Thursday, December 31, 2009

LANGIT DAN BUMI TETAP BERKISI

Untuk setiap minit yang terliwat. Untuk Semua hari yang dilewat. Dan untuk semua bulan yang terlaknat. Selamat menyambut tahun baru. Yearght, sikit lagi saja gua dah punya kuasa sebagai salah seorang dari pemangkah undi. Walaupun gua agak ekstrim dalam menilai politik, tapi mengundi itu fardhu kifayah. Lagipun ia adalah kuasa individu.

Jujur, penutup untuk tahun ini amat berat, kasar, polos, taksir, dan langsung tidak dapat diterima akal gua yang sedia hitam dipenuhi segala macam sampah-sarap yang sukar untuk dilupuskan dengan hanya berlakon sebagai orang yang sedia gila, ceria, dan tersenyum sahaja. Hampir runtuh tiang seri satu makrifat tentang harapan dari seorang yang punya ciri-ciri karnivor untuk terus menjadi entiti kekuasaan secara bisikan dalam hehidupan.

Sudah agak lama tidak disambut kehadiran tahun baru, namun untuk kali ini ia agak berbeza. Walaupun gua masih seperti biasa, masih cuba masturbasi segala detik yang laju teronani, tapi gua seakan-akan sedar yang makfirat satu perjalanan tetap berdentum.

Sambutan untuk tahun ini dimulakan dengan jamuan makan malam besar keluarga kami. Dipengerusikan-cewahhh!, oleh tok wan selaku nilai terbesar, kami beramai-ramai sebanyak empat isi keluarga ke Tanjung Dawai; budak-budak Kedah mesti tahu tempat ini, gua budak Penang lar, untuk meraikan kedatangan tahun baru dan juga meraikan hari kelahiran ibunda gua yang tercinta, Pn. Naterah Binti Marzuki. Meriah amat kerana bilangan yang ramai namun sedikit cacat tanpa abah dan Pak Jang bersama.

Gua terpaksa pulang awal kerana sudah berjanji dengan teman-teman untuk bersama mereka pula meraikan hari baru ini. Memandu laju dari Tanjung Dawai hingga ke Butterworth kerana sudah agak lewat.

Yearght, bersaksikan cahaya bunga api yang cantik amat, kami; aku, Angah, Pali, Syafiq, Syammen, Halem, pak Yat, memanggang ayam bersama di tepi pantai di bahagian seberang Penang, malas ngok masuk Penang terlampau sesak. Terimakasih kalian yang masih bersama dengan gua yang cacat rawkNroll ngokngek ni.

Azam tahun ini, GUA NAK BERHENTI HISAP ROKOK!!!! Sama saja setiap tahun huhuhu...

RawkNroll guys, EPPY NEW YEARght!!!

Gua masih berharap agar hari-hari mendatang tidak lagi kelam dan kabur. Walaupun selalunya apa yang diharapkan akan berpaling jauh, namun gua hanya hamba hina, tiada daya.

Nota Kaki Terpijak Tahi Gagak : Jika lu sayangkan seseorang lu harus berani untuk lakukan sesuatu yang membencikan dia, lu harus... Demi melihat dia bahagia. Langit dan bumi tak akan pernah ada peluang untuk saling memeluk, mereka tetap berkisi. Nak cakap gua poyo? Mampos lar, gua tak peduli sangat pun...

Yearght, gua tak tahu kenapa, tapi raasa ini kuat seperti mana ia diluahkan pada awal kalinya, dan benar, ia tak akan berubah.

Oh yearght, gua kena gelak ngan Syafiq sebab buat gigi dengan keputusan akhir terpaksa menerbangkan rm200 yang disangka bayaran awal hanya rm80...Tu duit yuran aku sem depan lar Miss Dentist...Aku ni dah lar kais pagi makan pagi...

Carta PanasFM minggu ini : Memorial Embers (Chalice), Pretty Cast (Pig Destroyer), Mother North (Satyricon), Monster Mash (The Misfits), Wastin' The Dawn (The 69 Eyes)...Bertakhta Di Hati (Farahdhiya), Still Loving You (Scorpion), More Than Words (Extreme), Sang Mantan (Nidji) bila aku 'terbayang'...


p/s : benar aku rindukan dia amat...
Tapi sudah tidak punya kuasa melafaz...

Tuesday, December 29, 2009

MAHU TERUJA BERDANSA

Dah lama aku tak menghabiskan masa berjam-jam duduk bersila dalam bookstore, habiskan masa dengan mencari novel, cerpen, apa-apa saja yang berkenaan dengan pembacaan.

Dan baru-baru ini aku tertarik amat dengan satu himpunan cerpen penulis-penulis Perancis, 'Kisah Pembuat Lilin Menentang Matahari'. Politikal amat.

Dah lama aku tak beli stuff baru, tercongok berdiri dalam musicshop dengan keasyikan yang menyeronokkan.

Dan baru-baru ini aku tak dapat menahan nafsu lantas terus dibeli 'Tir' dari As-Sahar. Semua stuff As-Sahar jadi koleksi peribadi aku, dari Meditation Of Embun Pagi Demo hingga ke Jaan,memang tak pernah lepas. Tapi, dah tak boleh feel sedalam-dalam seperti dulu irama-irama berat. Aih...

Eyh, ada sesiapa layan Death/Grind ala-ala Napalm Death dan Benediction? Nah!!! Silalah mendengar Humiliation dengan EP mereka Face The Disaster...Banging macam kena rasuk cucu betung!!! Terimakasih Encek Syammen Gore untuk stuff ini...

Monday, December 28, 2009

TESAURUS AKU DAN DIA

i. Monolog Sang mantan

Jika benar bidadari asalnya kayangan,
maka benarlah aku pernah ke bulan...

ii. Semalam

Semalam,
Sang puteri kembali ke kayangan.
Dan semalam,
Tertinggallah sang lara kerinduan.

iii. Tiada Tajuk

Angin malam yang terhembus perlahan bersama senyuman bulan yang menyiratkan kebenaran...
Dan benar aku masih memandang awan...

Nota Kaki Aku Dan Dia : Maaf kepada semua teman-teman (Angah, Pali, Syammen, Bal, Syafiq Taik, etc...) kerana sudah kurang tahap kebangangan aku dalam hidup kita seharian. Aku sedar tapi tak dapat nak kawal...Poyo kan gua ni hahakk...

Antara perkataan yang mereka perasan aku tersalah sebut adalah (aku tak sengaja la cimpret...!):

i. Tembakau = Tembikai
ii. Libas = Bilas
iii. Fucker = Fuckre
iv. Nora Danish= Norrah Jone
v. Butoh la! = Buboh dia!

Aku pun tak tahu apa yang aku tulis ni...Chiow...

p/s : Tengok sana, bintang tenggelam

Thursday, December 24, 2009

MEMEGANG TANGAN KOSONG

Sejuk, kosong, lemah dan kejauhan,
Membikin aku rawan...
Sebenderang cahaya bulan
seasyik kerinduan aku padanya...
Terima kasih tuhan,
Menghalakan pandangan aku ke arah kanan,
dua tahun pertama yang lepas...
Aku akan terbangkan LAYANG-LAYANG itu,
Sorang-sorang...
Hangat, berdebar, gagap, teruja rapat,
Membikin aku rawan...
Tatkala aku memegang tangan kosong...
P/S : Aku akan ceritakan satu kisah yang sangat
bermakna bagi aku nanti...Ia buat aku hidup...
Satu dalam antara anugerah terbaik aku dapat...
Bukan Grammy Award larght...

