Friday, December 30, 2011

CATATAN HUJUNG TAHUN

Gua sudah malas untuk menjadi kebiasaan.

Gua malas untuk menulis dengan bahasa puitis seperti mana yg menjadi darahdaging dalam kehidupan gua seperti dalam entry entry sebelum ini.

Gua malas untuk mengunakan bahasa sarkastik yang acap kali gua gunakan sebagai medium di Facebook. Gua sudah malas mengunakan bapen (bahasa pendek. hahaha) seperti digunakan sebagai wadah sewaktu berSMS.

Gua sudah malas...

*Sigh*

Oh ya maderfakers, sebelum gua lupa, gua cuma mahu mengekspresikan rasa seronok, gembira, puas, dan etc segala dengan pengakhiran tahun ini. Sumpah:

Buat pertama kalinya dalam hidup gua, gua diraikan. Terimakasih.

Untuk menjadikan cerita lebih interesting cewah, gua tak pernah merasakan sambutan hari lahir gua. Selalunya gua meraikan hari lahir gua dengan bersendirian di ambang detik, sambil berteman rokok dan kenangan, gua habiskan malam dengan bersendirian.

Ha. Ada sekali itu, cuma sekali gua diraikan. Itupun sewaktu, rasanya dalam lingkungan empat tahun ke enam tahun oleh keluarga gua. Makan KFC siak. Waktu tu, KFC antara paling heaven lah dalam hidup gua. Gua ingat lagi, hari tu hari lahir gua tapi abang gua sibuk berebut ayam pulak dgn gua. Hari lahir gua, gua makan peha ayam??? Gua tak makan ayam kecuali bahagian thigh tu lu tau(alah, bahagian belakang ayam tu) Hahaha.

Namun tahun ini, terimakasih kalian. Gua benar-benar rasa dihargai. Ucapan yg maha banyak. Terimakasih. Untuk Akim, Fiq dan Caca yg bersusah-payah buat party dalam kereta. Terimakasih. Nyanyian dalam kelas oleh budak-budak kelas. Terimakasih. Angah an Benjo yg buat party kat tempat yg memorable. Terimakasih. Jab, Kechik dan Aida untuk tiket konsert 30 Tahun Search. Oh. Terimakasih. Double burfday celebration oleh gang badminton extrajoss. Terimakasih. Cik Ary gua yg rock utk hadiah plektrum. Terimakasih. Banyak lagi. Terimakasih :')

Dan,

antara benda paling meaningful bagi semua orang bila hari lahir datang adalah dianugerahkan Yang Maha Segala peneman, kekasih. Untuk mendengar ucapan selamat dari kekasih adalah sesuatu yg paling menenangkan bagi, Kan?

Jadahnya gua cakap pasal cinta ni?? Mana imej rocker gua?? Haha.

Lu tak boleh nafikan 'cinta'. Lu gangster lancau manapun, metal sampai minum darah kambing pun, lu harus mengaku cinta adalah kekuatan.Cintalah yg membuat kita hidup. Cintalah yang buat gua hidup.

Jujur cakap (sebanrnya, sekarang baru gua berani cakap), gua tak punya gadis. Gua masih sama seperti kira-kira dua tahun lepas. Gua masih berbayangkan Dia. Terimakasih sebab gembira dan bahagia. Gua senang.

Tapi, yearght ada tapi lagi. Cinta jugak menyakitkan. Gua mintak maaf, gua langsung tak bernafsu dengan gadis. Lu jangan ingat gua gay pulak civai. Maksud gua, gua tak berkeinginan untuk bercinta. Gua tak tahu sempat tak gua jumpak dengan seseorang yg boleh ubah life gua cuma dengan sekali pandang mcm gua ketemu Dia.

Gua rasa rendah diri. Gua tak seberapa. Gua kalau cakap hensem, memang lu tengah high kena dam enamtujuh dapur lah tu. Haha. Gua tadak duit, standard rocker. Gua cakap betul, buat apa gua nak tipu pasal financial. Kalau lu cakap pasal personaliti, heh, memang jauh pangang dari api, jauh keypaid dari jari.

Dan kerana itu, gua minta maaf yg teramat sangat untuk dua orang yg sangat istimewa. Tuhan temukan gua dengan kalian. Kepada yg satu ini, maaf ya. Gua memang tak boleh untuk itu. Bukan salah jarak, bukan salah sapa-sapa. Salah gua. Gua cuba, tapi hati gua kosong. Kalau gua teruskan, gua takut gua terus tipu lu. Maaf.

Dan kepada seseorang lagi, maaf ya. Kita diketemukan dalam waktu yg asing. Dan sekarang sudah terlambat, kan? Maaf ya sekali lagi. Kebelakangan ini gua seronok milihat senyum lu, keletah lu, bicara lu, semua tentang lu. Lu seorang yg membuatkan orang sekeliling sentiasa ketawa. Mudah-mudahan sentiasa ada senyum ya. Manis amat. Jangan bawak moto laju-laju ok??

