Saturday, March 7, 2009

AKU TETAP DI LUTUTMU, ABAH

Aku bukan kesiangan... Kekadang benci aku pada malam...Kesannya, otak dah bangang...Tadi petang aku dikawal minda bawah sedar lagi...Lantaklah, ini dos yang semakin akhir...

Aku terima satu panggilan tadi, selepas azan isyak kiranya...Kebiasaannya nada telefon bimbit bunyinya To Mega Therion dari Therion jika ada panggilan hadir, itupun jika panggilan dari teman...Atau setidaknya lagu dari band aku sendiri jika my darkest brothers (Fadhli, Angah, Syammen) yang memanggil...Tapi, kali ini bunyinya Tears In Heaven, satu lagu ballad oleh Eric Clapton... Maksudnya, panggilan dari my lovely mermaid, mak aku...!

"Tadi petang tepon tak pick up pon...P mana? Blablabla..." tanya dia...Aku jawab, " Maen futsal tadi...Fon ada kat bilik..." tipu aku, nahunya aku ke alam mimpi petang tadi..."Hik, kalau cakap maen futsal, tak gelak lar..." mak aku memang selalu merapu, macam aku jugak lar...Dia akan gelak kalau aku cakap aku bersukan...Walaupun dia tahu aku sangat aktif, tapi dia tetap akan ketawa jika aku bersukan kerana dia tahu amat aku sangat malas...

Setelah lama berbual, "Nak cakap ngan abah?", dia pelawa...Diam aku sejenak..."Boleh gak...", terima aku... Mak aku tahu yang aku dan abah memang agak dingin...Perbezaan corak pemikiran mungkin...

"Assalamualaikum...", suara tua di situ..."Macam mana? Akademik ok? Blablabla...", tanya dia talu-talu... Bidas aku, "Alhamdulillah, ok...". Mudah... Jangkaku tepat, akademik, akademik, dan kademik juga topiknya...

"31hb Mei atau 1hb Jun kot, abah nak tunaikan nazar abah... Abah jadi p buat umrah...Abangah cuti tak?", bentangnya tanpa diminta... "Cuti kot...", aku bersuara... "Bagus lar kalau camtu... Err, kalau macam tu, start lar amal dari sekarang...", cakap aku sedikit sinis... Dia terdiam sejenak lalu dijawab, "Ini untuk nazar...".

Aku nak semua orang tahu yang aku sangat menyanjung tinggi kamu, Abah... Walaupun kita dingin selepas hari gelap itu, aku masih berbangga jadi anak kepada seorang lelaki yang hebat amat iaitu Mohd Pami Bin Ahmad, iaitu kamu, abah... Aku tak pernah malu untuk berkata, "Ya, saya anak Cikgu Pami!"...

Abah, orang pertama dari Permatang Sintok yang ke universiti... Dulu, kami sekeluarga akan bersama-sama menyaksikan rancangan Who Want To Be A Millionare dan aku takjub setiap kali abah menjawab semua soalan dengan mudah walaupun semasa membaca surat khabar... Kerana tabiatnya yang meletakkan 100% konsentrasi sewaktu membaca dan ditambah tabiat dari dulu membaca, pengetahuan amnya sangat kuat...

Jika bukan kerana salah darah mudamu dulu, kita mungkin akan jadi orang yang sangat berharta dulu, tapi aku lagi suka dilahirkan dalam keadaan ini kerana kamu tetap abah aku...

Maafkan anakmu ini yang selalu jauh berpaling dari perspektif kamu, perspektif seorang abah...Tapi abah jugak yang cakap, "Masa depan abangah, adalah masa depan abangah..."...

Maafkan segala dosa anakmu yang tak habis-habis dengan jiwa rebel ini...
Cuma satu, setinggi mana pun aku terbang, sejauh manapun aku berlayar, AKU TETAP DI LUTUTMU, ABAH...(Walaupun gua metalhead tegar sejak darjah enam, tapi gua banyak belajar sastera dari abah gua, graduan jurusan arkeologi dan sastera UM...Jadi, memang aku suka ayat-ayat yang orang cakap 'poyo' cam ni...Hahahak!!!)

p/s: Abah memang tak suka bergambar...Jadi tiada gambar diselit...

Tuesday, March 3, 2009

GUA BOSAN AMAT NI!!!

Arght!!! Ini sedikit lari dari kebiasaan... Aku tak pernah fikir atau nak fikir berkenaan benda ni... Tapi sejak dua minggu lepas aku asyik dengar teman-teman lain berbual secara serius tentangnya... KAWEN!!! Jadahnya aku nak fikir... Tapi...

