Sunday, February 27, 2011

AS I WALK TO THEE...

The dose is over,
the day becomes clear,
the sun shines brighter,
more than you hear...

He hugs like a murder,
he smiles out of the window,
but he starts to wonder and wonder,
why he saw the key no door...

The dose is taking over:
the day scars the unclear,
the sun is no longer here,
more than I hear, dear...




Sekadar gambar hiasan.
Sesi photoshoot yang santai
tapi menarik.





p/s: Gua takut sangat,
gua takut sangat-sangat...

Gua takut lu akan...

Sunday, February 20, 2011

SIAPA CAKAP GUA TAK ADA BAJU WARNA LAIN SELAIN WARNA HITAM?!!!

Memandangkan komputer riba peribadi gua sedang menghadapi monopous akibat lonjakan usia (laptop gua rosak, bavi...), jadi inilah gambar-gambar yang masih dara yakni masih original. Terimakasih kepada Encek Relee, selaku ketua projek dan semua yang bersama...

"Apa nama tempat ni? 'Terkencing'? Apa pelik sangat namanya ni...", kata salah seorang yang mengalami masalah pendengaran...Hahaha! Terimakasih teman-teman untuk hari yang meriah...



Work terbaik menurut mata gua. Hasil
sentuhan Encek Apan Zina Hati.








Terimaksih kepada mamat gay
berdua ini: Encek Relee & Encek Syafiq.


Orang kecik, memang comel, kan Relee?Kan?kan?



Dan ini wajah paling comel menurut
hawa nafsu liar gua...




Terimakasih kepada semua. Gua wakil Persatuan Kutu Bersatu (Gua, Encek Syafiq, Encek Relee, Encek Apan, Encek Usop) berterimakasih kerana memberi kami ruang untuk berhibur bersama. Dan maafkanlah kelakuan tak senonoh kutu-kutu tersebut.












"...Hey, TEMAN...

..Kalau kau berada di puncak, mahu terjun ke tanah,
aku takkan melarang atau marah seperti kawan-kawanmu.
Aku akan setia menunggu di bawah...

Kerana mungkin itu caranya aku bisa mendekatimu, semula..."






p/s: Gambar dirakam sebelum
tisu di bahagian buku lali
gua terkoyak...

Bala, bala...

Tuesday, February 15, 2011

SESUDU GULA SEKAWAH GARAM

"...Aku cuma seperti sesudu gula yang cuba memaniskan sekawah garam.
Jadi, maafkanlah lakuku..."



p/s: Entah berapa lama
lagi gua dapat
sembunyikan
dari lu...

Friday, February 11, 2011

TUHAN SEDANG BERBICARA DENGANMU

"...Tuhan sedang berbicara denganmu,
dengan membiarkan hujan di situ..."

p/s: Maaf, tapi gua bukanlah
orang yg baik...

p/s/ass: 24hrs, sedated by
'dadadada'...
putus, mati gua...

Tuesday, February 8, 2011

TRILOGI DARI SINI KE AWAN

I. Tangan Seorang Teman.

Mereka membenci kebaikan kau...

Namun,
seburuk manapun kau,
tetap akan ada yang menganggapnya baik...

Ada tangan yang menjulur,
dari teman sebegitulah adanya...

(Terimakasih...)

II. Nota Di Meja.

Kekadang,
aku sendiri malas untuk membaca apa yang telah tertulis...

(Hanya aku yang melihat, dan kau nun di sana pergi meliwat...)


III. Begini Wasiatku.

Jika nanti,
aku pergi,
pergi yang tiada kembali,
tolonglah pimpin tangannya ke sana,
di sana di mana sepatutnya dia berada...

Sebagai seorang abang yang sentiasa lupa posisinya,
aku tetap mencuba ada untuk menitip setiap mimpinya...

(biarkan aku menangis, kerana kau masih terlalu kecil untuk terhiris...)


p/s: Gua memang seorang
yang menjual mahal...
Pergilah, ada banyak
jualan murah di sana...

Saturday, February 5, 2011

BUAT BONEKA BERNYAWA

Boneka, kau bernyawa,
jika tidak kenapa kau tertawa?

