Sunday, August 30, 2009

KE HADAPAN PENGIKAT PELANGI

"Abangah...balek eh...miss u so badly...Dah lama kita tak makan sekali..."
Dari Telekom ke Celcom, 29/08/2009, 20.12.
*************

Aduh, jangan buat gua nangis boleh tak wahai PUAN NATERAH Si Peniup Angin Pengikat Pelangi yang gua amat-amat sayangi.

Dan Setiap kali gua dengar akan suaramu, seakan tertunduk semua ego yang berpanji-panji. Setiap kali tersentuh dek tanganmu, terasa tenang amat bagai diponggah segala kecelaruan. Setiap kali menatap wajahmu, menikmati senyummu, merenung tepat ke matamu, membelai rambutmu, SUJUD DI KAKIMU, gua percaya bahawa gualah ANAK yang paling BERTUAH antara segala ciptaan di muka dunia ini.

Yearght, abangah pasti balik minggu depan, MAK....
Nota Kaki Lepas Balik Dari Spa: Hee, dulu Abangah selalu main-main,belai rambut mak sambil nyanyi lagu Master Of Puppets (Metallica) ataupun Alendre The Great (Iron Maiden) bila mak mintak Abangah picit-picit kepala mak sebelum mak tidoq, kan...Lepas tu mesti mak cakap, "Next song, pliz....!!!!!!!!!!!".

Wednesday, August 26, 2009

SELAMAT HARI JADI, BLOGGER

"...Bicara sial Dari Hati Nan Sundal..."

Setiap hari aku membiarkan minda kelam ini diliwat oleh memori lepas yang hanya terlestari di benak kiam. Saban hari aku merelakan hati hitam ini bersetubuh secara kasar dengan realiti juga persekitaran. Dan acap kali aku rebah melihat semangat darah muda aku yang dulu rebel amat menjadi mangsa senggama dunia yang tak putus-putus berdusta bercelaka. Aku akui, aku tak sekuat kalian.


Tapi, alhamdulillah aku masih menghela nafas lemah sehingga hari ini, di bulan yang penuh dengan barakah, penuh dengan limpah Yang Maha Segala. Ogos dan Ramadhan. Dua bulan yang berlainan intipati pengertian tapi nahunya sama nadi denyutan kepercayaannya. Heh, aku masih bernafas, kan.

Ogos, bulan yang menyimbolkan satu kebebasan, kedaulatan, juga kemerdekaan bagi negara bertuah ini. Dan Ramadhan pula adalah entiti satu pelukan kesederhaan yang membebaskan dan mendamaikan. Namun, aku punya bonus tambahan untuk bulan ini. Ogos 2009, cukuplah jarum jam berdetik menyiratkan setahun usia Diaridosa melewati arus maya yang sunyi dan menyepakterajangkan desakan realiti yang sepi. Sudah setahun aku tenang membiarkan jari-jemari penuh najis ini bercumbuan dengan minda kotor aku melestarikan satu kitaran kehidupan dengan susunan perkataan. Natijahnya, Diaridosa adalah antara alternatif untuk aku mentafsir dunia dari perspektif songsang diri sendiri.

Kenapa aku bertahan menulis di ruang berdosa ini sedangkan aku bukanlah individu yang celik akan teknologi vital ini? Myspace, Facebook yang menjadi daya keceriaan hidup remaja pun telah aku tinggalkan. Benar, aku wujudkan Myspace dan Facebook dulu atas dasar bukan untuk berkawan. Tapi, blogspot ini mengikat aku kuat. Aku tahu aku tak berbakat.

Terima kasih amat kepada Encek Gawat Skater (serius, aku rindu hang, my beluved senior...) yang mendedahkan aku untuk menjadi penulis tanpa gaji dan publisiti di sini. Awalannya, aku lebih banyak menulis tentang nilai PERHUBUNGAN sebagai pengantara antara aku dan kalian minoriti yang membaca. Hablumminnallah, hablumminnannas. Aku memang seorang yang sangat menyanjung tinggi institusi kekeluargaan dan nilai persahabatan walaupun aku punya cela yang nyata.

