Monday, January 11, 2010

ADA TARI SEMALAM

Semalam, aku diselubungi satu rasa yang kelat tapi indah. Indah bila ia datang bersama senyuman berbayang yang didahulukan dengan lancapan hari-hari yang terliwat sudah.

Semalam, rokok habis. Natijahnya, terpaksa aku memacu kuda berenjin meredah sekah kelam untuk mendapatkan rokok dikedai yang tidak mengira putaran jam berhenti mahupun tidak. Pagi buta, bandar ini lengang.

Duduk di depan kedai tersebut sesudah mendapatkan apa yang diniatkan bak tok sami yang tekun dan diam bermeditasi sendirian, rokok aku nyalakan. Selang beberapa sedutan awal, aku dikejutkan dengan satu sinetron.

"Apa ni? Kenapa tak cakap mana you pergi? Kalau I, memang you marah,kan?!", membentak nadanya, seorang gadis manis, tinggi menandingi aku,berdada ranum, berambut panjang.

Bentakannya terus dibalas oleh seorang jejaka kacak seperti pelakon drama Korea. Begini bidasnya,"so what?! Nak break up?".

'Break up'? Perkataan yang membuatkan aku secara tiba-tiba menghalakan mata dengan renungan yang tajam. Aku jarang memerhati atau peduli dengan figura-figura hidup di sekitar aku, sejak dulu. Tapi, kali ini ia berbeza. Dan aku masih menyedut rokok dengan lahap.

"Oh, senang kan you cakap?! Shitt!", dengan berwajah ketat umpama seluar bell-bottom aku yang ketat amat di bahagian cawat.Tiada sesal.Tiada tangis. Tiada tangis?

Jejaka berwajah pan-asia itu pun lantas masuk ke dalam keretanya,model yang serupa dengan Swift, berwarna hitam gamaknya.

Dan terpinga-pinga gadis itu. Aku lihat ada titisan di pipinya, mungkin rasa terkilan kerana ditinggalkan. Tapi, maaf, aku bukan mahu menolong dia. Aku tak kenal pun siapa minah ni. Lagipun, baik lu kadang-kadang orang tak nampak, orang salah faham.

Jadi aku masih duduk menyalakan rokok yang ke-2, untuk pastikan
dia selamat. Dia mengeluarkan telefon bimbit, dan selang tidak berapa lama kemudian, datang sebuah kereta, mungkin kawannya.

Ok, aku dah boleh balik.


Apa yang buat aku asyik terfikirkan perihal mereka adalah kerana
beberapa persoalan. Kenapa senang sangat untuk cakap 'break up'? Kenapa tiada langsung sesal mahupun tangisan bila 'break-up'? Mereka fikir sayang itu boleh dibuang-buang? Dan untuk jejaka kacak
itu, kenapa pergi macam tu saja, kan boleh diselamatkan? Binatangkah mereka?!

Sehitam-hitam hati aku pun boleh fikir, inikan pula dia yang kacak tu.

Tapi mahu cakap lebih pun, nanti tertempek balik ke muka. Aku pun tak menjaga hubungan aku dengan baik dulu. Jadi, biar saja.

Nota Kaki Bernanah : Aku dah hampir seminggu di sini. Awan gelap, hujan masih belum berhenti.

Maaf, aku tahu aku patut jadi lelaki yang baik. Seorang suami yang sudah bercerai dengan isterinya harus memastikan kharbar bekas isterinya baik-baik saja, itu yang Islam ajarkan (gua tak kawen lagi lar...). Tapi aku masih belum bersedia,dan sedang kuatkan hati sekarang.

Carta PanasFM Minggu Ini : Two Weeks (All That Remains), Race With The Devil (Girlschool), Sacrifice (Bathory), The usurper (Celtic Frost). Lagu wajib, Brandon Lee (The 69 Eyes)..."...What will they be? Another failure, like you and me?.."