Friday, October 29, 2010

KOPULASI SONGSANG

"...hanya babi dan anjing yang tidak tahu berterimakasih dan malu meluahkan maaf..."

Nota Kaki Mahu Pergi: Secara peribadi, gua sangat menghargai orang-orang yang mengucapkan terimakasih bila tersenyum dan memohon maaf bila tercalar...Walaupun tak ikhlas, tapi ia menunjukkan nilai sebagai MANUSIA...Tak susahpun...

Carta PanasFM Minggu ini: Kafir! (Nile...gua minat gila! "There is no god but the one TRUE GOD! There Is No God But The Hidden God!" sebahagian dari liriknya...) Propaganda Mata Satu (Jihad), dan The Land Called Mahsyar (Sakaratulmaut)...Gua bnyak layan preaching metal yang lebih ke arah Islamic sekarang...

p/s: sedang merasa...

Friday, October 22, 2010

ABAH (THOSE GOOD OLD DAYS)

Dulu,
Abah selalu bawak jalan-jalan. Entah kemana, tapi sesibuk manapun, akan ada juga. Bawak p jalan tempat-tempat pelik, celah-celah hutan yang jauh dari rumah pun Abah bedal. Pernah sekali tu, dibawaknya satu keluarga pergi tasik sebab nak baling batu leper yang akan pantul dua atau tiga kali atas permukaan air. Semua tergelak sakan. Tapi abah tetap diam menghisap rokok sambil memerhatikan gelagat yang lain...

Dulu,
Abah selalu bawak jalan-jalan tanpa destinasi yang pasti. Bawak jalan-jalan semata-mata nak makan sotong kangkong, passembor, dan segala macam lagi makanan yang budak kecik macam aku tak teringin nak makan. Tapi abah tak makan sangat, lebih rokok dari makan. Abah lagi suka tengok isteri dan anak-anaknya makan. Berjam-jam sampai kekadang tuan gerai terpaksa cakap, "err, dah nak tutup ni, bang...". Abah pun bayar. Selalunya aku dan abang akan berebut mintak duit nak bayarkan.

Dulu,
tengah-tengah malam abah selalu ajak keluar tengok wrestling sambil makan. Mak selalu marah abah, "budak-budak ni nak sekolah esok", kata mak sambil muncung mulut. Abah buat tak acuh tak acuh. Seronoklah aku dan yang lain-lain layan wrestling sambil pekena makan macam-macam. Tapi selalunya abah diam saja, layan kopi 'o' sambil cakap sikit-sikit. "wrestling la ni dah tak syok...", katanya.

Dulu,
pagi-pagi masa nak p sekolah, kalau aku kena 'bijik kelenjaq' (satu simptom bengkak sengal celah paha. Selalunya dialami kerana corak tidor yang ganas...), aku mesti tunjuk kat abah. Abah pun konon-konon nak buat aku rasa kebah sket, masukkan ibu jari tangannya mencalit lelangit, lepas tu urut perlahan-lahan sambil berkata, "nanti dah besaq, buat sendiri...". Aku pun seronok, nanti baeklah tu. Tapi tak baik-baik jugak hahaha. Aku dulu selalu kena tungau (budak-budak kampung yang aktif memang selalu kena binatang ni...), abah pun gelintil aku 'punya' sambil tangan kiri pegang kanta dan tangan kanan pegang jarum. Aku jeritlah, sakit. Dah dapat buang tungau, abah tunjuk kat aku. Aku pun angguk. Padahal binatang tu halus sangat, mana nampak...


Dulu,
aku ingat lagi. Abah balek kerja malam, Abah akan duduk kat ruang tamu dimana semua orang akan lepak ramai-ramai (setiap kali waktu marghrib, abah dah ajar bahawa itu waktu untuk keluarga...), abah akan hisap rokok sambil baca paper. Aku pun selalu menenpek dekat Abah. Abah tak marah. Abah ajaq aku mengeja dengan paper padahal aku tak cukup umur lagipun nak masuk sekolah, tadika pun belum. Abah ajar aku satu-satu, "S.E.L.A.S.A....Selasa...". Aku pun ikut, " S.E.L.S.A...malas ah!!!" bentak aku. Abah relaks saja, diulangnya lagi sampai mak panggil semua makan. Sebab tu aku masuk sekolah rendah aku lagi hebat dari budak-budak lain. Budak-budak lain baru nak belajar, aku dah boleh baca walaupun taklah selancar sekarang...