Sunday, December 20, 2009

MONOLOG SONGSANG SANG MANTAN

Hee...

Minta maaf Encek Angah...
Gua rasa gua dah perlahan berlari...
Benda dah nak jadi...

Minta maaf Cek Aida...
Aku mungkir janji...
Mungkin jadi kanan, mungkin jadi kiri...

Encek Angah & Cek Aida, terimakasih kerana sokongan yang terutuh...
Terimakasih kerana optimistis...
Orang lain semua memburitbutuhkan apa yang aku buat ni...

Lupa pula,
Walaupun aku memang tak punya nilai optimistik tapi aku memang seorang yang tak berputus asa...
Benda dah diketahui tapi belum putus tarikh luputnya...

Jadi, saya akan berusaha! Common baby, buat apa saja yearght!

Sedang ketawa ni...
Ketawa sampai keluar AIR MATA...

Asyik hujan saja, kan? Nak tidoq pun tak terlelap, apatah lagi nak masturbasi mimpi...

Ada yang sondol-sondol kot?
Taklah, sebenarnya IA hilang...

Gua salahkan Ahmad Asyraf dalam hal ini,
Berani sangat nak curi bulu pelepah cenderawasih...
Tak sedar yang diri tu cacat,
Muka macam Rasputin, perangai macam jin, otak penuh dengan sampah, nak beli rokok pun tak cukup sen...

Ada hati nak mencium bau kayangan...Pigirah!

Tapi, dari awal proses nak curi bulu cenderawasih hingga sekarang, aku rasa HIDUP...

Risikonya, aku mungkin jadi sang mantan...
Sang mantan bukan SANTAN ataupun knight's in SATAN servive...

Aku tak pakai ilmu guna-guna, ilmu hitam ok! Hahahak!

Dulu aku selalu cakap, "Dua entiti berbeza boleh jadi sama,",
Tapi nahunya ia atas dasar percaya sebenarnya...

Kau tak boleh memaksa cita dan cinta apatah lagi mendesak hati kepunyaan MANUSIA...

DAN AKU TAK PERNAH MEMAKSA...

Entahlah, mungkin akan ramai mereka disana bersorak mendengar khabar...
Mak Andam Gemuk Pendek (Dia ni memang macam bencikan aku sangat..Hahahak! Tapi gua tak benci lu, betoi...), Ketua Rewang Tegap Buncit, Si Kacak Putih Jalannya Riang, Angkatan Tentera Pelapik Koko, Pemamdu Dan Konduktor serta Penumpang Gajah Kelam, dan semualah...

Tuesday, December 15, 2009

SELAMAT HARI BERMULA, FUCKER #2

Selamat Hari Jadi Grandpa... May you grow old and die... :)

Carta Pop Panassss Minggu Ini : Human Instrument (Volbeat), Last Caress (The Misfits), Dance D' Amour (The 69 Eyes), Cross My Heart And Hope To Die (Sentenced)...Aku dah tak metal sangat larght, dah auw pun huuu...Banyak layan Horor Rawk pulak hee...

Yusra, luv u! :p

Sunday, December 13, 2009

1, 2. 3, 4, 5, ENAM

Tak pernah belajar dari Satu ke Dua.
Tak pernah belajar dari Dua ke Tiga.
Tak pernah belajar dari Tiga ke Empat.
Tak pernah belajar dari Empat ke Lima.
(Lima hanya satu penipuan aku...)

Aku belajar dari Satu hingga Lima untuk ke Enam.
Dah banyak rupanya yang aku manipulasikan, aplikasikan.

Jadi, aku tak mahu pergi ke Tujuh.
Jadi, jangan suruh aku pergi, Enam.

Bukan seperti yang dulu...

Dan Enam dah bagi aku sesuatu yang agak menghidupkan...

Tapi, kenapa nafikan kewujudan aku?

Friday, December 11, 2009

SELAMAT HARI BERMULA, FUCKER

Lagu pembuka tirai : I Don't Wanna Grow Up (The Ramones)

Kedut di wajahmu
menandakan dunia sudah terlalu tua,
sejarah telah tertambah dengan sendirinya,
remaja telah pergi selamanya,
kekuasaan telah hilang daya
dan kau tetap manusia,
dan masih manusia...
-Petikan dari puisi 'Kedut Ini Manusia'-

11th dalam bulan terakhir Disember. Yearght, Eppy Fucking Burfday To Me...Seperti tahun lepas, dua tahun lepas, juga tiga tahun lepas, ia masih seperti tiada apa-apa. Tiada belon, tiada lilin, tiada kek, dan tiada apa-apa yang langsung menarik kerana itulah aku. Dah lama aku tak rasa sambutan hari kelahiran seperti mana mereka diluar...Dan sudah lali :)...

Selama dua puluh tahun ini, aku sering membutuhburitkan hidup, menyepakterajangkan segala celaka, juga melancap semua yang aku sendiri tak cuba untuk diertikan. Walaupun banyak yang bilang aku cuma sekadar secebis dari tahi kehidupan dunia yang bobrok, tapi aku rasa ia bermakna amat.

Aku dah malas nak menulis. Idea pun sudah tepu membasi. Jadi setakat ini sajalah. Terima kasih kepada pasangan romantis Amalina & Jabbar, mereka yang pertama mengucap selamat dan terima kasih kepada Maizatul Nashiha Sakina (ex-lil mermaid...Maaf untuk tahun-tahun yang sangat menyedihkan semasa bersama aku dulu...), terima kasih kerana tak pernah melupakan hari paling bermakna dalam hidup aku...

Dan hadiah yang ter'MANIS' untuk kali ini, keputusan peperiksaan aku sangat teruk, tak berbaloi langsung dengan apa yang tercurah. TUHAN, KAU tahu aku bukan orang yang pantas mengalah, tapi, nilai optimistik aku sudah lemah......

Ia masih sama. Tiada apa-apa yang berubah setelah tiga tahun ini.Aku masih aku, mungkin, dengan prinsip dan etik yang tak pernah aku buang...

Teringat aku, dulu, banyak ucapan, SMS, kad, hadiah, pelukan, etc, yang aku dapat...Itu, tahun-tahun selepas tiga tahun yang sebelum ini...

Life sucks, so just fuckin rawk N roll FUCKER...


Lagu Penutup Tirai : May You Grow Old And Die (Coma)

Thursday, December 10, 2009

AMBISI TINGGI TAPI INFINITI

"...Tuhan itu hebat...DIA tak akan mmenguji hambanya yang tak mampu...Dan ujian semakin berat untuk hambanya yang berkudrat..."

Aku gagal satu subjek untuk semester ini...Hee, aku kuatkah wahai TUHAN?

Saturday, December 5, 2009

AKU SANG KUPU-KUPU

Seperti kupu-kupu malam yang terbangnya ke jamung api lalu mati terbakar...
Kekadang, ingin aku seperti itu...
Mati sia-sia tapi bererti...

Friday, November 27, 2009

JARUM JAM SUDAH LEMAH

Perhatikan jarum jam yang berdetik tanpa lelah memonggah setiap rasa yang dilancapkan,
Nahunya, sudah terlalu lama untuk berserah.
Perhatikan jarum jam yang masih berdetik pasrah menongkah satu penantian yang diliwatkan,
Natijahnya serupa, terlalu tua untuk menadah.
Sekali lagi perhatikan jarum jam tadi yang sudah lemah meneruskan kelestarian yang dibobrokkan,
Hingga kesudah dimainkan tanpa rasa bersalah…

Taklah, dia cakap dia ada...
Erm, aku memang orang yang berfikiran songsang...

