Tuesday, August 17, 2010

SURAT BUAT SESEORANG YANG SAMAR

Seseorang Yang Samar,
P/B 13 Celahan Curam Kelam,
Jalan Kedua Selepas Semalam,
666 Persisiran Gerbang Esok,
An-Nar,
Malaysia.

Ke hadapan tanpa kanan dan kiri diri kita.

Dimanakah kau? Itu persoalan yang membuatkan perkataan-perkataan ini releven untuk disuratkan.

Usah pedulikan diri aku, persetankan saja. Aku masih sama, bermain dengan siang untuk melestarikan malam, bermain dengan malam untuk memjadikan siang kelam. Tapi, kau dimana?

Aku cuma mahu kau datang, tak mengapa jika aku jijik untuk dipandang, datanglah dan bawa pulang bayang milikm kau pergi.
Kau tetap berpeleseran di atas paksi mata aku, walaupun nahunya kau tak akan kembali. Sekadar bermonolog yang sungguh-sungguh sendirian walaupun entah mengapa ia terlintas umpama bermain gitar tanpa fret, janggal tapi munasabah. Kan?

Kau pernah katakan dulu, LELAKI ADALAH BINATANG DAN PEREMPUAN ADALAH SIALAN. Aku percaya itu, yang sekarang dengan kata-katamu itulah yang mengheret aku ke medan tanpa senyuman ini...

Aku percaya, dan masih percaya...
Kerana kau...

Aku Yang Hampir Dijerat Mati

farysaSINSabell

p/s: kepada para pembaca, tolonglah jangan
membuat spekulasi sembarangan berkenaan tulisan di atas, ok...