LATAR TEMPAT : Bilik, kolej.
LATAR MASA : Petang tadi.
LATAR MASYARAKAT : Nuang, Koyum, Aku.
Potpetpotpet (berborak berkenaan kawen...)....Aku pula sedang cuba melelapkan mata... Aku tergelak tatkala Nuang dan Koyum cakap fasal kawen..."Apsal kau gelak? Ok, apa kau fikir berkenaan kawen...?"... Erght, aku pula ditanya..."Aku still nak rawk on my own f**kin life!", jawab aku...Lalu Nuang cakap, "Tisu (aku lar...) lain... Mat metal...Dia ada priority lain...Band,blablabla..."...Selamat aku...

LATAR TEMPAT : Dari dewan makan ke bilik.
LATAR MASA : Kira-kira dua minggu lalu.
LATAR MASYARAKAT : Jablon, Toby, Aku lagi.
"Kita kena tunjuk dari awal yang kita ni baik...Kalau dari awal dah gadoh, susah lar nanti..."...Itu kata Toby yang sedang berbual dengan Jablon berkenaan kekasih hati mereka dan aku pura-pura tak mendengar...Aku ditanya Toby, "Kau dulu selalu gadoh arght dengan awek kau?Pernah rancang masa depan dengan dia?"...Jawab aku, "Pernah! Aku nak keluarkan benih yang bakal jadi metalhead..."... "Kau ni tak habis-habis..."Kata Jablon... Selamat lagi aku...

LATAR TEMPAT : Pusat membeli-belah.
LATAR MASA : Dua tahun lepas.
LATAR MASYARAKAT : Aku dan 'dia'.
"Nantikan, kalau Orang dah jadi mama kan, Orang nak sumthin that buat Orang comfort...Blablabla..." kata 'dia'...Jawab aku, "Erm, baeklah wahai tuan puteri pasir rebus delima merkah..."..."Hee...Orang nak rumah besar sangat-sangat,ada lil' garden, swimmin pool, blablabla...Dia (aku) kena prepare macam-macam tau...blablabla...Nak anak banyak...blabla.."..."Baek...hamba menurut perintah...Eh, movie dah nak start! Cepat lar..."... Selamat lagi aku...

Natijahnya, aku selalu menipu, merapu...Jujurnya dalam hati, aku takut benar dengan tanggungjawab...Aku takut nanti aku terpaksa bahagikan sayang aku antara mak dan bini...Bayangkan, boxer yang patut dibasuh sekurang-kurangnya 3 kali seminggu pun boleh dilanyak sampai dua minggu...Nikan pulak nak sara anak bini...Lagipun aku masih bergantung kepada painkiller, hidup dengan rawk n roll yang bobrok, belajar pun tunggang-langgang, SEMBAH TUHAN PUN KURANG...Tambah lagi dengan tak hensem, tak berharta, boncit, ketiak busuk, jerawat banyak, tak stylo, gemuk, hitam, blablabla...Dan memang aku tak pernah fikir atau nak fikir berkenaan kawen lagi...


Thursday, February 26, 2009

TERIMA KASIH, SEGAR AMAT LAR SANGAT

TERIMA KASIH...
Kali pertama bergambar di sini...Terima kasih yang teramat kepada Pulai dan Jablon yang masih bersama...Unite, yearght! Nuang yang hebat dengan ceritanya, terima kasih juga...Toby yang cool dan romantis, terima kasih lagi... Siput yang hensem (individu yang mengambil gambar), terima kasih... Bebudak yang selalu jadikan bilik SR325 sebagai port dan markas...Terima kasih kalian kerana masih bersama...Terima kasih kepada Aida Nabila yang baik sangat walaupun aku layan macam kalihamput...Heh, cuma sedikit waktu lagi...Kepada Encik Karipap @ Kamal Ariffin Tabloid, terima kasih...Sesi Metalcore (Deona Cart Deluna) yang selalu borak metal sekali, terima kasih...Bebudak laki kelas D4T1, terima kasih...Nani dan Hajar yang baik, terima kasih...Terima kasih atas segalanya...Terima kasih semua...Banyak lagi kiranya, tetap berterima kasih...Semua individu yang pernah tersenyum bersama di sini, terima kasih...Aku anak kecil, masih kecil...Tak sempurna untuk kalian...

PASUKAN JIWA TERKEBELAKANG (2)

Antara tiga yang pertama,
Aku dua yang terkebelakang...
Antara ruang yang bernyawa,
Aku sendirian terkebelakang...
Antara laungan kental bersama,
Aku lemah yang terkebelakang...
Antara pasukan yang mencari dosa,
Aku juga yang terkebelakang...