POSTUR MUKAMU DALAM POSTER KISS

Jika umurku panjang, hatiku tenang, tuhan sayang,
aku hadiahkan poster KISS kesayangan bersama postur mukamu,
agar kau kenang saat kau bilang aku tak menghargai kawan,
yang kini kau tewas dalam permainan perhubungan sebenar...
Kawan, KISS stands for knight's in satan service!!!

Dulu kau bilang aku mati, terimakasih...
Tapi, sekarang siapa yang benar-benar mati...

Masih ingat saat kita melaung gila dari dalam hala ke luar jendela?
Setahun setengah yang terhakis...

INTIHA SEMESTER KE-5


Rasanya, dari awalan lagi sejak kaki lemah ini mula mengalaskan tanah di sana sebagai sandaran, aku mula hidup dalam keadaan seakan-akan banduan. Aku persetankan segalanya.

Tapi, kini sudah hampir dua tahun setengah aku di sana, sudah tamat semester kelima pengajianku, mula adanya bibit-bibit nikmat seperti mana pelajar lain rasakan. Aku pun tak tahu kenapa benci sangat aku dengannya, tapi itulah...Kekadang masa dan persekitaran boleh merubah segalanya.

Aku masih dalam pencarian mencari diri sendiri. Aku masih terusan belajar walaupun pernah jua hampir rebah. Aku masih berusaha memesongkan corak pemikiran songsang aku ke arah yang lebih segar. Aku berusaha utuk mempercayai orang. Aku berusaha untuk tidak memendam.Aku berusaha membuang segala terjahan negatif minda aku sendiri. Masih belum di mahameru, tapi rasanya banyak yang aku pelajari.

Terimakasih kepada semua yang pernah tersenyum bersama walaupun aku sukar untuk melemparkan senyuman kembali. Termakasih.

Semester ini telah tamat. Moga ada keajaiban...

P/S : Gua memang bermasalah...Tapi yang masih bertahan,terimakasih

Thursday, November 26, 2009

SEMUA YANG TERKEBELAKANG

Aku takut amat untuk bersemuka dengan HARI MUKA.
Kerana SEMALAM aku tertidur dengan mimpi yang bobrok.
Dan HARI INI mungkin aku telah terjaga kerana sudah tua...

Bukan masalah kewangan...
Bukan juga masalah perhubungan...
Bukan masalah pelajaran...
Bukan masalah cinta sekarang...
Bukan masalah permanasan global,
poliTAIK, racist, fasist, etc...

Tapi ia berkenaan soal itu dan soal ini tentang diri sendiri.
Ia meliputi semua kelestarian yang aku butuhburitkan.
Yang dikaburi oleh katarek perjuangan minoriti sesat.
Dikontribusikan oleh senyuman dari dusta dunia.

Aku nak berhenti dari berfikir tentang apa yang aku rumitkan.

Berapakah nilai satu kematian?
Aku rasa aku dah hampir tahu berapa nilainya untuk aku...

AKU MAHU HIDUP KEMBALI.
Dah lama rasanya aku mati... :)

Carta Penenang Jiwa: Aku dah kurang dengan irama kelam yang dah jadi separuh dari aku kebelakangan ni..Aku dah tak metal la cenggitu...Inilah sebahagian dari lagu-lagu kegemaran aku kebelakangan ini: Finding Home (Saosins), Fuck The System (Against All Authority), Kawan (Plague Of Happiness), Tomorrow Belongs To Us (The Casualties), Cinta Adalah Kebodohan (Marjinal), Moon Hail Mint (Nevertheless), dan lagu Nidji baru tu, apa nyah (Aku nak jatuh cinta dengan Giring, boleh?)...

Friday, November 20, 2009

TAMATNYA PERENGGAN KE-5

Jika penulisnya telah mati, nisankan dia dengan perenggannya...

Lewat. Lewat aku di sini untuk memalitkan apa yang aku mahu palitkan. Tapi ia tidaklah selewat mana.

Tamat. Ia sudah tamat. Bukan! Ia cuma hampir tamat. Sekali lagi aku bilang, HAMPIR TAMAT.

Episod tawa, ceria, girang, berpaksi cahaya, pelangi harapan dan segala nikmat remaja untuk frasa ini sudah tamat.

Babak celaka, dusta, sengsara sengketa, nerakahina, syurgalara dan semua tirai kelam untuk semester ini sudah tamat.

Aku sebenarnya masih beronani dengan persekitaran. Walaupun ejakulasi sebenar yang menunjukkan siapa aku belum klimaks setegangnya.

Semester ini aku banyak anugerah yang aku terima dari Yang maha Segala. Dan kebanyakannya berkenaan Hablumminnallah dan Hablumminnannas.

Benar, aku punya banyak cacat cela. Dan salah satunya, aku sangat sukar mempercayai sesiapa.

Masih jauh untuk aku mendefinisikan kehidupan sebagai mercu perjuangan. Tapi terima kasih kepada semua yang bersama dengan si celaka ini samada benar mahupun bermuka-muka. Tidak mengapa, aku tetap akan jadikan semuanya sebagai separuh dari memori kiri aku.

Terima kasih kepada semua yang bersama. Sejak dari hari pertama aku pijakkan kaki ke tanah itu, aku tak pernah rindukannya. Tapi sekarang aku mula ada sedikit perasaan itu...

Semester ke-5 telah tamat...

p/s : laptop gua rosak, baru hantar kedai...
Jadi, banyak gambar tak dapat di palitkan...

Monday, November 9, 2009

SARI BERITA UTAMA (KOMA)

Sekadar gambar hiasan
(Tapi memang adik-adik gua comel, kan)

Segamat, November 9 : Penulis blog ini sekali dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dihadapan komputer riba miliknya yang masih aktif memutarkan lagu Forgiveness Only Gives You A second Chance For You To Crusade dendangan Rhino Charge sebelum beliau menghilangkan diri.

Hasil soal siasat ke atas saksi berhampiran, Encik Kumareselvam, penjual air buah-buahan secara kecil-kecilan, penulis blog ini telah melakukan banyak perkara aneh beberapa hari sebelum. Beliau dikatakan pergi berjoli bersama teman-temannya dan menghadapi hari-hari yang agak menyeronokkan.

Menurut Inspektor Nassert, motif kehilangan beliau masih dalam kesamaran dan pihak berkuasa masih giat menjalankan penyiasatan. Kes ini disiasat di bawah seksyen 2 (a) dibawah akta Contracts Act 1950. Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat boleh disalurkan ke balai polis berhampiran dan cabutan bertuah menanti anda.

Selain dari itu, hasil kajian yang dilakukan keatas orang ramai menunjukkan bahawa prestasi skuad bola sepak kebangsaan amat memalukan bukan disebabkan rasuah tapi kerana mereka lebih suka menuding jari ditambah dengan sifat dengki.

Wednesday, November 4, 2009

MENSTRUASI SEORANG LELAKI

Sedang matahari mula untuk tersenyum meraikan kedatangan musim bunga yang sengaja dirahsiakan,
Menstruasi seorang lelaki membuatkan hati kecilnya terguris...
Aku menstruasi,
Aku lelaki,
Aku berkecil hati...

Jadi, aku mohon maaf wahai duyung...

