Friday, February 6, 2009

DIA CAHAYA, DIA SEGALANYA

Kalau dia ada gula-gula, keropok, ais krim, jangan harap larght nak bagi aku sikit,siap tayang-tayang lagi... Tapi kalau aku ada semua tu, nak ajak aku ronda-ronda, nak duit, manja gila dengan aku...Materialistik betul...Hahak!!!Aku bab-bab manja-manja ni, memang lemah sangat... Ini, Laila Najihah, adik aku yang bongsu...Ohrght, aku sayang sangat budak buncit ni!!!Kalau dia cium orang, habis satu muka jawabnya...
Baru sangat kiranya dia melangkah ke alam persekolahan, prasekolah...Nangis juga awalannya...Dia adalah penyeri bagi keluarga besar aku...Dia manja sangat, tapi kekadang garang macam maknenek...Nota tambahan : Ex aku dulu nak datang rumah semata-mata nak main dengan Laila...
p/s: Dari kiri ; Auni Hartini (pernah aku calitkan tentang adik aku yang sorang ini di entry lepas), Laila Najihah dan Raksasa Huduh Planet Marikh sewaktu hari konvo mak aku...
Dia sangat aktif, pandai mengusik orang,dah pandai mencarut(cit!),paling comot,suka bergambar,suka larikan tune gitar aku,suka buat orang terhibur,malu dengan orang yang tak dikenali dan blablabla...
Ini gambar selepas aku memotong rambut dia...Dia akan menangis kalau gunting rambut di kedai @ saloon @ nyonya pekan @ blabla... Takut mungkin...Entahlah, banyak kebobrokan di rumah tapi semuanya seakan dibisukan kerana hadirnya budak buncit ni...Dia cahaya baru di rumah...
p/s : Gambar yang aku gunakan pada profil blog ini adalah gambar Laila Najihah yang memakai tudung dan berkacamata...