Saturday, January 28, 2012

KOMA (CONT')

Di saat itu,
yang disedari hanyalah bilik sempit yg gelap atmosferanya
dan semata pisau cukur yg dikepit ibu jari dan jari telunjuk...

Bersama intuisi untuk mengelar pergelangan tangan...




Nota kaki: A narrow space of room wif that atmosphere :)

Wednesday, January 25, 2012

KOMA (PULANG KE PANGKUAN)

"...Ibu.

Anakmu ini lelaki,
lelaki yg lahir dari rahimmu.

Anakmu ini lelaki,
yg terlalu lemah lalu peluklah aku.

Anakmu ini lelaki,
pulang semata-mata mau menciummu.

Anakmu ini lelaki,
dan kamu ibunya...

Selamanya..."




Nota kaki: Gua perlu penawar dan penawarnya hanya ada padanya. Gua perlukan sangat. Tuhan, berikan sedikit kesempatan lagi.

Penulisan akan distatikkan, mungkin dalam tempoh yg panjang.

Saturday, January 21, 2012

DOA DAN AIR MATA

Lu orang yg sentiasa penuh dengan impian tak?
Or individu yang penuh harapan?
Tak pun koman-koman lu ni org yg berpandangan tak?

*Sigh*

Lu ada agama dak?
Lu lah, gua tanya lu. Yang sedang baca ni, kalau ada yg bacalah. Hahaha. Lu ada agama kan? Kan?

Lu BERDOA tak? :)

Doa ni macam seutas surat tau. Yg membezakan surat ini dengan surat yg selalu lu dengar tu adalah 'pengutus dan penerima'. Macam ni tau, nak buat lagi spesifik, 'penerima'nya berbeza. Penerimanya adalah Yang Maha Segala.

Ok. Gua bukan nak cerita apa itu definisi doa atau du'a. Bukan nak berbicara tentang fadhilatnya. Ataupun nak apa-apalah.

Kita ni manusia tau. Lu, gua, sama ja.

*stuck. stim pulak. alahai lembutnya*

Hahaha. ok ok. Kita ni manusia tau. Terutamanya manusia yg punya roh Islam. Lagi-lagi kalau kulitnya sawo matang, badan bersaiz sederhana, rambut hitam. Sudahlah dijadikan sebagai manusia, lahir pula terus beragama Islam dalam kepompong Melayu. Ha. Bodoh amatlah kalau lu tak berdoa. Bodo lagi dari tin Redbull sebelah gua ni sebab jadi tempat ketis abu rokok. Bodo lagi dari tu. Bodo lagi lah dari bodo tu sendiri.

Sebab apa? Lu tanya gua?? Sebab apa?? Hahaha. Tu antara anugerah berharga diberikan Yang Maha Segala. Direct terus ke Tuhan lu, Tuhan gua. Tuhan kita.

Gua cakap lu ni, lu nak jumpak YB lu sendiri pun tercirit prosedur lu kena ikut. Lu nak beli vitagen kat 7E pun kekadang lu kena beratur sampai orang lain nak pergi fridge kat belakang tu pun tak boleh sebab beratur panjang sangat. Lu nampak tak?

Ini, kita terus dengan Yang Maha Segala! Amek kau, gua dah guna tanda seru tu ha.

Bodo amatlah orang yg tak berdoa. Sombong sangatlah orang yg tak berdoa. Mungkn taraf macam bavi anjin.

Gua rasa gua stop sini sat eh. Banyak gua nak cakpa pasal isu ni, tapi terbong pulak. Adoi. Hahaha. Tu yg berat tu huhu. Nanti gua sambung.

Lu renung-renungkan eh, maderfakes semua.




Nota kaki: Tamat degree, praktikal pulak. Civai, apa gua rasa ni??? Sebenar ada masalah di situ, kita yg tutup-pekakkan mata-telinga kita :)

Tudia bak ang, kalau member-member sekolah gua dulu tau yg gua sekarang snooker tak cun siap sight mcm harem, for sure gua kena gelak sampai maut ni. Adoi. Hahaha.

