Tuesday, July 28, 2009

SEHARI BERSAMA MALAM

Tak jadi ke Langkawi, kami pusing Kedah!!!

Gua suka p Tanjung Wire @ Tanjung Dawai, boleh borong banyak ikan kering...Yearght!!!Aloq Staq pun seronok...
Bal, salah seorang dari dua KAWAN baik gua...Nanti gua ceritakan tentang Bal, individu yang berbeza amat dengan gua tapi sangat percaya akan maksud PERHUBUNGAN dengan gua...

Ini pose paling seksi dari gua dan Encek Syammen gore. Gua dah tak suka bergambar ganas-ganas lagi, ni semua sebab Maria Ozawa...Ayo...

Terima kasih kepada Cek Farrah (awek Bal...) dan Encek Naim (pemandu pelancong kami...Hu...) yang bersama membawa kami pusing Aloq Staq...Banyak yang nak diceritakan, tapi malas sangat ni, demam teruk pulak gua...


Nota Kaki Capek: Encek Syammen demam terok dari mula prgi hingga balik. Jadi banyak aktiviti termasuk memanjat pokok kat dusun yang tidak disertai beliau...Dan hari ini, gua pulak demam teruk, banyak main hujan...

Saturday, July 25, 2009

ENTRI INI KOSONG SEMATA

Cuti pelepasan kecemasan selama seminggu dari kampus. H1N1 uranya.
Sekarang dah sampai rumah.

Apa yang hendak dibuat?
Hahahahahak!!!

Nanti petang pergi tengok Encek Angah 80s Rawk lawan bola tampar...
Malam ini ada mesyuarat tingkap...
Esok, SERANG PULAU LANGKAWI!!!!!!!!!!!
Dan banyak lagi rancangan untuk menerajang gerbang neraka...

p/s: Rumah gua diserang anai-anai...
Banyak barang rosak, makin berselerak rumah...
Laila dah potong rambut, COMEL ORGHT!!!
Tapi Laila demam, aduh...

Tuesday, July 21, 2009

MAHAMERU DUNIA SATU

Kita tak mungkin dapat menerajang dinding sunnatullah. Kita tak mungkin dapat menyulam seraut wajah ceria di celah amarah. Kita tak mungkin menguis cebisan-cebisan resah hanya dengan kemunafikan bersujud atas sejadah. Kita cuma hamba, hamba kepada segala autoriti dunia fana dan dunia di sana. Yang Maha Segala tahu, Yang Maha Segala penentu.

Deruan angin yang cuba menggoncangkan pasak satu kitaran kehidupan darah muda tak akan pernah tersimpang dari laluannya. Ia ada di mana-mana saja untuk terus memalitkan satu kutukan ke atas insan muda belia remaja hina. Ada kisah tanpa kata? Ada aksi tanpa pelaku? Ada ikatan tanpa suratan? Dunia tanpa rebelisasi adalah dunia tanpa dosa. Dosa itu jua yang tetap membawa kita ke satu puncak revolusi. Ke puncak reformasi. Ke puncak HIPOKRASI.

Rakamkan aksi lincah, lucah, tanpa purdah kalian. Tontonkan demi mengaut publisiti murahan dan atas segala keberanian itu, hadapilah dunia yang sentiasa akan terus meludah, mengkahakkan aksi sundal kamu. Salahkah? SALAH!!! Kalian bodoh kerana memperjudikan susuk tubuh yang mengiurkan yang akan berkedut, berlemak dan mungkin reput begitu saja tanpa teman tarimu yang dulu. Dengar cerita, telah jadi bahan panas di kampus kecil ini. Yearght, itu hak peribadi kalian, tapi itu juga reaksi alam.

Dunia akan tetap penuh dengan golongan bijak pandai yang terus mencari KESEMPURNAAN. Itu milik YANG MAHA SEGALA. Kesempurnaan milik DIA. HAMBA tak layak mengecap kesempurnaan. Tapi, minoriti penentang sistem songsang jadian akan tetap bergerak walaupun secara separa sedar. Bukan SEMPURNA itu destinasi, tapi demi pembaharuan satu entiti yang dinanti. Jika bukan hari ini, tidak mengapa. Mungkin generasi yang ke seratus kelak yang akan melestarikan kemenangan.