Dulu,
Abah kalau mula marah, habis...Selalu aku kena marah sebab setiap petang aku akan berkubang menangkap ikan kat bendang dengan kawan-kawan. Habis badan berlumpur kotor busuk. Balik rumah, aku masuk pintu belakang sambil jinjing plastik berisi anak puyu, quan @ haruan, keli, sepat benua, sepat ronggeng, dan belut. Bila abah nampak aku dengan badan berlumpur, perght, dibukanya tali pinggang sambil kjar aku. Aku larilah sambil jerit tangis," abangah tak buat lagi! Abangah tak mau buat lagi!". Abah sebat betoi-betoi. Berbirat. Satu malam aku tak cakap ngan abah. Sedar-sedar esok pagi badan aku ada minyak. Aku tahu, abah sapukan minyak angin...


Dulu,
bila dah bersekolah rendah aku suka buat kerja-kerja kampung, ambil upah cat rumah orang, tangkap ikan untuk jual, pomen basikal orang (aku dulu antara yang paling hebat baiki basikal kat kampung hahaha...), dan macam-macam lagi. Bila abah tahu, Abah marah. Abah cakap, "tadak duet, mintak...". Aku tak mintak sebab abah ajar hidup ni bukan semata-mata untuk duet. Tapi bila Abah bagi duit, wah, banyak. Mak marah, Mak lagi suka aku buat kerja cari duit sendiri. Tapi abah betah, abah cakap, "saya nak anak-anak kita nanti jadi orang besar, bukan orang stereotaip...". Aku tak faham apa tu maksud stereotaip waktu tu, jadi, aku beli jajan banyak-banyak dengan duit yang abah bagi...Huhu...


Dulu,
Abah tanam sifat suka membaca. Abah beli banyak gila buku-buku untuk dibaca, aku tak baca pun. Dan bila aku cuba baca, tapi aku tak faham, aku tanya Abah. Abah terangkan sedalam-dalamnya. Waktu aku di bangku sekolah menengah, aku mula minat dengan social studies, sejarah Islam dan Melayu juga politik. Aku selalu tanya abah "apa motif kewujudan UMNO?", "Apa yang dimaksudkan dengan peradaban", "Kenapa berlaku Revolusi Perancis", "Stars Ov David tu apa sejarahnya?", "macam mana seorang musafir beriktikad?", dan pernah aku tanya, "apa yang menyebabkan mati pucuk?" dan banyak lagi soalan-soalan yang sepatutnya bukan dalam minda pelajar sekolah mengah. Abah senyum dan terangkan satu dan satu. Esoknya, aku tanya macam-macam lagi. Mungkin sebab itu, hingga sekarang aku memang suka membaca.


Aku pernah terjumpa satu buku cerita kanak-kanak berbahasa Inggeris yang abah beli untuk aku dan abang masa kecik dulu dan dibelakang buku itu tertulis, "mudah-mudahan dengan buku kecil ini, anak-anak aku akan menjadi besar.".


Hinggalah tibanya saat itu, kira-kira tiga tahun yang lepas...

Maaf, aku tak dapat meneruskan lagi tulisan aku untuk entry kali ini...

Aku hanya ada satu ABAH, Cikgu Mohd Pami Bin Ahmad dan tetap selamanya darah ini darah Abah...

Abangah banyak bersalah dengan abah...

Tapi abah juga yang cakap, "kalau kita rasa kita betul, kita patut berdiri atas alasan itu..."...