PASUKAN JIWA TERKEBELAKANG

Hari yang haru-biru setelah berkejaran memintas masa, aku sampai... Terima-kasih Encik Halem sXe yang susah-payah melayan karenah hamba yang hina ini... Hahak, shit!!! Malam, saat itu, aku terkenangkan roh hitam aku yang terkelam, Fadhli dan Angah... Orght, aku inginkan kita seperti dulu... Saat aku, Fadhli, Angah dan da real f**kin grinder Syammen meliwat hari-hari bersama... Tunggu, kita jauh tapi mimpi kita masih belum terlaksana sepenuhnya... Yearght, mari menggempur pintu neraka!!! Aku dah rancang banyak agenda cuti nanti... Hail!

Monday, February 23, 2009

KELAK NANTI TUA

Setiap kali hadirkan kelas ke makmal Eplison, aku sedikit tersentuh... Dan setiap kali aku bukakan kasut untuk diletakkan di para, aku lantas jatuh...

Ada seorang wanita tua yang selalu menghulurkan senyuman walaupun keringatnya telah luntur...

Dan setiap kali itulah aku cuba untuk berbual dengannya... Nahunya, orang lain seakan menidakkan kewujudannya...

Aku selalu terfikir, kelak jika aku tua, mungkinkah akan aku sendiri seperti itu..

Dedikasi untuk Mak Cik cleaner yang sentiasa tersenyum...

Tuesday, February 17, 2009

SELAMAT PERGI UNTUK KEMBALI

"Bangun lar...!"
Aku pun bangun...
"Ada sumthin ni nak tunjuk...."
Dah bangun pun...
"Takper larght..."
Pulak dah...
"Nanti larght, tak nak kaco..."
HABIS TU YANG SURUH AKU BANGUN TU APA BENDA!!!
"Erm...Janji, tak buat lagi..."
Ok, tak kisah...
"Betul larght..."
Iya...
"Ish, betul larght!!!"
Aduh, marah pulak...
........................
SELAMAT DATANG KE DIARI TERCELA, DIARIDOSSA...

Wednesday, February 11, 2009

SEKS? DADIH? RAWK OPAH LU!

Hari, minggu, bulan yang terlaknat...
Tapi,
Aku dah BERHENTI menagih...
Jadi,
Tiada painkiller lagi...

Monday, February 9, 2009

DI AMBANG SORE

Sore minta izin nak pergi lagi,
Pulang sebentar alasannya mahu lari,
Esok dia kembali dia janji,
Janji yang mungkin dimungkiri,
Malam datang aku sendiri…
p/s : Entry asal yang dipetik dari cerpen 'Nama Saya...BODOH!' terpaksa ditukar kerana ada yang terasa...

Friday, February 6, 2009

DIA CAHAYA, DIA SEGALANYA

Kalau dia ada gula-gula, keropok, ais krim, jangan harap larght nak bagi aku sikit,siap tayang-tayang lagi... Tapi kalau aku ada semua tu, nak ajak aku ronda-ronda, nak duit, manja gila dengan aku...Materialistik betul...Hahak!!!Aku bab-bab manja-manja ni, memang lemah sangat... Ini, Laila Najihah, adik aku yang bongsu...Ohrght, aku sayang sangat budak buncit ni!!!Kalau dia cium orang, habis satu muka jawabnya...
Baru sangat kiranya dia melangkah ke alam persekolahan, prasekolah...Nangis juga awalannya...Dia adalah penyeri bagi keluarga besar aku...Dia manja sangat, tapi kekadang garang macam maknenek...Nota tambahan : Ex aku dulu nak datang rumah semata-mata nak main dengan Laila...
p/s: Dari kiri ; Auni Hartini (pernah aku calitkan tentang adik aku yang sorang ini di entry lepas), Laila Najihah dan Raksasa Huduh Planet Marikh sewaktu hari konvo mak aku...
Dia sangat aktif, pandai mengusik orang,dah pandai mencarut(cit!),paling comot,suka bergambar,suka larikan tune gitar aku,suka buat orang terhibur,malu dengan orang yang tak dikenali dan blablabla...
Ini gambar selepas aku memotong rambut dia...Dia akan menangis kalau gunting rambut di kedai @ saloon @ nyonya pekan @ blabla... Takut mungkin...Entahlah, banyak kebobrokan di rumah tapi semuanya seakan dibisukan kerana hadirnya budak buncit ni...Dia cahaya baru di rumah...
p/s : Gambar yang aku gunakan pada profil blog ini adalah gambar Laila Najihah yang memakai tudung dan berkacamata...