Hidup sudah semakin pincang kebelakangan ini. Tapi masih cuba beronani dengan dunia, masih cuba berereksi dengan masa yang dicuri. Yearght, aku bukan lagi yang dulu. Kurang tawa juga aksi gila hanya kerana desakan dunia gila. Bukan mengalah, tapi sekadar bertapa sebentar. Sedikit hipokrit,heh... Tapi, masih berdiplomasi, kan? Terima kasih kepada Encek Badek, Cek Aida, Cek Ami dan Cek Fatin yang sanggup membawa aku menonton wayang (gua nak sangat tengok Harry Porter, walaupun ceritanya sedikit mengecewakan, tapi oklah...), dan menghabiskan seharian putaran jam bersama. Dan hari ini, gua berani mengaku kalian adalah antara secebis insan di kampus ini yang layak aku gelar sebagai KAWAN. Tapi, sejam sebelum pergi, aku dapat satu panggilan yang berbunyi, "I need u dear...Pliz hit me back...Pliz...", yang terus merencatkan kegirangan aku. Selepas dua tahun KAU pergi, kini kau kembali? Maaf. Orght, nanti aku akan palitkan cerita berkenaan 'panggilan' tadi dan 'panggilan' ini adalah sebab utama mangapa aku agak pasif semasa bersama Badek, Aida, Ami dan Fatin ke Keluang.

Tiada apa lagi mungkin yang patut kita kejar selagi kita ada sesuatu yang terus memangkin gerak tari perjalanan. Dan jangan pernah kita berserah kepada emosi dan menyesal dengan apa yang kita lakukan kerana kita punya kita.

Nota Kaki Busuk Baru Basuh : Aku mahu mendampingi, memerhati, mengekori, dan segalanya berkenaan **m*....Tapi, salah seorang kawan aku juga besama **m*, jadi, rasanya dia lebih layak... TAPI, aku tak akan pernah 'bosan'...'LOST', heh...

Encek Syammen Gore...Ini gambar kita di broken harbour.
Seronokkan bersama membenci dunia...

Monday, July 13, 2009

SEGITIGA INI TAK BERPENGHUJUNG


Di kaki lima, di luar deretan kedai, di depannya jalan kecil...
Bukan semua rahsia kita boleh kongsikan sewenang-wenangnya, kan CEK OPPIE...?Hee...
Gua seronok borak dengan lu. Betul, lu kelakar nak mampos...
Untuk Encek Badek, lepas ni rasanya gua akan palitkan entry yang lagi kritis dan berkalis...
Tapi gua masih tetap akan bermain dengan perkataan,
walaupun gua tak berbakat,pergi mamposlah sama mereka yang gila mencari 'followers', kan ENCEK BADEK...?

p/s : Terima kaseh kepada Encek Badek sekeluarga yang sangat baek...Lepas ni gua macam lepak rumah lu pulak kot...

Sunday, July 12, 2009

CUBA MELANCAP NIKMAT DUNIA

Buat masa sekarang, ALHAMDULILLAH. Kehidupan yang cuba dikekalkan kelestariannya agak lancar. Walaupun perangai aku agak dibutuhburitkan oleh minda hitam sendiri, tapi teman-teman disini tetap baik hendaknya.

Teman-teman serumah; Encek Kechix, Encek kariPap dan Encek Panjang yang bersama dan kalian memang ok, teman-teman rumah ke-2 di Taman Perling; Encek Pungut (selalu ambil aku di malam hari...), Encek Pulu, Encek Konyah, Encek Awe yang juga ok dan selalu mahu aku kesana melepak dan banyak mengambil berat, budak-budak kolej yang juga tak henti mengajak aku berehat di bilik mereka; Encek Pulai, Encek Koru, bebudak bahagian satu yang berhemah, bebudak kelas D5T2 yang nampaknya benar-benar tak mahu aku kembali ke kelas T1 walaupun aku mahu ke T1, bebudak rumah Encek Melat yang baik juga mengambil berat, bebudak rumah Encek Pucha (Pucha, I do luv u, pliz hit me back...AUW!!!); Encek Akon, Encek Penyok yang selau juga mahu aku ke rumah mereka berlawan nganjeng....TERIMA kASEH!!!

Aku masih punya nilai negatif yang amat tinggi CIBAInya, tapi harap-harap kalian akan tetap bersama.

Sepatutnya, aku dijemput untuk session sebagai bassist (posisi yang paling gua tak suka...Tapi sebab dah lama gua tak main gig, gua macam bersemangat ja...) untuk sebuah band metalcore yang asalnya dari JB iaitu Deona Cart Deluna minggu ini sebagai opening act untuk sebuah gergasi metal yang dibawa dari Sri Lanka iaitu Stigmata (gua selalu dengar cerita tentang Stigmata, tapi tak pernah,tengok mereka memusnahkan keadaan depan mata...Arght, melepas gua!!!) untuk bermain di sebuah persembahan pentas di Singapore, tapi aku tak dapat turun kerana masih ada agenda yang belum terlunas...Maaf yang amat sangat kepada Encek Sessy dan angkatan Deona..Next slot gua try bagi jadi, k...