Nota Kaki Keluar Tandas : Menstruasi atau nama lainnya adalah datang bulan atau haid...Dan sekarang kondisi emosi gua kembali tak stabil...Apa, kalian fikir hanya kaum Hawa yang mengalami depresi di saat menstruasi? Lelaki pun ada datangnya bulan...

Gua tak mintak itu ini, cuma mahu katakan gua cuma anak kecil yang asik merengek tak berbunyi...Jadi, tahukan apa yang anak kecil mahukan...?

Gua rasa gua ni langsung tak berguna...Betul...

Musim peperiksaan akhir semester sekarang...Gua revisi, tak berhenti...Walaupun nasib macam membutuhburitkan gua, gua masih revisi...Sebabnya, dengan revisi sambil layan irama-irama gelap (dah layan Flight 666? Power babi!!!) buat aku lupa seketika dengan segala masalah...

Lagu-lagu Sedih Minggu ini : Carta teratas masih milik Volbeat dengan lagunya Radio Girl (err, Lagu ni gua buat ringtone untuk 'dia'...Sebab tu carta teratas...Hahahak!!!) tapi sedang dikejar hebat oleh Wolf dengan lagunya Genocide...Tangga ketiga carta dipegang oleh Helloween dengan lagunya I Want Out diikuti oleh Pure Hollocaust oleh Immortal...

Perght, macam mana Immortal boleh sesat daa...Minggu ni gua banyak layan heavy metal, tapi boleh pulak layan black sebelum tidur...

Sunday, October 25, 2009

SATU ANTOLOGI TENTANG JANJI

i.

SEMALAM KITA KAHWIN

Akad nikah, makan beradap,pembatalan wuduk, juga semua sudah lepas.
Dan sekarang sudah tiba salam mula malam pertama.
Tapi, mak andam gemuk pendek tetap tak mahu pulang...
Datang pula ketua rewang tinggi buncit membasuh talam malam-malam...

ii.

CELAK COMOT DAN TEMBAKAU JAWA

Celak comot
Tak lagi begitu
Ada tapi tak diguna
Ditunggu hari menyorok air mata...

Tembakau jawa
Dibalut dengan harum daun
Dibakar hujung asap nipis mimpi disedut
Esok, lusa, tulat tapi hari ini hampir tamat...

iii.

PEREMPUAN CANTIK-CANTIK SEBENARNYA

Perempuan semua cantik-cantik
Bibir putik pinggul lentik
Perempuan cantik-cantik belaka
Riak kalis suara mata seakan berahsia
(Aku sedang terpegun dengan mereka
Bagaimana pun mereka bertanya
Aku tetap malu berkata 'Ya'...)

Perempuan cantik-cantik sebenarnya
Tapi sekarang aku cuma ada satu
Jadi tolong biarkan aku bersandar
di bahumu yang cantik...

Nota Kaki Berkuku Buruk: Aku dah janji...Tapi, aku tak cukup kuat, jadi tolong jangan pergi menjuih bibir...Aku positif tapi tak optimis...Mulai malam semalam, aku perlukan kamu, kamu perlu jadi dadah, dadah untuk janji aku...Kalau aku berjanji ITU,
aku mahu kamu berjanji INI...

Aku tahu kamu tak faham apa yang aku cakapkan di realiti. Aku tahu kamu tak paham apa yang aku tuliskan di sini. Tapi, aku tahu kamu tahu...

Lagu-Lagu Dadah Minggu ini: Wastin The Dawn (The 69 Eyes), Syurga Di Hujung Jarum (Sofea), It's All Tears (H.I.M), Radio Girl (Volbeat), Night On The Planet (My Proof), Dawnless Me (sins)...

Thursday, October 22, 2009

TIKA DULU

Model: Encek Halem sXe.
Jurufoto: Encek Saufy Pami
Jentera: Canon apa jadah entah aku tak ingat
Lokasi: Tasik Meromotik, Teluk Bahang

Dulu pernah kita masturbasi di celah kekalutan,
Jenuh kita menyepakterajang segala celaka,
Lelah membutuhburitkan amarah seribu dusta,
Tersembam tatkala ereksi ceria mula mencari dunia…

Dulu dunia memaling muka dari sekah percaya,
Membobrokkan kita selaku watak cerita,
Ampuh kita di sini tetap jua mencerai tawa,
Dari utara usia muda ke selatan mengira laba…

Dulu kita ke sana mencari bunga setia,
Berlari ke kaki pelangi mencari angkasa dosa,
Namun tiada kata seindah untuk merungkap semua,
kerana tetap tiada cemburu antara kita…

Dulu kita melancap satu permulaan untuk hari ini,
Beronani kita dengan obsesi mengejar mati,
Kerana tiada lagi apa-apa yang mampir menanti,
Kita tetap bersama pasti begini…


Model: Aku
Jurufoto: Encek Syafiq Suin
Jentera: Nikon apa jadah entah aku tak ingat
Lokasi: Pantai Kerachut, Teluk Bahang

Monday, October 19, 2009

ANTARA IRON BIRD DAN LES PAUL

Gua mula belajar bermusik sedari umur gua tiga belas tahun, terpengaruh amat dengan semua lagu dalam album After The Promise (FTG), Phenomistik (As Sahar), dan Forever In Time (Cromok). Dan sejak itulah gua percaya gua tak pernah punya bakat.

Dah banyak gitar yang gua pegang. Gitar pertama yang boleh mengikut rentak gua adalah Gitar Akustik Santa Cruise. Falcon pun gua pernah.

Tapi sekarang, rasa-rasanya gua ada dua gitar. Tak perlu dinyatakan apa jenamanya kerana bukan niat gua untuk mempromosi secara percuma. Satu darinya berbentuk Iron Bird. Seperti nama bentuknya, gitar ini memang ganas. Dan satu lagi, Les Paul. Juga seperti namanya, versatil dan evergreen.

Iron Bird. Gua senang amat scalling dengannya. Ia boleh mengikut semua rentak gua. Riff yang terlahir dari paduan kami liwat membuatkan gua rasakan gua setanding dengan semua panglima gitar dunia, walaupun sekadar dalam mimpi. Iron Bird selalu bersedia bila gua mahukan. Iron Bird kasar seperti gua. Iron Bird ganas amat.

Iron Bird tak pernah kisah macam mana layanan yang gua berikan. Diletak tertiarap, necknya dibawah, apa saja, Iron bird persetankan saja. Cuma satu yang gua kurang gemar. Walaupun memang hampir semua lagu yang gua mainkan berat, kelam, sedih, Iron Bird keluarkan cuma kurang sesuai untuk mainkan lagu yang mellow, ballad, dan gembira. TAPI, untuk metalhead, Iron Bird umpama pedang yang memancung semua kepala syaitan. Hahahak!!! Dan dengar cerita, Iron Bird gua sudah ada yang ringan-ringan mulut mahu pinjam walaupun tak pernah gua cakap Iron Bird ini milik gua.

Tapi kekadang, Iron Bird tak keluarkan apa yang gua mahu.

Les Paul. Benar, versatil tapi gua masih belum benar-benar dapat berlagak seperti dewa gitar. Les Paul nampak mahal, sensitif, bergaya, dan semua yang megah-megah Les Paul ada. Selalunya gua akan mainkan lagu-lagu yang mendamaikan, berentak mellow, dan tiada riff yang menggila bila bersama Les Paul. Gila lu, kalau rosak, menagis gua. Botak kepala gua nak dapatkan balik.

Les Paul buat gua rasa gua berbakat. Walaupun Les Paul tak pernah menjadi seperti yang gua mahu, tapi gua sudah semakin giat bersamanya untuk mendapatkan keserasian. Kebanyakan gitaris profesional akan ada keserasian dengan gitar mereka. Walaupun gua cuma amatur, gua tak pernah berputus harap.

