Tuesday, May 31, 2011

MEMBANGUNKAN YANG MATI


"...Ku seru angin suram, ku pegang belikat malam,
ku tatang ranum dendam, ku pasung hati kiam...

Datanglah wahai susuk lampauku,
bersetubuhlah kembali dengan tuanmu..."





Jurugambar: Syafiq Suin (dude, this guy is really talented...)
Jurureka: Gua (tapi tak touch banyak pun, ni agak pure pic. Direct lens, cuma main dgn motion.)
Tempat & Masa : Indoor session (Rumah Kutu-Kutu), pagi-pagi buta.
Props: Farid Kutu.



Sekadar gambar hiasan. Gambar ni buat
gua rasa macam rawkstar pencen...
hahaha...


p/s: Tuhan tersangat-sangat baik,
banyak kali peluang gua dapat,
walaupun sebenarnya gua sudah
banyak kali mati :)

Sunday, May 29, 2011

MAAF, AKU DILIWAT EMOSI

"...bila dalam satu potrait ada kau, aku, dan dia,
aku sebolehnya tidak mahu menjadi yang ke-3...

Jadi,dari menjadi yang ke-3, biar
aku berundur dari 'game' ini saja..

Tapi kau selalu benar tersenyum,
lantas berada di belakang,
sambil berkata:
"kita jalan seiring!"

dan seperti selalu
aku kembali tersenyum :) ..."


p/s: Tiada lagu pilihan
kerana hidup terlampau
indah utk dilagukan... :)

Gua bila stress memang
jadi terlampau negatif...
sori eh...

Monday, May 23, 2011

BAIT-BAIT DARI JENDELA

Sekadar Gambar Hiasan. Cuma nak ckp (tenangkan diri hahaha) ni gambar dari sebahagian ahli komiti OPEMS :) Gua sekali la cibai, lu ingat gua ni apa malas sangat...?!



"...Jangan bersedih, seperti mereka, kau ada kami :) ..."






Nota Kaki Beralas DR. Martens: Terimakasih utk my only one soulsweaper Pali sebab ada di sisi menyanyikan 'lullaby' tentang realiti dan my best buddy yg selalu cakap cumil (hahaha) Fiq sebab melukiskan 'mimpi' yg hakiki di kala gua tenggelam dalam kelam :) may god puts a smile upon your face, forever, guys...


Minggu ini minggu yang celaka, rasanya. Gua rasa tersangat-sangat down. Gua ni bukan pencerita tapi terimakasih sekali lagi Pali dan Fiq sebab prihatin, faham, dan ambil serius pasal gua... :) Jangan takut, gua ni cepat kebah hehehe...

Gua rasa bodoh berada di sini, intersesi apa jadah...


p/s:Klu betoi yg td itu dia,





oh tuhan gua rasa sgt bertuah :)





moga ketemu lg...

Sunday, May 22, 2011

DI SITU SEPATUTNYA AKU

"...Ditimang tinggi-tinggi, dibuang jangan sekali..."



Dari belakang (kiri-kanan): Aliff Wafi (#5), Ammar (#4)

Dari depan (kiri-kanan): Auni Hartini (#6), Fatin Faqihah (#3), Ahmad Saufy (#1), Gua (#2), dan Laila Najihah yg comel oh comel (#7).



p/s: Gua klu stress, gua cuma nampak

family dan...

LALU HARUSNYA PADA SIAPA

"...Bicara apa pada pasir, dia tidak mengerti.

Berbisik apa pada angin, dia tak berhenti..."




p/s: kena lagi gua...haish...

Friday, May 20, 2011

DICUBA PUN TAK KAN BISA

"...Membina villa indah di angkasa adalah mustahil..."



p/s: Gua rasa sangat tak produktif haha...

Thursday, May 19, 2011

AND LOVE IS GONE AT ITS OWN FUNERAL

"...REVENGE is the greatest thing I've ever had, but FORGIVENESS is much higher than that..."




Nota Kaki Masih Bell-Bottom: Potongan ayat di atas tiada kena mengena dengan gambar-gambar di bawah ini. Aduhai, tetiba saja gua rindu kat dua orang best buddies gua ni, Akim n Fiq...Ni antara gambar gua bersama mereka. Mungkin kita tak bersama 24 jam sehari, tapi di setiap minit kita bersama, adalah minit yang indah bagi gua...

You guys bring me lots of fun, and thanx sebab buat gua rasa dihargai... :)










Yang tiga ini gambar pure tak diedit yang gua amek dari album foto FB si Fiq n si Akim...Hehehe...




