Saturday, July 31, 2010

BERJALAN DI JALAN JALANAN

Selalu bilangnya; "dunia tak mengerti!", "hidup mempermainkan aku!", "ruang lingkup realiti hanya untuk realist!". Betulkah begitu?

Jawapannya, sebenarnya hanya ada di tangan individu itu. Bila minda berkapasiti rendah cuba ditakwilkan dengan hati lemah, atau pun, hati bidang berdaya tahan dengan minda buka penuh mahupun separa buka, jalan yang dipilih sebenarnya menentukan langkah seterusnya. Bukan menentukan noktahnya.

Kita, empunya badan sendiri, tidak berhak membantah ataupun bersetuju seratus persen dengan jalan yang orang pilih. Tapi, setidaknya, walaupun tak berhak, kita layak menyuarakan pendapat sendiri yang datang dari sudut pemikiran dengan intensi agar didengari.

Bila mebincangkan, atau dengan bahasa yang lebih palat, menghembus keluar perbualan berkenaan 'jalan', sejujurnya dari hati anak kecil bangsat ini, aku sebenarnya sudah banyak kali hampir tersesat setelah berjalan. Tapi, alhamdulillah, walaupun hampir tersesat, masih mampu mengucap syahadah. Aku sebenarnya tak layak dan tak berhak berbicara tentang jalan.

Kita cuma punya dua jalan; memilih samada berjalan pintas untuk dekat ataupun berjalan jauh yang memenatkan, tiada istilah sesat (bicara ini bukan berorientasikan ke arah agama. Jika dari sudut agama, istilah sesat memang benar wujud) . Yang Maha Segala anugerahkan kita akal agar mencipta jalan, bukan sekadar mencari jalan. Mencari jalan lebih tertumpu ke arah 'action' yakni usaha setelah mencipta jalan. Mencipta jalan pula menjerumus ke arah awal untuk mencari jalan, boleh diklasifikasikan sebagai proses mendefinisikan apa jalan, bagaimana mahu jalan, di mana jalan, dan berapa harga jalan dan berapa harga destinasi. Jadi, sejauh mana pun berjalan (mungkin senang dikatakan, hampir sesat), manusia masih bisa sampai ke destinasi dengan mencipta jalan untuk ke destinasi kembali.

Istilah 'survival' sebenarnya bermula sejak proses jima' ataupun dengan bahasa agar senang difahami, bermula sejak proses menyatukan kelamin yakni persetubuhan, dengan syarat melahirkan zuriat.

Dari mula pedang Adam membuka gerbang istana Hawa, hinggalah benih-benih berjiwa besi mara merempuh mahkota ovum (kalau pancut luaq, memang la tak jadi...Contoh, lu pancut kat muka pasangan konon-konon nak buat macam skill Maria Ozawa, membazirlah benih. Lagipun itu perbuatan luar tabii...), survival telah wujud. Lalu dari sekecil-kecil kejadian, terbentuklah zigot, menjadi embrio dan seterusnya gah punya roh menjadi fetus. Tapi perjuangan (jalan), masih belum bernoktah. Ini baru frasa awal dalam mencipta jalan sebelum mencari jalan.

Jika difikirkan, momen-momen berstatus remaja sangat berat. Selalunya, di sinilah banyak digugat gerigis-gerigis berwarna hitam dalam meneruskan jalan. Kebiasaannya, remaja akan mudah mengambil jalan yang senang yang akan menyebabkan kelak remaja akan mengambil lebih banyak jalan hingga penat menjengah tiba. Tapi yang bagusnya, dari banyak-banyak jalan yang diambil itu, banyaklah pengalaman hidup yang akan ditimba. Jadi, bersyukurlah dan teguhlah dengan jalan yang dipilih.

Mak aku selalu pesan, "abangah dah besaq, apa jalan yang abangah pilih, mak tetap ada...".

Sekadar gambar hiasan. Main permainan di atas sangat stim oh...

Nota Kaki Lembik Lutut: Masing-masing punya jalan, masing-masing punya perancangan, masing-masing punya nisan....Takkan la nisan pun nak kongsi,kan?

Budak-budak kelas aku baik-baik belaka...Tapi tak havox...Lantaklah, aku pun diam ja dalam kelas...Huhu...

Carta PanasFM Minggu Ini: Violent Revolution (Kreator), Fuck You (Overkill), Teenage Fuckin Love Story (Syntetic)...Tapi aku atas motor selalu nyanyi lagu Dari Sini Ke Bintang-Bintang (Farah Asyikin)...Huhu...