Thursday, December 31, 2009

LANGIT DAN BUMI TETAP BERKISI

Untuk setiap minit yang terliwat. Untuk Semua hari yang dilewat. Dan untuk semua bulan yang terlaknat. Selamat menyambut tahun baru. Yearght, sikit lagi saja gua dah punya kuasa sebagai salah seorang dari pemangkah undi. Walaupun gua agak ekstrim dalam menilai politik, tapi mengundi itu fardhu kifayah. Lagipun ia adalah kuasa individu.

Jujur, penutup untuk tahun ini amat berat, kasar, polos, taksir, dan langsung tidak dapat diterima akal gua yang sedia hitam dipenuhi segala macam sampah-sarap yang sukar untuk dilupuskan dengan hanya berlakon sebagai orang yang sedia gila, ceria, dan tersenyum sahaja. Hampir runtuh tiang seri satu makrifat tentang harapan dari seorang yang punya ciri-ciri karnivor untuk terus menjadi entiti kekuasaan secara bisikan dalam hehidupan.

Sudah agak lama tidak disambut kehadiran tahun baru, namun untuk kali ini ia agak berbeza. Walaupun gua masih seperti biasa, masih cuba masturbasi segala detik yang laju teronani, tapi gua seakan-akan sedar yang makfirat satu perjalanan tetap berdentum.

Sambutan untuk tahun ini dimulakan dengan jamuan makan malam besar keluarga kami. Dipengerusikan-cewahhh!, oleh tok wan selaku nilai terbesar, kami beramai-ramai sebanyak empat isi keluarga ke Tanjung Dawai; budak-budak Kedah mesti tahu tempat ini, gua budak Penang lar, untuk meraikan kedatangan tahun baru dan juga meraikan hari kelahiran ibunda gua yang tercinta, Pn. Naterah Binti Marzuki. Meriah amat kerana bilangan yang ramai namun sedikit cacat tanpa abah dan Pak Jang bersama.

Gua terpaksa pulang awal kerana sudah berjanji dengan teman-teman untuk bersama mereka pula meraikan hari baru ini. Memandu laju dari Tanjung Dawai hingga ke Butterworth kerana sudah agak lewat.

Yearght, bersaksikan cahaya bunga api yang cantik amat, kami; aku, Angah, Pali, Syafiq, Syammen, Halem, pak Yat, memanggang ayam bersama di tepi pantai di bahagian seberang Penang, malas ngok masuk Penang terlampau sesak. Terimakasih kalian yang masih bersama dengan gua yang cacat rawkNroll ngokngek ni.

Azam tahun ini, GUA NAK BERHENTI HISAP ROKOK!!!! Sama saja setiap tahun huhuhu...

RawkNroll guys, EPPY NEW YEARght!!!

Gua masih berharap agar hari-hari mendatang tidak lagi kelam dan kabur. Walaupun selalunya apa yang diharapkan akan berpaling jauh, namun gua hanya hamba hina, tiada daya.

Nota Kaki Terpijak Tahi Gagak : Jika lu sayangkan seseorang lu harus berani untuk lakukan sesuatu yang membencikan dia, lu harus... Demi melihat dia bahagia. Langit dan bumi tak akan pernah ada peluang untuk saling memeluk, mereka tetap berkisi. Nak cakap gua poyo? Mampos lar, gua tak peduli sangat pun...

Yearght, gua tak tahu kenapa, tapi raasa ini kuat seperti mana ia diluahkan pada awal kalinya, dan benar, ia tak akan berubah.

Oh yearght, gua kena gelak ngan Syafiq sebab buat gigi dengan keputusan akhir terpaksa menerbangkan rm200 yang disangka bayaran awal hanya rm80...Tu duit yuran aku sem depan lar Miss Dentist...Aku ni dah lar kais pagi makan pagi...

Carta PanasFM minggu ini : Memorial Embers (Chalice), Pretty Cast (Pig Destroyer), Mother North (Satyricon), Monster Mash (The Misfits), Wastin' The Dawn (The 69 Eyes)...Bertakhta Di Hati (Farahdhiya), Still Loving You (Scorpion), More Than Words (Extreme), Sang Mantan (Nidji) bila aku 'terbayang'...


p/s : benar aku rindukan dia amat...
Tapi sudah tidak punya kuasa melafaz...

Tuesday, December 29, 2009

MAHU TERUJA BERDANSA

Dah lama aku tak menghabiskan masa berjam-jam duduk bersila dalam bookstore, habiskan masa dengan mencari novel, cerpen, apa-apa saja yang berkenaan dengan pembacaan.

Dan baru-baru ini aku tertarik amat dengan satu himpunan cerpen penulis-penulis Perancis, 'Kisah Pembuat Lilin Menentang Matahari'. Politikal amat.

Dah lama aku tak beli stuff baru, tercongok berdiri dalam musicshop dengan keasyikan yang menyeronokkan.