Boneka, kau bernyawa,
jika tidak kenapa ada air dimata?

Boneka, kau bernyawa,
jika tidak kenapa kau masih menggenggam rahsia?

Boneka, benar kau ada nyawa,
jika tidak untuk apa kau masih di sana?

Untuk hari-hari yang tercela dimana kita dipaksa menjilat laba,
untuk dekorasi-dekorasi pentas ini yang bukan pilihan kita untuk bersandiwara,
untuk bait-bait nestapa yang kekal meladeni semua kata,
dan untuk gelak dan tawa yang membobrokkan sakitnya hari muda kita...

Kita masih bernyawa...

Boneka, kau bernyawa,
supaya menjadi saksi pada semua...

Boneka, kau bernyawa,
agar hari esok mengharapkan semua kembali sempurna...

(Aku dan kau masing-masing punya watak, tapi latarnya sama...)

Nota Kaki Bergelang Tali Hitam: Hey 'gorgeous' , jangan ditahan tangis itu...Tangisan adalah bukti bahawa lu masih bernyawa...Lu masih berperasaan...Kenapa gua berkata sedemikian? Kerana gua turut berada dalam 'teater Bumbung Tiris Lantai Terhiris' ini...

Rasanya, gua sudah membawakan watak yang bukan mahu gua selama 20 tahun...Walaupun sudah 20 tahun gua berdoa agar teater Bumbung Tiris Lantai Terhiris ini tamat, tapi masih sama saja...

Oh, cuti pertengahan semester merangkap cuti Tahun Baru Cina ini, gua banyak menghabiskan masa bersama teman-teman kampung gua: Apis Deqih, Ijat Sotong, Wan Cabai, Pian Abah, etc...Nama teman-teman gua ni pelik-pelik sikit hahaha...

Tapi, jutaan juta terimakasih buat sahabat hidupmati gua, Pali dan bestbro gua, Bal untuk hari-hari yang membuatkan gua tersenyum sebentar...(Pali, baik atau buruk aku, aku nak hang tau aku teramat-amat sayangkan hang...)

Dan, oh ya, pagi tadi, bangun dari tidur, ada pesanan ringkas yang berbunyi sebegini, " Awak ada kat na? nak bayar hutang tak?hehehe..."...Jadi, gua pergi mengambil dia di rumah, pergi menonton The Green Hornet bersama ex gua masa sekolah dulu..Terima kasih kerana masih ingatkan gua...Maaf, gua bukan lagi orang yang berkepala gila-gila seperti dulu...Thanx, Yana...

Carta PanasFM Kali Ini: No Voices In The Sky (Motorhead), Pyre Of Souls Seasons Of Pain (Danzig), dan A Broken Man And The Dawn (Volbeat)...


p/s: Kita tak berdaya
untuk bersuara...

Wednesday, February 2, 2011

ANAK-ANAK KECIL

Kita masih cuma anak-anak kecil yang berseloroh bermain dapur-dapur...

"Hari ini kita makan ikan masak pedas ya!"
itu katamu...

Lantas bercicit aku datang membawa daun-daun kering,
yang dimata kita adalah bakal lauknya...

Nota Kaki Sakit: Kalau lu tanya gua pada 5 tahun lepas, memang terus-terang gua cakap gua tak suka budak-budak kecik...Gua rasa macam nak tendang saja sekoq-sekoq terutamanya yg banyak cakap...

Tapi, sekarang, gua sangat-sangat sangat-sangat sukakan budak-budak kecik...Gua rasa kalau gua peluk, memang tak lepas dah...Terutamanya budak kecik perempuan yang manja dan pandai cakap...

Arght, tiba-tiba gua rasa macam nak jadi bapak budak...oh...

p/s: Malam itu gua berfikir lain,
malam ini gua berfikir lain...

Malam esok mungkin juga lain...
haih...

SATU JAM SAHAJA

"...Tapi, saya akan sabar...Saya akan tunggu...
Walaupun itu, hanya SATU JAM SAHAJA..."


p/s: Sebuah tribute buat
Vino G. Bastian...
Antara pelakon kegemaran
gua ni...

p/s/ass: Tiada komen...