Friday, November 22, 2013

TANGGAL-TANGGAL TERAKHIR SEORANG LELAKI MAHAL

"..aku tidak memberitahu
 dunia bahawa engkau milikku,

aku beritakan pada dunia bahawa
aku yg menyerahkan diri padamu.."


Nota kaki : Dia nama pertama dalam blog gua. Gua serah pada Yang Maha Segala agar namanya yg terakhir. Banyak yg gua risaukan. Tapi esok tak siapa tahu.

Gua dah tak rocker? Heh, gua tak peduli. Sekali untuk pertama kalinya, tawanya manjanya setianya marahnya rengeknya bebelnya tangisnya dan segala yg ada padanya lebih bernilai dari diri gua. 20 tahun gua teguh dengan prinsip gua, gua serahkan padanya.

Sedikit lagi untuk ke tahun depan. Bersabarlah sayang.

Jarak adalah musuh. Masa adalah si cerewet. Kita teguh. Takkan meleret.



Ketawalah di samping gua. Kerana hari-hari gua
yg penuh dengan kesedihan terubat dengan hadirnya dia.

Wednesday, November 20, 2013

SEPOTONG AYAT TENTANG CINTA

"..jika aku tak layak ke syurga-Mu,

izinkanlah dia menjadi kunci
untuk aku ke situ.."



Nota kaki: Gua sedar gua ini tak layak untuk ke syurga apatah lagi berbaring di laman indahnya. Namun jika dapat gua pimpin dan lihat dia melangkah ke syurga, itu sudah cukup :)

Pertama kali dalam hidup gua, gua butakan mata gua. Gua paku hati gua. Gua tinggalkan dunia gua. Kerana dia.

Gua sentiasa senyum. Gua menjadi sangat comel. Hahahaha.

Wednesday, November 6, 2013

SANG PUNGGUK

"..Aku mula merasa
bagaimana pedihnya
pungguk rindukan bulan.."


Nota kaki: Sedang mencuba lag.






Tuesday, October 15, 2013

ADA SESUATU DI DEPAN TAHU

Masa? Faktab. Semakin lu besar semakin lu rasa palat gila. Awat cepat sangat masa jalan. Tapi kekadang lu mintak cepat masa tu berambus. Ironi, huh?

Banyak gua nak palit kat satu-satunya diari gua ni.Tapi itulah, kekangan masa. Sampai kekadang untuk diri sendiri pun macam terbengkalai. Tapi sebenarnya, masa untuk diri sendiri tu adalah masa kita dengan mereka-mereka yg istimewa.

Gua tak dapat dan sangat malas untuk palitkan apa yg jadi sebelum ni. Tapi gua tetap mahu ceritakan sebahagian yg sangat ekslusif :) . 

Syukur Yang Maha Segala tetap ada walaupun dulu sejadah itu lu buat bantal bila tadak alas. Alhamdulillah.

Gua dah mulakan kehidupan gua sebagai hamba kolar-putih. Gua rasa selesa di situ. Walaupun macam tertekan dengan cara baru, tapi gua kena gasak jugaklah, kan? Gua terfikir untuk berada lama di situ, gua kena cuba. Satu benda yg gua suka bila mulakan hidup baru di satu tempat, orang tak tahu apa lu pernah buat dulu. Semua jadi baru.

Oh, ya minggu lepas hari pertunangan salah sorang sahabat baik gua merangkap partner in crime, Ngut. Juga dianugerahkan masa berharga dengan juga sahabat-sahabat paling sweet gua ada, Jab my dragon dan Aida si cantik Adelageda.

Dan untuk pertama kalinya untuk di setiap saat gua, gua risaukan pasal seorang gadis. Gua mahu tahu, benar-benar tahu di mana dia, dengan siapa dia, dah makan?, Buat apa tu?...Haha. Manis sekali.

Kita belajar dari sebelumnya untuk hari selepasnya. Dapat? Gua tak pernah berikan setiap saat gua untuk si cantik si  cantik sebelum ini. Gua minta maaf. Tapi kalianlah yg mengajar gua untuk berada di samping kaum Hawa. Gua yakin kali ini :) 

Dia cakap banyak. Dia suka gelak, gelaknya kuat. Dia selalu tersasul perkataan bila cakap. Dia cerita satu benda tiba-tiba masuk cerita lain lepas tu cerita balik. Dia cakap tak lapis. Dia cakap itu, itulah jawabnya. Dia comel jegilkan mata. Dia manis bila senyum. Dia memang kelakar. Dia raja pawaka serigala  bila marah. Dia dengar bila dengar. Dia dengar walaupun tak faham. Dia manja dalam caranya.

Dia menjadi priority gua. Dia buat gua selesa. Dia kasar tapi buat gua sabar. Bila jalan, dia mengiring rapat mendekat. Bila makan dia cerewet. Bila malam dia lelap awal. Matanya coklat. Pipit kiri. Juling comel. Dia terlalu istimewa untuk diceritakan. Gua mengaku, untuk kali ini gua serahkan diri gua. 

Terpisah sesudah 10 tahun, kembalinya selepas tahajud. Lelaki mahal ini menyerahkan harganya pada dia :)

Esoklusa kita tak tahu apa jadi. Apa ada. Kita cuba. Rock on. 

Thursday, October 3, 2013

BERENANG- RENANG DI TANAH KERING

"..seperti menjadikan angin sebagai rokok.."


Nota kaki: Hari-hari lu bangun nak risau pasal itu pasal ini. Penat jugak sebenarnya. Bangun mandilah jawabnya. Gua tengah cuba. 

Kuarantin diri. Belajar jadi sabar ni kan mcm lu belajar main instrument musik. Awal-awal mcm nak hempuk saja gitar tp bila dah cantik main asyik jadi.


