Monday, June 13, 2011

TRILOGI MANUSIA-MANUSIA METROPOLITAN


Sekadar gambar hiasan. Lu tau tak
yg kekadang ketakutan itulah
kekuatan?


i. MANUSIA TAK LAYAK PANJANG USIA.

Untung orang kaya,
mati celah bangkai pun keranda bikin mahal-mahal...

Untung orang miskin,
sebelum mati asyik kaffan dan mandikan jasad yang hilang nyawa celah bangkai...

Makin tua maki berdosa,
makin muda lari jauh
makin ralit menimbang laba...

Yang muda yang tua sama,
berdosa...

Yang muda yang tua sama,
celaka...

Yang muda yang tua sama,
serupa...

Makin muda pergi menjauh
maki ralit laba dikira...

Mati celah bangkai alasan mahu ke syurga...

Makin tua makin berdosa...

(berunsur politik, jadi puisi ini agak berat...)



ii. BILA PANCAINDERA BERBIKINI.

Percayalah kataku ini:

Semalam aku cuma berbisik di telinga bersumbat najis milikmu,
dan kau sekadar mendengar butir-butir sampah dari mulutku...

(ekspresi muka lu nampak sgt. Jadi, gua cuma membalas balik, bro)



iii. MANUSIA BERTUHAN.

Jika tuhan berkehendakan nyawaku sekarang,
haruslah aku senyum kerana ini cuma satu pinjaman...

Jika tuhan izinkan aku hidup lagi,
nescaya akanku tetap berada di sisi menemanimu tidur...

Seperti biasa, di sisimu walaupun tak bijakku membina kosakata :)

(ini puisi rambang, jadi isinya tergantung. Lu ingat senang nak buat rangka puisi?? Oh ya, ni utk sahabat gua yg hot hahaha...Tiada bahasa mahupun patah sastera dapat mentafsir betapa pentingnya lu di mata semua org, btul...)


p/s: Badan gua serupa badan pondan.
lembik aih...Bahana sungguh

p/s/ass/: Sudah masuk dua minggu gua
amalkan vitagen setiap pagi (5 hari
seminggu sebab bangun pg p kelas hahaha)
perut gua tak sehat, selalu...