Dan baru-baru ini aku tak dapat menahan nafsu lantas terus dibeli 'Tir' dari As-Sahar. Semua stuff As-Sahar jadi koleksi peribadi aku, dari Meditation Of Embun Pagi Demo hingga ke Jaan,memang tak pernah lepas. Tapi, dah tak boleh feel sedalam-dalam seperti dulu irama-irama berat. Aih...

Eyh, ada sesiapa layan Death/Grind ala-ala Napalm Death dan Benediction? Nah!!! Silalah mendengar Humiliation dengan EP mereka Face The Disaster...Banging macam kena rasuk cucu betung!!! Terimakasih Encek Syammen Gore untuk stuff ini...

Monday, December 28, 2009

TESAURUS AKU DAN DIA

i. Monolog Sang mantan

Jika benar bidadari asalnya kayangan,
maka benarlah aku pernah ke bulan...

ii. Semalam

Semalam,
Sang puteri kembali ke kayangan.
Dan semalam,
Tertinggallah sang lara kerinduan.

iii. Tiada Tajuk

Angin malam yang terhembus perlahan bersama senyuman bulan yang menyiratkan kebenaran...
Dan benar aku masih memandang awan...

Nota Kaki Aku Dan Dia : Maaf kepada semua teman-teman (Angah, Pali, Syammen, Bal, Syafiq Taik, etc...) kerana sudah kurang tahap kebangangan aku dalam hidup kita seharian. Aku sedar tapi tak dapat nak kawal...Poyo kan gua ni hahakk...

Antara perkataan yang mereka perasan aku tersalah sebut adalah (aku tak sengaja la cimpret...!):

i. Tembakau = Tembikai
ii. Libas = Bilas
iii. Fucker = Fuckre
iv. Nora Danish= Norrah Jone
v. Butoh la! = Buboh dia!

Aku pun tak tahu apa yang aku tulis ni...Chiow...

p/s : Tengok sana, bintang tenggelam

Thursday, December 24, 2009

MEMEGANG TANGAN KOSONG

Sejuk, kosong, lemah dan kejauhan,
Membikin aku rawan...
Sebenderang cahaya bulan
seasyik kerinduan aku padanya...
Terima kasih tuhan,
Menghalakan pandangan aku ke arah kanan,
dua tahun pertama yang lepas...
Aku akan terbangkan LAYANG-LAYANG itu,
Sorang-sorang...
Hangat, berdebar, gagap, teruja rapat,
Membikin aku rawan...
Tatkala aku memegang tangan kosong...
P/S : Aku akan ceritakan satu kisah yang sangat
bermakna bagi aku nanti...Ia buat aku hidup...
Satu dalam antara anugerah terbaik aku dapat...
Bukan Grammy Award larght...

Sunday, December 20, 2009

MONOLOG SONGSANG SANG MANTAN

Hee...

Minta maaf Encek Angah...
Gua rasa gua dah perlahan berlari...
Benda dah nak jadi...

Minta maaf Cek Aida...
Aku mungkir janji...
Mungkin jadi kanan, mungkin jadi kiri...

Encek Angah & Cek Aida, terimakasih kerana sokongan yang terutuh...
Terimakasih kerana optimistis...
Orang lain semua memburitbutuhkan apa yang aku buat ni...

Lupa pula,
Walaupun aku memang tak punya nilai optimistik tapi aku memang seorang yang tak berputus asa...
Benda dah diketahui tapi belum putus tarikh luputnya...

Jadi, saya akan berusaha! Common baby, buat apa saja yearght!

Sedang ketawa ni...
Ketawa sampai keluar AIR MATA...

Asyik hujan saja, kan? Nak tidoq pun tak terlelap, apatah lagi nak masturbasi mimpi...

Ada yang sondol-sondol kot?
Taklah, sebenarnya IA hilang...

Gua salahkan Ahmad Asyraf dalam hal ini,
Berani sangat nak curi bulu pelepah cenderawasih...
Tak sedar yang diri tu cacat,
Muka macam Rasputin, perangai macam jin, otak penuh dengan sampah, nak beli rokok pun tak cukup sen...

Ada hati nak mencium bau kayangan...Pigirah!

Tapi, dari awal proses nak curi bulu cenderawasih hingga sekarang, aku rasa HIDUP...

Risikonya, aku mungkin jadi sang mantan...
Sang mantan bukan SANTAN ataupun knight's in SATAN servive...

Aku tak pakai ilmu guna-guna, ilmu hitam ok! Hahahak!

Dulu aku selalu cakap, "Dua entiti berbeza boleh jadi sama,",
Tapi nahunya ia atas dasar percaya sebenarnya...

Kau tak boleh memaksa cita dan cinta apatah lagi mendesak hati kepunyaan MANUSIA...

DAN AKU TAK PERNAH MEMAKSA...