Diarisosa memang berpaksikan corak diari. Diaridosa jarang merungkapkan hal-hal yang berat kerana aku masih punya blog berbahasa Inggeris (Ini wordpress, bukan blogspot...personel...) yang aku gunakan untuk merembeskan ketidakpuasan hati aku terhadap 'sistem' dan dulu aku juga punya blog musik sendiri dulu, berkiblatkan webzine. Tapi Diaridosa juga yang aku peluk kuat. Dan Diaridosa juga bukan medium untuk aku membenci atau membuka aib dan pekung orang yang bermasalah dengan aku. Aku masih rasional, mungkin.

Kekadang terkilan juga aku, anak hina ini apabila ada yang salah faham akan apa yang aku palitkan di ruang kelam ini. Kenapa Diaridosa? Kenapa persoalannya Berapakah Nilai Satu Kematian? Kenapa susun atur ini berlatar hitam bertulisan kontra? Kenapa tidak pernah ada susunan baru, warna baru?

Jujur aku nyatakan yang aku tak sempurna. Buang mentaliti jijik kalian sementara dan jeling dari jendela positif. Diaridosa adalah kitaran satu perjalanan yang tak sempurna, banyak cacat celanya. Setiap langkah yang aku redah punya nilai estetikanya tersendiri dan jangan mentafsir dosa itu sebagai pembuka pintu neraka semata. Cuba gunakan DOSA untuk kalian bangkit dan terus menari. Dan kalian sendiri tak akan tahu berapakah nilai kematian kerana mati itu sangat abstrak untuk dinilai timbang tarakan. Mati boleh jadi satu keseronokan, kesedohan, dan kehidupan. Selagi aku tak bisa menjawab berapakah nilai akan kematian aku kelak, selagi itu persoalan ini akan terpahat sepi di bawah Diaridosa. Berkenaan dengan mengapa tidak pernah ada pembaharuan dengan susun atur Diaridosa, jawabnya adalah aku seorang yang berpendirian walaupun tak berkeyakinan, aku agak istiqhomah, aku bukan jenis yang cepat bosan. Jadi jika selalu ada pembaharuan susun atur, itu memberitahu aku seorang yang sebaliknya,. Benar? Tiada jawapan...HahahaK!!! Kerana kalian tak kenal aku. Aku sendiri pun tak kenal siapakah sebenarnya aku. Kecelaruan yang berterusan dalam melewati frasa muda.

Sebagai tanda kewujudan Diaridosa dan penulisnya yang langsung tak punya apa-apa ini yang genap setahun melayari hari bersama DOSA, aku titipkan beberapa untaian rasa dari MEREKA. Kepada MEREKA yang masih membaca dan mentafsir apa yang aku cuba utarakan, TERIMA KASIH!!!.

"...Tisu adalah antara manusia istimewa dan pelik yang aku pernah jumper. Tisu bagi aku dier mempunyai kreativiti dan bakat yang lain dari lain..."
'Si Tisu Dan Aku'. Sunday, September 28, 2008. xbudaknakalx.blogspot.com (Encek Gawat Skater.).

"...Kata-kata pujangga yang kau mungkin tak percaya lahir dari lelaki ini. Blog yang penuh puitis dan klasik..."
'Promosi Hebat Tanpa Jualan'.
"...cara aku berblog banyak dipengaruhi oleh tisu malmstein. xpernah sedar kewujudan mahluk yang satu ni masa beliau masuk. berkenalan melalui instrumen bernama gitar. mempunyai pandangan yang luas dan jijik pada najis dunia. hebat dalam memanipulasi kata-kata untuk menyampaikan mesej tersendiri. pandai memilih rakan blog untuk memahami apa yang cuba di tuliskan..."
'My Influence In Blogging'. 7.20.2009. http://badekgonzalez.blogspot.com. (Encek Badek Skater.).

"...farysasinsabell, kata2nya membuatkn kte berfikir pnjang kadang2 leh kompius..."
'xpasal2 Aku Kena'. Monday, May 25, 2009. http://mylifeaken.blogspot.com. (Encek Aken Surf.).

..salam..aku sangat suka blog kamu..puitis dan tepat..salam perkenalan..."
farysaSINSabell.chatbox. http://serojajingga.blogspot.com. (Encek Seroja Jingga.).


SELAMAT MENYAMBUT BULAN KEMERDEKAAN,
SELAMAT MENYAMBUT BULAN GERBANG LEBARAN,
SELAMAT HARI JADI, DIARIDOSA...