Aku berjanji, kelak bila tiba saat Abah pergi, aku mahu aku yang berada di depan untuk memandikan Abah, mengkaffankan Abah, menimbus tanah terakhir untuk Abah, dan membacakan surah Yasin di pusara Abah...

Aku sayang abah...

Abah jarang bergambar. Abah jarang senyum.
p/s: Untuk pertama kalinya, aku menulis sambil ditemani 'hujan'...
dan sangat lebat...

Thursday, October 21, 2010

AKU DAN AUKU 1971

"If you wanna FUCK THE SYSTEM, 1st, you MUST join the system!"
-Farysa Sinsabell-
******************************

Seperti biasa, rutin harian, bangun saja gua dari tidur yang tidak puas, keluar beli makanan dan mendapatkankan surat khabar...

Selepas membaca surat khabar hari ini, gua tersenyum lebar sendirian:

"Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971) kemungkinan besar akan dipinda".

Hehehe, gua dah bersedia untuk menyaksikan hari indah di mana akan ada pahlawan yang menterbalikkan mimpi ke realiti dan kemunculan si bodoh si bodoh yang melaungkan slogan 'bunuh matahari'...

Nota Kaki Tanpa Parti: Walaupun gua sebenarnya malas nak update blog, tapi masakan gua bisa melepaskan detik ini untuk tidak palitkan isu hebat ini dalam diari gua ini...Hehehe...

Bukan mahu mengangkat diri, tapi benar gua datang dari latar belakang keluarga yang kuat dalam kancah ini. Walaupun gua sangat bencikan konsep politik parti Malaysia, tapi gua memang agak politikal dan memang mengikuti perkembangan politik Malaysia.

Tapi, gua dah janji dengan keluarga gua yang gua tak kan berkecimpung dalam arena politik selagi gua masih memeluk status sebagai seorang pelajar...Hehehe...

Walaupun sebenarnya tak ramai pun anak muda terutamanya pelajar-pelajar IPT yang nak ambil tahu pasal negara sendiri. Kebanyakan lebih gemar dengan hiburan...Pergi mamposlah, setakat maju akademik, tapi tak prihatin pasal isu semasa, jangan haraplah nak cipta modal insan...

Seronoklah, Malaysia akan berdepan dengan generasi baru yang berpotensi nanti...

Carta PanasFM Minggu Ini: Gua sedang layan semua lagu dalam album 'Satanica' karya hebat Behemoth...Dengarkan track 'Decade Of Therion'...Drummin yang sangat gila oh!

p/s: Gua rasa teman-teman rapat gua mesti bosan
bila borak dengan gua, selalu sangat gua selitkan
isu-isu politik hahahaha...

Saturday, October 16, 2010

PENANDA ARAS YANG WARAS

"Seperti mana hari ini pergi untuk berjumpa esok, seperti itulah pantasnya semalam meninggalkan kita terkontang-kanting di sini sendirian..."

Thursday, October 14, 2010

SATU PEMBUNUHAN DI PARAS 666

i. MAAF (AKU TAK BISA MEMAKAI COLI MASA DEPANMU)

Di bawah neon bodoh yang langsung tak boleh bertutur apatah lagi menjadi saksi untuk menceritakan hal yang sebenar,
aku lihat segerombolan syaitan yang sedang menyanyi lagu-lagu tentang kebencian....

Otak aku yang sedang penuh dengan kareografi asap ganja yang lama atau kau yang sedang hanyut dibuai kokain dusta?

Seorang dari kaum Hawa yang sedang merengek mahukan penyepak...

(didedikasikan buat 'Wake-up-dream off-call")

ii. SERAYA DIA BERKATA

Aku perlukan satu lagi suntikan:

untuk terbangkan aku ke satu awan di mana akan tiada lagi manusia-manusia prejudis yang selalu bermain gitar tong sambil bermuka separa ketat...

(didedikasikan buat figura-figura kacak di sana)

iii. SATU PEMBUNUHAN DI PARAS 666

Berjalan kemana pun aku- aku kembali berjalan ke arahmu,
Berlari kemana pun aku- aku kembali berlari ke arahmu,
Terbang dan terbang dan terbang kemana pun aku- aku kembali terbang kepadamu...

