Monday, June 13, 2011

TRILOGI MANUSIA-MANUSIA METROPOLITAN


Sekadar gambar hiasan. Lu tau tak
yg kekadang ketakutan itulah
kekuatan?


i. MANUSIA TAK LAYAK PANJANG USIA.

Untung orang kaya,
mati celah bangkai pun keranda bikin mahal-mahal...

Untung orang miskin,
sebelum mati asyik kaffan dan mandikan jasad yang hilang nyawa celah bangkai...

Makin tua maki berdosa,
makin muda lari jauh
makin ralit menimbang laba...

Yang muda yang tua sama,
berdosa...

Yang muda yang tua sama,
celaka...

Yang muda yang tua sama,
serupa...

Makin muda pergi menjauh
maki ralit laba dikira...

Mati celah bangkai alasan mahu ke syurga...

Makin tua makin berdosa...

(berunsur politik, jadi puisi ini agak berat...)



ii. BILA PANCAINDERA BERBIKINI.

Percayalah kataku ini:

Semalam aku cuma berbisik di telinga bersumbat najis milikmu,
dan kau sekadar mendengar butir-butir sampah dari mulutku...

(ekspresi muka lu nampak sgt. Jadi, gua cuma membalas balik, bro)



iii. MANUSIA BERTUHAN.

Jika tuhan berkehendakan nyawaku sekarang,
haruslah aku senyum kerana ini cuma satu pinjaman...

Jika tuhan izinkan aku hidup lagi,
nescaya akanku tetap berada di sisi menemanimu tidur...

Seperti biasa, di sisimu walaupun tak bijakku membina kosakata :)

(ini puisi rambang, jadi isinya tergantung. Lu ingat senang nak buat rangka puisi?? Oh ya, ni utk sahabat gua yg hot hahaha...Tiada bahasa mahupun patah sastera dapat mentafsir betapa pentingnya lu di mata semua org, btul...)


p/s: Badan gua serupa badan pondan.
lembik aih...Bahana sungguh

p/s/ass/: Sudah masuk dua minggu gua
amalkan vitagen setiap pagi (5 hari
seminggu sebab bangun pg p kelas hahaha)
perut gua tak sehat, selalu...

MANIS HAWA KERANA BUTIRNYA


"...Akan tiada lagi lelaki-lelaki kacak
di muka bumi ini setelah perkataan itu
yang kau onanikan..."



Sekadar gambar hiasan. Gambar lama.
Ini sewaktu konsert Search Di Awan Biru di
Seberang Jaya, Penang. Gua p semata-mata
nak tengok guitar idol gua Hillary Ng hehehe..
Gua sanggup berpenat dari Segamat ke
Penang ni wooo


p/s: Seronok dpt berborak
dgn lu wahai jin toncet wlupun
akhirnya gua yg terkena...ayo hehe

p/s/ass: Lu agak AC/DC akan
turun Malaysia dak? oh

Sunday, June 12, 2011

ANTOLOGI PENGGIAT BUNUH DIRI


Sekadar gambar hiasan. Hitam dan putih,
berselerak dan tidak sistematik :)


I. Saban Minit Yang Berlalu.

Seperti asyiknya para lelaki merenung timbulan tetek yg berjalan,
seperti itulah rakusnya kehidupan dibelakangkan waktu...

II. Matinya Sama Serupa.

Tak tahu mahu dicuba,
sudah tahu menangis kayak hilang dara...

Mahu tenaga?
snap saja...

Mahu gila?
Smack saja...

Mahu lupa?
bong saja...

Snap, smack,dan bong,
matinya sama serupa...

III. Memanusiakan Monyet.

Beza antara manusia dan monyet adalah
manusia lebih fasih berbahasa...

"...Yang lelaki berbual kote,
yang perempuan bicara puki..."

Dan ya, aku monyet,
monyet yang belajar mengeja...

p/s: "...Got no money, no cigar,
no car, no band, no guitar,
no people, no comforter, and
whatsoever...But, Im still a
rocker :) ..."

p/s/ass: Gua suka dgn ayat
di atas...pure...

Friday, June 10, 2011

KEMBALI


"...Mulutmu jahat, selalu saja begitu..."


Sekadar gambar hiasan. Vox dan Guitarist
Distrust (D-Beat crust punk kot,ntah
gua bukan punker pun). Gua nak
rock n roll mcm dulu boleh?


p/s: Rokok hujung bibir
pun boleh jatuh ke lantai,
inikan pulak cerut Havana...

Thursday, June 9, 2011

LELAKI GEMPAL DAN KEJU HIJAU



Sekadar Gambar Hiasan.
Wajah kapitalis hehehe...

*** Diplagiat dari blog xBudaknakalx ***


Lelaki gempal yang kacak sedang duduk bersila di balkoni rumah milik jirannya...sekali sekala mengaru lapisan lemak di perut yang di gigit nyamuk. Sambil menyalakan api rokok ringan. ...fuh..fuh..!berkepul-kepul asap berterbangan hilang di udara.Sambil itu si lelaki gempal mengkais- kais sisa-sisa keju hijau di atas piring kaca di hadapannya. Keju hijau yang sudah di racik-racik itu lalu di letakkan di atas telapak tangan sedikit, di tekan-tekan dengan ibu jari tangan lalu di isi di dalam pipe........beberapa saat kemudian asap tengik memenuhi ruang sekitaran......." Ah..... banyak benda yang tidak sepatutnya berlaku, telah berlaku..... kekalutan jiwa... ada rahsia di sebalik hati dia dan begitu juga hati aku..hanya yang Maha Esa sahaja tahu di mana kuncinya.. ingin bebas seperti merpati,tapi sampai mana saja tahap kebebasan nya...",Lelaki gempal berkhayal dan terus berkhayal tengelam dalam mimpi-mimpi di alam dunia ciptaannya sendiri.

