Friday, June 28, 2013

SEBUTIR BINTANG RANUM

"..menyirna kelam, menyinar malam.."



Nota kaki: Sinar dan sirna adalah dua perkataan yg berbeza. Khalwat adalah satu perkataan yg punya dua maksud, satu dari sudut bahasa satu lagi dari sudut agama. Bermain dengan bahasa amat menarik. Sama menarik dengan bermain dengan angka matematik.

Hobi baru gua adalah membaca di tepi pantai. Oh ya, setlist lagu harian gua kembali seperti dulu. Kembali ke Cannibal Corpse, Deicide, Behemoth. Tapi feel dah tak macam dululah.

Puisi yang selalu meladeni kepala otak gua sekarang adalah puisi yang gua karang dua atau tiga tahun lepas entah, 'Penunggu Desiran'.



"..Desiran ombak yg menukilkan satu pengharapan
bersama buih-buih kehidupan yg terbuang dalam satu kitaran

Aku bukanlah ombak dan engkau bukanlah pantai
kita bukanlah apa-apa
cuma penunggu pasangnya satu kehidupan dan surutnya satu kematian.."
-Penunggu Desiran-


Monday, June 17, 2013

DU'A DOSA

"..di setiap lantai masjid
yg Kau izinkan aku bina itulah,

di situ juga acap kali aku sia-siakan.."


Nota kaki: 'Tuhan, aku tak mahu datang ke arah-Mu dengan jaket kulitku, dengan seluar koyakku. Izinkan aku lagi Tuhanku. Izzinkan lagi'.

Gua takkan berhenti mencari mahabbah.

Thursday, June 13, 2013

DARI SINI KE JENTAYU LALU KITA BERAKIT


"..tiket aku ke syurga
adalah sekeping gambar kita.."



Nota kaki: Menjadi manusia paling pelik bukanlah satu kejanggalan bagi gua. Gua mula sedar, gua sangat sukar difahami oleh orang sekeliling. Maafkanlah gua yg penuh kecacatan ini.

Gua sangat berbangga walaupun banyak ingatan gua sudah semakin hilang, tapi memori-memori yg pernah gua kongsi bersama mereka yg pernah bersama dan masih bersama tetap bersama. 


Tuesday, June 4, 2013

PARANOID

"..dia mengejutkan aku dari tidurku,
mengajak aku melewati ruang jagaku..

dia menidurkan aku dari jagaku,
memeluk aku seasyik tidurku.."



Nota kaki: Gua mencari diri gua yg dulu. Sudah lama gua hidup dengan bisikan-bisikan aneh. Sebab itu gua mahu berjalan dan singgah sebentar di satu tempat lalu berjalan lagi.

Cuma di kesempatan ini gua mahu amat berjumpa dengan mereka-mereka selagi ada. Cuma mahu melihat langit-Mu selagi ada. Tuhan, berkatilah. 


"..dahulunya dia seorang yg megah. Seorang yg berani. Seorang yg gagah. Seorang yg lantang. Dan sekarang dia lebih berminat dengan lukisan awan dan berdiam.."
-Lima Tahun Belakang (Anonymous)-