Friday, January 21, 2011

PRA-HADIAH SEBELUM HADIAH

Dari Celcom ke Maxis. Dalam suasana yang agak ceria. Seorang teman yang mungkin bukan yang terbaik menghubungi temannya dengan intuisi untuk kekal sebagai TEMAN. Kerana hari ini hari yang bermakna buat temannya.

Hanya ada dua watak untuk membawa perwatakan dalam kondisi ini. Walaupun hanya sekadar kata-kata yang meladeni pertemuan mereka, tanpa bersemuka bertentang mata, tapi satu siratan perhubungan terasa kuat ketara.

*****************

Lelaki: (Dengan nada keras umpama samseng). Hello, saya nak cakap dengan Wan Nur*****h?!

Perempuan: Hehehe, yer yer ni Wan Nur*****h...Ada apa Encik T**u?

Lelaki: Anda berada di mana, huh?!

Perempuan: Kat luar ni... Amboi, baru sekarang nak dengar suara...Aku selalu follow life ang, selalu baca blog ang, ang eksiden lah, apalah...

Lelaki: Eleh...

Perempuan: Betul, aku selalu baca blog ang...

Lelaki: (Nada percakapan telah bertukar dari samseng menjadi seperti biasa.). Hahahaha! Ok ok, serius! Ang berhenti bercakap, biaq aku sorang yang bercakap, ok?

Perempuan: Hehehe, ok ok...Ada apa, sahabatku Encik T**u?

Lelaki: Erm, erm (Membersihkan kerongkong agar bercakap lebih sedap.), dikesempatan ini, ingin aku mengucapkan, EPPY BURFDAY ILA!!! (siap jerit lagi ni...). Walaupun lambat, tapi harap diterima hehehe...

Perempuan: Hehehe, thanx T**u...Terharu aku...Tak sangka ang ingat...hehehe...

Lelaki: Mesti lar...Ok ok, ang nak hadiah apa? (macam hebat saja dia bertanya).

Perempuan: Ang nak bagi hadiah ke? He, terharunya...

Lelaki: Terharu terharu pulak...Cakap, aku sanggup bagi apa saja...hehehe...

Perempuan: Aku tak mau apa-apa...CUKUPLAH KALAU ANG ADA MASA UNTUK AKU, KITA LEPAK-LEPAK MACAM DULU...

Lelaki: (Terdiam...). Boleh, Ila...(Sebenarnya, hatinya berasa sangat bersalah...).

Perempuan: Macam dulu, kita selalu lepak sekali, kan?

Lelaki: Hee, boleh Ila...Boleh...

*************************

Sebenarnya, gua berasa sangat bersalah. Gua sudah lama tak meluangkan masa bersama mereka-mereka yang masih ada untuk gua. Maafkan gua, cuma gua sekarang kembali di 'institutianalized'. Gua tak mahu bila kita lepak bersama, gua tak mampu buat kalian ketawa. Ketawa seperti dulu, dulu sewaktu kita selalu bersama....

Tapi, percayalah gua. Sekali gua letak lu dalam hidup gua, sampai habis hidup ini pun tetap ada. Gua sangat menghargai orang yang menghargai gua....

Selamat hari lahir, Wan Nurasilah @ Ila. Gua tak mungkin berikan lu BMW X6, PS3, ataupun apa-apa lagi barangan mewah sebagai hadiah hari kelahiran lu... Tapi, gua yakin amat, gua mampu berikan hati gua kepada lu, kepada orang yang gua ANGGAP TEMAN-TEMAN gua...
Lu adalah salah seorang teman gua...Benar...

Dan gua menulis entry ini sambil memori gua kembali mengenangkan saat terakhir kita lepak bersama, hanya kita berdua, di bawah pokok besar apa entah, sambil diperhatikan orang ramai, kita bergelak dan tawa, di luar pintu kolej lu...Dan akhir sekali kita dihalau...Hahahaha!


p/s: "Tisu, tisu...! Jom makan donut!"
Gua teringat lagi saat itu, wahai teman...

Thursday, January 20, 2011

LU MEMANG HEBAT (FUCKYEARGHT!!!)

"...Kencing tak padan dengan simbah, berak tak padan dengan jamban..."


p/s: Apa yang seronoknya
buka aib orang dekat
kedai kopi? Seronoknya
sebab lu perasan bagus...

Tuesday, January 18, 2011

BERCERITA TAPI MEMBISU

"...Kekadang, kita tak perlukan kata-kata untuk bercerita..."


p/s: alahai, alahai...

Saturday, January 15, 2011

PUTARAN JAM SIANG DEMI MALAM

"...Selama bulan bisa berdansa dengan malam, selama itulah matahari bisa bercumbu mesra dengan siang..."

