Sunday, August 22, 2010

TAKLIMAT IMAM MUDA SYAITAN

Budak perempuan kecil, berkasut tumit rendah merah itu tiba-tiba menjerit- wahai bulan wahai bintang dan wahai kerahmatan! Datanglah dan kita berdansa bersama!

Dalam keributan malam yang menghantui semua figura separa normal yang seakan dibobrokkan oleh tashkilan seorang imam muda syaitan yang berserban seakan topi koboi, ritual kejahilan manusia pun dimulakan dengan taklimat ringkas- Korban kita malam ini adalah ramadhan! Setelah kita matikan Syaban! Horey! Horey!

Friday, August 20, 2010

DARI CELAHAN KANGKANG SENDIRI

"Manusia adalah pembunuh, yang membunuh mimpi sendiri..."

Tuesday, August 17, 2010

SURAT BUAT SESEORANG YANG SAMAR

Seseorang Yang Samar,
P/B 13 Celahan Curam Kelam,
Jalan Kedua Selepas Semalam,
666 Persisiran Gerbang Esok,
An-Nar,
Malaysia.

Ke hadapan tanpa kanan dan kiri diri kita.

Dimanakah kau? Itu persoalan yang membuatkan perkataan-perkataan ini releven untuk disuratkan.

Usah pedulikan diri aku, persetankan saja. Aku masih sama, bermain dengan siang untuk melestarikan malam, bermain dengan malam untuk memjadikan siang kelam. Tapi, kau dimana?

Aku cuma mahu kau datang, tak mengapa jika aku jijik untuk dipandang, datanglah dan bawa pulang bayang milikm kau pergi.
Kau tetap berpeleseran di atas paksi mata aku, walaupun nahunya kau tak akan kembali. Sekadar bermonolog yang sungguh-sungguh sendirian walaupun entah mengapa ia terlintas umpama bermain gitar tanpa fret, janggal tapi munasabah. Kan?

Kau pernah katakan dulu, LELAKI ADALAH BINATANG DAN PEREMPUAN ADALAH SIALAN. Aku percaya itu, yang sekarang dengan kata-katamu itulah yang mengheret aku ke medan tanpa senyuman ini...

Aku percaya, dan masih percaya...
Kerana kau...

Aku Yang Hampir Dijerat Mati

farysaSINSabell

p/s: kepada para pembaca, tolonglah jangan
membuat spekulasi sembarangan berkenaan tulisan di atas, ok...




Monday, August 16, 2010

MAKAN HATI

Macam mana nak hidup kalau tak MAKAN....

Wednesday, August 11, 2010

**SHIT**

Gua tak jadi balik Penang hari ini untuk berbuka puasa bersama keluarga yang sangat gua sayang...

**shit**

Rock n Roll atau jadi lelaki murah tanpa prinsip yang kuat?

Wednesday, August 4, 2010

LAKARAN DI KERTAS PUTIH

Aku tak tahu kenapa aku siapkan lakaran wajahmu. Kau di depanku dan aku dibelakangmu. Dari pandangan sisi, hanya dari sisi aku perhaluskan lakaran itu. Aku cuma sedikit bosan dengan persekitaran yang bobrok ini. Bukan niatku untuk menawan hati ataupun apa. Aku melakar kerana saja-saja. Dan kau tersenyum...

Dari bahagian mata kecilmu, mulut mulusmu, hidung, telinga dan keindahan tuhan yang ada padamu aku butir-butirkan. Kau memandangku, dan kau tersenyum...

Kau tak marah. Kau tak bergerak. Kau membiarkan aku memandangmu. Kau membiarkan aku melakukan kerjaku. Membiarkan setiap detik yang tak bermakna bagi orang lain jadi satu momen yang indah jika dibekukan. Dan kau masih tetap memandang tepat ke mukaku seakan-akan berkata:

"inggek chong pret chinggey...?"

Nota Kaki Tomoi Sepak Pungkoq: Baru-baru ni dalam kelas yang amat membosankan, aku saja-saja melakar wajah rakan sekelas aku (aku tak tau apa nama ntah...) walaupun tanpa izin, untuk menghabiskan masa...Lepas dia sedar aku sedang melakar wajahnya, dia lantas memusingkan badan ke arah aku dan merenung aku dengan aura yang pelik (hahahak!)...Tp terimakasih sebab beriya-iya nak sangat lakaran tu...Aku lukis merapu ja pun...

Aku dah kembali dipengaruhi gelombang-gelombang negatif...Kembali merasakan seakan-akan diserongkan oleh sesuatu yang tak bisa didefinasikan...Biasalah, self-esteem aku bukan tinggi sangat...

Saturday, July 31, 2010

BERJALAN DI JALAN JALANAN

Selalu bilangnya; "dunia tak mengerti!", "hidup mempermainkan aku!", "ruang lingkup realiti hanya untuk realist!". Betulkah begitu?

Jawapannya, sebenarnya hanya ada di tangan individu itu. Bila minda berkapasiti rendah cuba ditakwilkan dengan hati lemah, atau pun, hati bidang berdaya tahan dengan minda buka penuh mahupun separa buka, jalan yang dipilih sebenarnya menentukan langkah seterusnya. Bukan menentukan noktahnya.

Kita, empunya badan sendiri, tidak berhak membantah ataupun bersetuju seratus persen dengan jalan yang orang pilih. Tapi, setidaknya, walaupun tak berhak, kita layak menyuarakan pendapat sendiri yang datang dari sudut pemikiran dengan intensi agar didengari.