Walaupun aku sedang terbaring mulut berdarah menunggu mati di paras 666,
demi kau aku tetap kembali tersenyum untukmu...

(didedikasikan buat 'Kuda Belang Geng Samun' dan Ms. Colour...Mana warna, gua nak melukis ni...hehehehe)

p/s: Aku manusia pelik?
terimakaseh...
Lagi gua suka lu
cakap macam tu...

SELAMAT PAGI POKOK KERING

Dia cakap, "cantiklah gambar yang U edit ni! Erm, edit lar gambar I pulak eh...?".
Gua cakap," aku tak reti lah...Lagipun, perlu ka aku buat?".
Dan terdengarlah rengusan dari mulutnya, "hurmmmm...".

p/s: Gua memang tak suka 'berkawan'...
Dan gua paling ralat untuk membahasakan
diri 'i' dan 'you'...
sangat ralat dan palat...

Wednesday, October 13, 2010

DIA BUKAN KAU

Aku kehadapan dirimu dengan senaskah hati agar jadi tahumu,
bahawa sesungguhnya sesiapapun yang ada takkan bisa untuk menggantikan lukisan kita- seperti yang dulu mahunya,
bahawa sesebenarnya tiada apa-apapun yang mampu terjelir, terdiam, dan terpegun merasai indahnya hari-hari- sperti yang dulu mahunya,
Aku tetap kehadapanmu...

Dia datang hanya untuk memberi tanda- peralihan dan peralihan,
tanda yang kau ada sama seperti saat itu di mana aku ghairah melihat kau berahsia- walaupun cuma peralihan dan peralihan,
dia pergi pun tak berteman mimpi dan racau- peralihan hanyalah peralihan,
kerana dia tetap bukan kau- mungkin sekadar hanya satu lagi peralihan...

Aku kehadapan dirimu dengan senaskah hati lagi nanti,
hati untukmu...

Monday, October 11, 2010

SELANGKAH SEBELUM HARI TUA

Kehidupan sebenarnya adalah sesuatu yang mudah. Semuanya yang selari atas paksi KEHIDUPAN telah ditetapkan. Sedari lauhul mahfuz lagi. Yang membutuhburitkan juga memalatkan kehidupan adalah manusia sendiri...

Gua bukan mahu menyesakkan kehidupan gua yang sedia sesak, cuma gua rasa agak selesa di posisi ini. Gua cuma mahu meliwat hari di mana darah muda gua masih MUDA, masih kental, masih kuat. Gua mahu ada cerita untuk diceritakan kepada anak cucu gua kelak....

Dua perenggan di atas sebenarnya tiada kena dan mengena dengan apa yang gua mahu palitkan hari ini, cuma gua sengaja mahu entry ini sedap dibaca oleh kalian, walaupun KALIAN itu cuma beberapa kerat ataupun memang tak berkerat.

Sekarang, hidup sangat laju. Selaju lu mencarut kepada seseorang yang secara tiba-tiba menyergah lu dari belakang: "pukimakanakharambutuhbabicibailaknatpoennagoipungkoqTOKWANHANG!!!!!"- seperti itu.

Tapi, ada juga ruang untuk memperlahankannya. Jadi, dengan ruang yang sedikit itu gua cuba untuk HIDUP, yakni hidup sebagai gua. yearght, GUA. Untuk memuitiskan kehidupan gua, dari kecil lagi memang gua agak obses dengan apa saja berkenaan dengan seni- musik terutamanya, melukis, menulis, dan blablablabla semua gua buat. Walaupun gua tiada bakat, janji gua buat apa yang boleh memuaskan nafsu serakah gua terhadap kebobrokan dunia.

Bercakap pasal musik, walaupun band gua yang sudah berusia hampir 6tahun sudah entah kemana arahnya, gua masih bermusik. Dan di sini, tempat tahi kota menggunung dan cirit-cirit noda bersepai, neraka berlantai api, syurga tanpa dinding, gua agak aktif bermusik.

