Friday, May 31, 2013

REALITI INI UNIVERSITI

"..tak semua dari buku itu ilmu.."


Nota kaki: Alhamdulillah, gua hidup lagi. Banyak gua belajar di situ. Semakin kuat gua rasanya, Terimakasih Yang Maha Segala.

Mahu kembali menjadi kutu. Rock sampai muntah jyeahh. Hahaha. Ingin melihat dunia sebenarnya. 

Saturday, May 25, 2013

LAUNGKAN NAMAMU KE LANGIT TUHANKU

"..Semakin jauh kita dari pelangi
semakin basah kita dalam hujan menari.."


Nota kaki: Jangan sesekali mempertikaikan Tuhan lu. Bila lu senang lu lupa, bila susah nak cakap itu cakap ini bagai. Kuatkan hati lu, ada pelangi selepas petir hujan. 

Hanya seminggu lagi. Bersabarlah. Itu kunci.


Tuesday, May 21, 2013

LUKISAN YANG TAK PERNAH SIAP-SIAP

"..Kanvasnya, berusnya,
warnanya, cantingnya, emosinya,
subjeknya, persepektifnya, tukangya

semuanya luka..

Lukisan itu bukan tidak sempurna,
tapi tidak pernah pula siap-siap kiranya..

Aku menangis menatapnya,
kerana aku juga kanvasnya.

Aku menangis menciumnya,
kerana aku juga berusnya.

Aku menangis memeluknya,
kerana aku juga pencantingnya.

Aku menangis mempertahankannya,
kerana aku juga emosinya.

Aku menangis memikirkannya,
kerana aku juga persepektifnya.

Dan aku menangis cuba menyiapkannya,
kerana aku juga salah seorang tukangnya..

Lukisan ini tidak sempurna,
aku menangis semahunya.."



Nota kaki: Mungkin ini sebabnya kenapa gua di sini. Maafkan kami Yang Maha Segala. Istana itu tak semestinya mewah kaya, tp cahaya itu yg kita inginkan.

"Jika suatu hari nanti Tuhan takdirkan kita untuk ketemu, mahukah kamu bersamaku? Kita siapkan lukisan baru.."




Monday, May 13, 2013

AKU KEHILANGAN PUITIS

"..Aku kembali ke situ:

Titiknya satu, tapi persoalannya ramai
komanya juga satu tapi renyai-renyai..



Nota kaki: Jika masih ada pembaca di sini, dan mahu rasa puitisnya bahasa kesat, silalah selak post-post gua yg lama dulu. Gua sudah tak mampu memuitiskan bahasa kesat lagi sekarang. Gua kehilangan puitis. 

Hidup ini bangsat tahu. Tapi lagi bangsat lu kalau lu takut berdepan dengan hidup lu.

Tuesday, May 7, 2013

AKU DAN MEREKA, MEREKA DAN MEREKA

"..Aku terkenang satu suara
berbisik samar ke telingaku:

'Jika persahabatan itu adalah kelemahanmu,
maka engkaulah orang paling kuat di dunia'

Aku tersenyum, senyumku sendiri
Syukur Tuhan, aku tak pernah mengkhianati
kalimah itu..

Jika aku mati dibunuh mereka,
aku rela, sekurang-kurangnya aku mati kerana mereka.."



Nota kaki: Syukur kepada Tuhan. Syukur kerana menganugerahkan gua sahabat-sahabat sejati. Baru terdetik di hati gua yg gua tak punya apa-apa lg di dunia, ada panggilan telefon masuk. Setiap kali gua menangis dibaham kepercayaan gua yg diboborokkan, ada panggilan masuk. Semua panggilan itu dari jauh, yg tak pernah tahu apa yg terjadi kepada gua. Namun, mereka ada.

Terimakasih amat buat bro Fadhli sahabatku yg berada di Mesir, terimakasih kepada bro Jab, bro Akim, bro Gawat yg berada di tengah semenanjung, terimakasih kepada bro Ngut yg berada di selatan semenanjung. Terimakasih kerana bersama. Walaupun tidak gua ceritakan apa yg terjadi hingga nyawa gua hampir bercerai dari nafas, kalian tetap ada bersama.

Terimakasih. Terimakasih kerana tak pernah menafikan gua, si cacat cela ini.

Saturday, May 4, 2013

LIMA HARIBULAN INI

"..Aku merasakan ini bukan
lagi masa untuk ketawa,
bukan lagi bahan lawak..

Sejarah bakal menjadi sejarah.."


Nota kaki: Gua tak pernah rasa sepelik  ini. Gua tak pernah rasa seperti ini.

Wednesday, May 1, 2013

PEDANG ITU TAJAMNYA TIDAK RATA

"..Sabar itulah senjata:

Yang acap diasah namun
tajamnya tidak pernah rata.."



Nota kaki: Gua tetap tak mengalah nyatanya. Berat benar ujian ini. Ini bukan masalah cinta, gua cuma sekali saja pernah gila sebab cinta. Jadi gua tak enteng, gua tak peduli pasal cinta. Gua bukan si royan stereotype. 

Ini soal semalam. Soal hari ini. Soal esok. Lu siapa di mata mereka?

Tuhan, gua amat percaya lu ada.