Friday, September 18, 2015

Rangkak Merangkak Rangkak

"..dari lahad ke bintang kejora,
dan ah, banyak sekali aralnya..

degil itu perlu..cubalah"


Nota kaki: Hai, diaridosa. Apa khabar mereka-mereka yg pernah dipahatkan indah nam mereka dalammu agaknya. Semoga merah susu kesihatan dan keadaan kalian.




Friday, June 12, 2015

TUHAN TELAH MENJAWAB

"..belum masanya, kelak sampai pasti dirasa.."


Nota kaki: Tuhan akan sentiasa menjawab doa-doa hambanya. Pelbagai cara, samada dapat dikesan ataupun tidak.

Maafkan hamba-Mu ini, dia rindukan sesuatu.

Saturday, June 6, 2015

GELANGGANG SEPAK MENYEPAK

"...Sekarang kalian menyepak,
Seronok dan galak,
berlagak..

Di sebalik dinding ada jiwa yg
luluh menangis berteriak,
Tertutup oleh gelak dan sepak,
Aku mendoakan celaka ke atas mereka.."

Nota kaki: Gua tak melawan kerana ibu gua. Tp gua memang seorang pendendam.

Tuesday, June 2, 2015

SEGUNUNG BEBAN YANG MENGKHUDRAT

"..kakinya adalah kesulitan,
Jeramnya adalah kesedihan,
Denainya menyendiri di laluan,
Rimbanya adalah keserabutan,
Kalinya adalah air mata..

puncaknya awan yg kabur..

Jika dulu aku merintih sekadar manja,
Sekarang akulah lembah sebenar.."


Nota kaki: Tuhan mengajar gua segalanya. Cuma gua yg buta.

Gua menangis, di setiap kedewasaan ini. Tertiarap yg benar-benar tertiarap.

Dari sesorang yg penuh keyakinan mnjadi seorang yg sntiasa tertunduk. Dari seorang yg petah berbahas menjadi bisu. Dari seorang yg kuat menjadi lemah. Dari seorang yg optimis menjadi introvert.

Dari seorang yg sentiasa menggembirakan orang menjadi tukang tangis buat dirinya sendiri.

Tuhan, tolonglah..

Sunday, May 31, 2015

BALAS TUHAN TERHADAP DOAKU

"..di setiap patah butir bicaramu,
di setiap sendu tangis harapmu,

Tuhan tersenyum membalas doamu.."


Nota Kaki: Tiada siapa yg nampak betapa luluhnya hati yg tiada asa. Hanya Tuhan.

Monday, May 25, 2015

GIAN

"..aku lebih dari itu,
Jadi rasanya berganda..

kiranya sudah genap
48 jam,
Untuk ke selamanya..."

Nota Kaki: Gua tak rasa simptom yg dahsyat cuma gian. Gian ini satu rasa yg sgt pelik utk diterangkan.

Amat pelik.

Friday, May 22, 2015

SEORANG TUA KUSAM DI BENDUL PINTU

"...riaknya, keruh
kedutnya bergemuruh..

Setianya dia di situ berahsia
setianya dia menjadi setia

Aku berjalan melewatinya
dengus aku merenggus
Tunduknya dia mungkin berhingus..

Riaknya, kini padaku
dia sudah pergi
Keruh menjadi saka.."


Nota kaki: Sekarang gua tahu bagaimana menanggung beban. Bagaimana hidup dlm sesalan.

Jika masa dpt diulang, nescaya semua orang akan ke syurga.

Monday, May 18, 2015

MERATAP MATAHARI

"..cahayanya dulu gemilang,
Namun sekarang matahari gembira memancarkan hampa.."



Notq kaki: Sungguh gua mengaku, gua biol dgn apa yg jadi.

Tuesday, April 28, 2015

SIRIUS A

"..dengar-dengar,
dia dulu sebutir matahari,

Mungkin bintang
atau apa-apalah.."


Nota kaki: Dulu rockstar sekarang gitar pun tarak.

Monday, April 27, 2015

PENANTIAN CUMA TANGGA KESEDIHAN

"..dipelawa 80 orang anak yatim
menghadiri jamuan makan..

Yang dijamu cuma 40 darinya.

Selebihnya tunggulah tahun depan.

Kesabaran yang dipermainkan.."


Nota kaki: Hati dah keronyok hati monyok.

Tuesday, April 21, 2015

RONGORONGO #2

"..tidurlah, wahai sang introvert.."


Nota Kaki: gua orang yg amat memahami apa itu rasa kecewa.

Gua org yg tak pernah lekang dari didatangi rasa kecewa.

Mahu atau tidak, kecewa tetap datang.

Seluruh usia menjadi manusi yg berkeyakinan tinggi, gagal.

