Friday, November 27, 2009

JARUM JAM SUDAH LEMAH

Perhatikan jarum jam yang berdetik tanpa lelah memonggah setiap rasa yang dilancapkan,
Nahunya, sudah terlalu lama untuk berserah.
Perhatikan jarum jam yang masih berdetik pasrah menongkah satu penantian yang diliwatkan,
Natijahnya serupa, terlalu tua untuk menadah.
Sekali lagi perhatikan jarum jam tadi yang sudah lemah meneruskan kelestarian yang dibobrokkan,
Hingga kesudah dimainkan tanpa rasa bersalah…

Taklah, dia cakap dia ada...
Erm, aku memang orang yang berfikiran songsang...

POSTUR MUKAMU DALAM POSTER KISS

Jika umurku panjang, hatiku tenang, tuhan sayang,
aku hadiahkan poster KISS kesayangan bersama postur mukamu,
agar kau kenang saat kau bilang aku tak menghargai kawan,
yang kini kau tewas dalam permainan perhubungan sebenar...
Kawan, KISS stands for knight's in satan service!!!

Dulu kau bilang aku mati, terimakasih...
Tapi, sekarang siapa yang benar-benar mati...

Masih ingat saat kita melaung gila dari dalam hala ke luar jendela?
Setahun setengah yang terhakis...

INTIHA SEMESTER KE-5


Rasanya, dari awalan lagi sejak kaki lemah ini mula mengalaskan tanah di sana sebagai sandaran, aku mula hidup dalam keadaan seakan-akan banduan. Aku persetankan segalanya.

Tapi, kini sudah hampir dua tahun setengah aku di sana, sudah tamat semester kelima pengajianku, mula adanya bibit-bibit nikmat seperti mana pelajar lain rasakan. Aku pun tak tahu kenapa benci sangat aku dengannya, tapi itulah...Kekadang masa dan persekitaran boleh merubah segalanya.

Aku masih dalam pencarian mencari diri sendiri. Aku masih terusan belajar walaupun pernah jua hampir rebah. Aku masih berusaha memesongkan corak pemikiran songsang aku ke arah yang lebih segar. Aku berusaha utuk mempercayai orang. Aku berusaha untuk tidak memendam.Aku berusaha membuang segala terjahan negatif minda aku sendiri. Masih belum di mahameru, tapi rasanya banyak yang aku pelajari.

Terimakasih kepada semua yang pernah tersenyum bersama walaupun aku sukar untuk melemparkan senyuman kembali. Termakasih.

Semester ini telah tamat. Moga ada keajaiban...

P/S : Gua memang bermasalah...Tapi yang masih bertahan,terimakasih

Thursday, November 26, 2009

SEMUA YANG TERKEBELAKANG

Aku takut amat untuk bersemuka dengan HARI MUKA.
Kerana SEMALAM aku tertidur dengan mimpi yang bobrok.
Dan HARI INI mungkin aku telah terjaga kerana sudah tua...

Bukan masalah kewangan...
Bukan juga masalah perhubungan...
Bukan masalah pelajaran...
Bukan masalah cinta sekarang...
Bukan masalah permanasan global,
poliTAIK, racist, fasist, etc...

Tapi ia berkenaan soal itu dan soal ini tentang diri sendiri.
Ia meliputi semua kelestarian yang aku butuhburitkan.
Yang dikaburi oleh katarek perjuangan minoriti sesat.
Dikontribusikan oleh senyuman dari dusta dunia.

Aku nak berhenti dari berfikir tentang apa yang aku rumitkan.

Berapakah nilai satu kematian?
Aku rasa aku dah hampir tahu berapa nilainya untuk aku...

AKU MAHU HIDUP KEMBALI.
Dah lama rasanya aku mati... :)

Carta Penenang Jiwa: Aku dah kurang dengan irama kelam yang dah jadi separuh dari aku kebelakangan ni..Aku dah tak metal la cenggitu...Inilah sebahagian dari lagu-lagu kegemaran aku kebelakangan ini: Finding Home (Saosins), Fuck The System (Against All Authority), Kawan (Plague Of Happiness), Tomorrow Belongs To Us (The Casualties), Cinta Adalah Kebodohan (Marjinal), Moon Hail Mint (Nevertheless), dan lagu Nidji baru tu, apa nyah (Aku nak jatuh cinta dengan Giring, boleh?)...

Friday, November 20, 2009

TAMATNYA PERENGGAN KE-5

Jika penulisnya telah mati, nisankan dia dengan perenggannya...

Lewat. Lewat aku di sini untuk memalitkan apa yang aku mahu palitkan. Tapi ia tidaklah selewat mana.

Tamat. Ia sudah tamat. Bukan! Ia cuma hampir tamat. Sekali lagi aku bilang, HAMPIR TAMAT.