'Ang' dah tau. 'You' dah tau. For sure, lu dua akan blah dari gua. Sokay, memang salah gua. Gua kotor.

Sunday, January 15, 2012

MANA KEPERCAYAAN?

Salah satu benda yang membuatkan sesuatu ikatan itu utuh, tidak kira apa jenis hubungan, Hablumminnallah ataupun Hablumminnannas; hubungan dengan Sang Pencipta, hubugan dengan keluarga, hubungan dengan kawan, dan apa-apa pun hubungan, adalah KEPERCAYAAN.
Benar, kan?

*Bakar rokok*

Kenapa sesuatu itu diangkat tarafnya dari 'biasa' menjadi 'rahsia'? Apa itu rahsia sebenarnya?

Dari perspektif gua, gua berpandangan bahawa 'rahsia' itu diangkat menjadi rahsia adalah apabila kita yakni si polan, menyimpan sesuatu itu dengan begitu cermat, begitu tertib, yg tidak diketahui oleh sesiapa, berteman harapan bahawa akan tiada sesiapa yg tahu, dan jika bernasib baik hanya dikongsi kepada sebilangan kecil saja.'

Kenapa menjadi rahsia lagi sedangkan dikongsi dengan sebilangan orang? Ok. Lu tahu apa itu maksud 'sebilangan kecil'? Maksudnya, hanya individu yg boleh dibilang, means sikit saja orangnya. Dan kenapa ia digelar 'sebilangan'? Sebab kat situlah juga wujudnya tunas 'kepercayaan'.

*Membersihkan cermin mata*

Gua, lu, kita memerlukan teman. Teman atau teman-teman. Satu ataupun ramai. Untuk membuktikan kita ini adalah manusia. Ya lah, manusia sifatnya saling berinteraksi. Lembu atau kambin pun berinteraksi, tapi dengan cara mereka. Kita manusia, bukan lembu atau kambin.

Dalam berinteraksi itu, ia boleh termasuk dalam interaksi terus dan interaksi tidak terus (non-verbal, simbol dan tulisan, etc). Namun, bukan semua kita berinteraksi secara terbuka. Di sinilah datang istilah 'rahsia'. Kita berinteraksi dengan beberapa orang yg kita percaya.

Kepercayaan adalah ibu sebab untuk kita berinteraksi. Kerana, kepercayaan ini adalah pengharapan bahawa lu adalah penyimpan yang menyokong yang saling percaya bahawa ini adalah rahsia, jangan dibuka. Jangan dimurka.

Katakan, gua jadikan diri gua sekali lagi sebagai contoh, sedang menyimpan rahsia yang sebetulnya rahsia. Namun hati gua memberontak mahu melampiaskan kerana tak tertanggung lagi bak rindu Si Rose pada si Jack yg karam bersama Titanic, gua perlukan teman. Untuk berbicara, untuk mendengar, untuk memberi buah pandangan, untuk menyokong, untuk sentiasa ada bersama. Untuk PERCAYA.

Dan tanpa rasa percaya, hubungan dalam interaksi itu sendiri sedang membunuh diri sendiri. Kita bukan hantu polong atau penanggal yang tadak hati perut, yang tergamak menipu sentiasa dalam perhubungan. Yang selalu menipu tentang kepercayaan.

Dan kepercayaan itu juga yang membuatkan wujudnya kalimah 'jauh'. :)

Renungkan ya maderfakes semua?




Nota kaki: Terimakasih sangat-sangat kepada Akim, Fiq, Syafiq Suin dan Bebudak Kutu sebab sokong gua directly and indirectly :) terharu.

Gua pernah hilang matahari untuk siang dan bulan untuk malam gua sebab lu, menatang haram bavi civai.

Bro Badek jom kita menubuhkan badan tak berdaftar yg rebel jom. Hehe.

Gua tak tahu nak taip apa lagi. Kepala gua pusing sikit. Minggu ini gua asyik terbang ja, entah ke mana entah. Jadi, kalau ada typho or ayat yang pusing terbalik, persetankan saja eh. Hahaha.

On high on the highway, on high on my way.

Friday, January 13, 2012

ANJING YANG BERBICARA

Aku bukan anjinglah.

