Friday, June 17, 2016

JAUH DAN BERAHSIA

"...hilang dalam rahsia, terusan menjadi rahsia..."


Nota kaki: Borneo, terlempar jauh. Baru gua tahu betapa berertinya satu rezki iaitu bersama keluarga. Ya, keluarga adalah rezki yg amat besar.

Gua pening, pening memikirkan apa yg akan jd.

Mnjadi seorang yg matang namun terhimpit dgn ketidakmatangan. Cinta cinta..


Friday, May 6, 2016

SEMUA, INTROVERT


"..antara kita terselit dia.."


Nota kaki: Novel debut gua dlm dunia penulisan arus perdana Malaysia. Terbitan anak syarikat Utusan Karya, Cakcibor pub. Terimakasih Ms  Aaina.

Maaf, tiada bahasa geli a.k.a. indie bagai. Gua tetap sama, lebih manis berbuahkata sastera 80an-90an.

Sunday, April 3, 2016

DI BAWAH SINGGAHSANA PASARNYA KARAT

"..manira sudah lama ka-hilangan punca,
jika sudi paman besar tunjukkan,
maka berkenduri jiwa berkendara ria hamba abdi hina ini..

..berkelananlah wahai laksamana sementara adanya lagi muda,
berasa mudalah sementara laksamana berkelana seusia laksamana hendaknyalah jua ada..

wahai paman besar kasihnya paman akan manira nan hina ini,
dalam diam disampai teman diam itu jugalah disampaikan pesan.."


Nota kaki: Malam last gua stunt pasar karat SP Plaza, Sungai Petani. Merantau pulak untung rugi ke tanah orang. Kembali seakan pangkat yang lama, takut renggus jugak. Mac-Jun. Berkhidmat.

Tuhan permudahkan gua ke syurga. Chinta, diikat. Alhamdulillah.

A-Formosa \m/



Tuesday, March 15, 2016

HAMBA INI HAMBA

"..ada sesuatu yang telah terlakar
sebelum si pelukis mencanting,
dari kepungan-kepungan kepompong
yang mana langitnya adalah harapan
dan buminya adalah medan,
lalu tari-menarilah kita semua di bawah payungan
lembayung dari arasy tertinggi,
lalu mendepai kita yang dibawah ini..

Maha Tuhanku,
aku kehilangan puitis bukanlah keranan apa-apa,
kerana-Mu hanya untuk-Mu..



Nota kaki; Nantikan debut novel gua, insyaALLAH April ni.

2016 yang bergemerlapan bak langit terang diperang mercun dan bunga api keraian.

Wednesday, February 10, 2016

IHRAMNYA SEORANG ROCKSTAR

"..jika Madinah itu kerinduan,
maka Mekah adalah pengorbanan.."


Nota kaki: Atas izinnya Yang Maha Segala, gua selamat sampai. Dalam kepala gua dah ada rangka untuk travelog, tapi puitisnya telah lama hilang. Sat, sabaq..

Saturday, January 16, 2016

PEDAGOGI SI PANCASILA

"..Jika yang ada di tangan
hanya seringgit,
berapa yang berani kau perjudikan?

aku judikan sejuta.."


Nota kaki: Bagi seorang lelaki, kejayaan adalah segala-galanya. Bisa jadi kejayaan dari sudut kewangan, dari sudut pangkat, dari sudut tingkatt lain.

Bagi gua, kejayaan itu adalah ketercapaian dalam impian dan cita-cita. Apa-apa saja yang telah gua cita-citakan, apa-apa yang telah gua impikan.

Monday, January 4, 2016

MEMETIK CINTA DI DADA SUBURNYA

"..pada penantian mana yang harus dinanti,
tertinggal sebentar untuk meladeni hari.

Pada sesal mana patut kau tangisi,
berdiri lagi, melawan badi.."



Nota kaki: Tahun baru yang sedikit bernyawa. Kembali dari gila, ia bisa jadi racun, bisa juga jadi kemegahan seorang lelaki. Gua survive lagi, rock n roll!

Permulaan tahun baru yang agak menakjubkan. Dua tahun gua berada bawah medication, dua tahun tanpa apa-apa yang langsung boleh dibanggakan, saban hari bangun dari tidur hanya untuk kembali tidur. Dua tahun gua dipaksa untuk bertapa, berapa banyaknya kali dalam jugra masa yang telah gua lepas?

Januari 2016, ada khabar gembira. Penerbitan karya dengarnya telah masuk ke proses akhir. 'Semua, Introvert' nipis dibukukan namun tebal pemberontakannya. Dan Januari 2016 juga gua bakal menyahut seruan Yang Maha Segala, bermusafir ke Tanah Haram.

Yang Maha Segala, ku dongak ke langit mencari-Mu, namun kau luaskan lagi pengembaraan ini. Ke hadapan Tuhan yang tidak berdendam, terimalah hamba..

Buat Pn. Naterah Marzuki, terimakasih kerana sentiasa bersama. Buat Maizatul Nashiha Sakina cintaku, terimakasih kerana kekal bersama.

Terimakasih kerana sentiasa berada bersama sepanjang tempoh medication.

Live fast, die young. Rock On!