Tuesday, March 1, 2011

AKU CUMA SEPOTONG TEKS SMS

Aku cuma sepotong teks SMS,
Jadi, tak punya banyak pilihan,
cuma dua:

Disimpan dalam peti masuk ataupun dipadam saja...

Aku rayu agar aku ditempatkan dalam peti masuk, ataupun draft, ataupun peti simpanan pesanan, ataupun blablabla. Tapi, intuisiku kuat mengatakan bahawa aku akan terpadam. Kerana jika tersimpan sekalipun, aku mungkin tidak akan dipedulikan, lagi...

Namun, masih aku rayu, jika mahu aku terpadam sekalipun, jangan bisa sesekali bercerita perihal aku kepada sesiapa. Mungkin bagimu, saat kita bersama adalah sama seperti saat kau bersama mereka, tapi tetap bagiku saat-saat itu adalah satu kopulasi tentang kepercayaan.

Kerana bagiku, saat kita bersama adalah tersangat-sangat indah, yang hanya dirasai oleh aku dan dirimu...

Aku cuma sepotong teks SMS,
yang sekarang ini dilambak oleh kemasukan teks SMS lain ke dalam telefon mudah alih berpenggera harimu...



Aku cuma sepotong teks SMS...



p/s: Gua bukan orang yg
profesional...
Dan gua sangat-sangat
tak suka 'berkongsi'..
.

p/s/ass:Terimakasih Cek Fiq,
tapi gua memang macam ni,
seorang yang ortodoks...