Mana ada anjing boleh tahan sampai macam ni sekali, nak melayan semua yg dah naik ke babi levelnya.

Aku bukan anjinglah, bukan.


Nota kaki: Waktu lu jatuh tu lah baru lu tahu mana kawan kat mulut mana kawan berkongsi tempat duduk. Waktu lu jatuhlah baru lu tahu yg lu tu selalu mengalah dengan membiarkan diri dibelakangkan. Waktu lu jatuhlah semua tu lu nampak. Watu lu jatuh.

Wednesday, January 11, 2012

BILA MENYENTUH SOAL MASA DEPAN

Apa yg lu faham pasal 'masa depan'? Apa definisi yg akan lu bagi bila membincangkan tentang apa itu 'masa depan'? Kenapa harus wujud 'masa depan'? Apa sebenarnya 'masa depan'?

*Bakar rokok*

Kebelakangan ini, banyak yg mahu gua palitkan di DIaridosa. Tapi, gua malas. Bisa kiranya kalau update Diaridosa jadi dalam rutin harian, seperti dulu, sewaktu gua asyik dalam arus puitis. Tapi, untuk menujukan tepat sesuatu isi atau isu, itu yg membuatkan gua ralat.

Ada lagi tiga kertas peperiksaan akhir semester yg harus ditelan telanjang bulat. Minggu ini minggu yg free. Minggu yg harus diisi.

Masa depan. Semua orang asyik bicara saja tentangnya. Gua juga salah seorang yg sangat aktif an seronok berbual berkenaannya. Bertanya dan saling memberi pendapat, itu yg gua cari dalam setiap diskusi gua dengan teman-teman. Walaupun kekadang, lagak gua seakan tidak serius, tetapi benar, gua cuba memberikan seratus dan peratus konsentrasi gua bila berbicara tentang masa depan.

*Sigh*

Masa depan selalu dilihat setiap individu dari sudut positif yakni dengan meletakkan 'masa depan' itu sebagai target (benchmark) untuk dicapai. Semua orang mengharapkan sesuatu yg indah sebagai masa depan. Berjaya bergraduasi dengan diakhirkan oleh sesi bergambar baling-baling topi sambil pakai jubah graduasi, berumahtangga dengan mengambil potret famili dengan senyuman yg entah sampai ke anak-cucu boleh bertahan atau tidak, punya kerjaya yg memberi pendapatan yg mewah hingga tak sedar diri sudah menjadi sebahagian dari proses algamasi atau akomodasi dengan sistem (hahahaha. Gua menggambarkan diri gua kelak sebagai seorang dari hamba kapitalis. Terimakasih kepada bro gua Gawat Skater keranan memberi tips utk itu), dan lain lain lagi. Kan?

Ada juga yg mengimpikan utk punya ahli keluarga yg comel-comel, hidup tanpa masalah dan lagi lagi kencingnajis dunia.

Gua??

*Terdiam sambil menyalakan lagi rokok sebatang*

Gua ini orangnya orang cacat. Orang yg tak punya apa-apa. Gua ini orangnya orang senang. Orang yg ikut angin terbang. Gua ini orang yg bencikan prosedur dan birokrasi. Orang yg bebas. Tapi tak bermaksud gua hidp tanpa masa depan, tanpa arah tujuan.

Tak mahu menjadikan sesiapa sebagai contoh dalam entry kali ini, gua lihat diri gua lebih tepat utk dijadikan sampel. Kenapa? Alasannya mudah. Ramai yg asyik mengatakan diri mereka adalah diri mereka. Jadi iri sendiri. Mereka unik. 'I am what I am'. Butuh.

Gua orang yg kalau itu yg gua pegang, itu prinsip, gua pegang benar-benar. Gua bukan orang yg mudah utk mengubah apa tiang gua. Ada yg bilang gua sudah berubah, tidak gua nafikan. Manusia berubah mengikut usia, itu natijah. Tapi dari segi pendirian dari sgi etika sebagai manusia, gua TIDAK PERNAH BERUBAH. Bukti mudah, 5 tahun gua menulis di sini, sekali pun gua tidak pernah mengubah layout Diaridosa, itu tanda gua istiqamah. Dan sekarang, pertama kali gua formatkan Diaridosa, TAP gua tetap dengan latar blog yg sama. Terimakasih Tuhan kerana menganugerahkan gua hati yg teguh.