P/s:Hitam itu tidak semesti syaitan dan putih itu tidak selalunya malaikat..........



p/s: Seronok dapat kenal dgn lu, bro :)
Antar big bro gua yg paling baik dan
nice hehehe...

Balpung mau? hehehe


SEBERAPA TITIK PINTA MEREKA

"...aku sedang berjalan dalam tas tangan gebumu..."


p/s: selamat hari lahir :)
selangkah lagi menuju hari tua...

Sebab tu gua telefon lu hehe..

Monday, June 6, 2011

AYAH KITA RAJA RIMBA, IBU KITA DEWI ANGKASA


"...Gapura itu takkan retak selagi darah
yg ada dalam kita sama, darah garuda..."


Nota Kaki Berseluar Paras Lutut: Air dicincang takkan putus, dan gua percaya amat dengan peribahasa warisan orang tua kita :) . Ni abang gua, abang kandung, abang sulung. Dia dan gua mungkin berbeza ideologi, tapi dia tetap salah seorang yang terpahat dalam dalam hati gua. Gua adikmu, dan lu abang gua. Gua bersyukur ke hadrat ilahi untuk takdir ini, Ahmad Saufy Mohd Pami :)

Gua ingat lagi, dulu masa gua kecik, gua pernah kena pijak dgn abang gua ni sebab berebut keropok jajan hahaha...those good old days :)

Dan si jelita dalam gambar ke-2 adalah buah hati beliau. Bro gua ni hot sikit, so banyak gadis melekat tak macam gua hahaha. Tapi, secara jujur, gua senang amat dengan awek bro gua yg kali ini. Kali pertama bro gua tunjuk gambar pun gua dah rasa teruja, tak macam awek-awek beliau yg sebelum ini hahaha.

Gua panggil beliau dengan nama Kak Una. Kepala minah ni gila-gila, seronok berborak sekali. Dan sekarang, dari sudut dalaman, bila Kak Una n abang gua ada masalah, Kak Una akan cari gua untuk sesetengah masalah. Terimakasih sebab percaya gua :)

Gua nak sangat tengok kalian berdua bersama sampai tua sampai ke mati hahaha...Doa dari adik lu yang rawk n roll hehehe...





p/s: Mereka berdua
adalah photographer...

p/s/ass: Olala,sumpah, gua rasa
wajah 'dia' sebijik dgn
'yang satu' :)
tp...hehehe...fb oh fb

Sunday, June 5, 2011

KE HADAPAN TOH PUAN BESAR #2

"...Orang yang baik tidak perlukan pengiktirafan untuk
setiap kebaikannya...

Kau adalah matahari, yang sentiasa cuba untuk
menerangi bumi,
walaupun awan hitam sentiasa menganjing
setiap lakumu..."


Nota Kaki Kuat: Ke hadapan Miss Gorgeous :) , gua tak mampu untuk berbisik ke telinga lu mengapa semua yang memeluk tubuh gagah lu itu tak pernah berhenti meragut tiba. Namun, percayalah akan ada satu mahkota yang pasti jadi milik lu setelah semua kelam malam ini dapat lu redah :)

Lu selalu buat orang juga orang-orangan di sekeliling lu senyum, lihat, sekarang gua pun kembali tersenyum dibuat lu :)


Sekadar gambar hiasan 'mampos lah gua nak
syok sendiri ka apa ka!" . Hahah. Lihat, gua
yg dah lama tak senyum kembali senyum,
dan lu salah satu penyebabnya :)


p/s: 'Dawnless Me' :)

Thursday, June 2, 2011

DARI LANGIT SEGAMAT KE LANGIT SHAH ALAM #2



"...SETIA itu adalah hak Yang Maha Segalanya, datang dari-NYA.
Dan jika dalam hati ada rasa setia, maksudnya Tuhan juga bersama kita :)..."






Terimakasih untuk hari-hari bersama. Walaupun ada yang sudah lari dari paksinya, tapi gua percaya yang kita akan sentiasa bersama :) . Gambar-gambar tidak diedit sebagai sebuah penghargaan. Sepertimana yg ada dalam folder, seperti itulah gua palit di sini dan ia membawa makna tersirat: gua tak mau ada apa-apa yg berubah antara kita :) stay unite, bros! (gambar ke-4 tu, satu sudut dalam bilik gua n Ngut masa di sana...gua cukup pantang kalau bilik gua nampak kosong hehehe...). Jab, Ngut, Tortis, Konyah, Woler, Tungau, Cabi, Jeng, Pulu...Gua terhutang budi dengan kalian, banyak :)



Sekadar gambar hiasan. Ni moto pinjam, sumpah hahaha...
masa ni gua botak, gua rasa cool ja hehehe...


p/s: Ganja? tak payah berlagak
hebatlah, tu utk buat tidoq ja...

Oh, sori, gua tak tau lah pasal
benda2 ni, lu kan hebat sampai
nak bukak cerita kat kedai kopi :)

Wednesday, June 1, 2011

LALU BERUBAHLAH RIAK PANTAI




"...Seperti alunan ombak, begitulah resam manusia..."







Sekadar gambar hiasan. Gua amek dari album fb
rakan kelas gua. Gua bersyukur amat bila ada yg berkata,
"kalau ade ko mesti gila meriah".
hehehe, thanx :)




p/s: budak-budak rumah gua ckp
gua nampak happy kebelakangan ni.
gua pun tak sedar, betoi ka?hehe..

p/s/ass: Dia sangat rindukan lu :)