Wednesday, February 6, 2013

SERUSUK

"..menatap wajahmu
membuat lidahku selalu
memuji indahnya satu ciptaan-Nya.."


Nota kaki: Gua sebenarnya tidak berani.

Gua sedanglah bermasalah sekarang.

Wednesday, January 30, 2013

REMAJADEWASATUA

"..Kita tersangkut antara
masa dan manusia.."


Nota kaki: Gua penat.



Sekadar gamabar hiasan. Rocker pencen.

Tuesday, January 29, 2013

MUDA YANG TUA

"..Dan hari ini kita hidup lagi,
ihsan Tuhan kita belum bernisan seri.."



Nota kaki: Banyak yg gua nak cerita di sini tp masa amatlah terhad di usia sebegini.

Sakit, mati, jatuh, bangun, lari, rock n roll sampai mati.

Friday, January 4, 2013

JADI, BUMI?

"..Seperti sang
 bulan yg sendirian malam,

Seperti itulah jua mentari siang.."


Nota kaki: Mungkin nasib lu tak sebaik mereka. Mungkin mereka nasib tak seindah lu. 

Bersyukurlah




Monday, December 31, 2012

23 BINTANG JATUH

"..duhai dua puluh tiga
bintang jatuh,

berahiku merindumu,
meladeni hari mimpiku
melancap indah nafas itu.."



Nota kaki: 2013 dan dunia masih belum kiamat. Alhamdulillah sudah cecah 23 tahun usia gua. Live fast die young. Rock on. haha.

Ya Rabb, terimakasih untuk nafas ini. Juga selamat ulang tahun kelahiran buat ibunda puteri majesti hati gua, Puan Naterah Binti Marzuki. Terimakasihg kerana menjadi ibu kepada rockstar wannabe ini. Hehe.

Oh ya, jika blog ini masih punya pembacanya, terimakasih amat ya. Sudah genap lima tahun usianya. Dan selama lima tahun yg diliwat itulah hampir sepenuh hati gua dipalitkan di sini. 

Rock hard, maderkakers \m/

Friday, December 21, 2012

NAGA DISEBELAH PENGHUJUNG BULAN

"..Kenapa kekadang masa
terlalu cepat bercumbu mesra.."



Nota kaki: Last, Terengganu, Utara, Tengah Malaysia, lalu insyaALLAH sampai gua ke Timur. Maaf ya Selatan. Semoga Tuhan merahmati. 

Jika ada yg belum ketemu, semoga Yang Maha Segala anugerahkan kita hari lagi. Gua paling benci Disember sebenarnya. Tapi Disember 2012 adalah Disember terbaik. 

Saturday, December 8, 2012

SEBERAPA PANTAS LAGI HAYAT INI?

"..Ya Rabb, aku semakin merindukan kematian.."


Nota kaki: Dunia ini semakin bersifat sifar bagi gua. Oh ya, maaf jika gua tak uar-uarkan hari konvo gua. Gua pun sebenarnya berkonvo dengan seribu satu keretakan.

Untuk sahabat-sahabat, terimakasih amat. Gua harap momen-momen di mana kita pernah berkongsi satu ruang masa akan kekal dalam kitaran kehidupan ini.


Ada masanya, kita suka berteman.
Ada masanya, kita suka bersendiri...
(Petikan dari lagu Apokalips oleh M.Nasir)

Saturday, December 1, 2012

MENJADI TUA LALU MATI

"..Kulitnya kendur,
teteknya kendur,

hatinya kendur.."



Nota kaki: Semua dari kita akan menjadi tua lalu mati. Pernah tak lu terfikir bagaimana nasib lu, kehidupan lu peneriamaan orang ramai kelak lu tua?

Gua ambil cuti yg panjang setelah kerja seperti orang gila. Haha. Mudah-mudahan Yang Maha Segala penuhkan cuti gua dengan penuh makna. Rock out, rock hard \m/

Friday, November 30, 2012

SIAPA APA YANG DIKATA

"..Dia memandang cermin
lalu terkejut seraya bertanya:

Siapa kau?.."


Nota kaki: Tuhan dah tentukan setiap langkah lu. Langkah gua. Langkah kita. Bersyukurlah. Gua bersyukur, rasanya gua bukan lg gua yg dulu. Ini benar.


Saturday, November 24, 2012

SIAL WALHASIL

"..dihalau dari pulau,
dipulau dari relau.."


Nota kaki: InsyaALLAH cukup masa gua keluar. Gua tak semanja lu yg selalu mengecewakan syurga. Moga Yang Maha Segala memberkati.

Darah pun lu langkah, jadi jangan bercakap fasal panji.