Nota Kaki Terpijak Tahi Ayam Pandu : Aku dah dalam dilema, hanya sebab menyanjung tinggi seorang KAWAN...Gua harap lu buat tak tau, eyk...Nanti kita lepak longkang...Dilema dengan pekerjaan mulia gua jadi GIGOLO lagi...Dilema gua nak balek Penang ka dak ni...Dilema dengan banyak tests...Assignment lagi...Gua nak layan Necropaghist pun dah tak bersemangat...Auw...Gua tengah fikir apa yang gua nak ubah sempena setahun Diaridosa menari ni...Aih...

Sunday, August 23, 2009

MALAM TADI AKU MATI

Malam tadi, dalam bilik, gua bersandarkan katil, sambil hisap rokok (MALAM larght...Gua puasa siang, hisap rokok tu malam...), melunjurkan kaki, telinga mendengarkan Compilation Of Panggilan Pulau Puaka IV, mata merenung ke arah poster besar Metallica yang gua tampal jauh dari poster lain, dan terlintas di benak,

"Sampai bila gua nak macam ni...?"

p/s : Gua boleh tak isap rokok selama berpuasa, tapi le[pas berbukak ja, gua terus berubah jadi naga...Bila lar gua nak cukup kuat untuk berhenti ni...

Saturday, August 22, 2009

AIR MATA YANG TERLANCAP

"...Evils tell me envy...Tell me how I have to see..."
-I want Out, Helloween-

Benarkah air mata seorang lelaki itu mahal harganya? Benarkah kesedihan sekeping hati lelaki itu rahsia terbesarnya? Benarkah kekecewaan hati liar seorang lelaki itu taboo untuk disiratkan? Dan benarkah detik sunyi seorang lelaki hanya melutut tersudut di ruang bilik kelam sempit yang hanyir?

Air mata itu sesuatu yang abstrak untuk diklasifikasikan sebagai simbol kesedihan semata. Ia sebenarnya titisan-titisan ekspresi yang terekstrak secara luar sedar, samada sedih, gembira, terharu, tawa yang menggila juga relevan bagi meraih simpati. Benar?

Kekadang kalian tidak akan pernah sedar yang air mata itu tertumpah lalu terhidrasi dengan begitu sahaja. Tanpa kata. Begitu saja lahirnya. Tambahan pula bagi individu memang kuat entiti individualiti di hati. Individu yang percaya amat dirinya. Individu yang menjulang ego sebagai mahkota keperwiraan. Individu yang hidupnya penuh dengan deligasi pembawa pancang etika seorang LELAKI. Sejak di bangku kecil sekolah, tingkatan satu lagi gua memang dah terlupa cara untk menangis, ego untuk mempertahankan apa yang di palangkan. Metal jadahnya menangis, kan.

Bila keyakinan menyepakterajang neraka itu diletakkan setinggi mahameru, tapi hasilnya tersembam muka ke lantai, ia adalah sesuatu yang amat-amat memalukan bagi seorang lelaki. Lazimnya, lelaki yang hebat tidak akan mudah menitiskan air mata hanya kerana terdorong oleh hal remeh-temeh, tapi terjadi jikakecewa amat bila potensi untuk mara terbantut hanya kerana tuah jauh dari selatan minda yang mematri kejayaan. Sebagai contoh, segala usaha yang depasakkan dengan penuh keringat, ketabahan hati meredah segala onak dan segala kekuatan diutarakan dengan senyuman. Lalu bila tibanya detik peperangan, belum sempat menusuk pedang, tiba-tiba mati bertelanjangan tanpa sedar. Itulah detik paling menyakitkan.

Namun, selagi ada tiang yang memangkin nadi untuk terus menari wujud melestarikan satu kitaran kejadian, pasti ada jalan untuk menamatkan sakitnya satu hati itu. Ia bukan mudah seperti merokok di tepi padang sambil menyaksikan perlawanan bola sepak antara daerah, ia perlukan keyakinan yang hampir menerobos dinding obsesi darah muda yang sangat-sangatnya kejam. Dan gua amat bersyukur walaupun rentak tari gua pincang, namun gua boleh melupakan segala masalah dengan mudah bila memikirkan keluarga, sahabat, dan kawan. Gua juga dengan mudah boleh memandang enteng beban hanya dengan bermusik, melukis dan melakukan seni sesat gua. Walaupun memang diakui gua seorang yang pendendam, tapi biarkan yang kekal hanya parut, bukan nanah. Gua semakin matang, mungkin.