Hari terakhir sebelum Fiq balik, gua rasa sangat seronok lepak dengan kalian...Sesi makan popiah bersama-sama.. Hahahaha...






Monday, May 16, 2011

HIDUP DAN MOSHPIT DALAH SAMA



" ...terlalu kucar-kacir untuk diramal apa seterusnya..."











p/s: Dah lama gua tak gig...

Dulu, gua memang liar dalam ni,

tapi sekarang, realiti pun

gua goyang...




p/s: thanx :)











Saturday, May 14, 2011

ABANG CIK, MAK SIAH, DAN TOK WAN LAH (SEBUAH MEMOIR TENTANG KELUARGA ANGKAT)

Kira-kira 15 tahun lalu yang sudah terliwat, di sebuah kampung yang agak permai dengan alunan melodi ceria petak sawah, burung pucung dan wak-wak, unggas-unggas kental hutan, dan harum udara dan segar angin pemberian Tuhan, ada sebuah keluarga yang sedang dalam proses penstabilan kehidupan. Sepasang suami-isteri yang dikurniakan anugerah maha indah oleh Yang Maha Segala iaitu dua anak lelaki awal...

Suami dan isteri itu sedang bersusah-payah mengendur khudrat ejakulasi hidup kerana mereka masih di awal ambang berkeluarga- mencari rezeki buat hari sekarang. Anak mereka yang sulung mungkin sudah mampu bermain bersama kawan-kawan, namun anak kedua masih lagi mentah untuk menyuluh jalannya. Jadi, sewaktu ibu dan abahnya keluar mencari raja kertas, dia diserahkan agar dipelihara oleh satu keluarga yang teramat-amat baik- keluarga Tok Wan Lah dan isterinya, Mak Siah...

Tok Wan Lah sudah tua, kerjanya sebagai pemandu teksi. Mak siah adalah stereotaip wanita desa, melakunkan watak sebagai suri rumah. Tok Wan Lah seorang contoh ayah yang bertanggungjawab. Mak Siah simbol ibu yang penyayang. Mereka tinggal bertiga, bersama seorang lagi anak angkat, anak kepada adik Mak Siah yang sudah meninggal- Abang Cik namanya...

Setiap pagi, di setiap pagi, di setiap awal hari yang masih belum kukuh klimaksnya, anak itu akan dihantar ke rumah Tok Wan Lah. Mak Siah akan menunggu di bendul pintu dengan seyuman tuanya, sementara Tok Wan Lah sedang bersiap-siap untuk mencari penumpang dengan teksi usangnya. Mereka akan memberhentikan waktu mereka semata-mata untuk merangkul anak kecil itu sebagai kunci kehidupan mereka saban hari, saban waktu.

Di ketiadaan Tok Wan Lah yang keluar bekerja, Mak Siah sekali pun tidak pernah renggangkan anak kecil itu dari peluknya; disuap makan anak itu dalam peluknya, dibiar bermain dalam peluknya, membasuh baju pun anak itu tetap dalam peluknya. Hinggakan, anak itu memanggil Mak Siah dengan nama 'Mak', umpama mak kandungnya sendiri pula. Mak Siah seorang yang lembut, umpama bantal yang menenangkan. Mak Siah memang menenangkan...

Kerja sebagai pemandu teksi perlukan waktu kerja yang lama, namun bagi Tok Wan Lah, setiap petang dia akan pulang, bersama apa-apa saja buah tangan untuk di berikan- permainan figura, cokelat cair, gula-gula manis, keropok jajan, dan Tok Wan Lah tahu anak kecil itu sangat sukakan biskut Rocky. Dan dia pasti, akan ada saja yang dibawapulang untuk menggembirakan anak itu. Selalu benar anak itu dibawa bersiar-siar bersam teksi usangnya menyelusuri setiap lorong di kampung, sambil memakan biskut Rocky...

Anak itu umpama anak sendiri, ditatang dan disayang walaupun sebenarnya, mereka cuma keluarga yang mendapat upah kerana memelihara anak itu...

Abang Cik, watak penting kenapa entry ini dipahatkan di dada Diaridosa, seorang anak remaja kampung biasa. Di saat itu, dia masih di bangku sekolah menengah. Setiap pagi, sebelum dia ke sekolah, akan dia peluk cium anak kecil itu umpama anak kecil itu adalah kebahagaian hari-harinya...Abang Cik seorang yang penyabar, melayan setiap keletah anak itu dengan penuh sabar, dengan penug istiqomah....