Bila mebincangkan, atau dengan bahasa yang lebih palat, menghembus keluar perbualan berkenaan 'jalan', sejujurnya dari hati anak kecil bangsat ini, aku sebenarnya sudah banyak kali hampir tersesat setelah berjalan. Tapi, alhamdulillah, walaupun hampir tersesat, masih mampu mengucap syahadah. Aku sebenarnya tak layak dan tak berhak berbicara tentang jalan.

Kita cuma punya dua jalan; memilih samada berjalan pintas untuk dekat ataupun berjalan jauh yang memenatkan, tiada istilah sesat (bicara ini bukan berorientasikan ke arah agama. Jika dari sudut agama, istilah sesat memang benar wujud) . Yang Maha Segala anugerahkan kita akal agar mencipta jalan, bukan sekadar mencari jalan. Mencari jalan lebih tertumpu ke arah 'action' yakni usaha setelah mencipta jalan. Mencipta jalan pula menjerumus ke arah awal untuk mencari jalan, boleh diklasifikasikan sebagai proses mendefinisikan apa jalan, bagaimana mahu jalan, di mana jalan, dan berapa harga jalan dan berapa harga destinasi. Jadi, sejauh mana pun berjalan (mungkin senang dikatakan, hampir sesat), manusia masih bisa sampai ke destinasi dengan mencipta jalan untuk ke destinasi kembali.

Istilah 'survival' sebenarnya bermula sejak proses jima' ataupun dengan bahasa agar senang difahami, bermula sejak proses menyatukan kelamin yakni persetubuhan, dengan syarat melahirkan zuriat.

Dari mula pedang Adam membuka gerbang istana Hawa, hinggalah benih-benih berjiwa besi mara merempuh mahkota ovum (kalau pancut luaq, memang la tak jadi...Contoh, lu pancut kat muka pasangan konon-konon nak buat macam skill Maria Ozawa, membazirlah benih. Lagipun itu perbuatan luar tabii...), survival telah wujud. Lalu dari sekecil-kecil kejadian, terbentuklah zigot, menjadi embrio dan seterusnya gah punya roh menjadi fetus. Tapi perjuangan (jalan), masih belum bernoktah. Ini baru frasa awal dalam mencipta jalan sebelum mencari jalan.

Jika difikirkan, momen-momen berstatus remaja sangat berat. Selalunya, di sinilah banyak digugat gerigis-gerigis berwarna hitam dalam meneruskan jalan. Kebiasaannya, remaja akan mudah mengambil jalan yang senang yang akan menyebabkan kelak remaja akan mengambil lebih banyak jalan hingga penat menjengah tiba. Tapi yang bagusnya, dari banyak-banyak jalan yang diambil itu, banyaklah pengalaman hidup yang akan ditimba. Jadi, bersyukurlah dan teguhlah dengan jalan yang dipilih.

Mak aku selalu pesan, "abangah dah besaq, apa jalan yang abangah pilih, mak tetap ada...".

Sekadar gambar hiasan. Main permainan di atas sangat stim oh...

Nota Kaki Lembik Lutut: Masing-masing punya jalan, masing-masing punya perancangan, masing-masing punya nisan....Takkan la nisan pun nak kongsi,kan?

Budak-budak kelas aku baik-baik belaka...Tapi tak havox...Lantaklah, aku pun diam ja dalam kelas...Huhu...

Carta PanasFM Minggu Ini: Violent Revolution (Kreator), Fuck You (Overkill), Teenage Fuckin Love Story (Syntetic)...Tapi aku atas motor selalu nyanyi lagu Dari Sini Ke Bintang-Bintang (Farah Asyikin)...Huhu...

Monday, July 26, 2010

KETIAK GATAL BUKAN TANDA ADA CELAKA

Sekadar gambar hiasan.
P/S: korek hidung sambil layan Iron Maiden
rasa rock gila...

Saturday, July 24, 2010

SYULING EMAS PULANG KE MEDAN

Gunting, kertas timah, botol, dan haruman syurga serta mimpi sekilas...
Jika benar semalam sudah terlepas, maka benarlah hari ini aku masih bernafas...

Nota Kaki Bersepatu Tai-Chi: Aku memang tak suka tempat ni...Entah kenapa banyak manusia yang suka berada di zon materealistik ni...Nak cakap aku kampung, cakaplah...Aku memang kampung ok...(sambil menyayikan lagu 'Awang Trasher' dendangan Wings..."Awang datang dari kampung, dari kampung dia datang wowowo...").

Terimakaseh kepada teman rapat merangkap tunang songsang (hahahak!)aku di sini, Syafig Tunner yang membela makan minum aku yang tak menentu...Terimakaseh amat...Juga kepada Encek Gawat (selalu tanya khabar...Thanx bro...), Cek Aida (sebab sudi melepak gelak besar macam dulu...), dan Encek Jablon (pesanan ringkas lu hampir buat gua menangis...Terimakasih banyak bro sebab ambil berat...). Gua dah nak mati kat sini, tapi ini bukan kali pertama gua mati, so dah lali :) ...

Jangan takut teman-teman, aku masih black sabbath lagi ni hahahak...Kepada mereka yang nak sangat tengok aku ada gadis (Encek Gawat terutamanya...Hahahak!), berhenti berharaplah sebab motif aku kat sini adalah untuk ROCK N ROLL hahahak!

Carta PanasFM Minggu Ini: Cracked Brain (Destruction), As It Was As It SoonShall Be (Exodus), Trouble Is A Friend (Lenka)...

p/s: No more chemicals, mate...only herbs hehehe...
Bosan ngok kat sini, so terbang la...

Thursday, July 8, 2010

MACAM SINETRON

Gratis? Ngak Dong...