Monday, June 8, 2009

DEDIKASI BUAT SEORANG WIRAWATI

Bulan ini mungkin agak berat buat wirawati penentang raksasa yakni mak aku. Berat juga beban yang ditanggung beliau. Seriak wajahnya menceritakan selelah tekanan. Namun setiap saat itu jua dihadapinya dengan megah. Benar, seorang IBU akan tetap megah menjulang anak-anaknya walaupun nahunya jutaan tan beban terpaksa diterajang sialan.

Setelah pemergian abah dan tok yang telah genap sembilan hari ke tanah suci, maklah orangnya yang menjaga seluruh kebajikan di bawah payung kasihnya. Ya Maha Segala, kuatkanlah hati mak.

Salah satu tragedi yang menggoyangkan hati mak adalah di saat ikan kaloi kesayangan beliau yang telah dibelanya hampir kira-kira lebih sepuluh tahun MATI. Dari sebesar dua jari hingga sebesar dada aku ikan itu dijaganya. Menitis air matanya tatkala menceritakan kepada aku detik kematian ikan kesayangannya itu. Aku bukan saksi kematian ikan kaloi itu tapi aku yang menanam bangkai kaloi besar itu di belakang rumah. Ikan itu mati mungkin kerana sudah tua.

Selain itu, ketabahan hatinya juga dicabar apabila baru-baru ini ayahnya yakni tok wan aku dikejarkan ke wad kecemasan dan dibedah kerana ususnya pecah. Lembik tok wan aku tak bergerak dua hari setelah dibedah. Hari-hari beliau ke hospital baru Sungai Petani yang mengambil masa hampir 40 minit dari rumah. Dijaganya beliau dengan penuh rasa sayang sebagai seorang anak. Tadi petang sudah boleh berbicara tok wan aku, semakin kebah mungkin.

Dengan karenah adik-adik yang macam-macam lagi, aih... Tapi yang seronoknya, mak aku boleh lagi meluangkan masa dengan menyiapkan peraduan teka perkataan akhbar Metro. Hahahak!!! Dulu abah selalu beli The Star dan Utusan Malaysia sebagai wadah informasi, tapi sekarang Metro dah macam wadah untuk bergelak tawa. Ditambah dengan peraduan dan bahasa yang digunakan ditokok tambah dengan penuh sensasi, rasanya tak perlu lagi berhibur dengan menonton televisyen atau wayang. Metro tu dah cukup kalau nak gelak walaupun artikelnya berkenaan mati, mati, mati, rompak, mati, samun, mati, mati......

Mak, kita tak perlu apa-apa lagi kerana kita pumya KITA. Jadi, JANGAN PERNAH BERSERAH PADA NASIB! Terus tabah dan jadi idola juga orang kesayangan abangah!!! Rawk on my darkest metal princessssssssssssssssssssssss!!!!