Ada kenalan gua yang mengajak gua untuk tubuhkan band dan gua di posisi gitar utama @ 2nd Growhler, berkliblatkan Black Metal dengan nama An-Naar. Target jangka masa terdekat adalah rakaman 1st demo dan slot-slot gig sekitar KL mungkin (sekarangkan sudah banyak venue, cuma kronism yang menghancurkan scene). Gua agak berpuas hati dengan band ini kerana arah (sound direction) gua yang bertanggungjawab dan gua sudah siapkan 3 lagu. Dan gua senang berkomunikasi dengan bandmates.

Yang ke-2, bulan lepas mungkin, gua dipelawa (audition lagi tepat...) oleh ahli band yang kalau gua sebut depan budak-budak UiTM Segamat, memang kenallah, untuk bersama mereka di posisi pengetuk deram. Disebabkan gua bosan dan kekurangn kaki untuk jamming, gua dengan senang hati menerima perlawaan.

Mana budak-budak ni tahu gua main deram entah...

Kali pertama jamming bersama mereka, memang gua mengarut habis (sucks mampos...). Telah diberikan senarai lagu namun gua main hentam ja. Band ini berkiblatkan Emo Rock ala-ala Paramore. Walaupun gua memang tak layan Paramore, gua main jugak sebab bosan.

Tapi sekarang sudah agak ada chemistry. Dan yang lebih menarik, baru tadi kami selesai bermusik dihadapan kira-kira 1600 orang sempena majlis apa benda entah. (Budak-budak ni cakap ada payment, gua pun tengah sesak, jadi gua jalan ja. Hey, gua bukan menjual musik ok, cuma gua perlukan duit...Hehehe, susah hidup rawk n roll, miskin...Hahahaha!)

Berkenaan dengan lukisan? Gua sudah perlahan sekarang, tiada lagi lukisan-lukisan bersaiz besar dan berbingkai seperti dulu. Tapi, gua masih melukis, terutamanya bila bosan dalam kelas. Gua conteng apa saja sambil diselitkan dengan puisi yang gua karang. Dan lebih menarik, semua contengan gua selalu dipow @ diambil oleh rakan-rakan sekelas gua. Terimakasih kerana menghargai lukisan bodoh-bodoh gua heee...

p/s: nasib baik gua belum kawen, klu tak
susah gua nak beli susu anak disebabkan kenaikan harga rokok...
tapi, klu gua ada anak, gua mesti berhenti rokok.
gua tanak anak gua cakap, "Abi mulut busuk...bluecks!" hahaha!

Saturday, October 9, 2010

MEMBUNUH DIRI PERLAHAN-LAHAN

(Selepas bunuh diri.)

Satu saat yang dicumbu mesra sebelum senggama nikmat tujahan rindu semalam bisa bertahan hingga 6 jam,
satu minit yang dilancap indah bersulam jilatan manja memori lalu mampu terbuai hingga 66 jam.
Dan satu jam bisa diliwat penuh berahi dendam hirisan bayang senyumnya mampu melayang hingga 666 jam....

Aku cuma mahu lelap...

Tuesday, October 5, 2010

KE HADAPAN TOH PUAN BESAR

"...relakslah, diorang salah faham je tu..."
"...relaks apa benda, letak 'gambaq tu' kat wallpaper laptop sendiri pun nak jadi hal..."
"...so relakslah, DIORANG TAK TAHU MACAM MANA KITA NI KAN..."
-Selepas kelas petang En.Zamri Miskam (Part5 diploma dulu), berkenaan dengan A Thing For Two-



Hee, mana ada 'replace replace' lah. Jauh sangat tu fikir. Kau lain, benar sangat lain. Jangan samakan dengan mereka. Bagaimana kondisi aku pun, rasanya kau tetap ada. Bagaimana pun aku membutuhburitkan semua, kau ada. Kau lain...