Gua tak pernah putus harap untuk leading bersama Les Paul.

Kedua-duanya amat penting dalam pembentukan semula diri gua. Gua pernah nyatakan dulu untuk berhenti memetik gitar dan mahu fokus ke atas instrumen lain, iaitu drums. Tapi, gua cuma anak lemah, keteguhan hati gua yang kental kekadang tergugat juga.

p/s: Blog adalah medium untuk surakan apa yang kita mahu yang tidak dapat dari media massa biasa...Cuma, kekadang apa yang lahir darinya akan disalah tafsir...Itu perkara normal, dan gua memang suka orang salah faham apa yang gua tulis...Keunikan mainan perkataan adalah atas kebijaksanaan penulis...Gua tak berbakat, tapi gua tetap mencuba...

Sunday, October 18, 2009

RINDU AKU SAMA AWAN

Dah lama kiranya gua tidak bermadah sulaman nanah, berselingkuh bersama jari-jemari liar, mencarut bersembur apa yang gua mahu, dan juga memalit cirit dunia dalam Diaridosa.

Gua cuma kesiangan melewati mimpi yang terekstrak untuk lari dari malam seribu penipuan. Gua cuma kepenatan setelah lama mengayak klimaks pancutan mazi dan mani hidup yang tidak bisa gua ramalkan apa kesudahannya. Gua cuma insan lemah yang tersembam setelah ereksi kemegahan helaan nafas remaja layu tak bertenaga.

Sibuk amat semester ini. Klimaksnya adalah bulan ini.

Ada satu minggu yang penuh agenda, serentak. Jamuan makan hari raya di rumah Cek Awatif teman sekelas. Dinner untuk Transportation Society. Barbeque bebudak kelas D5T2. Open house rumah Pn. Azmawati (gua tak jadi pergi, tapi gua pergi main layang-layang dengan Tuan Putri...Hee...), Jamuan Mari Menterkedarah Kabaret Muda-Mudi di Rumah Papan Gemereh.

Ada satu minggu yang penuh dengan presentation yang menggila, tiga test sekaligus, dan kuiz yang mendesak. Penat ngok...

Dan antara benda paling jujur yang pernah gua buat dalam hidup gua adalah DIARIDOSA. jadi gua tak akan tinggalkan dosa-dosa gua...

Tapi, ada juga dadah untuk gua senyum. Terima kasih....

Nota Kaki Busuk Sebab Tak Pakai Stokin: Lagu-lagu peneman jiwa gua bulan ini...Still Loving You (Versi Sonata Artica...Tapi gua lagi 'gila' dengar versi Scorpion...Tiga tahun gua langsung tak boleh dengar lagu ni, lagu paling sakit bagi gua...Kredit untuk 'kamu'...), Guitar Gangsters And Cadillac Bloods (Volbeat), Fuck The Police (Sodom), Too Old To Cold (Dark Throne), dan Helo Helo Sayang (R.Azmi).

Saturday, October 3, 2009

MUNGKIN SEKADAR REPLIKA

i.

Metafora kepercayaan,
Hiperbola kecurigaan,
Simile pembohongan,
Monolog sendirian...
(Semua orang lalu menjauh..)


ii.

Anjing pulang gonggong tulang,
Anjing pulang petang-petang,
Anjing pulang gonggong tulang,
Pulang petang tulang hilang...
(Jangan jilat kudis gua, lu kan LELAKI...)


iii.

Lukisan bercat separa hitam itu menamparku,
Dimakinya dia, "Kenapa aku diciptakan?!",
Kaget aku dihambur sedemikian rupa,
Ditenangkan aku, "cuma mahu mencantikkan,",
Kumat-kamit mulutnya entah apa yang dicarutkan,
Butirnya begini, "kau kena faham aku ini lukisan,",
Kecil hati sundal aku diperlaku begitu,
Lalu berbisiklah aku, "jadi, cuba fahamkan aku, sayang...".
(Boleh belikan gua 'kanvas' lukisan...?)

Nota Kaki Melecet : Tiga cerita, berbeza siratannya...Eyh, tadi gua ada modul untuk pelajar bahagian lima...Ceh, macam nak suruh gua jadi patung voodoo ja...TAPI, ada benda yang buat gua semangat! Selalunya, biasalah kalau ada minah pakai kasut Vans, kan...TAPI, minah ni pakai Vans yang Slayer Edition, lalu depan gua..Perght, lu tau tak tu kasut idaman gua?!!!! Gua rasa macam nak bentes ja kaki lu, lepas tu curi kasut lu, lepas tu gila babi metal lar gua!!! Nasib baek gua jenis yang sopan-santun...Yang bestnya, gua rasa minah (gua tak kenal pun pompuan tu, pernah pulak gua ambil port...) tu sorang ja yang pakai kasut tu kat kampus ni, siap pakai baju kurung lagi...Bebudak lelaki lain yang berlagak metal pun tak pakai...ARGHT!!!

Gua rindu kalian... Pali, dah lama kita tak makan menu kesukaan lu kan, laksa...? Angah, gua rasa macam nak ajak lu lawan punch ja dengan gua sekarang, ranking gua lu tak beat lagi, kan...? Syammen, ada info baru pasal secret society tak? Rasa macam nak lawan debat ngan lu lar...Dah lama kan kita berempat tak lepak sekali? Nak jamm lagu Mengarca Hiba dengan kalian...Nak bergadoh berebut nak tengok movie masa beli tiket wayang...Nak makan sotong kangkong dengan kalian...Nak karaoke lagu Gerak-Gerak Khas, Langsuir Liar (Rusty Blade...Ni Lagu gua, yang lain diam!!!), Dajal (BPR...Lagu wajib Angah.), Black Night (Deep Purple...Syammen, ur turn!!!), Can't Help You Falling In Love (Elvis Presley), Menaruh Harapan (Zaiton Sameon...Pali, betul lu nyanyi sedap...) dengan kalian...Gua betul-betul lost ni, kalian...

lagu-lagu penenang gua minggu ini : Devil Or The Blue Cat's Song (Volbeat...Gua minat gila Volbeat sekarang!!!), Jan Doe (Within Temptation), Hollow Heart (To/Die/For), There For You (Damien Jr. Gong...Reggae...), Blurry (Puddle Of Mud...Lagu ini saja, ok...)...Dah tak metal dah...Macam biasa, gua kurang sikit dengar lagu-lagu radio...

Tuesday, September 29, 2009

KRONOLOGI PELANGI TRANSAKSI MIMPI

Kompas berformat masa depan, jam pasir berpenggera, dan peta topografi bervisual 3D...

Terima kasih Tuhan untuk kopi latte penantian dan sundae senyuman...

