Wednesday, February 8, 2012

DIBILANGNYA SUDAH TIDAK MAHU

Aku tak mahu pergi.
Aku cakap aku tak mahu itu tetap tak mahu.

Sudah aku bilang aku tak mahu.
Biar diladeni api benci pun aku berkeras aku tak mahu.

"..Angin malam apa yg membobrokkan dikau,
kelu bermadah natijahnya nian serupa.."

Aku ini sudah lama tidak berpuisi.
Lidah pula makin tajam sinis menutur maki.
Aku tak heran dikau lari. Pergi aja.
Kerana aku ini yang sebenarnya bersembunyi.

Aku tak mahu pergi.
Tuhan, aku tak mampu...


Nota kaki: Gua sudah menjadi sebahagian dari hamba kapitalis :) . Gua bukan lagi kutu. Oh, bavi. Penat macam apa entah.

Gua cuma berharap ada hari yg dapat gua terokai diri gua sendiri dengan duduk memainkan harmonica (gua baru beli babe. Sanggup berlapar. Hahaha) sambil menyedut nafas ringan dengan menikmati alam indah anugerah Yang Maha Segala ini. Ya lah, mana gua tau gua punya tarikh mati.

Gua tengah terbang ke mana entah ini. Civai. Hahaha. Hari-hari; bangun, kerja, dam, tidoq. Bangun, kerja, dam, tidoq. Gua ni macam orang gila yg bergantung kepada ubat penenang, kan? hahaha. Syukur, kimia itu dijauhkan.