Hilang waras akhirnya.

Setiap hari selama setahun digegar berita kecewa, gua yakin takkan ada manusia yg boleh bertahan berada di tempat ini, menjadi gua.

Wednesday, April 15, 2015

RONGORONGO

"...ianya apabila ditulis untuk didengar-dengar.."


Nota Kaki: Kalau lu seorang yang sangat cintakan sastera sampai bila bercakap pun baku dan sangat memilih perkataan untuk dikomunikasikan, gua cadangkan sila meneliti Al-Quran. Aduh, menangis hati. Bahasa yang tersangat-sangat indah.

Gua dah langsung tak bermusik. Gua dah tak memancing. Gua dah tak travel. Tiga hobi utama dalam hidup gua.

 Sekarang gua suka baca tafsir Al-Quran. Gua tersangat kagum dengan keindahan kalam-Nya.

Gua banyak berkurung dari berselubung.

Gua rindu Chinta.

Monday, April 6, 2015

BERSEMBUNYI DI SEBALIK MIMPI

"..Jika berharap itu adalah satu kepalsuan,

kenapa kau masih berdoa?.."



Nota kaki: Tanya dalam diri lu, kenapa kau berdoa?



Friday, April 3, 2015

PENDAM

"..semakin ditingal sendirian,
semakin kuat rasa dendam.."


Nota kaki: Gua memang seorang yang berdendam. Keturunan gua, sekali ditaik, memang sampai mampus gua genggam.

Sengaja gua menyendiri. Gua mahu tahu sapa kawan sapa tidak.

Alhamdulillah, keluarga sangat kuat berada dengan gua di saat kritikal ni. Dan dikurniakan seorang kekasih yang sangat setia. Terimakasih Yang Maha Segala.

Rockstar ini sudah mati. Dan dia hidup semula secara introvert.

Oh ya, bercakap berkenaan introvert, gua sedang menyiapkan manuskrip novel terbaru gua yang bertajuk 'Semua, Introvert'. Dalam proses pengembangan plot sekarang. Sudah dua tahun gua tak menulis apa-apa manuskrip. 

Dan kali ini gua tak mahu lagi secara underground, gua mahu lebih luas. Mudah-mudahan.




Monday, March 30, 2015

MAIZATUL NASHIHA SAKINA

"...Dialah segalanya.."



Nota kaki: Gua rindu.

Thursday, March 5, 2015

PANGGILAN TERPINGGIR DAN SEORANG LELAKI NOSTRADAMUS

"..Helo,
Masa depan?

Ya, saya..
Cuma sedikit kelam.
Makin kelam..
Siapa di sana?

Saya pilu, ibunya tangisan..
kenalkah?

Oh ya..Ya!
Kenal.
Dikenalkan oleh harapan..
Waktu tu di temasya di rumah kekuatan,
Kan?

Hehe masih kuat ingatan.
masa depan, tangisan sudah pergi *menangis*

Dia bilang,
harapan menipunya.
dibisikkannya lg pada saya,
Harapan umpankan dia dengan kejayaan,
Kakaknya pada kemegahan,
Anak si cantik senyuman..

*sedu. Hingus*

Rupa-rupanya ini agenda kejatuhan,
Bkn saya salahkan masa depan cuma ini pesan dari teman saya, si bongkak.
"Aku tak memilih untuk jd bongkak," kata bongkak.

"Namun aku perlu bongkak dalam dunia yang penuh kebongkakan ini!"

Agar dapat bertemasya di rumah kekuatan lg!

Bangunlah masa depan..
kembalikan kami, kembali lah ke mari..
kau menyendiri kau buat kami mati,
Kami tidak salah kan kamu tidak sesekali..

Datang pula si masa silam:

Lupakan aku!
Masa depan..aku adalah seterumu!
Jika aku buruk kau mesti cantik!
Jika aku jahat kau mesti tegas baik!
Jika kalah kau mesti menang..

Dan jika aku jatuh kau mesti bangun..

Cubalah..


Nota kaki: Telenophobia adalah fobia ke atas panggilan suara ataupun telefon.

Sunday, February 15, 2015

KULIT DEWASA

"..aku menangis melihat kulitku,
Yg mana telah menakutkan aku
dari menatap cermin..

Aku melihat tangisku yg melihat kulitku,
Bertambah takut aku dgn semalam.."

Nota kaki: Pemahaman selalunya lebih teguh jika diindividualitikan.Maka lahirlah kesombongan.

Sunday, January 11, 2015

PEJAM

"..dan tidurlah yg mnjadi racun juga asmara.."

Nota kaki: Klu lu mula rasa lu dah tidur byk sangat, maknanya lu dah bosan mnjadi kecewa.

Org byk tidur mmng org yg pnuh dgn kecewa..