*******************

12 March 2009
Di tengah medan admin
Mimpi/Ilusi/Dia
Tapi, harap-harap kamu faham lagu-lagu itu
Terima kasih Sofia, aku memang tak berkeyakinan tinggi

2nd April 2009
Gerai no.13, air kelapa
Nampak kamu dan Nadia
Aku berdiri pegun terpana
Terima kasih, Minggu Keagungan Islam

3rd April 2009
Gerai no.16, soto
Minggu Keagungan Islam
Kamu dibelakang aku dan aku tak perasan langsung
BODOH GILA AKU!!!
-At least u said-

7th April 2009
Dari Maxis Ke Celcom
-Maaf & Terima Kasih-

13th April 2009
Di bawah tekanan
Siapkan 'Lost'
Memang aku terjemahkan perasan aku melalui lukisan itu
Kamu tahu, aku tak akan minta untuk disukai kamu...
Cuma mahu kamu tahu, AKU SUKA KAMU

18th April 2009
Admin, depan HEA
1st time, bertentangan
-Hadiahkan 'Lost'-
Sangat takut, menggeletar nak bercakap

19th April 2009
Aku janji
Kamu cakap kamu cepat bosan, degil, banyak teruk dari ok,
Dan benar, aku tak pernah ambil pusing semua tu
-Tak akan bosan-
-Tak akan give up-

23rd April 2009
Uptown, Aida belanja makan
-Nampak kamu senyum walaupun bukan untuk aku-

12th June 2009
Aku buang SEMUA
Lost lagi...
Lemah betul aku...

3rd July 2009
I dun noe, BUT
I MISS U SO BADLY!!!
-No Messages Or Calls?-

6th July 2009
Depan restoran yg melarang pelanggannya merokok
Oppie said u do luv me,
AS A FRIEND

5th August 2009
Orght...Expectation...
Tolong, kalau kamu masih bercerita tentang ia,
aku semakin lemah, tahu...

15TH aUGUST 2009
-Kata Hati-
Heh, terima kasih
Tapi, bolehkah aku meneandingi YANG DULU?

18th August 2009
Aku dengan beraninya katakan aku mampu meandingi yang dulu
Kamu pinta aku bersabar
Orght...

17th Sept 2009
Depan SMK
Betul aku dah lost amat,
Aku katakan,
"...Sorry, dah give up..."
Kamu pula,
"...Tunggu la...Sikit je lagi..."
Jadi, aku tetap TUNGGU...Yearght!
Kamu nanges? Erm, aku memang teruk...

23rd Sept 2009
Nak cakap sumthin?
Cakap saja, aku tetap ada...

25th Sept 2009
-Tengahhari, pinjam fon Halem sXe-
Burfday wish yg lambat, tapi unik,
Dari tengah Taman Negara Pulau Pinang, Hahahak!
Maaf sebab tak dapat buat apa-apa yg hebat...

-Malam hari, antara sempadan malam dan pagi-
Huh??!! Serius ni...?
"...Sebab dah start sayangkan Asyraf lah..."
Boleh ulang skali lagi.........Sekali lagiiii...
Teruja gila macam nak menari chacha sampai koma, Angah 80s Rawk saksi...
So, dah ready nak jadi pasangan paling rawk n roll...?Hee...

26th Sept 2009
"...Kita make it official on sunday eh?
Br best skit. Hehe...."
Boleh, boleh...
Sapa yg bagi cadangan?Kamu...Sapa yg decide? Aku...Kan...?

27th Sept 2009
1st date, depan rumah papan Gemereh...
Kamu cantik amat, betul...
Jadi, 27th lah yg dipilih, kan...?
Maaf, sekali lagi tak sempat nak prepare apa-apa utk
jadikan ia memoriable...

28th Sept 2009
-12 tengahari, Uptown-
1st lunch, bersama Nadia dan Jehan...
Maaf, aku sangat pasif...
Betul, aku kekok amat...Haish...
Maaf...

-6 petang, depan Admin-
Betul aku tak tipu...
Aku rasa sangat-sangat rendah diri...
Dan ini kali terakhir aku tanyakan,
"...betul-betul buat keputusan ni..."
Dan sekali lagi kamu katakan,
"...Betul...Macam main-main ke...?..."
Dari dulu aku rasa rendah diri, itu sebab aku bersikap tidak menekan...
Tapi, kita dah MULAKAN semula...Kan?

"...Hai, nama saya Asyraf...Kamu?..."
"...Hee, saya Hazie..."


*************************

Nota Kaki Bertemu Kaki : Kira-kira tiga tahun aku jauh dari bunga-bunga.Selepas aku dibuang, dulu.Aku bukan jauh, tapi menjauh. Aku dah tak pedulikan penjagaan peribadi, aku semakin tak terurus. Yang aku tahu cuma , JUST FKING METAL!!! Pernah tengok aku berbual mesra sewenang-wenangnya dengan kaum Hawa? TIDAK!

Tapi, pertama kali aku terpandang kamu, walaupun cuma dari sisi belakang,sewaktu bersama teman-teman kolej melepak di uptown malam hari, dulu, masa part 2, aku rasa aku patut cabar diri aku untuk MATI sekali lagi. Dan dua tahun aku tak pernah bosan mencuri pandang kamu...

Aku tak ada apa-apa. Tak kacak. Tak beraset. Botak. Tak punya wang. Tak stylo. Busuk. Muka ketat. Kurus. Perangai macam dirasuk wali syaitan gila. Kasar. Dan memang tak ada apa-apa untuk aku janjikan...


Mak pernah cakap,
"Semakin besar, semakin jauh anak-anak dari mak..."
Aku jawab,
"Sebab tu abangah tak bawak balik menantu utk mak...Hahahak!"
Mak mematikan,
"Heh, abangah akan sampai jugak satu frasa utk bersama 'yg lain'..."

Pali pernah cakap,
"Apa yang hang cari dalam hidup ni...?"
Aku jawab,
"Tak dak apa lagi kot...Sebab aku dah ada dua syurga..."
Pali mematikan,
"Erm, tak...Nanti hang akan jatuh depan syurga 'ke-3'..."

Angah pernah cakap,
"Awat ni...? Muka cengkerek semacam ja...
Selalu hang yg paling parpoo..."
Aku jawab,
"Aku takut nanti komitmen aku kat family ngan hang, Pali, Syammen
akan kurang..."
Angah mematikan,
"Hang selalu cakap pasal KEPERCAYAAN...So, kalau hang percayakan
kami, hang patut kurangkan KOMITMEN utk kami...Paham???"

Aida pernah cakap,
"Dah nak dapat, kenapa nak buang..."
Aku jawab,
"Dia boleh dapat lagi bagus dari aku..."
Aida mematikan,
"Dua tahun boleh tunggu, tak kan hari ni nak give up?"

Jablon pernah cakap,
"Kau kena pikir jauh, benda macam ni kalau kau boleh bagi,
dia patut boleh terima..."
Aku jawab,
"Aku rasa kekok gila..."
Jablon mematikan,
"Kau kena paham, kalau kau kekok, mungkin dia pun kekok...
Kau tak pernah nak cerita, tapi aku tau kau dah lama kan tak 'bersama',
maybe dia pun sama..."

Untuk sekali lagi, aku pinta agar kita CUBA untuk jadi yg paling segalanya. Aku tak minta kamu gapai langit kelam aku. Aku tak minta kamu peluk erat bumi hitam aku. Aku tak minta kamu hembuskan kipas masa untuk berpusing. Aku tak minta apa-apa, betul. Cuma satu, aku mahu kamu ada untuk aku percaya.

Arght, senang cakap AKU TAK MAU HILANG KAMU, HAZIE...!!!!

Erm, kamu gadis pertama yang buat aku rasa macam ni...
Aku sangat-sangat rasa rendah diri...
Dan aku berusaha untuk tinggi...

Kamu cakap kamu suka pantai? Kamu cakap mahu dengar bunyi gitar?
Aku sedang merancang sesuatu...Tunggu eyk...Eyk...Eyk...
Tak tau jadi ka tak, tapi, pis rok n roll!!!!

p/s : Nak tengok gambar...? Hahahak! Tu kena tanya Hazie la...
Aku baru balik berkhemah... Jadi tona kulit jadi tak sekata
jerawat banyak nak mampos!!!Hahahak!!!

