Tuesday, October 23, 2012

RAJA DAN HAMBA MIMPI

Di setiap kali gua melabuhkan kepala ini dengan intensi untuk lelap sebelum esok menjengah, di setiap kali itulah gua mula bermain mimpi. Gua memang si pandai mimpi- yg membobrokkan diri dengan imaginasi indah tentang esok, tentang hari-hari depan yg akan datang untuk dibutuhburitkan. Semuanya indah. Semuanya cantik.

Mimpi itu memang indah, bukan?

Gua kira sama saja kita, yakni lu yg sedang membaca ini. Kita ini manusia. Kita ini hamba. Kita ini perasan raja buat diri sendiri. Bukan?

Namun pernahkah di setiap kali itu, sebelum bermain mimpi yg mewayangkan kehendak, kepuasan, impian ia disangkal logik akal. Tidak. Selagi boleh bermimpi, manusia akan terus bermimpi. Hamba tetap hamba, menjadi raja dlm mimpi.

"..Tidur tak melanjutkan usia dan jaga tidak menutup cerita.."

Jika diliwat kembali zaman sebelum tangga hari ini tiba, banyak benar mimpi yg gua wayangkan. Gua masih ingat, masih kuat di benak. Sewaktu gua masih kecil, gua selalu saja mewarnakan mimpi gua sebagai seorang pahlawan berkuasa super seperti Son Goku, Pendekar Laut, Xinan, Zonan, dan segala macam lagi hero-hero yg berketul-ketul badan berselirat urat punya kuasa menghancurkan musuh dengan mudah. Imainasi kanak-kanak, biasalah.

Tapi, di manakah semua itu sekarang?

Melancap zaman remaja, gua banyak beronani dengan mimpi sebagai seorang rocker yg punya satu band yg gah, bergaya ranggi dan penuh brutal sifatnya, berdiri di atas pentas dengan gitar letrik yg sekali disolo, ribuan not sekali harung. Dipuja, dilaung, ditangis audien (Sebenarnya ini mimpi yg paling gua banggakan, kerana ia sangat memotivasi kehidupan gua).

Tapi, di manakah mimpi itu sekarang?

Dan sekarang, hari ini, di saat ini, mimpi mimpi itu semua samar. Gua sekarang bukan lagi pure idealist seperti dulu. Gua realist hipokrit babi haram. Gua tak mahu menjadi realist, tp mungkin sekarang zaman sudah berbeza. Gua bukan lagi pahlawan berkuasa super yg mampu melancarkan jurus tumbukan maut pemusnah langit. Gua bukan lagi rocker yg egonya setinggi mahameru. GUa tak sedar kenapa ini berlaku.

Mimpi-mimpi gua sekarang dipenuhi oleh anak-anak kecil yg persis wajah ua sedang berlari-lari mendapatkan gua yg sedang pulang dari kerja, dan dari kejauhan satu senyum indah dari seorang isteri yg berjalan penug dengan kewanitaan untuk mencium tangan gua. Tinggal di rumah sebagai satu keluarga. Ini mimpi apa?

Ada yg bilang ini mungkin mimpi di usia matang. Di usia dewasa. Tapi, gua sebenarnya malu untuk mengaku yg gua ini sudah matang. Sudah dewasa. Haih. Mungkin ini juga kesan dari anjakan yakni peralihan zaman dari remaja ke dewasa. Tp, gua ini sudah dewasakah?

Gua hari ini membiarkan jari-jemari gua bersetubuh dengan minda gua dengan menulis di sini dengan satu buah fikiran- jangan pernah menyekat mimpi diri sendiri. Kenapa? Ini kerana gua masih ingat, mimpi sewaktu gua di usia remaja gua banyak memotivasikan diri gua. Jadi gua harus mengambil mimpi yg baru ini sebagai motivasi juga, bukan?

Maafkan gua jika penulisan ini samar isinya. Maaf. Sudah lama gua tak menulis. Ini pun mula kembali menulis. Jadi susunan perkataan dan isi mungkin sedikit bercelaru.

Mimpi itu ada dua- satu mimpi dalam tidur. Tapi di sini gua cuba mengutarakan tentang mimpi yg berdiri atas kata dasar 'impi' yakni impian.

Tapi, mimpi itu indah. Jika direaliti takkan dapat kita merasa indah, apa salahnya jika kita merasanya dengan menciptanya di mimpi.

Sampai si ni saja rasasnya. Ketemu lagi ya kelak, maderfakers.


Nota kaki: Wah, sudah lama tidak menulis secara spontan dengan panjang berjela-jela sebegini. Gua sekarang berasa bangga, life gua seudah stabil banyak berbanding dulu. Bukan senang untuk bangun semula selepas jatuh ya. Tahniah fucker kerana kembali yakin untuk menyepakterajang mahkota dunia. haha.

Komitmen gua sekarang banyak gua dedikasikan untuk famili gua. Lama sudah gua tak pulang dan tinggal bersama, jadi ini masanya untuk gua bersama mereka. Nanti gua mungkin akan membina famili gua sendiri, saat itu mungkin komitmen gua untuk mereka pula, kan?

Baru lepas mendapat panggilan dari sahabat gua dari Cairo, Mesir. Gua rindukan lu, Muhammad Fadhli Zakaria a.k.a. Darcj Phallie. Semoga berjaya.


Sunday, October 21, 2012

KUBURKU BUKAN SETENGAH KAKI

"..Kalau aku bisa mengorek
lahadku sendiri,

nescaya aku bisa mengambusnya
kembali.."


Nota kaki: Penulisan di Diaridosa akan kembali, kerana penulisnya masih belum belum lagi mati ;) . Tapi, masih adakah yg sudi membaca di sini?

Gua masih belum menaikkan lagi wasiat terakhir, harap-harap lambat lagi. Juga harap-harap gua dapat menulis seperti dulu. Rock hard maderfaker \m/