Jika anak kecil itu tidak dibawa Tok Wan Lah bersiar-siar dengan teksi, Abang Cik pasti mengayuh basikal, dengan anak kecil itu dalam saukan peluknya, bersiar-siar di melihat indahnya petang kampung di kawasan sawah padi, di bawanya anak itu melihat realiti...

Hinggakan, setiap kali ibu kandung anak itu mahu membawanya pulang setelah tamat kerja, anak itu akan menangis yang sangat-sangat, "nak dok dengan mak! nak dok dengan mak! (merujuk kepada Mak Siah)". Tangisnya bersambung lagi, "Tok Wan! Tok Wan nak Tok Wan!"...Dan yang menghibakan, anak kecil itu pasti menangis berkata, "nak tidoq dengan Abang Cik malam ni.....". Setiap hari, begitulah tangisnya...Betapa rapatnya mereka...

Sudah ditakdirkan, setiap perjumpaan akan ada perpisahan. Keluarga Tok Wan Lah perlu berpindah ke kawasan lain, jauh dari kampung. Di akhir perjumpaan, keluarga kandung merelakan anak kecil itu tinggal bersama-sama Tok Wan Lah dan Maksiah selam beberapa hari, sebagai tanda terimakasih kerana menjaga anak kecil itu...Abang Cik tak pernah berenggang dengan anak itu, walaupun mahunya dia ke tandas...

Dalam tangistawa hari-hari mereka, semua tak mampu berkata-kata cuma Tok Wan Lah dengan air bertakung di kelopak berkata, "tak mengapa kalau tak dibayar upah jagaan, asalkan kami masih diizin menjaganya...". Keluarga kandung anak itu bukan tidak mahu memenuhi pinta itu, tapi mengenangkan jarak yang jauh antara mereka, ia tak terealisasi. Jadi, mereka pun berpindah bersama kesedihan...

Abang Cik langsung tak kelihatan sewaktu perpisahan itu...Abang Cik menyembunyikan diri di belakang rumah, bersama tangisan dia menelekup harinya...

*********
Setahun yang lepas, di kampung yang sama, setelah keluarga kandung anak itu stabil sebagai sebuah keluarga, seorang lelaki, berpakaian compang-camping, dihina masyarakat kerana gila, datang mengintai-ngintai di tingkap rumah keluarga kandung anak itu, seperti mencari sesuatu...

Setelah hampir 15 tahun meninggalkan kampung itu, dia kembali...

Abah kepada anak kandung itu menyedari kedatangan lelaki itu, lalu dipelawa masuk ke rumah namun lelaki itu cuma diam lalu berkata:

"Asyraf ada...?Abang Cik nak peluk dia..."

*********

Ini kisah benar, yang baru saja diceritakan oleh ibu kandung gua sebentar tadi. Gua tak mampu ingat semuanya, ingatan gua di waktu semua itu terjadi masih mentah, gua masih budak kecil.

Maaf, gua tak mampu menyambung tulisan gua lagi sekarang, gua terlampau merindui keluarga angkat gua...

Dan gua pinta sesuatu kepada mak kandung gua, gua mahu mencari Tok Wan Lah, Mak Siah, dan semestinya Abang Cik selagi gua masih punya hayat. Gua mahu peluk mereka, gua mahu cium mereka...

Gua nak peluk Abang Cik, gua nak bawa Abang Cik menunggang basikal menyelusuri setiap pelusuk kampung, sambil makan biskut Rocky. Walaupun macam mana Abang Cik sekalipun, gua mahu peluk dan cium dia...

Banyak kisah indah yang diceritakan semula oleh mak gua tentang masa gua hidup bersama keluarga angkat gua...Namun, gua sudah terlalu sebak untuk menulis...

"...Sweet like moon-hail-mint..."
-Nervedeless-


p/s: Lelaki yang datang ke rumah
setahun lepas dalam keadaan
compang camping adalah Abang Cik...

p/s/ass: Abang Cik mengalami masalah
mental sewaktu di latihan askar,
mungkin kena buatan orang...

p/s/ass: Anak kecil itu adalah gua...


JARUM YANG HALUS

Perlahan-lahan, dibenamkan...
Meladeni setiap rusuk malam...

Dia mungkin berada di dua situasi:
Memberi nikmat atau mencarik legasi...