Juga maaf kepada SAHABAT gua Encek Syammen Gore sebab gua tak jadi nak buat kejutan untuk lu, gua ingat nak turun Seksyen 7 kat rumah Encek Halem sXe lalu terus berjumpa lu...Tapi apakan daya ada aral melintang...

Terima Kaseh dan Maaf kepada semua.

Nota Kaki Busuk : Aku masih tak betul kondisinya, tapi cuba untuk kembali...Dua dan tiga hari ini aku banyak layan To/Die/For (Loveless dan Dying Embers masih kental di telinga...), juga Gorerotted (F**k Her Ass With Glass!!!).

Wednesday, July 8, 2009

KEKADANG AKU KEKADANG KITA

Kekadang, kita kegirangan. Kekadang kita kehilangan. Dan kekadang juga kita cuba mempertahankan. Mempertahankan sesuatu yang ditolak oleh empunya badan lain kerana bagi mereka itu janggal, jengkel, JAHIL. Tapi, kenyataan sebenar kenapa kita mempertahankan 'ia' adalah satu penipuan kerana kekadang kita sendiri tidak tahu mengapa kita begitu. Betul?

Jika dibandingkan 'Aku' sekarang dan 'Aku' yang dulu, banyak 'kekadangnya'. Sangat-sangat dan sangat ketara. Tak perlu diperjelaskan kerana kalian yang membaca pun mungkin menyampah dengan transformasi ini. Tak tahu mengapa, tapi 'kekadang', ia begitu.

Dulu, berbekalkan semangat darah muda dan rebelisasi yang dijulangkan, gayanya aku lantang bersuara tentang ketidakpuasaan yang berbekas di benak. Tak dilepaskan melalui perbuatan, dilepaskan melalaui cacian. Jika tidak pun, disuarakan dari seniirama, senikata, senilukis. Tapi, sekarang cuma MELIHAT lantas tersenyum, MENGANGGUK lalu tersengih, MEMENDAM dan terus membiarkan. Benar, kebelakangan ini aku membawakan watak sebagai seorang remaja yang pengecut, BACUL, bodoh, bendul, dan sudah tidak kental babak-babak kelakar. Dan ia menjadi satu penguasaan ketara dalam hidup aku sejak beberapa hari aku kembali ke neraka SELATAN ini.

Berdiam diri bukan perkara terbaik sebagai pelakon sandiwara di muka bumi fana ini. Tapi, ada sesetengah INSAN begitu, atas sebab yang mereka sendiri tidak ketahui. Aku tak tahu kenapa sejak kebelakangan ini; tiga bulan kebelakangan ini, aku begitu. Tak metallah ,KAN? Apa yang aku boleh lakukan? Apa yang kalian boleh lakukan? Semuanya seakan-akan mengkekadangkan keadaan.

Mungkin banyak hati SUCI yang telah terluka, aku sedar. Tapi tolong maafkan anak hina ini kerana dia sendiri kehilangan. Dia sendiri menghilangkan. Dia sendiri yang dihilangkan. Anak hina ini walaupun telah menjadi sesuatu yang bukan dirinya, tapi dia masih berpegang kepada etik dari dulu. Dia masih berebelisasi dalam mimpi buatan sundal minda hitamnya. Dan dia punya banyak dosa, jadi dia tidak menyalahkan sesiapa yang menjauhkan diri, menghina, memBUTUHBURITKAN dirinya kerana dia sendiri sedang membutuhburitkan dirinya.

Nota Kaki Penuh Lumpur : Dan baru-baru ini, penyakit lama aku kembali. Aku merasakan sesiapa saja disekeliling aku; walaupun tak dikenali, mentertawakan, menghina, mencaci,etc. Sewaktu berjalan, bercakap, berdiri semsorang, mahu tidur malahan apa saja yang aku lakukan aku rasakan aku dihina. Jadi aku mungkin akan aktif menulis di ruang kelam ini untuk mengurangkan tekanan. Diaridosa, tolonglah. Aku tak punya sesiapa dan apa-apa di sini. Betul, aku PARANOID amat dengan persekitaran sekarang. Betul. Kalian yang mengenali, maafkan aku kerana aku sedang berpura-pura. Gelak, senyum, muka ketat, muka bangang, gembira, buat lawak, sakitkan hati orang dan segala macam lagi itu cuma KEPURAAN.


Jika ada yang masih bersama dan PERCAYA akan anak hina ini, TERIMA KASIH yang sebenar-benarnya. Ini bukan entry untuk meraih SIMPATI, tapi sekadar alternatif untuk menenangkan hati pincang ini.

Tuesday, July 7, 2009

SEKADAR MONOLOG SONGSANG

Lambat sangat masa berlalu.
Nak tercirit melewati setiap saat...

Monday, July 6, 2009

MUNGKIN LU INGAT...

