Monday, June 9, 2014

LIMA TAHUN YANG TERSIA

"..dia hadir di saat
aku hilang segalanya,
dia di depanku
kala aku sendiri kehilangan..

Tuhan
demi dia-

Kembalikan aku kepada aku
Kanku hadiahkan dia satu-
satunya punya aku ...

Dgn hati sebagai Taj Mahal- ke syurga.."





Maizatul Nashiha Sakina.
Nama pertama dan terakhir
Dlm blog ini. Juga hati ini.




Nota kaki: Dulu gua pegang teguh 'dengan sayang, semua jadi'. Dan dulu juga kemudiannya gua buang jauh-jauh untaian kata tu. Gua lali dgn cinta..

Hinggalah Tuhan tunjukkan kuasa-Nya, gua kenal cinta..

Ianya satu keajaiban dlm kegelapan. Sumpah. Lu pernah terbaca susunan emas berbunyi 'kesetiaan seorang wanita diuji bila jejakanya tiada apa-apa dan setianya seorang lelaki bila dia punya segalanya'? Sayang...tak sangka Tuhan ujimu awal.

Kamu berjaya, Sayang... :) Aku berbangga punya kamu..

Gua pernah buktikan dulu bahawa gua adlh pencinta paling setia. Sayang, lihat...

Kanku buktikan sekali lg selamanya..


Wednesday, June 4, 2014

PENGHUNI SYURGA

"...mereka itu adalah syurga,
Buat mereka dan saling mereka.."


Nota kaki: Tuhan, cantiknya aturan-Mu. Gua doakan Jannah itu tempat kalian, dua sahabat sejati gua.

Gua menangis dr jauh. Gua paksa namun tak dapat bersama dlm dekat.

Menuju kekeluargaan adalah destini cinta :)



Gua sgt sayangkan mereka berdua..sangat.

Sunday, May 18, 2014

DITUDING AMARAH

"..siapa yg bisa
Senyum bila dipersalah?

Siapa pula yg
bina senyum bila dihambat
rasa bersalah.."


Nota kaki: Marah itu iblis. Gua dah buang jauh jauh, tak malu datang blk baran..

Gua dua tiga menjak ni cpt meradang. Haih..

Friday, May 16, 2014

TERSEPIT ANTARA CERITA DIA DIA

"...Rimas:

Memilih antara dua
Aku saksi- aku tak erti
Diponggah resah rahsia
Aku satu - aku buntu..."


Nota kaki: ceritanya dari 20 tahun yg lps. Gua takut gua 'ter' disitu.

Gua risau..rimas.

Wednesday, May 14, 2014

THE QUOTE






Nota Kaki: Terima kasih atas segala-galanya Si Chantik. Kamu bawakan aku hidup kamu bawa inspirasi, aku ciptakan kau syurga..

Gua kerap terbang sekarang..Haih..Hati cakap tulis tapi kepala malas..

Wednesday, April 30, 2014

ANAK RAJA ARJUNA SAKTI


"..anak Raja Arjuna Sakti
Itu namanya,
Putera Buangan Pelangi
Itu gelarnya...

Sudah terlepas kijang buruan,
Terpanah dengan hari semalam,
jatuh pula tersembam esok kelam..

Tuhan, aku pulang..
Tuhan aku pulang..

Tuhan dgr Tuhan kasihan,
Biar kau bangun berteman,
Diterbangkan angin bidadari rupawan..

Syurga izinkan si jelita 
melengkapi Arjuna,
Bidadari Syurga Puteri Juita Sakina
Namanya.."


Nota Kaki: Gua dalam satu keadaan yg amat sulit. Dia cakap Dia mahu ada bersama.. Terimakasih sayang..

Update guna fon agak leceh.

Dengannya, semuanya sempurna.
Si Cantik merangkap Si Kentot.

Tuesday, April 8, 2014

APA KHABAR DIARIDOSA?

"..apa khabar diaridosa?

Tuanmu telah kembali.."




Nota kaki: Sebutir-sebutir kekuatan gua kutip. Masih terlalu lemah namun tetap yakin bernafas..

Diaridosa, gua akan kembali berjima' dengan lu..

Monday, February 17, 2014

SATU KALIMAH YANG PUDAR

"..percayalah,
ianya itu percaya.."




Nota kaki : Lu gua belajar dari benda yg lepas. Tp tak pernah kita belajar untuk percaya diri sendiri.

Percaya diri sendiri tak bermaksud mnjadi sombong. Ia bererti lu teguh dengan diri lu.

Gua sedang menghadapi saat dimana segala kehampaan datang bila belajar untuk percaya diri sendiri.

Gua pernah tinggalkan keluarga gua kerana perkataan 'percaya'. Izinkanlah gua jadikan mereka sebagai pautan 'percaya' gua sekarang dan selamanya..

Gua pernah tinggalkan cinta kerana perkataan 'percaya'. Izinkanlah gua jadikan si cantik cinta gua sebagai galang 'percaya' gua..

Gua mengaku gua bangga dengan kehidupan gua dulu. Gula mula sedar gua menyesal dengannya juga..

Wednesday, February 5, 2014

TERBANGNYA GARUDA MENINGGALKAN DUNIA

"..garuda itu pernah meraja
dalam dunianya..

Dan kini garuda mahu kembali
Ke titik mula sebagai burung biasa..

Yg
Ada hanya satu..
Cinta..

Hilangkanlah segalanya
Biarkan garuda memegang percaya

.."



Nota Kaki : Akan ada di satu tahap lu akan hilang kesemuanya. Di satu tahap lu terpaksa memperdulikan semuanya..

Namun Tuhan kan gantikan satu sebagai penggenap semua..

Thursday, January 23, 2014

RISAU

"..kau bilang,
kau benci rumput..
ada binatang bisa menjalar,
rumput yg membencikan..

aku risau,
rumput yg kau bencikan itu aku.."


Nota kaki: Lu tahu bagaimana mana rasa risau? Lu pernah cuba buang semua hidup lu untuk seseorang? 

Bila mata ini telah dibutakan oleh senyumnya, gua bencikan jarak.