Gua tak mahu apa-apa sebagai habuan menunggu masa depan. Gua cuma mahukan apa yg gua ada sekarang. Gua cuma mahu menjadi sebahagian dari kehidupan yg gua lalui sekarang. Itu saja.

Gua cuma mahu melakukan yg terbaik untuk keluarga gua, sahabat-sahabat gua, buddies gua, dan semua. Gua buat semua benda bersebab, benar, hanya utk kalian.

Gua nak tulis banyak, tapi gua malas amat. Hahahaha.

Cuma gua nak bangkitkan sesuatu yg mungkin boleh lu semua fikirkan serelevannya:

Berapakah harga yg lu semua akan bayar utk 'masa depan'?

Simple as that :) maderfakes.



Nota kaki: Kekadang ada benda yg lebih sesuai dibiar diam, ada pula yg layak diberitahukan. Semuanya masih, tetap ada pro tetap ada kon.

BERKATA BENAR

"...Ada dua di atara benar:
Satunya sakit satu lagi ubat..."


Nota Kaki: Terimakasih buat Akim dan Fiq yg selalu ada :)

Tuesday, January 10, 2012

KUNCI-KUNCI KE SYURGA





Nota Kaki: Vlogging haha. Matlufi cool. Ini klip yg gua buat utk bebubudak kelas gua dan hanya dipertontonkan di ruang muka fb page kelas. Gua suka juga dengan shortfilm, music klip ni, tu yg gua buat hehe. Gua main hentam ja, bisalah orang tadak bakat buat. haha.

Gua tak tau mcm mana nak tunjuk rasa gua directly, so gua cuba dengan cara-cara macam ni :)

Sunday, January 8, 2012

REFORMASI

"...Pertama KALI gua format Diaridosa.
*protes*



SEBAB GUA MENYAMPAH..."






Nota kaki: Entahlah, gua rasa pemikiran semua harus matang seiring usia. dewasa sudah melambai-lambai. Heh, frasa baru rasanya.

Tapi kenapa lu tak berubah?
Semua orang sudah berubah....

Wednesday, January 4, 2012

KECEWA ADALAH GULA-GULA

Banyak wajah yang celaka.
Wajah celaka yakni menderita.

Banyak wajah yg berduka.
Wajah berduka yakni merasa.

*sigh*

Ok. Tarik nafas, hembus asap. Hahaha. Gua bukan nak bercerita berkenaan gua kali ini. Gua nak bercerita tentang mereka-mereka yg bila gua tatap mata mereka, seperti ada genangan bak kolam.

Gua nak utarakan tentang apa itu rasa 'kecewa'. Sekali lagi, bukan pasal gua ok?? Sebab gua pernah merasa menatang tu dulu, lama dulu. Tiga tahun gua gila. Tapi gua tak menyesal, itu nikmat bagi gua. Gua seronok amat kerana itu rasa yg petut gua rasa sebagai manusia, sangat berterimakasih.

*Fukimak. Awat gua cerita pasal gua ni civai?? Haha*

Ok ok, kembali ke titik mula.
Gua bukan nak cerita kecewa dari sudut cinta. Butuhlah. Gua bukan nak cerita berkenaan kecewa bila gagal dalam peperiksaan atau apa lagi jadah dunia. Gua bukan nak cerita tentang kecewa apa-apa.

Gua cuba nak bercerita tentang kecewa yg bersifat general, yg senang dihadam, yg mudah untuk dibincangkan. Amaran ya, kalau ada apa-apa yg lu rasa bercanggah dengan apa yg lu baca atau apa yg lu rasa dalam semua post-post gua, gua mintak maaf. Gua cuma memberikan sedikit pandangan dari hati hitam gua. Hehe.

Kecewa. Sama maksud dengan frust, frustrated. Kan? Boleh juga diertikan sebagai patah hati. Kan? Boleh jadi juga satu tanda kegagalan. Kan?