SETIAP RUANG YANG MAHA SEGALA

Hari raya ke-5, beraya di hutan. Masuk berkhemah untuk menemani tiga photographer mencari sunset series dan sunrise series. Abang aku; Sopi, Syafiq Suin, dan Halem sXe merakamkan setiap sudut ruang Taman Negara Pulau Pinang. Dari kaki bukit hingga ke dalam, Pantai Kerachut (ssangat jauh tapi cantik amat...). Aku dan Aiman sebagai peneman. Seronok dong...!



Kalau aku curi Canon apa jenis entah abnag aku punya, Nikon Syafiq pun apa jenis aku tak tahu, Nikon Halem yang juga aku tak tahu apa jenis tu, rasa-rasanya aku boleh beli Gibson Les Paul ataupun Iron Bird lima...Terima kasih kepada Abang aku dan Syafiq yang banyak memberi tunjuk ajar teknik sebenar merakamkan sesuatu...Dah pandai seket pegang SLR...Gambar atas sekali tu aku yang tangkap...hahahak!!!

ESTETIKANYA RUMAH PAPAN GEMEREH

Dedikasi untuk Anak-anak yatim Rumah Gemereh

"Su, aku maybe berhenti...Tapi aku sambung balik...Jumpak kat sana...", Pap datang dan berkata demikian.

"Tisu, nak ikut aku pergi Tioman? Tapi kena habiskan belajar kau dulu..." Kechix.

Aku pun tak tahu. Walaupun aku selalu tidur, lepak bilik, layan lagu, melukis, tidur lagi, jarang keluar bilik, tapi rumah Papan Gemereh ajar aku banyak benda.

Pap antara orang yang selalu dapat perasan aku stress, terima kasih. Kechix selalu ajar aku ilmu dunia dan ilmu akhirat, terima kasih. Panjang dan Mala, terima kasih.Aku belajar macam-macam di sini. Sangat-sangat berterima kasih.

Aku selalu berebut tandas dengan Pap. Aku selalu layan reggae kat komputer Kechix. Aku selalu tumpang makanan Mala. Selalu tengok Pap lari bogel sambil jerit-jerit dari tandas ke bilik. Selalu tengok Kechix bagi makan 'adik-adik' kat luar. Bulan puasa selalu bakar mercun dan baling dalam tandas masa Mala berak. Macam-macam larght!!!Aku selalu susahkan mereka.

Masak air depan rumah dengan ungun api. Goreng dan makan belalang. Joget lambak beramai-ramai sambil layan reggae dan lgu raya. Macam-macam lagi larght!!!

Tapi, semester depan rumah tua meriah ini mungkin sunyi...

Saturday, September 19, 2009

JIKA, MAKA (MANIFESTASI SATU KERINDUAN)

Jika benar HARAPAN itu relevan untuk disenyawakan,
Maka hadiahkanlah aku satu lagi JAM PASIR berserta SENYUMAN berahi...

Jika aku BERHENTI dari terus bercumbu mesra bersama bibir lidah syurga,
Dadahkanlah aku agar aku BANGUN mengayak klimaks semula di jamban neraka...

Dan jika benar aku hanyut dalam OBSESI songsang tak berpenghujung bersempadan,
Maka tolonglah percaya bahawa aku sedang beronani dengan KESETIAAN...

Juga jika aku yang BERSALAH atas segala kekasaran tatkala bersetubuh dunia,
Maka biarkanlah aku masturbasi KEMAAFAN setiap dari kalian...

Nota Kaki Di Pagi Sebelum Aidilfitri : Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua...Kalau gua salah, maaf berdarah gua calitkan...Kalau lu yang salah (salah kecik...), kosongkosong lar...Tp, gua memang ortodoks, gua memang PENDENDAM dari dulu lagi...Jadi kepada individu-individu yg tak dapat gua maafkan, harap DIA samaratakan kita di sana...

Kepada keluarga gua terutamanya Puan Naterah Binti Marzuki (abangah rasa, abangah masih hidup sampai hari ini, kerana mak...betul...), En. Mohd Pami Bin Ahmad (abangah tak tau apa yang menjauhkan, tapi abah tetap ABAH kepada kami semua...), tok, Abang Sopi, adik-adik gua (Fatin, Ammar, Wafi, Auni, Laila...Gua abang yg rawk, kan?)...Kalianlah nafas gua...Kalau tak, dah lama gua mati...

Kepada SAHABAT gua, Encek Pali ex-Deathmetaller, Encek Angah 80sRawk, Encek Syammen Grinder...Gua tak dak salah ngan lu semua, lu yg salah ngan gua...Hahahak! Kalianlah dadah aku...Aku bernafas kerana kalianlah pemangkin, dadah istimewa...Untuk semua hari yang kita sodom bersama, kita telah bersama meludah gerbang syurga, kan...?

My Bloody buddies, kawan rapat gua yakni Encek Bal dan Encek Syafiq Taek, lu dua dah banyak mewarnai hari-hari gua...Untuk semua yang kita bina dari zaman sekolah sampai hari ini, maaf kalau gua pernah melancap hina di muka perhubungan kita...Gua tau, lu suka peluk gua sebab gua kurus lemah kan...Hahahak!!!

Bebudak Rumah Papan Gemereh iaitu Encek Kechix dan Encek Pap juga Encek Mala...Terima kaseh...Selamat hari Raya, bro-broku..Hari terakhir sebelum pulang beraya, Kechix selalu cakap, "Kesiankan kita ni, anak-anak yatim Rumah papan Gemereh..."...Hahahak!!!Gua tak tau macam mana nak lepak sem depan ni...Kepada yg berkata aku adalah bestfren kalian (Bebudak kampus...), Encek Pulai Afro, Encek Pucha, Cek Aida, dan semua yg kenal gua yang busuk ni, Maaf amat...Gua tak pernah jadi kawan yg baik kan...

Kepada bebudak yang setiap tahun jadikan rumah gua Port Raya (Terutamanya bebudak Western Pantai...Encek Pecon, Encek Kapot, Encek Mat Secret, Encek Pak yat, Encek Abed, etc...).. Cek Alia 'Marka lama mana Bleh Lupa'...

Juga kepada kejap 'Kamu', kejap 'Awak', kejap 'H****'...Hahahak!!!
Dah hampir give up tau, tapi bila tengok muka kamu, terus kuat balik macam Keluangman...So, 'TUNGGU' akan berterusan sehingga Enamratusenampuluhenam tahun lagi...Hahahak!!! Maaf banyak-banyak untuk 'hari-hari'...

Kepada semua-semualah!!!

Selamat Hari Raya dan Selamat Menyembah Hina Kemaafan...
Gua anak hina banyak dosa...
Jadi, maafkanlah segala salah buruk gua...

p/s : Orght...Gua tengah teruja amat neh...
Rasa macam bebudak sekolah beratur tunggu
giliran naik bas pulak...ni gua tengah kemas rumah,
mak gua bising pagi tadi, pra-hari raya...

