Wednesday, February 29, 2012

FLUSH #3

"..Kau ingat
aku takut?

Kau fikir aku apa?

wahai Esok
datanglah.

Aku cabar kau
..?


Nota kaki: Racikkan puaka.

Monday, February 27, 2012

FLUSH #2

"..Kau yg paksa aku berkata begitu,
aku tak mahu.

Kau paksa lagi berlagu,
aku turuti lalu kau pun berlalu..."

Nota kaki: -Tiada apa-

FLUSH

"..Melolong mcm
mana anjing
kuat pun,

bila berak tetap
berak sorang
.."


Nota kaki: -Tiada apa-

Thursday, February 23, 2012

KAU PUNCANYA

"..Untuk apa mahu dijaga
hati orang lagi.

Mereka juga perlukan privasi
utk menjaganya sendiri

.."


Nota Kaki: Dewasa itu paradigma. Gua rasalah. Hahaha. Minggu ini jumpak ramai member kelas, alhamdulillah :) . Tp mcm ada sikit rasa janggal. Adoi.

Tak mengapa Tuhan, itu pun sudah teramat bernilai bagi gua yg hina ini. Terimakasih.

Wednesday, February 22, 2012

KASIHANILAH KESUMA ITU

"..Ada seorang
gadis, bermasalah.

Dia,
menyimpan
hati pada orang yg salah

.."


Nota kaki: Merasa bahawa masa itu teramat penting :) . Gua rindu harmonica gua. Haih.

Sori. Klu itu caranya.

Sunday, February 19, 2012

CATATAN CINTA DARI GUA

"..Waktu tu. Saat tu. Detik itu.
Aku ingat semuanya lagi.

Di depan aku. Di depan pandangan mata aku.
Yang ada adalah sesusuk tubuh, anggun. Aku terpegun.
Ciptaan tuhan itu.

Aku ingat semuanya itu.."

Nota Kaki: Ramai yg salah faham berkenaan itu. Tak pernah gua buka semua, kan :) . Gua betulkan di sini. Gua tak tahu kenapa. Tiada siapa yg boleh mengantikan posisi itu.

Gua pernah berjanji padanya gua akan kembali, itu yg gua turuti. Gua cuma seseorang yg berlagak rockstar, berkonon-konon ganas.

Kepada seseorang, gua memang tak mampu. Mintak maaf ya. Benar, dengan rasa rendah diri sekali.

Terimakasih Benjo sebab sudi dengar kisah gua yg gua sendiri rasa malu dan rendah diri bila bercerita. Terimakasih :) . Rindu sangat dengan Syafiq my sleeping partner. Baru sehari lu kat Rome gua, Benjo, ANgah dah rindu sangat ni. Haha.

Kepada seseorang yang menjadi watak dalam petikan di atas, gua palitkan gambar terbaru gua. Hehe. Gua dah berubah kot. Haha. Dah jarang pakai seluar ketat sekarang, betul. for sure, tadak apa yg diharap asalkan terus senyum eh.

Gua nak poyo cintan sikit malam ni. Hahaha. Gasak pi la.



Ni masa kat Guangzhou :)

Thursday, February 16, 2012

MALAM SUJUD SENJA

"..Aku mahu
berjalan ke
arahmu dengan
putih warnanya.

Kiranya,
siapa aku ini untuk berjalan dengan
seluar koyak berjaket hitam ke arahmu?

.."




Nota Kaki: Yang teragung itu Tuhan. Berpaut pula Keluarga. Berpimpingan sahabat.

Gua sekarang tengah stabil. Alhamulillah. Bangun, kerja, balik mlm lwt, melukis bersama-sama sahabat-sahabat gua ini. Tidur. Lalu rotate lg :).

Saturday, February 11, 2012

BIAR PENUH KARUNG JANJI

"..Hujan turun lagi.
Turun lagi bersama sepi.

Kenapa ada malam di siang hari?
Apa fungsi bulan bila disitu mentari?
Aku tanya itu
Aku tak ahu.