Maaf, tapi gua memang seorang yg sangat memegang etika dan pegangan berkenaan hak manusia, hak seabgai manusia. Asas gua pun, salah satu prinsip yg sangat gua pegang adalah 'Hablumminnallah- Hablummminnannas'.

Jadi, sebagai manusia, salah satu fasa kehidupan yg harus dilalui adalah kecewa. Benar? Lu tak cukup rock lah kalau tadak rasa kecewa, at least kecik butir gula kan. Lu tak cukup k-pop lah kalau tak pernah lalu walau seinci fasa tu kan. Lu tak cukup MANUSIA kalau tak pernah dipeluk kecewa.

Masing-masing ada cereka berkenaan kecewa. Bezanya, mungkin situasi, punca, tragedi, masa, atau apa lancau lagilah. Tapi, bagaimana cara untuk menangani rasa itu yg kalau silap cara menanganinya, sampai ada yg sula gitar dalam pungkoq. Sampai ada yg terjun bangunan fakulti sambil memakai boxer saja. Sampai ada yg lupa siapa yang menciptakan dirinya.

Cara menangani kecewa boleh juga diklasifikasikan sebagai punca ke arah wujudnya Stress Management; kalau ditranslasikan berbunyi pengurusan stres. Perght, dalam macam nama subjek paper gua semester ni. Haha.

Ya lah, takkan tak stress kalau tak kecewa?? kan? Apa kebodoh sangat gua ni. Haha.

Kalau dari apa yg gua belajar dalam pengurusan perniagaan pengurusan operasi (sori eh, gua bukan jenis exam-oriented. Jadi apa yg gua belajar dalam kuliah,tutorial,buku teks selalunya gua manipulasikan dan adaptasikan dalam rutin hidup gua. Tp tu bukan sebab result gua macam sampah. Hahaha), sebagai seorang manager yg bagus, stress management adalah kemestian; bukan untuk diri sendiri tapi juga untuk para pekerja yg lain. Kalau stress, produktiviti menurun, kan?

Selain dari stress management, ada satu lagi iaitu anger management (kalau ditranslasikan berbunyi pengurusan rasa marah. hahaha macam bodo ja bunyi). Selalunya kedua-dua ini bermain dengan utilization (dari sudut kepuasan).

*stop sat, azan isyak*

Kita manusia. Manusia ini subjektif. Sama seperti how to measure satisfaction, sangat subjektif. Jadi, pengurusan stress dan rasa marah berbeza bagi setiap individu.

Tak mau amek contoh jauh, gua guna diri gua sebagai contoh. Gua tak tipu, gua bila stress marah-marah bagai gua tak lepas directly, mungkin ada yg perasan kot kalau indirectly. Tapi, biasalah lelaki, memang macam tu.

Gua sangat-sangat meminati cabang seni musik dan penulisan. Jadi, gua tak pernah lekang dengan lagu-lagu. Mungkin ada yg cakap gua ni tak habis habis dengan metal, rock n roll, grind, dan unerground scene bagai tapi gua dengar semua dan benar, gua layan, gua asyik.

Selalunya, gua akan kaitkan setiap lirik lagu yg gua dengar dengan situasi yg gua alami. Contoh:

"...And with each drop of blood we bleed because of this
something so precious dies and it feels it really is..."

-Kiling Me Killing You dendangan Sentenced-

Gua kaitkan liriknya bila ada masalah dengan teman-teman, rakan-rakan, etc. Lebih kurang macam tulah.

Ada ketika, gua stress gua main gitar, drums, soprano decent recorder, dan instrument lain yg gua tahu main. Dan, gua buat lagu. Gua juga minat dengan home-recording, so gua record sorang-sorang. Selalunya jadi koleksi peribadilah, lagu-lagu bukan sedap pun. Hahaha.

Lu tak payah lah tahu pasal cara gua tangani stres, nanti melaut ke cai dam, shingkeng bagai kang gua pi. Hahaha.

Yang penting, gua cuma nak tekankan, bila lu rasa macam tu, lu cari sesuatu yg buat lu seronok. Yg buat lu enjoy. Yang buat lu puas. Yang buat lu rasa lu hidup dalam dunia lu sendiri.