Tapi, sekuat mana pun dinding kepercayaan dalam diri seseorang individu itu, pasti ada nilai sentimental yang punya estetikanya tersendiri. Pasti ada saat di mana kesakitan itu membangkitkan kesedihan yang membolehkan air mata itu mengalir tanpa disekat. Percayalah, tangisan itu sesuatu yang amat menenangkan.Tangisan itu simbolik hati kelam masih hak manusia. Tangisan itu kemenangan bagi lelaki yang tak pernah menangis.

Dan, semalam, gua dah 'MENANG"...phuck...

Gua tak larght nangeh, tapi kecewa amat...Tapi gua tak pernah putus asa sebab putus asa itu bagi gua adalah BUNUH DIRI...

'DIA' akan terbang kepada kita jika kita terbang kepada-'NYA'...
Itu kenyataan, jangan pernah berhenti berharap...

"...Let me forget...All of the hate...All of the sadness..."
-Endless Rain, X-Japan-

Nota Kaki Busuk Macam Tungkek : Entry ni langsung tiada kena-mengena dengan cinta sesama manusia...Gua orang yang jauh dari cinta...Err, gua dah tak KUAT lagi,dua dan tiga hari ni banyak layan Coldplay (x & Y) dan Keane (album apa ntah...Somewhere Only We Know punya lagu tu...)...Tapi tengah malam still gua belasah Hayagriva (Red Heaven...Sangat2 terbaek album ni...!) dan Sakaratulmaut (The Land Called Mahsyar...). Life sucks, metalPUNGKOQhang!!!

Tuesday, August 18, 2009

BULAN BERPANTUN BERSELOKA

Semalam gua buka tingkap, gua tengok bulan sambil mencarut kepada bintang...
Gua bilang, "pergi mampos sama mesin masa, jahanam sama kuda tembaga..."...
Lepas mencarut gua jadi tenang, gua jadi berani...
Bila dah berani, gua asyik senyum...
Sebab bila senyum, gua rasa gualah orang yang paling POSITIF sekali...

lIFE sUX...rawk n roll!!!

Terima kasih...

Salam Sejahtera...Hu...


p/s : Syammen, jom p makan laksa lemak...
Err, gua dah tak layan Gorerotted, asik
layan Motorhead plak...

Friday, August 14, 2009

DIA ADA DI CELAH KECELARUAN

(Lagu latar : Thank You, Dido.)

Latar Masyarakat : Seorang budak lelaki jelik yang tak punya 'kawan' perempuan dan kurang kawan-kawan perempuan, seorang gadis yang agak kasar fizikalnya tapi sangat-sangat dihargai oleh budak lelaki jelik walaupun dingin layanan yang budak jelik berikan, dan dua orang teman sekelas yang tak tahu menahu apa yang dibicarakan.

Latar Masa :
Petang hari yang agak kelam langit, selepas habis membeli sedikit barangan tatkala tamatnya kelas Operational Management yang agak pasif, bukan di zaman mesolitik.

Latar Tempat :
Luar kawasan kampus, restoran yang melarang pelanggannya merokok, jauh dari Sumatera Tengah.

Baru melabuhkan punggung masing-masing untuk menjamu selera. Agak ceria situasi dengan lawak sepah saling menganjing sesama sendiri. Dua teman sekelas berborak tentang Aurapendant manakala budak lelaki jelik dan gadis berambut panjang berbicara tentang perkara lain.