Monday, September 14, 2009

ANTARA NAFIRI DAN BINGKISAN SEPI

i.
Di toko sempit jauh dari selatan jiwa,
Tersudut terperosok hati lusuh berdosa,
Dia ditempatkan untuk menimbangtara dunia,
Dibiarkan untuk belajar melancap tua,
Agar melodi nafiri syurga terusan terkesima,
Dibiarkan juga untuk menyepakterajangkan mahkota raja singa,
Dibiarkan meludah dewa-dewi angkasa berbingkiskan sepi tak berpurnama…

ii.
Tawarikh berganti terberak dia menahan segala,
Sakit, sunyi, depresi juga semua najis ditelan jua,
Dia tak punya apa cuma semangat mahu meredah gerbang neraka,
Semakin lama berdansa dia tahu tiada tari tiada irama,
Benarkan saja dia mati disula jika tak bisa menahan kutukan angkasa,
Kerana siapa dia untuk berhenti sedangkan masa sudah mampir tiba…

iii.
Dia masih ketawa walau semuanya hanya pura-pura,
Hari ini dia tahu jika tersedu dia hanya membutuhburitkan mereka,
Dia masih mencuba bersekutu bersama ujian juga bencana,
Masih tak putus nyanyinya menyeru cahaya,
Tak putus juga percaya dia ada apa yang Pelacur Tua pinta,
Pelacur Tua yang tersengih melihat dia goyah kekadang diponggah wali syaitan muda,
Ya, dia hampir mati jika berputus melodi asa…

iv.
Walau tak mampu lagi bersetubuh nafas dan gerak setia,
Walau semakin jauh dari muka-muka nan sempurna,
Walau tak terlihat dua destinasi yang dulu dekat memeluknya,
Walau tak terhasil apa yang diusahakan masih dicuba,
Walau jauh dari bunga-bunga diikat tak tahu apa simpul diguna,
Dia tetap cuba mempersetankan itu semua walau duka tak berpaling tiba…

v.
Jangan kau berhenti selagi tiada pelangi menyulam ceria,
Jangan pula kembali jika pergi bersama sesalan yang seketika,
Jangan kau berkata jangan kerana itu bukan jawapan untuk berpaling hala,
Kau pernah berjanji tak akan mudah dipijak dilenyek dunia,
Kau akan kembali ketawa seperti mana diri kau yang lama,
Kau akan ketawa, ketawa, dan terus ketawa,
Kerana kau tahu harga antara nafiri dan bingkisan sepi nan setia…

Nota Kaki Terpijak Tahi Sendiri: Gua rasa ‘lu’ sama dengan gua…Dan rangkaian perkataan di atas memang didedikasikan untuk ‘lu’…Semoga cepat sembuh wahai Si Celaka…Bukan ‘lu’ saja yang menderita…Ramai lagi di sana yang tercerai tawa…’Lu’ yang ajar gua, “Life sucks…So, just fuckin Rawk N Roll!”…Jadi, bangun…

Gua cuba hilangkan tekanan bulan ini dengan melayan ; Grind Bastard (Benidiction), Smear Campaign (Napalm Death), Cowboys From Hell ( Pantera), Tomb Of The Mutilated (Cannibal Corpe), Overcome (All That Remains), Perverse Recollections Of A Necromangler (Walking The Caldevar), dan semestinya All Eternity (To/Die/For). Lagu peneman lelap, gua tak bosan-bosan dengar Lucky Man (Mocca). Mungkin ‘lu’ boleh cuba…

Mari...Cuba 'kau' pulak ikut tari aku...
Kalau benar kau TAK BERHATI...Berani...? Aku tak kisah...

Friday, September 11, 2009

SUATU HARI NANTI,MUNGKIN

Untuk semua yang terliwat. Segala cereka yang dipaut erat. Ekspresi kalis bersenggama songsang yang terekstrak. Aku TERSEDAR sekarang.

Dunia bukan untuk marhain busuk seperti aku. Dunia tak perlu langsung membuka peluang untuk si laba hina seperti aku. Dunia tak perlukan sang CELAKA, seperti aku.

Penat sudah menterjemahkan mimpi dari gerak gaya. Semakin rabun tenung jarum jam. Ponggah sudah kepercayaan yang cuba dibenihkan.

Aku bukan orang yang baik untuk kalian.
AKu bukan ANAK yang baik.
Aku bukan KAWAN yang baik.
Aku bukan TEMAN SELUDAH yang baik.
Aku bukan YANG TERBAIK.

Tapi, untuk sekian kalinya, aku pohon satu lagi harapan. SUATU HARI NANTI, mungkin...Kepada sesiapa yang masih PERCAYA akan satu keajaiban, aku rayu agar terus bertahan.

'Institutionalized', frasa tepat untuk aku sekarang...Budak Botak Busuk Hina ini rayu agar KALIAN terus tahan menari...

Kalau mahu pergi juga, itu tak mengapa kerana aku sendiri tidak pernah cuba untuk MENGERTI kalian...

Maaf dan terima kasih.

Life sucks...
Betul...
So,
RAWK N ROLL...

Saturday, September 5, 2009

MENCARI 'SI BODOH' SUNDAL

Walaupun acap kali terlintas di benak kiam ponggah anak hina ini yang ditimbuni sampah juga masalah, telah bernanah mungkin, terus-terusan berkata, "Lu tu dah la huduh, tak dak duet, busuk, tak berbakat plak tu...Ada hati nak mencanting mimpi...F**k U plus butoh ang!!!", Aku masih istiqhomah bermain dengan warna-warni realiti agar aku mampu ampuh berdiri dan berlari dalam dunia fantasi yang hanya aku selaku menteri, veto di kaki....Aku masih melukis... Yearght, masih 'melukis'...

Semester ini, aku selalu melangut bintang merenung bulan memikirkan apa yang aku akan siratkan, apa yang akan aku abstrakkan...Dan semeter ini juga aku betul-betul cuba lari dari realiti...Nahunya, aku cuma anak hina...Masih tak mampu menari selari dengan hari...Aku juga sudah lama tak bermusik (Eyh, cuma baru-baru ini gua pegang instrument balik, GUA DAH ADA ANAK MURID...Cek Lily, gua support lu...Yearght!!!), hasil tulisan pun sudah pincang...Cuma lukisan-lukisan yang terhasil inilah sebagai medium penceritaan hari-hari yang aku liwat...

Empat lukisan sebenarnya yang telah siap, tapi cuma tiga darinya aku palitkan dulu...Yang satu lagi boleh dikatakan sebagai 'masterpierce' (walaupun bengong...), hadiah kepada seorang kawan, jadi nantilah kiranya aku palitkan...

Jadi, mari MENCARI 'SI BODOH' SUNDAL...

Tajuk : The Wrath Of Thy Unholy Sperms
Yang Tersurat : Bilakah tari hidup kita bermula?
Yang Tersirat : Dunia bukan untuk mencari KESEMPURNAAN

Tajuk : Aku Canting Hutan
Yang Tersurat : Dunia Hilang Kelestarian
Yang Tersirat : Kekadang, manusia tak BEROTAK

Tajuk : Catastrophic
Yang Tersurat : Keceramukan antara minda dan jiwa
Yang Tersirat : This wait is eternal...Samada aku atau KAU yang menoktahkan masa...

Terima kasih amat kepada Bebudak Rumah Papan Gemereh yang tak kisah aku comotkan bilik, bagi sokongan...Benar, kalau kalian benci aku sekalipun, aku tetap TIDAK AKAN SESEKALI BENCIKAN KALIAN...Gua suka Encek Kechix dan Encek Pap...Terima kasih...Auw...

p/s : Satu lagi lukisan bertajuk Dia Ada Di Celah Kecelaruan...
Itu hadiah sempena hari kelahiran kawan gua, Budak Gemuk
Perasan Kurus Dan Comey...Hahahak! Itu nantilah gua palitkan...