Katakan lu minat tengok wayang. Tunggu apa lagi, pi tengok dari pagi sampai ke midnight. Katakan lu minat pasal hantu or entiti or momok. Tunggu apa lagi, pi seekers lah hantu tak pun at least pi fun-fair masuk rumah hantu. Tapi lu jangan kata minat lu tengok porno. Tu bukan minat, tu nafsu serakah bavi. Hahaha.

Selagi masih muda, redah ja. Benar, kita akan rasa putus asa sampai nak mampos. Tak mau dengar apa orang cakap sebab dunia dah kiamat. Dulu pun gua rasa macam tu, tu sebab baru sekarang gua berani utarakan isu ni.

Tapi lu kena ingat, kecewa tu adalah satu fasa, banyak lagi fasa yg harus dilalui untuk menjadi MANUSIA. Lu kalau lembu ka, kambin ka, tadak hal lah. Tapi gua tau, kalau ada yg baca ni, orang itu manusia. Bagi orang Islam, bunuh diri tu neraka jahannam tempatnya. Putus asa itu pun boleh diklasifikasikan sebagai bunuh diri secara halus kalau tidak ditangani.

Gua pun cakap ja pandai, tapi ini lah yg gua nak kongsikan kali ini.
Jadi, bijak berfikir serelevannya, ok maderkafers?

*kena sebalut pun release tension kan? hahaha*




Nota kaki: Baru lepas 1st paper utk exam kali ini, tapi dah rasa gembira bagai macam jadi anak raja putera ha. Apara gua ni. Hahaha.

Gua tulis pasal isu ini sebab isu ini adalah dadah bagi setiap pelajar. Kan? Bukan, bukan. Bagi setiap manusia. Lu tak kan dpt lari.

Tapi kan, satu lagi cara gua nak release stress or rasa kecewa or apa-apa rasa negatif gua, kat Diaridosa ni lah. Hahaha. Kalau Diaridosa ni perempuan, memang lelakilah gua. Hahaha.

Monday, January 2, 2012

CATATAN AWAL TAHUN

Gua manusia.
Lu manusia.
Kita manusia.

Gua hamba.
Lu hamba.
Kita hamba.

*kena rokok sat*

Ok, fitrah kejadian manusia:
Cakap tak serupa bikin. Betoi, kan?

Ya ya gua tahu, bukan semua macam tu. Tapi itu kita. Untuk lebih senang dihadam, gua tukar perkataan 'kita' tadi kepada 'gua', yakni diri sendiri.

Bila tiba hujung tahun, gua mesti mengkonklusikan atau mengintihakan semua yg terjadi dlm tahun itu menjadi satu. Lalu bila datang permulaan tahun seterusnya, sibuk pula membuat hipotesis tentang apa yg akan dilakukan pada tahun itu.

Lu tak rasa benda tu bangang, kah?

Manusia adalah hamba. Manusia bukan hamba kepada manusia. Manusia bukan dihambakan manusia. Manusia bukan menghambakan manusia. Lu merancang, yg tentukan siapa? Dan bila semua yg dirancang dicanang jauh dari apa yg diharapkan, apa pula tindakan seterusnya:

Frustrated. Butuh.

Lu kena tahu, MESTI kena tahu. Kita hidup untuk apa? itu persoalannya. Bukan "kenapa kita hidup?". Untuk menjawab soalan 'kenapa kita hidup?', jawapannya mudah, kita hamba, yg memberikan hidup itu Dia, Yang Maha Segala. Lu tak boleh nafikan untuk hidup.

Tapi untuk menjawab soalan 'kita hidup untuk apa?', itu abstrak. Itu subjektif. Ia merangkumi setiap lapisan frasa hidup, setiap skop hidup, setiap yg bersetubuh dalam kehidupan.

Jadi, perancangan itu penting. Hipotesis awal itu mesti. Konklusi akhir itu wajib. Lalu dari sini lu boleh buat satu teori tentang kehidupan.

