Saturday, March 7, 2009

AKU TETAP DI LUTUTMU, ABAH

Aku bukan kesiangan... Kekadang benci aku pada malam...Kesannya, otak dah bangang...Tadi petang aku dikawal minda bawah sedar lagi...Lantaklah, ini dos yang semakin akhir...

Aku terima satu panggilan tadi, selepas azan isyak kiranya...Kebiasaannya nada telefon bimbit bunyinya To Mega Therion dari Therion jika ada panggilan hadir, itupun jika panggilan dari teman...Atau setidaknya lagu dari band aku sendiri jika my darkest brothers (Fadhli, Angah, Syammen) yang memanggil...Tapi, kali ini bunyinya Tears In Heaven, satu lagu ballad oleh Eric Clapton... Maksudnya, panggilan dari my lovely mermaid, mak aku...!

"Tadi petang tepon tak pick up pon...P mana? Blablabla..." tanya dia...Aku jawab, " Maen futsal tadi...Fon ada kat bilik..." tipu aku, nahunya aku ke alam mimpi petang tadi..."Hik, kalau cakap maen futsal, tak gelak lar..." mak aku memang selalu merapu, macam aku jugak lar...Dia akan gelak kalau aku cakap aku bersukan...Walaupun dia tahu aku sangat aktif, tapi dia tetap akan ketawa jika aku bersukan kerana dia tahu amat aku sangat malas...

Setelah lama berbual, "Nak cakap ngan abah?", dia pelawa...Diam aku sejenak..."Boleh gak...", terima aku... Mak aku tahu yang aku dan abah memang agak dingin...Perbezaan corak pemikiran mungkin...

"Assalamualaikum...", suara tua di situ..."Macam mana? Akademik ok? Blablabla...", tanya dia talu-talu... Bidas aku, "Alhamdulillah, ok...". Mudah... Jangkaku tepat, akademik, akademik, dan kademik juga topiknya...

"31hb Mei atau 1hb Jun kot, abah nak tunaikan nazar abah... Abah jadi p buat umrah...Abangah cuti tak?", bentangnya tanpa diminta... "Cuti kot...", aku bersuara... "Bagus lar kalau camtu... Err, kalau macam tu, start lar amal dari sekarang...", cakap aku sedikit sinis... Dia terdiam sejenak lalu dijawab, "Ini untuk nazar...".

Aku nak semua orang tahu yang aku sangat menyanjung tinggi kamu, Abah... Walaupun kita dingin selepas hari gelap itu, aku masih berbangga jadi anak kepada seorang lelaki yang hebat amat iaitu Mohd Pami Bin Ahmad, iaitu kamu, abah... Aku tak pernah malu untuk berkata, "Ya, saya anak Cikgu Pami!"...

Abah, orang pertama dari Permatang Sintok yang ke universiti... Dulu, kami sekeluarga akan bersama-sama menyaksikan rancangan Who Want To Be A Millionare dan aku takjub setiap kali abah menjawab semua soalan dengan mudah walaupun semasa membaca surat khabar... Kerana tabiatnya yang meletakkan 100% konsentrasi sewaktu membaca dan ditambah tabiat dari dulu membaca, pengetahuan amnya sangat kuat...

Jika bukan kerana salah darah mudamu dulu, kita mungkin akan jadi orang yang sangat berharta dulu, tapi aku lagi suka dilahirkan dalam keadaan ini kerana kamu tetap abah aku...

Maafkan anakmu ini yang selalu jauh berpaling dari perspektif kamu, perspektif seorang abah...Tapi abah jugak yang cakap, "Masa depan abangah, adalah masa depan abangah..."...

Maafkan segala dosa anakmu yang tak habis-habis dengan jiwa rebel ini...
Cuma satu, setinggi mana pun aku terbang, sejauh manapun aku berlayar, AKU TETAP DI LUTUTMU, ABAH...(Walaupun gua metalhead tegar sejak darjah enam, tapi gua banyak belajar sastera dari abah gua, graduan jurusan arkeologi dan sastera UM...Jadi, memang aku suka ayat-ayat yang orang cakap 'poyo' cam ni...Hahahak!!!)

p/s: Abah memang tak suka bergambar...Jadi tiada gambar diselit...