Monday, June 27, 2011

CINTA (INDAH WALAUPUN BERAIR DI MATA)

"..Cinta itu seperti jerangkap samar:

Tak terpijak tak tersedar,
sudah terpijak meletup berkecai..."


p/s: Bila rocker berbicara tentang
cinta, semua bisa tertawa hahaha..

p/s/ass: Gua orang yang sensitif, jadi
gua mintak maaf bagi diri gua sendiri...

p/s/asshole: Penulisan di Diaridosa mungkin
akan distatikkan atas sebab-sebab personel...

Friday, June 24, 2011

TERIMAKASIH SEMUA, GUA DIAM

"...TERIMAKASIH SEMUA, GUA DIAM.."


P/S: TERIMAKASIH SEMUA, GUA DIAM

P/S/ASS: LU SEMUA JANGAN TAKUT, GUA
BUKAN PENTING PUN. DARI DULU KAN?

P/S/ASSHOLE: TERIMAKASIH SEMUA, GUA DIAM

Tuesday, June 21, 2011

DUNIA MEDAN TANGISAN



"...Jangan cepat besar, dunia kejam..."


Sekadar gambar hiasan. Ini Laila, Laila Najihah. Gambar lama, sewaktu masih pelat lidahnya berbicara. Sekarang, bukan main lagi mulutnya cakap itu cakap ini hahaha. Gua syak adik-adik gua semua ni mesti jadi rebutan bila besar nanti. Haish, risau gua. Serius cakap, gua bunuh mana-mana jantan yang berani main gila dengan adik-adik gua, SUMPAH.

Mana jantan baik lu cakap gua? Peratusannya sama seperti seekor semut dalam sebalang gula.


p/s: Tuhan baru tarik sikit nikmat
yg diberi, syukur masih bernyawa
lagi gua :)

p/s/ass: Stress punya pasal, merapu
ja penulisan gua. Siap tiga post
sekali harung pulak tu...haih...

p/s/asshole: Usah risau, gua takkan
kacau dodol dalam kawah orang...

DARI LUAR JENDELA

"...kelak kita tua, kita akan sedar betapa untungnya menjadi muda..."

p/s: Seperti burung yang
terbakar bulu pelepah :)

Gua banyak layan ceramah
Ustaz Azhar Idrus sekarang.
sikit-sikit pasal munakahat...


KEPADA YANG MAHA SEGALA


"...Jika dada ini terus-terusan sesak dengan penyesalan,
izinkanlah aku bersujud kepada-Mu,
walaupun untuk yang terakhir kali..."


Sekadar gambar hiasan. Serocker gua ni, gua pernah modelling hahaha. Serius, gua tak tipu. Bukan lah fulltime, tapi lama dulu gua pernah jadi subjek foto bagi tiga jurukamera (dua fashion satu journalism) . Terimakasih kepada jurukamera-jurukamera tersebut sebab bagi gua merasa salah satu cabang seni ini.

Gua sangat obses dengan semua jenis seni terutamanya musik dan sastera kecuali tarian. Hahaha, jatuh reputasi gua sebagai rocker yang paling kejam dan ganas ini hehe.

Tapi sekarang dan masa akan datang tak mau lah gua modelling lagi. Badan dan muka mcm gua, mampus kena gelak hahaha.


p/s: Mudah-mudahan big bro gua
Encik Gawat sihat semula seperti
sediakala. cepat baik bro,
nanti boleh skate hehe..

p/s/ass: hari-hari terakhir frasa hidup
gua kat sini dah hampir tamat :)

p/s/asshole: Benar, Diadirosa adalah
satu sudut jujur diri gua...



Monday, June 20, 2011

BIAR DUBUR BICARA


"...Jika dibiar dubur bicara kata-kata,
sampai ke sudah tak kan tamat cerita..."