Contoh:

Tahun lepas lu gagal (katakan gagal secara general lah, sebab gagal itu jika dispesifikkan ia memandu utk melanjutkan perbincangan hahaha). Jadi apa tindakan lu untuk tahun kemudian??? Terus gagal???

konklusi tahun sebelum memberi permisi untuk kita buat hipotesis baru yg menguatkan perancangan. Benar, kan?

Jangan sesekali salahkan Tuhan. Jangan. Dia sudah berikan semua yg sepatutnya kita ada sebagai hamba, sebagai manusia. Klu lu salahkan Tuhan, lu lagi teruk dari lembulah. Ya lah, lembu tak salahkan Tuhan pun sebab apa asyik makan rumput, tak makan ayam penyet pecel lele, kan?

Dari situ kita boleh membuat teori awal:

Lembu pun menerima apa yg Yang Maha Segala berikan dengan senang hati.

Berbalik kepada kenyataan 'cakap tak serupa bikin' di atas. Lu jangan cakap lu bukan sebahagian dari itu.

Kenapa? sebab dalam hidup ini memang takkan ada kesempurnaan, perfection. Lu boleh cuba untuk jadi perfectionist, tapi takkan jadi. Lu masih nak cakap dunia ni wujud perfectionist?? civai.

Lu tau tak apa itu perfectionist? Lu tau tak apa itu maksud 'maksum'? Lu messiah kah nak kata diri lu maksum? Ajaran sesat lu ni hahaha.

Gua cuma nak quote satu ayat dari 'teman sesi sleepy' gua hahaha:

"Perfection is ridiculous. World does not need that"

Gua rasa gua tak perlu huraikan kenapa tapi yg pasti gua cuma nak utarakan bahawa kalau lu perfectionist (bukan dalam konteks 'maksum' ok. Ini bukan perbincangan bersifat keagamaan. Nanti ada pula yg cakap gua ni cuba menyebarkan syiar sesat pulak. Take it serious ok.), maka akan tiada achievement or improvement. Maka akan tiada lagi rasa rendah diri. Tiada lagi diplomasi.

Sebab apa, sebab lu akan rasa lu sorang ja yg bagus, lu sorang saja yg perfect.

Jadi kepada sesiapa yg selalu tengok gua diam bodoh, gua kurang bercakap, gua kurang berbincang, itu a sign of protest (bak kata Adam Adli. gua pun mahasiswa tapi gua tak bersetuju dengan tindakan beliau ya).

Ya lah, perbincangan dua hala celah buqhit mana kalau satu pihak asyik nak betul saja. Menghormati pandangan orang adalah sesuatu yg memanusiakan, walaupun ada ketika berselisih pandangan, at least HORMAT.

Kerana apa, kebanyakan orang sudah lupa apa itu konsep 'mendengar-didengar'. Selalunya orang akan sailang atau bagi banyak itu-ini bila kita bercakap.

Semua orang nak didengar, tapi siapa yg mahu mendengar?

Renung-renungkan maderfakers semua.

Namun kepada yg sudi berkongsi, sudi agar gua mendengar, dan sudi mendengar pendapat gua, dan menghormati perbualan dan perbincangan bersama, gua sangat-sangat berterimakasih dan amat amat gua hargai. Benar, gua sangat menghargai individu yg menggunakan medium komunikasi dua hala.





Nota Kaki: Kalau ada yg cakap gua civai ka, bavi ka, apa ka, teruskan. Gua bukan jenis yg peduli sangat dengan apa persepsi orang. Kat situ boleh nampak orang yg selalu melabel orang lain adalah pengamal konsep 'manusia menghambakan manusia'. Kan?

Tahun ini, awal tahun ini gua disambut mesra oleh kertas-kertas peperiksaan akhir semester, Wish me luck eh maderkafers. Hahaha.

Oh ya, gua memang dari dulu kalau menulis memang secara spontan. Gua tadak bakat menulis, jadi gua main semborono ja hahaha.

Huh?? Dah masuk lima tahun usia Diaridosa?? Tahniah kepada diri sendiri haha. \m/
Oh ya, semua post lewat sehari tarikhnya dari tarikh sebenar ia dipost.
Ada sebab :)