Sunday, September 29, 2013

SENGAJA

"..Setiap tahun,
tarikh itu datang, sengaja..

Setiap tahun,
ada seseorang,
menunggunya datang, sengaja..

Di setiap tahun itulah,
tak pernah lelah dia merungkai keserabutan,
lalu dianyam semula menjadi satu keindahan,
walaupun bukan untuknya tp mungkin berguna..

Setiap tahun,
cuma di tahun ini,
dia sengaja melupakan,

sengaja.."



Nota kaki: Kerana dia gua tahu apa maksud menjadi lelaki. Ramai dari kita yg akan belajar dari kehilangan. Tapi percayalah kata gua, gua sedang semakin kuat kerana gua percaya dia juga semakin kuat.

27hb September. Gua takkan pernah lupakannya. Oh ya, gua sedang menerbangkan layang-layang, tp bukan layang-layang yg dulu :) . Doakanlah ia terbang cantik.

Sunday, September 15, 2013

RAJA KESIMA

"..jika air mata itu
mahkota kesedihan,
maka akulah rajanya.."


Nota kaki: Gua tak pulang. Gua sangat bersedih jalang.

Semoga ke Jannah.

Friday, September 13, 2013

AKU DI SINI UNTUK DIA DI SANA

"..kamu kekuatanku,
kamu kesabaranku,
kamu kesetiaanku..

bila aku bertanyakan di mana kamu,
aku benar-benar mahu tahu apa tujumu,
kerana aku di sini masih lagi kehilangan,,

bila aku bertanyakan tentang makanmu,
aku benar-benar risaukan tentangnya,
kerana aku di sini berteman kelaparan..

bila aku bertanyakan tentang tidurmu,
aku benar-benar bermaksudkannya,
kerana aku di sini tak lena asyik berfikiran..

kerana aku mahu
kelak akulah kekuatanmu,
kelak akulah kesabaranmu,
kelak akulah kesetianmu..


Nota kaki: Dua minggu ini sangat berat. Bukan dua minggu, tapi bulan ini rasanya. Cuma gua pernah berada dalam keadaan yg lagi menakutkan dari ini dulu. Jadi, sudah alah kiranya. Gua sedang mengejar masa depan, satu benda yg gua tak pernah fikir untuk gua lakukan dulu.

Gua tak takut lapar. Gua tak takut merempat. Gua tak takut jatuh. Tapi gua takut dia tak mampu untuk menahan semua itu. Untuk pertama kalinya gua menjadi seorang realist, bukan lagi idealist. Rockstar ini sudah hampir mati untuk hidup kembali sebagai manusia biasa. 

Gua nak minta maaf untuk masa yg singkat. Maaf buat keluarga, sahabat-sahabat. Gua rasa ini pengorbanan yg terpaksa gua buat. 

Gua serahkan hati ini untuk dia. Tidak mengapa jika dikeronyok buang. Kerana gua cuma mahu menyerahkan, bukan untuk balasan.




Monday, September 9, 2013

BAIT-BAIT DALAM HAYATKU

i. I'm Afraid

You said that you love the rain,
but you stretch out your umbrella
when it rains..

You said that you love the sun,
but you find a shade when it shines..

You said that you love the wind,
but you close all the windows
when it blows..

That's why I am afraid,
that you will say the same
to me too..

(Puisi cinta hebat ini adalah mahakarya Qyazzirah Syeikh Ariffin. bukannya milik Williams Shakespere seperti yang diuar-uarkan.Satu-satunya puisi cinta kegemaran gua.)


ii. Al I'tirof

Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga-Mu,
namun tak pula aku sanggup ke neraka-Mu..

Ampunkan dosaku terimalah taubatku,
sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar..

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai,
dengan rahmat-Mu ampunkan daku oh Tuhanku..

Wahai Tuhan selamatkan kami ini,
dari segala kejahatan dan kecelakaan..

Kami takut kami berharap kepada-Mu,
suburkanlah cinta kami kepada-Mu..

Kamilah hamba yg mengharap belas dari-Mu..

Wahai Tuhan ku tak layak kesyurga-Mu,
namun tak pula aku sanggup ke neraka-Mu..

(Ada yg berkata ini adalah karya dari penyair terkenal Abu Nawas sewaktu di hujung nyawanya. Ada juga yg berkata ini adalah karya masyur Imam Syafie. Puisi ini merangkumi setiap ilmu Islam seperti nahu, mantik, dan etc. Gua akui, syair ini sentiasa menitiskan air mata gua.)


Nota kaki: Kedua-dua mahakarya puisi di atas adalah deklamasi monolog gua seharian sejak kebelakangan ini. Bait-baitnya sentiasa memeluk lembut hati gua. 

Bila melihat mereka semua memulakan karier dengan pakaian yg kemas, kenderaan yg selesa, makan yg mewah, gua tersenyum dgn penuh rendah diri. Lelaki kurus ini cuma menumpang seketika. Haha gua tetap rocktar cuma bezanya gua yg dulu cuma semakin mahal dalam kitaran hidup.

Gua tak memancing duyung, gua cuma mahu mengubah laut si duyung menjadi istana terindahnya.


Saturday, August 31, 2013

SI DUYUNG KECIL

"..aku berenang-renang mencarimu
untuk membuktikan sesuatu tentang itu.."


Nota kaki: Gua pernah membuktikan bahawa gua adalah pencinta paling setia. Dan gua pernah membuktikan lelaki mahal itu memang wujud.

Cuma kali ini, gua mahu membuktikan yg gua mampu menyerahkan segala-galanya dengan sebenar-benarnya.

Dengan nama Tuhan, gua akan cuba.