Hujan turun lagi.
Kejap lagi mesti berhenti,

janji lagi.."




Nota kaki: Jatuh. Bangun. Lari. Selalukan lu dengar ayat ni, kan? Ada lagi brutal kot: Tikam. Kelar. Ketawa. Hahaha. Civai.

Mana penulis-penulis itu, masih berasa segan lagi ya. Hahaha. Sokay guys, amek masa dulu :) .

Wednesday, February 8, 2012

DIBILANGNYA SUDAH TIDAK MAHU

Aku tak mahu pergi.
Aku cakap aku tak mahu itu tetap tak mahu.

Sudah aku bilang aku tak mahu.
Biar diladeni api benci pun aku berkeras aku tak mahu.

"..Angin malam apa yg membobrokkan dikau,
kelu bermadah natijahnya nian serupa.."

Aku ini sudah lama tidak berpuisi.
Lidah pula makin tajam sinis menutur maki.
Aku tak heran dikau lari. Pergi aja.
Kerana aku ini yang sebenarnya bersembunyi.

Aku tak mahu pergi.
Tuhan, aku tak mampu...


Nota kaki: Gua sudah menjadi sebahagian dari hamba kapitalis :) . Gua bukan lagi kutu. Oh, bavi. Penat macam apa entah.

Gua cuma berharap ada hari yg dapat gua terokai diri gua sendiri dengan duduk memainkan harmonica (gua baru beli babe. Sanggup berlapar. Hahaha) sambil menyedut nafas ringan dengan menikmati alam indah anugerah Yang Maha Segala ini. Ya lah, mana gua tau gua punya tarikh mati.

Gua tengah terbang ke mana entah ini. Civai. Hahaha. Hari-hari; bangun, kerja, dam, tidoq. Bangun, kerja, dam, tidoq. Gua ni macam orang gila yg bergantung kepada ubat penenang, kan? hahaha. Syukur, kimia itu dijauhkan.

Sunday, February 5, 2012

AKU CARI JASADMU DI TOKO BUKU

Diaridosa inilah toko hati gua.


Nota kaki: Gua nak menulis tapi gua letih. Kekangan masa dan banyak lagi halangan.

Terimakasih sangat-sangat kepada Syafiq Suin dan Benjo kerana sokongan yg tak pernah putus. Kita satu, kita keluarga :) . Kepada seseorang, you, i mintak maaf. I tak boleh pergi. Hati itu bukan senang-senang boleh dipaksa, kan. Terimakasih juga kepada senior-senior department yg baik amat. Terimakasih kepada semua yg masih percaya akan gua.

Dan kepada sahabat gua Aida Nabila, kuatkan semangat ya. Rintangan awal di pintu dewasa, bersabarlah eh. Apa khabar agaknya buddies gua si Akim dan Si Fiq? Sihat-sihatlah hendaknya sentiasa ok.

Sekadar gambar hiasan. Gua palitkan sebagai bukti yg gua masih hidup. Hahaha. Hidup ini adalah seperti sebuah buku, berbeza jalan ceritanya mengikut acuan penulisnya :)

Friday, February 3, 2012

'SELAMAT PAGI CIKGU' SUDAH TIADA

Hidup ini laju.
Sama laju macam saat lu orgasm:
Badan kejang, mata terpejam.

Gua sudah stabil kembali, mungkin. Haha civai, gua survive lg. Dan gua cuma berharap yg keadaan aman-aman saja seperti ini di kemudian hari.

Mood menulis gua pun tak berahi so maafkan gua ok maderfakes. Dah banyak cerita pasal gua yg gua rahsiakan dari Diaridosa :) .



Nota kaki: Masa itu tersangat-sangat berharga. Haih. Tidur tu satu anugerah. Betul. Dan, gua mintak maaf kepada banyak pihak klu ada yg berkecil hati. Gua terpaksa. Gua tak ready nak jumpak dalam keadaan gua yg sudah jadi apa entah.