Monday, January 4, 2016

MEMETIK CINTA DI DADA SUBURNYA

"..pada penantian mana yang harus dinanti,
tertinggal sebentar untuk meladeni hari.

Pada sesal mana patut kau tangisi,
berdiri lagi, melawan badi.."



Nota kaki: Tahun baru yang sedikit bernyawa. Kembali dari gila, ia bisa jadi racun, bisa juga jadi kemegahan seorang lelaki. Gua survive lagi, rock n roll!

Permulaan tahun baru yang agak menakjubkan. Dua tahun gua berada bawah medication, dua tahun tanpa apa-apa yang langsung boleh dibanggakan, saban hari bangun dari tidur hanya untuk kembali tidur. Dua tahun gua dipaksa untuk bertapa, berapa banyaknya kali dalam jugra masa yang telah gua lepas?

Januari 2016, ada khabar gembira. Penerbitan karya dengarnya telah masuk ke proses akhir. 'Semua, Introvert' nipis dibukukan namun tebal pemberontakannya. Dan Januari 2016 juga gua bakal menyahut seruan Yang Maha Segala, bermusafir ke Tanah Haram.

Yang Maha Segala, ku dongak ke langit mencari-Mu, namun kau luaskan lagi pengembaraan ini. Ke hadapan Tuhan yang tidak berdendam, terimalah hamba..

Buat Pn. Naterah Marzuki, terimakasih kerana sentiasa bersama. Buat Maizatul Nashiha Sakina cintaku, terimakasih kerana kekal bersama.

Terimakasih kerana sentiasa berada bersama sepanjang tempoh medication.

Live fast, die young. Rock On!