalam keretanya,model yang serupa dengan Swift, berwarna hitam gamaknya.

Dan terpinga-pinga gadis itu. Aku lihat ada titisan di pipinya, mungkin rasa terkilan kerana ditinggalkan. Tapi, maaf, aku bukan mahu menolong dia. Aku tak kenal pun siapa minah ni. Lagipun, baik lu kadang-kadang orang tak nampak, orang salah faham.

Jadi aku masih duduk menyalakan rokok yang ke-2, untuk pastikan
dia selamat. Dia mengeluarkan telefon bimbit, dan selang tidak berapa lama kemudian, datang sebuah kereta, mungkin kawannya.

Ok, aku dah boleh balik.


Apa yang buat aku asyik terfikirkan perihal mereka adalah kerana
beberapa persoalan. Kenapa senang sangat untuk cakap 'break up'? Kenapa tiada langsung sesal mahupun tangisan bila 'break-up'? Mereka fikir sayang itu boleh dibuang-buang? Dan untuk jejaka kacak
itu, kenapa pergi macam tu saja, kan boleh diselamatkan? Binatangkah mereka?!

Sehitam-hitam hati aku pun boleh fikir, inikan pula dia yang kacak tu.

Tapi mahu cakap lebih pun, nanti tertempek balik ke muka. Aku pun tak menjaga hubungan aku dengan baik dulu. Jadi, biar saja.

Nota Kaki Bernanah : Aku dah hampir seminggu di sini. Awan gelap, hujan masih belum berhenti.

Maaf, aku tahu aku patut jadi lelaki yang baik. Seorang suami yang sudah bercerai dengan isterinya harus memastikan kharbar bekas isterinya baik-baik saja, itu yang Islam ajarkan (gua tak kawen lagi lar...). Tapi aku masih belum bersedia,dan sedang kuatkan hati sekarang.

Carta PanasFM Minggu Ini : Two Weeks (All That Remains), Race With The Devil (Girlschool), Sacrifice (Bathory), The usurper (Celtic Frost). Lagu wajib, Brandon Lee (The 69 Eyes)..."...What will they be? Another failure, like you and me?.."

Saturday, January 2, 2010

DIALOG TANPA MUKA

-Melanggar Balairong Jiwa Taksir-
Muka-muka yang tercela,
Di balik jendela tak terbuka,
Terus-terusan menafikan dosa,
“Kami raja dan kau si celaka”, katanya mereka…
Ruang sempit mereka mencerai tawa,
Tersudut di penjuru merempat rasa,
“Biarkan saja dia di sana”, itu jua yang dibicara,
Kerana Si Celaka ini tak sempurna…
Dulu sama-sama kemari dan kesana,
Kononnya kita serupa kita sekata,
“Jahanam sama kalian yang bermuka-muka”,
Nah, ini pula budi bicara Si Celaka…

Carta PanasFM Minggu Ini : Teach You How To Sing The Blues (Motorhead), The World Without End-The Pain Is Not Around (Balzac), Deep Water (Charon), In And Above Men (Moonspell), Shut Your Mouth (Pain)... Dig Up Her Bones (The Misfits), trek yang buat gua rasa gua sedang bawa nisan untuk bertemujanji huhuhu...
p/s : SAYA dah agak sebab sebenarnya...
Pis rok N Rol! Hee...