Gadis : Ni hadiah dari kawan aku, henfon... Burfday gift aku...(Sambil menunjukkan fon kepada dua teman sekelas.)
Budak Lelaki : Ayo, gila meterealistik...Bila burfday hang? (Mencelah, muka tak bersalah, Lakunya bersahaja.)
Gadis : Tengok, kecik hati aku... Burfday aku pun tak ingat...(Tersenyum yang penuh dengan rasa kecilnya di hati.Sambil menyuap nasi goreng Cina tanpa sayur.)
Budak Lelaki : Erk... (Tiba-tiba rasa bersalah yang amat sangat.)
Gadis : BUrfday hang aku ingat, burfday aku hang tak ingat...Betul ak, 11hb ** burfday hang? (Sambil menuding jari ke muka Budak Lelaki dengan senyuman yang disulam dengan provokasi.)
Budak Lelaki : Alah, hang pun ingat-ingat lupa gak...(Masih berlagak bersahaja sambil kekadang menganjing dua orang teman sekelas yang asyik tergelak terkena.). Kalau aku tau aku bagi hang sumthing...Hang tak pernah mintak apa-apa pun kat aku, macam mana aku nak bagi...
Gadis : Aku tak kisah la, gile...Tak kan la aku nak mintak itu, ini...(Gelaknya besar.).
Budak Lelaki: (Gelak juga.). Aku memang ada benda a nak bagi hang, tapi aku takut hang tak paham...Lagi pun, aku suka bagi orang benda yang aku buat sendiri bukan yang boleh beli...Baru-baru ni aku ada bagi pensil bag yang aku jahit sendiri kat *******(Dirahsiakan identiti, kerana tak berkenaan dengan cerita.). Hang bukan nak mintak apa-apa kat aku...(Cuba memprovokasi nadanya.).

Gadis : Hahak!!! (Gelak lagi...Banyak betoi minah ni gelak daa...). Hang nak bagi apa? Hang suka melukiskan...Ayah aku minat gak, nanti aku bagi berus-berus lukisan kat hang...(Mungkin cuba menganjing Budak Lelaki tersebut.).

Budak Lelaki : Hahak!!! (Mamat ni lagi banyak gelak laaa...). Hang ingat aku nak amek hati hang ka? Aku dah siapkan satu lukisan memang untuk hang...Awal sem lagi dah siap...
Gadis : Alah, sebab aku ade kat sini, tu sebab la hang cakap macam tu...(Masih memprovok, nasinya sudah hampir luak...).
Budak Lelaki: Hokalorghth, betoi la...Esok kat class aku bagi...Huh! (Mukanya agak 'eksyen'...). Aku tak bagi sebab aku takut hang tak paham... Painting tu sangat abstrak, hang tau a aku macam mana, kan...Lukisan tu agak menolak realiti..
Gadis : Hahak! Ok, ok...

Budak Lelaki: Ey, hang punya burfday lagi awal dari aku kan... kalau macam tu, aku dah boleh panggil hang 'kakak' dah, kan...Hahahak!

Gadis : Ha, dah betul dah tu, panggil aku 'kakak', ye 'adek'...
Budak Lelaki: Kalau macam tu 'kakak' tolong payung milo 'adek' a...Hahaha!!!
Gadis : Uhuk!!! (Benar, tersembur nasi dari mulutnya..!Sungguh tak senonoh gadis ini...Hahahak!!!)...


Lalu terus mereka berborak. Budak Lelaki tersebut memang agak merapu dan tak betul otaknya, lalu habis semua dinganjingnya dengan humor yang entah apa-apa. Tambahan pula dia disokong oleh Gadis untuk mengenakan yang lain. Habis segala 'teori' keluar. (u noe wuts da meanin of dat 'teori', gals...Such a fuckin 'merapumeraban theory' huh?Hak!Gag! Lol......).

********************************
Dalam kereta, dalam pemanduan pulang.

Gadis : Aku tak mau hang 'sakit'...Aku tak mau kawan-kawan aku sakit...
Budak Lelaki: Hahak! Kalau aku sakit pun, bukan hang sakit... Hang tak payah nak back up...Lagi pun memang aku tak kisah...
Gadis : Bukan back up...Aku rapat ngan Hang...Aku takut hang down je...
Budak Lelaki: So, hang nak back up aku or D? Hahak...! Aku tak kisah la...

Dialog yang berlaku dalam pemanduan pulang ini terpaksa tidak diceritakan terperinci di ruang blog ini untuk mengelakkan salah faham dan tidak mahu mencalarkan sensitiviti sesetengah pihak. Biarkan Budak Lelaki Jelik dan Gadis sahaja yang tahu. Jangan takut, tak mengumpat sesiapa pun, cuma...