Entahlah, mungkin akan ramai mereka disana bersorak mendengar khabar...
Mak Andam Gemuk Pendek (Dia ni memang macam bencikan aku sangat..Hahahak! Tapi gua tak benci lu, betoi...), Ketua Rewang Tegap Buncit, Si Kacak Putih Jalannya Riang, Angkatan Tentera Pelapik Koko, Pemamdu Dan Konduktor serta Penumpang Gajah Kelam, dan semualah...

Tuesday, December 15, 2009

SELAMAT HARI BERMULA, FUCKER #2

Selamat Hari Jadi Grandpa... May you grow old and die... :)

Carta Pop Panassss Minggu Ini : Human Instrument (Volbeat), Last Caress (The Misfits), Dance D' Amour (The 69 Eyes), Cross My Heart And Hope To Die (Sentenced)...Aku dah tak metal sangat larght, dah auw pun huuu...Banyak layan Horor Rawk pulak hee...

Yusra, luv u! :p

Sunday, December 13, 2009

1, 2. 3, 4, 5, ENAM

Tak pernah belajar dari Satu ke Dua.
Tak pernah belajar dari Dua ke Tiga.
Tak pernah belajar dari Tiga ke Empat.
Tak pernah belajar dari Empat ke Lima.
(Lima hanya satu penipuan aku...)

Aku belajar dari Satu hingga Lima untuk ke Enam.
Dah banyak rupanya yang aku manipulasikan, aplikasikan.

Jadi, aku tak mahu pergi ke Tujuh.
Jadi, jangan suruh aku pergi, Enam.

Bukan seperti yang dulu...

Dan Enam dah bagi aku sesuatu yang agak menghidupkan...

Tapi, kenapa nafikan kewujudan aku?

Friday, December 11, 2009

SELAMAT HARI BERMULA, FUCKER

Lagu pembuka tirai : I Don't Wanna Grow Up (The Ramones)

Kedut di wajahmu
menandakan dunia sudah terlalu tua,
sejarah telah tertambah dengan sendirinya,
remaja telah pergi selamanya,
kekuasaan telah hilang daya
dan kau tetap manusia,
dan masih manusia...
-Petikan dari puisi 'Kedut Ini Manusia'-

11th dalam bulan terakhir Disember. Yearght, Eppy Fucking Burfday To Me...Seperti tahun lepas, dua tahun lepas, juga tiga tahun lepas, ia masih seperti tiada apa-apa. Tiada belon, tiada lilin, tiada kek, dan tiada apa-apa yang langsung menarik kerana itulah aku. Dah lama aku tak rasa sambutan hari kelahiran seperti mana mereka diluar...Dan sudah lali :)...

Selama dua puluh tahun ini, aku sering membutuhburitkan hidup, menyepakterajangkan segala celaka, juga melancap semua yang aku sendiri tak cuba untuk diertikan. Walaupun banyak yang bilang aku cuma sekadar secebis dari tahi kehidupan dunia yang bobrok, tapi aku rasa ia bermakna amat.

Aku dah malas nak menulis. Idea pun sudah tepu membasi. Jadi setakat ini sajalah. Terima kasih kepada pasangan romantis Amalina & Jabbar, mereka yang pertama mengucap selamat dan terima kasih kepada Maizatul Nashiha Sakina (ex-lil mermaid...Maaf untuk tahun-tahun yang sangat menyedihkan semasa bersama aku dulu...), terima kasih kerana tak pernah melupakan hari paling bermakna dalam hidup aku...

Dan hadiah yang ter'MANIS' untuk kali ini, keputusan peperiksaan aku sangat teruk, tak berbaloi langsung dengan apa yang tercurah. TUHAN, KAU tahu aku bukan orang yang pantas mengalah, tapi, nilai optimistik aku sudah lemah......

Ia masih sama. Tiada apa-apa yang berubah setelah tiga tahun ini.Aku masih aku, mungkin, dengan prinsip dan etik yang tak pernah aku buang...

Teringat aku, dulu, banyak ucapan, SMS, kad, hadiah, pelukan, etc, yang aku dapat...Itu, tahun-tahun selepas tiga tahun yang sebelum ini...

Life sucks, so just fuckin rawk N roll FUCKER...


Lagu Penutup Tirai : May You Grow Old And Die (Coma)

Thursday, December 10, 2009

AMBISI TINGGI TAPI INFINITI

"...Tuhan itu hebat...DIA tak akan mmenguji hambanya yang tak mampu...Dan ujian semakin berat untuk hambanya yang berkudrat..."

Aku gagal satu subjek untuk semester ini...Hee, aku kuatkah wahai TUHAN?

Saturday, December 5, 2009

AKU SANG KUPU-KUPU

Seperti kupu-kupu malam yang terbangnya ke jamung api lalu mati terbakar...
Kekadang, ingin aku seperti itu...
Mati sia-sia tapi bererti...