Sekadar gambar hiasan. Manusia tetap manusia. Yang luaran cantik, sampai ke mampus orang ramai anggap semua cantik. Tuhan bagi mata, bukan untuk di 'implied' suka-suka. Kekadang pulak suara yg tuhan bagi tu buat tidurkan syurga bangunkan celaka. Benda kecik boleh buat lu merana kelak. Lu tak tau tu sebab lu tak pernah hidup di jalanan. Kalau nak ikutkan keras kepala, semua orang sama.

Bro, lu buat banyak orang kecik hati dgn ketidakmatangan lu.


p/s: Orang berbudi gua berbahasa,
orang berak atas kepala gua,
tak salah rasanya gua palit balik
kat dia punya muka...

p/s/ass: tak seronok bernafas asap,
berdaging kimia...

Saturday, June 18, 2011

USAH DIPAKSA SESIAPA


"..Kepercayaan itu adalah seperti satu persetubuhan
yang romantis...

Yang bisa membuatkan mempelai
berkhayalkan syurga hingga ke akhir
berbisik manis..."


Sekadar gambar hiasan. Kebelakangan ini gua enjoy dengan life gua, terimakasih teman-teman :) . Rindu pada yang jauh pun terubat sikit. Gua tau adik-adik gua kekadang baca blog gua, Ammar dan Aliff Wafi (Auni Hartini pun kot hehe). Gua rindu kalian, mesti kalian bosankan bila abang lu ni tadak kat umah haha, tadaklah org nak kacau kalian, kan? Rindu sangat pondok usang dan ragam isinya..


p/s: Yang di fikiran gua tetap sama:
"Gua sendiri pun tak cukup mkn,
macam mana gua nak bg lu mkn,
kan?"

Maaf, tp gua rasa rendah diri dgn lu...

Friday, June 17, 2011

KITA PERNAH BERADA DI SITU


"...Dia masih terlampau muda untuk
kecewa seperti kita..."


Sekadar gambar hiasan. Gambar lama ni, dah lama gua tak berambut pendek. Hidup ini, patah atau bersimen, harus jua diredah. Sebagai tanda yg kita bersyukur dgn apa yg Tuhan berikan, kan?


p/s: Gua tak check lg result
gua..gua rasa gua punya
merudum teruk...aih...

p/s/ass: Ada org ckp demand
terhadap lelaki tinggi, tambah-
tambah yang mcm sombong2
sikit...hahahaha

Thursday, June 16, 2011

KEJAMNYA TATA SUSILAMU (TATKALA DADA TERTUBA)



"...Dari lorong itu dia datang,
bersama malam membawa aku terhempas..."


Sekadar gambar hiasan. Ini masa gua ikut aktiviti amal membersihkan alam dulu. Dari kiri: Ajoi (Rocker ni hehe), dan Ngut (Partner in crime gua ni haha). Ajoi kat Arau sekarang dan Ngut masih ada bersama. Hari yang penat dan ketiak basah habis, tapi sumpah indah dan menyeronokkan. :)


p/s: Life sebagai student patut
belasah habis-habisan kan :)
sbb nanti dah kerja gua rasa stressnya
lagi lancau, kan...?

p/s: Salah satu grup hacker tu pakai
lagu 'Through the fire and flame'
(Dragonforce). Kepala metal ni
hahaha...

Wednesday, June 15, 2011

SEMALAM


"...Aku patahkan sayap egoku demi maksud kawan...
Namun siapa tahu, semalam mungkin pergi lagi
seperti semalam..."


Sekadar gambar hiasan. Ini antara sebahagian koleksi pita kaset gua. Ini tak termasuk dengan koleksi cakera padat dan DVD lagi ni hehehe. Ini salah satu hobi gua, sejak umur 12 tahun. Rasanya, campur semua dah nak cecah 1000 hehe. Gua fuck cetak rompak, gua tak suka konsep downloading-uploading. Tapi sekarang dah jarang gua lepak music store. Haih..


p/s: Gua tak pernah takut
dgn apa-apa, sumpah..
hantu, orang, etc...

tp gua sangat takut jika
ada masalah dlm perhubungan...