************************************
Aku tak rapat macam 'dia' dan Encek Badek. Aku tak manja macam 'dia'dan Cek Ela. Aku tak ok macam Cek Fatin dan 'dia', Aku tak sporting macam 'dia' dan Cek Finas. Aku tak caring dan hensem macam ex 'dia'(Ni hang yang cakap a, bukan aku...Hahak!!!). Aku tak kelakar macam Encek Bangau dan 'dia'. Aku tak pandai macam yang lain dan 'dia'. Aku sangat-sangat jahat dan menjengkelkan di mata yang lain. Aku memang tak layak berkawan dengan semua. AKU TAK SEMPURNA MACAM KALIAN. AKU PUNYA CACAT CELA YANG NYATA. Aku langsung tak pandai berbicara bersosial. Aku memang bukan berhati mulia.

Tapi, TERIMA KASIH TERAMAT SANGAT UNTUK SEMUA YANG 'DIA' BUAT UNTUK AKU. Ini kali ketiga aku betul-betul berterima kasih kepada kaum Hawa. Terima kasih amat. Terima kasih terutamanya sebab banyak ambil berat pasal aku dan tak ambil pusing dengan apa orang kata pasal aku. Sekian kalinya, Budak Lelaki Jelik ini yang sangat susah melabelkan orang sebagai kawannya berkata, "HEH, SERIUS, MEMANG GUA ANGGAP LU KAWAN..."....


TERIMA KASIH, 'DIA', AIDA NABILA...TERIMA KASIH UNTUK SEGALA...


Eppy Burfday, sweet 20...No more 18 And Life...Life Goes on, hell awaits...Keep on strugglin for tomorrow... Tak payah a hang nak tiru aku cakap loghat utara...Dengarnya macam orang Siam pelat...Hahahak!!!

Burfday wish yang lewat amat, tapi betul, dari hati kelam aku...Hail!!!

(Lagu Penutup : Vintage People, Eisley.)


Dedikasi untuk seorang KAWAN,yearght!!!

Friday, August 7, 2009

ANTARA BARONGAN DAN KEPANG

Satu ditunggang, satu lagi bergebang.
Bezanya amat tapi berkongsi gelanggang.
Siapa yang layak ntuk melarang.
Inilah dunia barongan dan kepang.
p/s :Hee, kalau lu positif,
lu BOLEH terbang...