Nota Kaki Bersepatu Koyak: Dua hari lepas, pertama kalinya gua terbabit dalam kemalangan jalan raya. Bermula dengan seorang perempuan bodoh yang tak tahu menggunakan lampu sisi menyebabkan gua hampir melanggar kereta si bodoh itu, tapi pergerakan spontan dibawah situasi panik menyebabkan gua berjaya mengelak tapi terus merempuh kereta orang lain (bro ini agak baik, alhamdulillah...).

Dan gua terpaksa mengeluarkan duit walaupun gua memang tiada duit untuk membayar kos kemalangan...Dengan kaki sakit bengkak sebab termasuk dalam rim tayar lagi...Bavi...

Oh, terimakasih amat kepada Encik Syafiq dan Cek Efa (kenalan baru...) yang menjadi tok guru mengajar gua meluncur ais (ice skating lah ngok...). Cek Efa siap meyorong gua dengan memegang pinggang gua sambil membebel, "kaki tu stabilkan, balancing kan kiri n kanan, blablabla...hey, jangan asyik gelak! fokus!". Ingat gua ni budak kecik kah? hahaha...Hari yang cantik...

p/s: Gua sekarang memang
betul-betul berdiri atas
kaki sendiri...
terimakasih, pengalaman...

p/s/ass: Sori, Gorgeous...
gua memang seorang yang
kuat cemburu...
sori...

Wednesday, January 12, 2011

AKU PERNAH RASAKANNYA # 2

Aku orang yang berkias,
sekilas wajahmu itu dapat aku tangas...

Yang membezakan kita adalah,
kau lebih jujur dan berlakukata lepas...

Kehadapanmu lelaki,
bukan semua bumbung lantainya sesuai dan kemas...



Nota Kaki Terpijak Taik Lu: Gua faham amat, dan gua turut bersimpati. Tapi, inilah hidup, mungkin...Dulu gua tak rasa perbezaan cara hidup dan corak pemikiran membuatkan manusia tak mampu bersama. Tapi, selepas apa yang gua lalu, gua rasa memang perbezaan adalah dinding yang memisahkan. Bro, cubalah bertahan, gua boleh, takkan lu tak...

Cuma satu yang gua gusarkan, gua takut pihak di sana berkata ini satu pembalasan dendam. Tapi percayalah, tiada langsung istilah itu. Gua tahu sukar untuk lu CUBA, tapi dari sudut hati hitam gua ini, selagi kita masih muda, kita dihalalkan untuk MENCUBA...


Carta PanasFM minggu ini: Safe In New York City (AC/DC), Bang Your Head (Twisted Sister), Rock Out (Motorhead), dan Forever And One (Helloween)...Perght, dah lama gua tak buat carta lagu kat blog ni.


p/s: Benar, gua sudah bosan
dengan semua...

Juga, gua bosan dengan diri
sendiri...






AKU PERNAH RASAKANNYA

"...Aku turut bersimpati dengan suasanamu: kelu, pegun, diam, bobrok, berkisi, dan segala macam lagi palatnya. Itulah yang aku butuhburitkan sebelum ini..."


p/s: Gua faham apa yg
lu rasa sekarang...

p/s/ass: Sangat-sangat
berterimakasih dengan
En.Syafiq, En.Pungut,
dan Cek Fiq yg
bersama semasa gua
'sakit'...

Monday, January 10, 2011

TEMPAT INI MEMBISUKAN

"...Ruang ini bising. Jalan ini bising. Ragamnya bising. Harinya bising. Lalu, satu watak itu membiarkan dirinya hanyut dalam kebisingan..."


p/s: Dimanakah kau wahai
si menawan yg tersenyum
memandang gua?
tak nampak pun hari ini...
hahaha...

Hari pertama gua p kelas...
sampai rumah tidoq tumpah
ayaq liyoq...

Friday, January 7, 2011

BAIT-BAIT MENCARI LALU

i. Biarkan Saja Tergantung.

Dalam sesetengah keadaan,
berdiam diri adalah baju yang amat seseuai untuk dipakai...

(Yeartght, gua dah tak kisah dengan apa yang mereka akan kata...)

ii. Yang Tertinggal.

Bagi seseorang yang selalu dibelakangkan,
aku adalah seperti kulit kerang yang isinya sudah habis dimakan...

(Tak, tak...lu tak perlu cakap apa-apa, gua sudah terbiasa...)

iii. Destini.

Untuk hidup, mati itu adalah perlu...

Monday, January 3, 2011

MUNGKIN AKAN MENGHILANG


"...Kau bisa terus-terusan menipu mereka, tapi diri sendiri?..."


p/s: Kelas dah bermula...
Dan gua masih di sini, Penang
hohoyearght!

p/s/ass: Malas betul gua nak
kembali berasimilasi dengan
situasi yang gua benci...

Saturday, January 1, 2011

KIAMKAN SAJA NAHUMU


"...Sukarnya berkongsi luar dan dalam, seperti sukarnya berkongsi seluar dalam..."


p/s: Gua sentiasa senyum
menunggu 'dia' datang...