*Perght. Awat bahasa gua cintun sangat ni??*

Sekarang usia berpasangan. Tahniah dan gua tumpang bergembira bagi lu semua yg berjaya menamatkan zaman remaja dengan berteman bahagia :)




Nota kaki: Ada lagikah pembaca blog ni? Kalau dulu, gua rasa gua ada dalam lima orang pembaca setia.

Ada lagi dak sekarang?

Saturday, December 24, 2011

DEWASA, AKU TIBA

Bila kita lihat satu paksi, kita MESTI lihat sebetul-betulnya.
Dewasa, ayuh gua cabar lu berdansa.

*lelah nfas seketika*

Sumpah gua tak tipu,awal kedewasaan ini mungkin hasil dari pengakhiran keremajaan dulu. Gua puas. Gua seronok. Gua benar-benar merasakan nikmat hidup sebagai manusia.
Mungkin ada yg bilang gua tutp semua buku lama.
Mungkin ada yg bilang gua seorang yg melupakan.
Mungkin ada yg bilang gua celaka besar.
Pergi mampos.
Gua tahu gua buat benda yg betul.
Dan gua berjuang untuk itu.

Gua berjaya lunaskan semua janji gua.

*Demonic hand-horned sign gua bagi!*

Ok.
Gua raa gua nak kembali menaip panjang-panjang.
Tp bukan kali ini, gua tengah stim sikit hahaha.
Oh ya, konsep dan format penulisan mungkin berubah.
Sebagai contoh:

"gua tak tahu kenapa gua tak boleh formatkan font. Civai."

Ini mungkin permulaan baru hidup gua :)

Gua bangga dengan apa yg ada sekarang.




Nota kaki: Kredit buat Syafiq Suin, Angah, Benjo, Akim, Fiq, Ali, Caca, Ary, Sepol @ Bob (Gang Mafia. hahaha), Ngut, Jab, Aida, Kecik TPT, Totis, Budak-budak Badminton Extrajoss, Bos Nas, Gawat, Dira (Sori sangat), Classmates gua yg gojes, dan beberapa individu yg tak tertaip di sini.

Terimakasih!

Monday, December 12, 2011

MASIH ADA SETIDAKNYA


"...Sekurang-kurangnya,
masih ada malam..."



p/s: soft-suicide, hilang fokus, etc.
Dem, gua hidup lagi :)

22 yang ekstrem, terimakasih
untuk semua. Yearght, kalian :)

Saturday, December 10, 2011

TUHAN TOLONGLAH


"...Aku berdiri dalam keadaan tertiarap..."



p/s: Tiada apa-apa seperti 22 tahun
yg lepas juga :)

selamat hari lahir buat diri sendiri.

Wednesday, December 7, 2011

PERKATAAN SUCI YANG TERSEMBUNYI


"...Aku tak mahu berbicara tentang itu,
aku tak bernafsu untuk itu..."



p/s: u, i mintak maaf. i tak boleh terima.

Gua sudah lupa apa itu cinta. lu nak ckp gua
poyo pa lancau, ckp lah. tp betul, gua tak boleh.

Tuesday, December 6, 2011

BAIT-BAIT SENYUMAN


"...Semalam dia gagal.
Hari ini dia gagal.
Esok juga gagal.
Lusa juga gagal.
Tulat juga gagal.

Dia tak menyesal:
Dia berusaha untuk gagal..."





Dia selalu berkata dia bkn lg yg dulu.
Natijahnya sebenarnya tidak :)





p/s: Motivasi buat diri sendiri :)
Oh, gua bangga ada kalian.

gua masih tak mampu
merenung 'matahari'.
kenapa mcm kurus??

Monday, December 5, 2011

SETAN DI KAMAR


"...Seekor setan yg bodoh,
bermain dengan api.

Apa logika untuk dia
bermain dengan diri sendiri.?.."



p/s: Nasib baik lu tak penting
langsung dlm hidup gua.
Klu tak, dgn gua
sekali mati kena
racun.

Sunday, December 4, 2011

SEBALUT


"...Lembutnya jika mati kiranya
begini..."



p/s: Jangan biar orang salah faham.
Gua bukan seperti dia. Gua bukan
dia :)

Recai- recai si bidadari,
malam mamai-mamai
esok jatuh lagi...Haih.

Saturday, December 3, 2011

THE PRICE OF CONSIDERING YOURSELF AS A ROCKER #2


"...He has no money.
He has no guitar.
He has nothing to eat.
He has no cigar.
He has no car.
He has no one to rely...

But still, he smiles... "



p/s: Terbang untuk normal,
normal untuk terbang.

Gua baru perasan yg lengan
gua sangat kurus. Aigoo...