Hentikanlah mogok laparmu ke atas diriku ini huhu...Aku lapaq...Makan jom?

p/s: kau tak pernah di'replace', sebab memang tak kan ada 'replacement' yang bisa 'replace' kau...

Sunday, October 3, 2010

TISU SUDAH MATI

Yearght, kiranya dulu benar. Blog ini memang dipermisikan hanya untuk jari-jari sundal ini bersetubuh dengan minda bodoh separa sedar ini untuk memalitkan semua mani dan mazi juga darah dan nanah tentang nilai-nilai suci Hablumminnallah (hubungan antara manusia dan Yang Maha Segala) dan Hablumminnannas (hubungan sesama manusia). Tapi sekarang, Diaridosa sudah agak kepincangan, mungkin kerana acap kali diponggah akan anasir-anasir bobrok yang melata dalam minda gua.

Dulu, gua abadikan blog ini, gua dedikasikan blog ini, gua ekstrakkan blog ini untuk memalit memori bersama semua figura-figura yang pernah, ada dan masih bersama gua. Dan sekarang, gua akan kembali memalit sekuntum hina dunia. Intuisi gua cuma satu; walaupun gua bukan KAWAN yang baik, gua tidak bisa untuk jadi begitu, kekadang hilang, sibuk, dan segala macam yang buruk dan keji lagi, tapi sekali gua anggap lu KAWAN, sampai mampus pun lu tetap ada dalam hati hitam gua. Dan gua cuba untuk jadi yang terbaik.

Dan sekarang, di sini, di tempat baru yang bagi gua adalah neraka tingkat tinggi, di mana manusia-manusia meterealistik seronok bergebar tawa, gua ketemu teman- teman baru. Benar, sudah ada jarak, sudah ada jurang terutamanya berkenaan masa bagi gua untuk teman-teman rapat yang dari dulu bersama- warga Rumah Papan Gemereh, warga Rumah Batu X-Perling, juga teman-teman rapat yang lain. Maafkan gua, cuma masa dan beberapa lagi aral yang sedikit menggagu kita. Tapi lu semua tetap hidup dalam hati gua, cheers....!

Dan sekarang boleh dikatakan kesemua masa gua dihabiskan bersama dengan rakan-rakan sekelas gua. Dan alhamdullilah, kami sangat kuat bersama. Kredit untuk Cek Fiq (paling meriah minah ni...), Encek Akim (ni bestbuddy ni...), Encek Aizol (skandal gua hahahahak), Cek Farah (mainan utama gua untuk ketawa), Cek Emma (sipembangkang yang selalu marah-marah gua hahaha), Cek Caca (Sya, tapi gua samapai sekarang panggil Sya, Caca...), Cek Faz (si diam sunyum kuat), dan Cek Dell (dah pandai melawan gua ni hahahaha). Mereka inilah antara yang paling rapat dengan gua di sini.

Banyak saat indah bersama walaupun baru hanya beberapa bulan bersama. Nantilah, bila gua ada masa gua ceritakan perihal mereka masing-masing. Budak-budak ni kepala tak betul gak, hahahah!

Sebelum tu, gua dipanggil mereka dengan nama Acap @ Tok wan. Gua ni macam tokwan yang kena jaga cucu-cucu kata mereka, Tok Wan Rawk n Roll hahahah. Budak-budak ni cakap grup kitorang sebagai Kuda Belang hahahah..(Kuda Belang tu idea aku la hahahah...Aku ingat nak merapu, last last depa lagi merapu...hahahaha).


Dari Kiri: Fiq, Farah, Akim, Caca, Dell, Emma, Faz, dan Aizul.


Gua sudah agak pandai untuk TERSENYUM sekarang. Terima kasih cucu-cucu gua kerana bersama...

Dan gua selalu menempek kat Seksyen 8, lepak-lepak ngan Syafiq (tunang songsang gua hahaha) dan Gawat (ni pun bestbro ni...).

Hidup baru? mungkin...

Hee...

P/S: rasanya Tisu sudah mati...
Takpun, koma...