Tuesday, July 31, 2012

KHIANAT

"..Untuk setiap
pengkhianatan,

akan aku lancapkan
terkilan sebagai teman.."


Nota kaki: Gua tak percaya apa itu karma. Tapi gua berpegang dengan konsepnya.

Saturday, July 28, 2012

MAMPUS DIBAHAM BALAM-BALAM MALAM


"..Musik pun tak dapat menghilangkan rasa ini.."


Nota kaki: Gua nak menulis panjang, seperti dulu. Tp gua rasa gua semakin tak berminat dgn apa-apa pun. Semakin tak puitis.

Oh ya, gua semakin kuat atau lemah? Tp yg pasti, gua langsung tak bercerita pasal apa yg jadi sekarang. Gua tak mahu simpati orang :) .Orang lain pun sibuk nak bercakap, biarlah mereka bercakap.

Monday, July 23, 2012

FRASA KE LIMA MUNGKIN # 2

"..Jika angin
saja yg mampu
menggerakkan pokok,

mengapa tidak
dibiarkan saja si angin
itu yg menghentikannya.."

Saturday, July 21, 2012

HIDUP SEGAN STONED MATI TAK MAU












Nota kaki: Gua sekarang dah tak berminat dengan apa-apa pun, sumpah. Jadi gua pergi dulu lah. Banyak prinsip yg gua pegang lebih 10 tahun, semua makan gua balik. So, terimakasih. Terimakasih sangat-sangat.

Gua dah tak guna telefon bimbit kecuali utk hubungan profesional dari kerjaan atau admin dan semesej dua dgn beberapa orang. Total tak guna fb dan plus. Blog pun dah macam hilang akidah saja. hahaha. Jadi, kalau ada apa-apa, boleh email gua: farysasinsabell@yahoo.com.

Ok, selamat maderfakers.

Wednesday, July 18, 2012

TUHAN, PELIHARALAH KEMULIAAN DIA

"..Sudah aku bilang,

yg kelak dia akan berhijab
dengan sendirinya.."


Nota kaki: Ini post selingan. Gua tak boleh tunggu lama, maaf. Semua benda berhijab asbab, bersujud sebab. Orang cakap gua bodoh, bangang, apa benda lagi lah, tp sikit pun gua tak pernah ambil pusing. Dah banyak tahun paranoid, sikit pun gua tak menyesal. Itulah satu-satunya yg mampu gua buat utk buktikan yg gua adalah pencinta paling setia agung abad ini.

"Jangan jadi gadis baik lg, tp jadilah wanita yg baik"

Gua pun tak tahu blog ni dah jadi blog apa. Civai. Tp nanti kalu gua mati, bolehlah guna blog ni utk filemkan kehidupan gua. Hahaha.

Sekarang, gua lebih senang bercuti ke tempat yg tadak orang. Lagi kurang atau langsung sifar orang, lagi gua tenang. Gua dah bosan jumpak orang dan orang-orang.

Saturday, July 14, 2012

FRASA KE LIMA MUNGKIN # 1

"..
Aku sedang
menulis dengan
jasad seorang realist.

Tp hatiku sendiri
menangis tidak mahu
lagi menjadi idealist.."


Nota kaki: Maaf gua sedang menulis dalam keadaan tak stabil sekarang. Tapi tapi, haha gua nak ucapkan terimakasih kepada semua yg bermakna tak terharga bertakhta emas terukir berlian yg ada dalam frasa gerbang kedewasaan gua. Gua sentiasa ada kat hati lu yg tengah baca sekarang ni. Yearght lu. Itu tanda lu pernah ada dalam frasa hidup gua. Terimakasih amat.

Oh, kepada member penulis di Paksi Fakta, tolong email gua username dan password, boleh? hehe. Gua lupa la. Sori sori.


Sekadar gambar hiasan. Baring guling-guling di lantai
orang lebih baik dari di lantai rumah sendiri?


Gua pergi dulu. Maaf, tergesa-gesa sikit. Banyak kiranya tp biarlah jd perpustakaan hati gua saja. kan? Hahaha. Civai. Ok maderfakers. Rock on \m/

Hari depan itu sakit.
xOxO.

Monday, July 9, 2012

MARI DENGAR AKU MENYANYI

"..Suara aku kayak sampah,
tapi masih punya rimanya.."


Nota kaki: Gua tahu, gua takkan buat semua ini lagi bila gua tua. Sebab tu gua redah saja apa yg ada depan gua. Hahaha.

Kita pernah berkongsi momen indah itu kan? :)

Wednesday, July 4, 2012

BILANG SATU DUA TIGA. BILANG SAJA

"..Tahukah engkau
kenapa setiap manusia
hanya ada satu hati?

Aku tahu kenapa.."


Nota kaki: Gua baru sedar, gua semakin berahsia sekarang. Makin kuat. Hinggakan dengan Diaridosa pun gua tak bersetubuh seberahinya lagi. Dan gua sedar, gua semakin tak puitis dalam menitip bahasa. Haih.

Gua penat. Tapi tetap gua cuba. Sudah lama gua tak cakap, "ROCK ON MADERFAKER". Hahaha. Gua bukan lagi full-time rocker. Civai.

Sunday, July 1, 2012

WAHI #2

"..Aku tak dapat
mengalihkan mataku
dari terus menatapnya.

Ya,
kerana aku takut.
Masa depan itu sesamar
renunganku terhadapmu.."


Nota kaki: Hayat jodoh ajal di tangan Tuhan. Gua cuma mahu ke medan perang dengan pedang ditangan, bukan untuk mati bertelanjangan.

Bila gua tukar gaya rambut gua dua-tiga kali sebulan, itu tandanya gua stress. Bila gua beli tiket duduk sorang-sorang tonton wayang, itu tandanya gua stress. Bila gua hisap rokok tak putus puntung, itu tandanya gua stress.

Dan bila gua cuba untuk pergi ke satu titik dimana hanya ada gua, itu tandanya gua stress :)