Tuesday, February 8, 2011

TRILOGI DARI SINI KE AWAN

I. Tangan Seorang Teman.

Mereka membenci kebaikan kau...

Namun,
seburuk manapun kau,
tetap akan ada yang menganggapnya baik...

Ada tangan yang menjulur,
dari teman sebegitulah adanya...

(Terimakasih...)

II. Nota Di Meja.

Kekadang,
aku sendiri malas untuk membaca apa yang telah tertulis...

(Hanya aku yang melihat, dan kau nun di sana pergi meliwat...)


III. Begini Wasiatku.

Jika nanti,
aku pergi,
pergi yang tiada kembali,
tolonglah pimpin tangannya ke sana,
di sana di mana sepatutnya dia berada...

Sebagai seorang abang yang sentiasa lupa posisinya,
aku tetap mencuba ada untuk menitip setiap mimpinya...

(biarkan aku menangis, kerana kau masih terlalu kecil untuk terhiris...)


p/s: Gua memang seorang
yang menjual mahal...
Pergilah, ada banyak
jualan murah di sana...