Mungkin lu ingat gua paranoid...
Mungkin lu ingat gua punya obsesi melampau...
Mungkin lu ingat gua parasit...
Mungkin lu ingat gua hanya secebis SHIT...
Mungkin lu ingat gua akan mati kerana 'berpenyakit'...
Mungkin juga lu ingat gua hipokrit...
Tapi lu bukan TUHAN untuk jatuhkan hukum,
kerana lu cuma hamba yang asyik ber'INGAT'...

Nota Kaki Busuk: Semua orang asyik MEGHAKIMI padahal bila disoal, lembut gigi dari lidah semata...Heh, gua pun serupa...Tapi, u punya diri lu, gua punya diri gua, mereka punya diri mereka...Arght persetankan...Cerita llin, hari ini hari pertama kelas untuk semester lima...Agak membosankan...

p/s : Terima kasih Cek Aida, Cek Ela, Cek Oppie dan
Cek Ami yang sudi bawak gua yang busuk ni
pi makan durian...Hee...

Friday, July 3, 2009

SELANGKAH SEBELUM REBAH

Segala manis, pahit, masam, kelat dan 666 juta rasa telah dilewati dan hampir tamat tempohnya setelah dikikis jarum jam yang tak pernah berputus asa berputar melestarikan kitarannya. Aku sudah mau ke neraka kembali, AAAARRRGGGHHHTTT!!!!!!

Banyak yang aku dapat dalam tempoh dua bulan perlepasan cuti semester kali ini. Konflik dalaman juga luaran banyak melorek membentuk satu bulatan memori. Tapi kebanyakannya sengaja tidak aku ceritakan, yearght SENGAJA.

Aku pun dah kurang bermusik sekarang, biasalah band pun dah R.I.P. Kaki pun dah malas nak menghentam pedal berkembar cuma masih kuat menekan pedal minyak hingga baru-baru ini kemalangan (Woi Encek Syammen Gore! Nasib baik lu balik campus awal. Kalau tidak mesti lu ada ngan gua masa gua EKISDEN. Aduh, hampir merempuh gerbang ajal tidak kesampaian...). Dalam tempoh dua bulan ini pun tak ke persembahan kecil band bawah tanah, tidak ketemu teman-teman band, etc...Cuma awal kepulangan, aku ada mengemas bilik sikit. Kemas segala artifak kelam yang dikumpul sejak darjah enam (terima kasih kepada teman-teman band, editor zines dan rakan-rakan forum serata Malaysia yang banyak pos demo, EP, stuff, zines kepada aku dulu. Yearght, kita bergerak bukan kerana POPULARITI juga MONETARY, tapi ini medan kita...Thanx n keep on haillin'! Maaf, gua dah kurang sikit sekarang...)

Antara artifak lama yang tak bosan dilayan cuti ini (banyak lagi, tapi ini antaranya...) yang menemani aku dalam dua bulan tempoh percutian ke syurga ini adalah:

1. Red Heaven (Hayagriva.)
Terbaek!!! 'Gates Of Eternity', track paling KELAM bagi aku....

2. Self-titled demo Oracle (Oracle.)
Louise, I do luv ur voice, 'Lost' is da best track i've ever ******, GILA ARGHT!!!)

3. Nandey Kathey ( Kashmir Stone.)
Jangan cakap kalian rocker kalau tak kenal band otai ni, band paling muhibah... 'Anbu' dan 'Rozanna' adalah pilihan...

4. Rise Of The Gemulah (Intorment.)
Terima kasih kepada Arif JB Metalhead yang sanggup pos kat gua...Susah nak dapat dah stuff ni...Sampling jampi tu macam best ja...Hahahak!

5. Morbid Vision (Sepultura.)
Yearght, hail to the king!!!!

6. And Love Said So ( H.I.M.)
Kalau aku tiba-tiba tangkap cintan, H.I.M. memang berbaloi...
'When Love And Death Embrace', oh aku rindu KAMU...Betul...Walaupun bertepuk sebelah tangan...huhuhu...

7. Satu Antara Sejuta (Febians.)
Sesiapa yang berada di posisi drummer macam gua, sesuai amat layan album ni...Evergreen la kan semua band rawk kapak...

8. Storm Of The Light's Bane (Dissection.)
Masa zaman muda aku dulu waktu masih kuat layan irama dari Norway dan Sweeden, aku sangkut gak ngan album ni...

9. After The Promise (FTG.)
Album thrash metal pertam diterbitkan di Malaysia! Sangat tight!

10. The Jester Race (In Flames. )
December Flower adalah track paling terkesan bagi aku...Teringat masa masih bersama band dulu, selalu cover lagu ni...

Dan sekarang aku dah berat sangat untuk pergi ke neraka, takut seksaan mental dan fizikal sama macam semester terdahulu...Arght...