Dia datang tulus dan mulus,
mungkin beserta jarum yang halus...


p/s: Rasa hormat yg
buat gua masih
berdiplomat...

p/s/ass: Dah lama gua
tak lepak studio...Tak,
gua maksudkan 'lepak'...
Bkn jamm, jamm kerap
jugak lah...Dulu, kat penang
lepak studio dpt byk member..

Thursday, May 12, 2011

UNTUK SAHABAT/ RAKAN GAY GUA (HAHAHA)

"..Tidak mengapa jika haluan berbeza,
asalkan kau dan aku masih mampu bermain
melodi setia..."

p/s: Gua rasa nak comolot lu lah Pali
my horny bitch...And thanx for
mee rebus kaw mak long hehe...

p/s: Thanx to Apis Derih sbb
pagi2 buta amek gua, dah la
lu baru balek kerja...
and thanx for nasi ganja TM
hehehe...

Tuesday, May 10, 2011

BERHULU KE KUALA ESOK

"...Tomorrow is not forever..."





p/s: Mungkin gua ditakdirkan utk

selalu memakai bajuseluar hitam...

Hahaha...Ha...

Sunday, May 8, 2011

YANG BERLAKSA, YANG SETITIK CUMA

"...Jangan diungkit keburukan orang,
walaupun ianya berlaksa-laksa tapi
jilatlah kebaikan mereka walaupun
ianya setitik cuma..."


p/s: gua sedang belajar
menjadi penyabar...
susah gila...

p/s/ass: Gua selalu sesak nafas...
nak mati ka apa gua ni...
haih...

Friday, May 6, 2011

SEBUAH TRIBUTASI

"...Al iz well..."

-Rancho (3 Idiots)-


p/s: Thanx bagi gua movie
yang berkualiti... :)

Wednesday, May 4, 2011

SELAMAT TINGGAL, TINGGAL

i. Manusia-manusia Sempurna Dari Langit # 2.

Aku nampak kalian,
sedang berenang-renang dalam kolam di atas awan,
aku mahu juga belajar berenang,
tapi tetap tak bisa aku ke sana terbang...

ii. Dikunjung Dewi Adrenalin.

Bila harapan ditukar kepada heroin,
semuanya tak lagi sinonim...

Dari kejauhan semua pergi berpaling,
dan kau bertandang meratah seiring...

iii. Selamat Tinggal, Tinggal.

Seperti piano yang ditempatkan di dalam sangkar,
Kebebasan melagukan nafas menjadi kian sukar...



p/s: Sebenarnya gua dah bosan menulis,

tapi kalau tak menulis, lagi bosan gua haha...



p/s/ass: Gua bukan jenis exam-oriented,

tapi gua terpaksa jadi exam-oriented sbb

beberapa faktor...



p/s/ass/asshole: Gua rindu zaman gua jadi

rawkstar wannabe dulu, semua gua redah...

Apa ada hal, gua peduli pulak...Tp, sekarang,

lain...Dah sampai zaman lemah...

Tuesday, May 3, 2011

MANUSIA-MANUSIA SEMPURNA DARI LANGIT







Hey, Diaridosa...

Gua punya pinta satu: mudah-mudahan, suatu hari nanti, manusia-manusia sempurna dari langit ini tahu bahawa selalu ada cerita tentang mereka dalam minda gua, hati gua, hayat gua, mati gua, dan simboliknya, dalam dada lu...Agar mereka tetap ada walaupun gua sudah tiada...


p/s: Terimakasih, Tuhan... :)

p/s/ass/: Setiap gambar ada gua haha...
Sebab, gua nak hanya gua yang ada dengan
lu...Tapi maaf eh, gua selalu buat hal...



Monday, May 2, 2011

SATU TEMPAT YANG DILESTARI ANGIN

"...Aku selalu ke situ:
dimana tempat mulanya dia menegurku..."





p/s: rasa kosong, bodo...



p/s/ass: gua memang tak pandai

paper yg calculation...haih..








Sunday, May 1, 2011

KERAMAIAN APA YANG BERLAKU?

"...Sepatutnya sedari awal lagi aku bisa meneka:
tatkala aku menatap akan fotograf ceria disana,
disini aku sudah tiada..."




p/s: Gua selalu crack waktu di ambang smack...
sakit bavi. Some said sebab perot selalu
kosong...aih...

p/s/ass: Dlu gua tak kan pernah lupa apa-apa
tarikh yg havoc & penting dalam hidup gua...
sekarang ni, rokok letak mana pun kadang
kadang lupa...aduhai...