Wednesday, August 5, 2009

LUDAH LANGIT TANPA SESAL

"...18 And Life...."
18 And Life, Skid Row
Semua jasad liar atas muka bumi fana berfatamorgana ini senantiasa mengharapkan agar 'muda' itu selamanya. Semuanya sama, mahu entengkan masalah. Benar, semakin berganjak usia, semakin gasak masalah memberontak. Tapi masalah datangnya dari individu itu sendiri. Dan Yang Maha Segala tak akan menguji hambanya yang tak mampu menahan ujian, benar?
'...Take this life...I'm right here....Stay a while and breathe me in..."
Take This Life, In Flames
Baru-baru ini, ada satu titik tolak permulaan yang belum aku sepakterajangkan, tapi di benak ia kuat mengatakan "aku akan!". Aku disoal secara tiba-tiba oleh Encek Kechix, teman serumah. "Engkau sekarang umur berapa ha...?". Jawab aku, "Dah nak masuk 20 dah...". Dan sambungnya lagi, bewaspadalah apabila menjengah 21 tahun, segalanya akan bermula semula. Keesokan harinya pula aku ditanya oleh Encek Pap, juga teman serumah bilakah hari jadi aku dan setelah aku jawab, Encek Pap juga mengatakan bejaga-jagalah dengan umur 21 tahun. Kenapa?
"...Bring your friends...It's fun to lose and to pretend..."
Smell Like Teens Spirit, Nirvana
Segalanya akan menjadi sesuatu yang baru tatkala 21 tahun berganjak tiba. Masalah datang tanpa surut, dan era baru kehidupan bemula. Dan masa inilah definisi sebenar 'tanggungjawab' memainkan peranan utama. Kita boleh selamanya bergembira, jeritlah sekuat hati pun, larilah ke hujung pelangi dan lompatlah sehingga puncak mahameru, tapi jika kita sedar apa itu tanggungjawab, dunia baru akan tersenyum memandang ketibaan perwira baru.
"...There is no angel falling from the sky...There is no hope, it's just a lie..."
Helpless soul, SINS
Aku selalu pecaya dengan apa yang aku pegang kerana bagi aku hidup harus punya tiang, dan tanpa tiang hidup pincang. Aku amat percaya akan kekeluargaan, persahabatan dan musik. Tapi, bila difikirkan balik, aku sebenarnya menipu. Benar, aku sangat dengan apa yang aku perjuangkan, pegang. Tapi bila diteliti cara hidup aku yang rebel, cara pemikiran aku yang jauh menentang konsevertif dunia, cara berpakaian aku yang simbolik memprotes dunia, semuanya tak MATANG. Aku perlu belajar apa itu TANGGUNGJAWAB NYATA.
"...Hidup bagaikan pentas opera...Tirai hidup dibuka...Aksi insan bermula..."
Opera Hidup, Wings
Dunia bukan subsidi murahan untuk insan mengejar kesempurnaan semata-mata. Ia lebih dari apa yang kita jangkakan. Perjuangan bemula bila ada kesedaran, dan kesedaran bermula dengan permikiran. Sejauh manapun kita penah tersimpang, tapi jika motivasi diri yang memacu kita kembali semula ke titik mula percanggahan, kita adalah WIRA. Menang atau tewas bukan taruhan perjdian langkah muda.
"...I just wanna walk right out of this world...Coz everybody has the poison HEART..."
Poison Heart, The Ramones
Selagi kita percaya apa itu pertaruhan darah muda, anjakan paradigma akan jadi satu perjdian berharga menepuh hari tua. Kita yang menentukan apa yang berhak, apa yang tidak. Teruskan berlari kerana trek larian adalah milik kita.
"...First you crawl...Then you fall...When you try to climb that wall..."
Angel's Orchestra, Disagree
Cuba menempuh masa depan dengan diri sendiri, kerana kelak jurang semangat darah muda akan luntur dan kekabus jadinya tanpa kita sedar kita manusia. Jatuh sekali, dua kali mahupun enamratusenampuluhenam juta kali sekalipun, selagi nafas dikandung badan, langit akan tetap berjaya kita ludah...JATUH, BANGUN, LARI...
Nota kaki Tanpa Stokin : Aku mungkin tak pandai berkata-kata, tambah gagap dan menggunakan loghat utara yang kuat dalam kehidupan seharian. Tapi jika penulisan itu boleh jadi pemangkin satu komunikasi, aku boleh tesenyum, Kan...? 666 is not just a number, it's more than we know...***Aku bukan satanic larght...

Monday, August 3, 2009

ENTRY CINTA KEPADA SEMUA, CEWAH

"Love hurts...Love wounds...Love scars...And mars..."
Love Hurts, Nazareth

Ni satu palitan CINTA. Agak lari dari kebiasaan. Mungkin sebab bila demam teruk kebahnya sikit, otak kecelaruan banyak pincangnya.


Dari umur aku 12 tahun lagi aku dah bergelumang dengan sepak terajang dunia bawah tanah, jadi agak kuat etikanya. hinggakan pernah menjadi nadi pergolakan dengan Dia yang 'sempurna'. Jadi, disebabkan etika (gua pernah janji ngan Pali masa kecik dulu, METAL SAMPAI TUA GANYOT NAK MAMPOS!!!), maka ego meluahkan rasa cinta kepada kaum Hawa langsung tiada. Ditambah pula dengan kekurangan keyakinan diri, huhu...

Ramai yang bilang jika sudah suka, luahkan sahaja. Tapi bukan semua orang berani. Ngak gitu dong? Hipokrasilah jadinya, tapi itu biasa. Manusia memang hidup dalam dunia yang penuh dengan gerigis-gerigis hipokrit.

Baru-baru ini, aku tiba-tiba jadi berani untuk meluahkan, tapi tiba-tiba juga keberanian itu terbang entah ke mana. Susah betul, kan...

Hey KAMU, macam mana lar saya nak yakinkan kamu yang saya betul-betul suka kamu...

Gua tak hensem, tiada harta, tiada apa pun. Tapi, kalau diberikan peluang (cewah!) gua yakin gua boleh jadi lagi hebat dari ex kamu dan seratus dua puluh kali ganda lagi baik dari Murad.


Tu lah yang aku nak cakap, tapi aku bukan berani pun...Hahahak!!! Jadi, baik aku diam, kan. 'Rawk my own fuckin life', tu lar yang selalu aku fikir...

p/s : Tadi baru lepas jamm ngan Encek Badek dan Encek Buas...
Hancor dooowhhhhh....! Hahahak!