Monday, April 11, 2011

SENYUMAN PORNO LATJUBA

i. DULU KERTAS PUTIH KINI

Kertas putih- sehelai kertas putih,
bicaranya di situ,
katanya di situ,
nahunya di situ,
janjinya di situ,
rahsianya di situ,
harinya, mulanya, tawanya, sedihnya, marahnya,
muramnya, senyumnya, ngomelnya,
mimpinya, citanya, cintanya...

Semua di situ dulu...

Kertas putih- cuma sehelai kertas putih,
ditinggal di sini,
dikeronyok di sini,
dibiar terbang di sini,
dipijak di sini,
ditayang ramai di sini,
dikoyak, dipandang enteng, didengar tidak,
dibual khalayak, dibiar saja, diganti baru,
dan mungkin dilupa kelak...

Semuanya di sini, kini...

ii. SENYUMAN PORNO LATJUBA.

Latjuba cakap pandai,
biar apa orang kata Latjuba biar diintai,
Latjuba tahu Latjuba cantik,
berpeluh orang menatap semakin panas punggung Latjuba lentik...

Latjuba suka ditatap,
semakin ditatap semakin coli dia ketat,
Latjuba tahu Latjuba muda,
nanti tua tetek layut barulah dia baring di sejadah menadah doa...

"Mari semua! Cuba teka!
Hari ini I pakai jenama apa? Renoma?
Itu jenama dalaman lelakilah, gila!"
Latjuba marah, latjuba bukan murah...

Yang punya pistol tak tahan untuk menarik picu,
bersama peluru berahi digugat senyuman porno Latjuba...

Latjuba bukan murah,
ingat senang nak lihat Latjuba ghairah?
Ini untuk lelaki yang Latjuba sayang,
walaupun ini kali yang entah keberapa puluh berganti orang...

iii. SEBAHAGIANNYA ADALAH PENIPUAN, SELEBIHNYA PULA PENGKHIANATAN

Seperti si jahil yang dipakaikan serban...



Nota Kaki Semakin Kuat Menendang: Sekarang ini 'everybody's changing', dan jujurnya gua pun sudah 'changing'. Biasalah, manusia ni memang cakap pandai, untuk relisasikan, susah....

Masa gua sekarang banyak dihabiskan dengan Encek Syafiq, dan jika tidak pun dengan best buddy gua Encek Akim (Akim cakap,"seronok dating dgn ang, rasa gay sangat..." hahaha...Tapi yang tak seronoknya, semua orang merajuk dengan gua, Cek Fiq pun merajuk...Gua ni dah la kasar, tak reti pujuk-pujuk. Aduhai...hahaha...

Gua dah lama tak mendedikasikan masa gua untuk bermusik, cuma sekali-sekala. Dan gua lagi banyak belajar editing gambar kat bilik sambil melayan Devourment (One of the best slamming brutal death band...)...

Dan kat bawah ni antara paint-portraiture. Tok Wan Mat (ketua dalam hieraki keluarga gua...'orang besar' dan sangat dikagumi di sekitar Yan hingga Semeling, Kedah...) dan my lovely adek gua (oh, gua nak peluk budak ni nanti bila gua balek...).




p/s: gua homesick sangat ni...
hahaha...

p/s/ass: gua tak 'bebas' 100% lagi...
ada ketikanya, gua sangat-sangat
mahu 'terbang'...