Thursday, September 30, 2010

HARI APAKAH INI?

Aku tak bisa meletakkan bontot berpanau ini kemas-kemas ke dalam tas tangan mewahnya...


Tuesday, September 28, 2010

ANTOLOGI PUISI STONED

I. MEREKA LELAKI BERANI

Mereka lelaki berani,
cakap itu cakap ini bilang itu bilang ini maki itu maki ini hambur itu hambur ini ini k*te itu k*te ini,
sebab itu sampai sekarang tarafnya tak pernah berubah asyik dicarut orang, "BABI!"...

Biasalah,
merekakan lelaki berani...

II. AKU ANJAKKAN 'JANGAN'

Jangan pernah berkata semua orang sama,
kerana di sini ada seseorang yang sedang terlupa...

Dan jangan pula pernah berkata semua orang ada beda,
kerana kita di sini bukanlah apa-apa, cuma BUKAN APA-APA...

III. SEDANG TINGGI...

Buat peneman malamnya,
aku cuma segelas milo yang membuatkan dia cirit-birit esok pagi...


Nota Kaki Metal Lagi Gua Ni: Sekadar gambar hiasan. Sengaja gua letak gambar antara yang paling baru dan huduh gua untuk mengelakkan sesetengah pihak yang menyangkakan penulis blog ini sudah mati, ataupun badan dah reput sebab asyik terbang...Hahahaha bavi!

Gua nak sangat palitkan cerita tentang rakan-rakan sekelas gua (budak-budak ni baek gila ngan gua...), tapi selalu kalau gua ceritakan kat blog ni tentang orang-orang, mesti nanti ada masalah...Hahaha, bukan kepercayaan khurafat lah, cuma gua malas nak upload gambaq mereka yang sangat suka bergambar hahaha...

Gua dah kembali bermusik. Gua di posisi gitar utama dan komposer ecewah...Nama band AN NAAR yang bermaksud neraka hahaha. Genre memang pure black metal, ala-ala old-school Darkthrone tambah old-school Impaled Nazarene...Ada budak-budak ni yang nak sangat band, ajak gua, so gua belasah ja...Bosan ngok hidup kat sini, ada band tenang sikit...

Rawk on n stoned! Hahahak!

Gua dah siapkan tiga lagu. Budak-budak ni cakap dah jadi untuk rakaman demo pertama...

p/s: dia cakap, "reput kang badan tu..."hahaha...

Friday, September 24, 2010

KAMU DAN SESUATU

"Kotak kecil yang dibungkus kemas bersama senyuman- akan ada sesuatu
untuk kamu setiap kali menjelangnya 25 September, setiap tahun..."
-Farysa Sinsabell-


p/s: Sudah lama gua tak menulis tentang DIA...
hee, selamat ulangtahun kelahiran, mimpikan yg indah-indah...

Thursday, September 16, 2010

SALAHKAN PENULISNYA

Mungkin perenggan terakhirnya telah terpesong ataupun dipesongkan,
kerana itulah kita di sini...

Dan jika benar wujudnya perenggan yang sempurna untuk penceritaan kita,
nescaya aku akan biarkan dikau yang menulis dan mengakhirkannya...

Nota Kaki Empunya Tahi: Orang cakap, raya tak kan indah jika puasanya tak penuh. Tapi alhamdulillah, walaupun gua puasa tak penuh (hahahahak kantoi bila masuk bab rokok...adoih...), Yang Maha Segala masih memberikan peluang kepada gua untuk merasakan indah...

Terima kasih untuk senyuman, bicara, tenungan mata yang beribu metafora itu, DAN KEMAAFAN itu . Walaupun tak sampai 10 minit, ia amat bermakna. Benar, diri ini bisa jadi tenang. Maaf untuk momen momen derita dulu...

Cait, font masih tak boleh kasi hijau macam entri-entri dulu...BAVI!

Carta PanasFM Minggu Ini: Rosier (Luna Sea...Perght, dalam siak feel lagu ni...), Moon Hail Mint (Nervedeless), Dendang PerantaU (Tan Sri P. Ramlee)...

p/s: Kau pun perasankan, aku semakin matang...
mungkin...

Sunday, September 12, 2010

SUDAH HALAL UNTUK MENCARUT

Kepada individu- individu yang kreatif dan inovatif: tolonglah cipta kalander yang membolehkan manusia bisa memilih harinya yang telah terliwat kelmarin dengan penuh kekhilafan untuk memperbetulkannya semula pada hari ini...

Nota Kaki Pagi Raya ke-4: SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA UMAT ISLAM SAMADA YANG ZUHUD, ALIM WARAQ, UMAT ISLAM BIASA DAN JAHIL SEPERTI GUA, YANG MUNAFIK MUKA PENAT PUASA TAPI MULUT BAU ROKOK SIANG HARI, DAN SEMUA-SEMUALAH...

Puasa dah tamat untuk kali ini, dah boleh mencarut kan? (bulan posa gua tutoh mencaqot squpa ja pun...hahahahak!)

Carta PanasFM Minggu Ini: Hiking Metal Punks (Darkthrone)...Lagu raya buat mat metal kepala keras...

p/s: Awat font ni tak boleh edit, tak boleh warna? Dajjeii betoi...
Pelaq nakharam celaka besaq sungguh, mcm mana aku nak bagi
hijau font macam biasa ni...


Monday, September 6, 2010

ORANG GILA TALAK

Orang gila talak orang gila talak,
dari awal hingga terlajak,
dari belia remaja hingga kerepot digelak,
dari kuat hingga tak berkhudrat merangkak,
dari berdua hingga beranak,
dari buaian hingga nisan menyepak,
orang kata fikir dulu sebelom bertindak...

Orang gila talak orang gila talak...
.
Nota Kaki Terpijak Ludah Sendiri: -Tiada perkataan-
.
Carta PanasFM Minggu Ini: Bad Case Of Brain Rot (Bloodfreak), Don't Open Till Doomsday (The Misfits), dan Bertakhta Di Hati (Farah Diya)...Hmmm...
.
p/s: Gua rindukan sesuatu ITU yg indah...

Wednesday, September 1, 2010

DARI GUDANG (MENINGGALKAN DUNIA)


- DARI GUDANG -

Dari Gudang (Hanya Berdua) cuba merakamkan suasana suram gudang yang menempatkan kereta klasik dan lain-lain kenderaan mewah. Walaupun begitu, isi yang tersirat cuba mengekstrakkan sesuatu yang berkenaan dengan usia di kala tua. Penyataan cahaya yang gelap dan suram menggambarkan akan kesunyian di kala hayat emas membalut diri, ditinggalkan anak-anak, bosan dengan kemewahan hidup, dan sabar menanti mati...

Untuk Informasi lanjut, sila layari http://artregime.blogspot.com

Tarikh : 25 Ogos 2010
Masa : Pagi- Tengahari (Indoor Lighting)
Lokasi: Gudang Zero 2 Kontena Nasional Bhd, Petaling Jaya
Photographer & Designer : Farysa Sinsabell (Art Regime)
Krew Sokongan/Propman: Rashid & Sal

p/s : Gua masih amatur...
Tp, gua seorang saja yang tak punya certificate
dalam dunia fotografi berbanding
jurugambar-jurugambar lain dalam kru ARTREGIME...