Episod tawa, ceria, girang, berpaksi cahaya, pelangi harapan dan segala nikmat remaja untuk frasa ini sudah tamat.

Babak celaka, dusta, sengsara sengketa, nerakahina, syurgalara dan semua tirai kelam untuk semester ini sudah tamat.

Aku sebenarnya masih beronani dengan persekitaran. Walaupun ejakulasi sebenar yang menunjukkan siapa aku belum klimaks setegangnya.

Semester ini aku banyak anugerah yang aku terima dari Yang maha Segala. Dan kebanyakannya berkenaan Hablumminnallah dan Hablumminnannas.

Benar, aku punya banyak cacat cela. Dan salah satunya, aku sangat sukar mempercayai sesiapa.

Masih jauh untuk aku mendefinisikan kehidupan sebagai mercu perjuangan. Tapi terima kasih kepada semua yang bersama dengan si celaka ini samada benar mahupun bermuka-muka. Tidak mengapa, aku tetap akan jadikan semuanya sebagai separuh dari memori kiri aku.

Terima kasih kepada semua yang bersama. Sejak dari hari pertama aku pijakkan kaki ke tanah itu, aku tak pernah rindukannya. Tapi sekarang aku mula ada sedikit perasaan itu...

Semester ke-5 telah tamat...

p/s : laptop gua rosak, baru hantar kedai...
Jadi, banyak gambar tak dapat di palitkan...

Monday, November 9, 2009

SARI BERITA UTAMA (KOMA)

Sekadar gambar hiasan
(Tapi memang adik-adik gua comel, kan)

Segamat, November 9 : Penulis blog ini sekali dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dihadapan komputer riba miliknya yang masih aktif memutarkan lagu Forgiveness Only Gives You A second Chance For You To Crusade dendangan Rhino Charge sebelum beliau menghilangkan diri.

Hasil soal siasat ke atas saksi berhampiran, Encik Kumareselvam, penjual air buah-buahan secara kecil-kecilan, penulis blog ini telah melakukan banyak perkara aneh beberapa hari sebelum. Beliau dikatakan pergi berjoli bersama teman-temannya dan menghadapi hari-hari yang agak menyeronokkan.

Menurut Inspektor Nassert, motif kehilangan beliau masih dalam kesamaran dan pihak berkuasa masih giat menjalankan penyiasatan. Kes ini disiasat di bawah seksyen 2 (a) dibawah akta Contracts Act 1950. Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat boleh disalurkan ke balai polis berhampiran dan cabutan bertuah menanti anda.

Selain dari itu, hasil kajian yang dilakukan keatas orang ramai menunjukkan bahawa prestasi skuad bola sepak kebangsaan amat memalukan bukan disebabkan rasuah tapi kerana mereka lebih suka menuding jari ditambah dengan sifat dengki.

Wednesday, November 4, 2009

MENSTRUASI SEORANG LELAKI

Sedang matahari mula untuk tersenyum meraikan kedatangan musim bunga yang sengaja dirahsiakan,
Menstruasi seorang lelaki membuatkan hati kecilnya terguris...
Aku menstruasi,
Aku lelaki,
Aku berkecil hati...

Jadi, aku mohon maaf wahai duyung...

Nota Kaki Keluar Tandas : Menstruasi atau nama lainnya adalah datang bulan atau haid...Dan sekarang kondisi emosi gua kembali tak stabil...Apa, kalian fikir hanya kaum Hawa yang mengalami depresi di saat menstruasi? Lelaki pun ada datangnya bulan...

Gua tak mintak itu ini, cuma mahu katakan gua cuma anak kecil yang asik merengek tak berbunyi...Jadi, tahukan apa yang anak kecil mahukan...?

Gua rasa gua ni langsung tak berguna...Betul...

Musim peperiksaan akhir semester sekarang...Gua revisi, tak berhenti...Walaupun nasib macam membutuhburitkan gua, gua masih revisi...Sebabnya, dengan revisi sambil layan irama-irama gelap (dah layan Flight 666? Power babi!!!) buat aku lupa seketika dengan segala masalah...

Lagu-lagu Sedih Minggu ini : Carta teratas masih milik Volbeat dengan lagunya Radio Girl (err, Lagu ni gua buat ringtone untuk 'dia'...Sebab tu carta teratas...Hahahak!!!) tapi sedang dikejar hebat oleh Wolf dengan lagunya Genocide...Tangga ketiga carta dipegang oleh Helloween dengan lagunya I Want Out diikuti oleh Pure Hollocaust oleh Immortal...

Perght, macam mana Immortal boleh sesat daa...Minggu ni gua banyak layan heavy metal, tapi boleh pulak layan black sebelum tidur...